Peminat puji perubahan ketara Fasha Sandha ekoran perkongsiannya di IG. Ini penjelasan jujur dari Fasha mengenai perubahan tentang dirinya

artis

Pelakon, Fasha Sandha kini kelihatan semakin sopan dan gemar memakai hijab apabila berkongsi perkembangan terkini bersama peminat.Menerusi salah satu posting Fasha di Instagram, rata-rata peminat memuji penampilan ibu kepada tiga orang cahaya mata itu memakai hijab.

“Cantiknya fasha  suka sgt penampilan fasha yg terkini, dr dulu mmg minat fasha, lg2 lakonan dia  semoga terus istiqomah & bahagia selalu,” tulis peminat.Lalu, pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua ini memaklumkan dirinya masih lagi dalam proses belajar untuk memakai hijab sepenuhnya.

“masih belajar lagi sis,” balas Fasha.Terdahulu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.Hasil perkahwinan tersebut, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.Selepas itu, Fasha dan suaminnya, pelakon Aidil Aziz mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.Foto: Instagram Fasha Sandha

Terkesan Dengan Masalah Pencemaran Air. Fasha Sandha Dan Sekeluarga Guna Satu Inisiatif Ini Untuk Selesaikan Masalah Bekalan Air Di Rumahnya

Tidak dinafikan, ramai yang turut terkesan dengan masalah pencemaran air yang berlaku di sekitar negeri Selangor sejak hari Jumaat yang lalu.Pelakon Fasha Sandha misalnya ada berkongsi cerita perihal masalah air yang dihadapi oleh dirinya bersama keluarga.

Kongsi Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan, dia telah menginap di hotel milik rakannya, Datin Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau lebih dikenali sebagai Datin Rita Sosilawati gara-gara masalah tersebut.

“Kisah 3 hari tanpa bekalan air. Terpaksa berangkut anak tumpang di hotel mami Rita. “Alhamdulillah dugaan kecil yang membawa hikmah.Terima kasih Family ku…,” tulisnya.Untuk rekod, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.Selepas itu, Fasha dan suaminnya, pelakon Aidil Aziz mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha pada 7 Ogos lalu. Foto: Instagram Fasha Sandha

Baru Sahaja Lahirkan Cahaya Mata. Fasha Sandha Tekad Keluar Sambut Harijadi Anak Walaupun Masih Berpantang Dan Ada Warganet Tinggalkan Satu Komen Ini

Baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung hasil perkahwinannya dengan pelakon Aidil Aziz tiga minggu lalu, Fasha Sandha tidak lokek berkongsikan wajah puteri kesayangan mereka yang diberi nama Aisha Amaira buat peminat.

Meskipun masih dalam proses berpantang, baru-baru ini Fasha memberitahu dia sanggup keluar demi meraikan sambutan hari lahir anak saudanya diluar walaupun belum sepenuhnya sihat daripada melahirkan.Perkongsikan Fasha itu menimbulkan rasa kurang senang warganet mengkritik tindakan pelakon itu kerana bimbang ada perkara yang tidak diingini berlaku kerana baru sahaja melahirkan.

Malah warganet turut memberi teguran, dalam keadaan negara masih belum bebas dari pandemik Covid-19 adalah lebih baik jika duduk sahaja di rumah.Walaupun ada yang bimbang dengan keadaan Fasha, namun ramai juga mengatakan tidak mengapa asalkan pandai menjaga diri. Warganet juga berpesan supaya menjaga diri dan jalani proses berpantang dengan sebaiknya.-rotikaya

Bayi Sudah Berusia 2 Minggu. Fasha Sandha Terus Kongsi Foto Perkembangan Terkini Baby A Dan Ternyata Kecomelan Anak Fasha Meraih Perhatian Warganet

Pelakon, Fasha Sandha ada berkongsi foto terkini anak ketiganya bersama peminat di akaun Instagram.Difahamkan, anak ketiganya yang diberi nama Aisha itu kini sudah berusia 2 minggu selepas dilahirkan pada 7 Ogos yang lalu.“Assalamualaikum kesayangan ibu,

Hari ni Aisha 2 Minggu.“Aisha membesar dengan jayanya kan. Terima kasih susu ibu.“Hari ni ibu Aisha rajin, jadi photographer untuk Aisha. Pandai kan ibu Aisha jadi photographer #iburayfalraysha #iburayfalrayshaaisha ,” tulisnya.Terdahulu, Fasha dan suaminnya, pelakon Aidil Aziz mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.Hasil perkahwinan tersebut , Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.Foto: Instagram Fasha Sandha

Nama Membawa Maksud Bahagia Dan Cantik Selamanya. Akhirnya Fasha Sandha Dedahkan Nama Anak Yang Sebelum Ini Dipanggil Baby A

SELEPAS lima hari menimang cahaya mata ketiga, pelakon Fasha Sandha pada Selasa berkongsi nama anak perempuannya iaitu Aishah Amaira Mohd Aidil. Fasha berkata, nama tersebut dipilih berdasarkan maksud yang bahagia dan cantik selamanya.

Isteri kepada pelakon Mohd Aidil Abdul Aziz ini berkata, bayi itu merupakan anak kelima aktres berkenaan selepas mengalami dua kali kehilangan kandungan. “Nama saya Aishah Amaira Mohd Aidil yang membawa maksud bahagia dan cantik. Fasha selamat melahirkan anak ketiga pada Jumaat lalu.

“Aishah anak kelima ibu tau, lagi dua anak ibu dan ayah dah dalam syurga Allah. Ibu pernah dua kali keguguran sebelum dapat Aisha. “Ibu dan ayah tak putus asa dan tak putus doa,” ujarnya. Sementara itu, Fasha mengucapkan terima kasih kepada pengikut Instagram yang kini mencecah 5 juta.

“Pengikut ibu naik ke lima juta hari Aishah dilahirkan, ramai yang sayang. Alhamdulillah terima kasih kepada pengikut yang mendoakan baik-baik untuk ibu. Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu dan ia merupakan perkahwinan kali kedua buat Fasha. Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.-mstar

Fasha Sandha Dedah Alasan Anak Halang Berlakon Sebab Yang Satu Ini Raih Perhatian Ramai

Sebagai selebriti, setiap kali kemana-mana pasti akan menjadi perhatian ramai. Dek kerana kasihan melihat ibunya melayan peminat yang ingin bergambar, Fasha Sandha berkata anak sulungnya meminta dia berhenti berlakon.

Menerusi Instagram, Fasha berkongsikan video anak lelakinya, Putra Rayfal meluahkan rasa kurang selesa apabila ibunya yang sedang sarat hamil terpaksa berdiri berulang kali kerana mahu bergambar dengan peminat. Dalam video tersebut, Rayfal meminta ibunya berhenti berlakon dan tidak mahu lagi menjadi orang terkenal. Fasha berkata sudah lama rupanya anaknya itu menyimpan perasaan tersebut.

“Kisah beberapa hari lalu, sebenarnya keluarkan handphone untuk nak ambik gambar food. Tiba ada beberapa orang datang ke meja untuk ambik gambar dengan ibu, lepas dah ambik gambar. “Tiba-tiba anak sulung ibu ni luah perasaan dia, suruh kita stop acting sebab kesian ibu selalu kena berdiri untuk ambik gambar di meja makan. Rupanya dah lama dia dah simpan perasaan ni, baru nak luahkan,” tulisnya.

Bagaimanapun, Fasha memberitahu lakonan merupakan minatnya dan mengakui rindu untuk kembali ke set penggambaran sepanjang tempoh sembilan bulan kehamilan. Fasha turut sebak anaknya baru tujuh tahun tetapi ambil berat akan dirinya.

“Lakonan adalah saya sayang. Hampir 9 bulan berehat dari set pengambaran, adakalanya rindu nak masuk set balik sayang. Anak yang suruh berhenti berlakon. Camana ni?,” tulisnya. Diruangan komen, rata-rata warganet memuji Rayfal kerana masih di usia kecil sudah menunjukkan sikap tanggungjawab menjaga ibunya. warganet turut mengusik dengan mengatakan, mana boleh Fasha berhenti berlakon kerana ramai yang akan rindukan lakonan hebatnya nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *