Mendirikan rumah tangga pada Februari lalu. Suami Tasha Shilla dedahkan sesuatu tentang Tasha selepas masuk alam perkahwinan dan ini keterangan Tsha berkenaan dengan cahaya mata

artis

KUALA LUMPUR: Suami pelakon Tasha Shilla, Muhammad Atiq Idris berkongsi isterinya semakin menunjukkan sikap penyayang selepas mereka mendirikan rumah tangga pada Februari lalu.Atiq, 33, berkata, dia bertuah memiliki isteri yang cukup penyayang dan mengambil berat mengenai dirinya.

“Saya lihat sikap Tasha banyak berubah selepas berumah tangga. Makin hari, makin penyayang dan mengambil berat.”Sejujurnya, kami tak bercinta, jadi hanya mengenali karakter masing-masing selepas berkahwin.”Banyak perkara diterokai bersama. Bagaimanapun, bohonglah jika tidak diuji untuk bersabar. Pasangan suami isteri mana pun pasti terima ujian, tetapi setakat ini, syukur kami bahagia.

“Apa yang lebih seronok apabila dapat melakukan ibadah bersama. Itulah yang merapatkan lagi hubungan kami,” katanya kepada BH Online.Tasha berkata, dia melalui fasa bahagia, biarpun mengenali suami dalam tempoh tidak lama.”Selepas berkahwin, saya bahagia bersama suami. Kami banyak menghabiskan masa berdua terutama ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jika ada penggambaran, suami akan menghantar dan mengambil di lokasi. Jika tiada penggambaran, saya pula akan mengikutnya. Orang nak kata kami tidak boleh berenggang pun tak kisahlah.”Sebab kami tak merasa bercinta pun sebelum berkahwin, jadi inilah masanya. Bagi saya, lebih berkat melakukan kerja bersama suami,” katanya.

Mengulas soal cahaya mata, Tasha atau nama sebenarnya, Natasha Sheila Abdul Razak hanya menyerahkannya pada aturan Allah.”Soal cahaya mata, biarlah Allah yang tetapkan. Ia seperti jodoh juga, agak lama saya menunggu. Usia 33 tahun baru bertemu jodoh.

“Jadi, saya percaya Allah akan kurniakan cahaya mata pada waktu yang sesuai untuk kami,” katanya yang merancang berbulan madu sambil menunaikan ibadah umrah, tetap terpaksa ditangguhkan hingga pandemik COVID-19 pulih.-bh

Tasha Shilla kini isteri orang

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, pelakon, Tasha Shilla sah bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris pada majlis ringkas diadakan di Masjid Wilayah, di sini, jam 9.59 pagi ini.Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali dan disaksikan Imam Besar masjid berkenaan, Tuan Haji Ehsan Mohd Hosni.

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM800 dan sebentuk cincin. Tiada dulang hantaran diserahkan kedua pihak.Manakala, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.Anggun mengenakan persalinan rona putih rekaan Hatta Dolmat, Tasha atau nama sebenarnya, Nastashashila Abdul Razak bersyukur perancangan sejak beberapa bulan lalu berjalan lancar.

“Semuanya berlaku begitu pantas. Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan.“Saya percaya ada hikmah di sebalik segala-galanya. Saya akan tinggal di Singapura mengikuti suami, selepas selesai majlis bertandang.

“Saya bersyukur bertemu jodoh dengan lelaki yang dicintai, biarpun semuanya berlaku begitu pantas.“Semoga fasa baharu dalam kehidupan ini terus mematangkan saya dan suami. Insya-Allah,” katanya.Pasangan sebaya berusia 33 tahun itu diperkenalkan seorang teman. Mereka berkenalan pada Disember lalu dan mengikat pertunangan pada 23 Februari lalu.

“Perkenalan bermula di sebuah acara amal di Masjid Wilayah. Tanpa diduga berputik rasa sayang dan cinta.“Tak sangka segala perancangan dipermudahkan.“Saya percaya inilah jodoh yang diaturkan Yang Maha Esa,” katanya kepada BH Online.Tasha berkata, dia tenang dan bahagia ketika berada di sisi Atiq.

“Saya percaya inilah cinta sejati yang dicari-cari selama ini,” katanya.Sementara itu, Atiq yang bekerja dalam bidang kewangan di Singapura mengakui menyenangi sifat Tasha.“Meskipun luaran Tasha nampak garang, dia sebenarnya baik, lembut, menyayangi keluarga, suka kanak kanak dan menjaga solat.

“Saya tidak akan menghalang Tasha meneruskan kerjaya sebagai pelakon. Cuma, saya berharap dia akan menjaga adab dan solat,” katanya.Majlis resepsi pertama akan berlangsung petang ini, manakala bertandang minggu hadapan.-bh

Dua bulan kenal, Tasha Shilla terus tunang

TASHA Shilla (kanan) dan Muhammad Atiq ketika majlis pertunangan. PELAKON Tasha Shilla, 33, selamat bertunang dengan lelaki pilihannya yang juga pakar kewangan, Muhammad Atiq Idris, 33, selepas berkenalan selama dua bulan pada majlis yang berlangsung di sebuah premis acara, di Petaling Jaya, hari ini.

Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak berkata dia gembira akhirnya bertemu cinta sejati dan tidak mahu menunggu lama untuk menghalalkan hubungan.“Sewaktu berjumpa Atiq, saya sudah dapat rasa cinta sejati pada dirinya walaupun perkenalan kami singkat.

“Saya pun tidak menjangka akhirnya dapat mengadakan majlis bertunang hari ini. Alhamdulillah, majlis dipermudahkan dan berjalan lancar,” katanya.Menurut Atiq pula, dia terpikat dengan keperibadian Tasha yang sangat menyenangkan hingga membuatkan dia tidak tunggu lama untuk menyunting pelakon itu menjadi suri hati.

“Saya mula mengenali dia pada sebuah acara amal yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Biarpun luarannya nampak garang tapi Tasha seorang yang baik dan lembut.“Dia juga seorang yang dahulukan keluarga serta sukakan kanak-kanak. Selain itu dia wanita yang menjaga solat,” katanya.

Pasangan itu disatukan dalam acara yang turut membabitkan kedua pihak keluarga serta sahabat terdekat.Ibu Atiq iaitu Rahimah Yeop menyarungkan cincin ke jari Tasha sebagai tanda ikatan pertunangan.Pada majlis itu, pihak lelaki menghadiahkan sebentuk cincin, tapak sirih, dan beberapa hadiah sampingan.Selepas bertunang, Tasha dan Atiq dijangka bakal melangsungkan pernikahan pada penghujung bulan ini.-mymetro

Tasha Shilla Gembira Suami Teman Pergi Kerja

Pelakon Tasha Shilla mengakui senang hati apabila suaminya, Muhammad Atiq Idris sering menemani pergi bekerja.Kata Tasha, Atiq menggantikan ibunya yang sebelum ini merupakan individu yang setia akan mengikuti ke mana-mana.

“Bila saya berlakon, suami akan hantar dan jemput saya di set penggambaran. Sama juga kalau saya tak sibuk, saya akan menemani suami kerja.”Kalau sebelum ini, ibu yang selalu menjadi peneman, tapi sekarang dia (ibu) dah dapat berehat dan meluangkan masa bersama cucu kerana tugasan itu diambil alih suami.

“Kadang-kadang, bila balik lewat malam pun saya dah tak risau sebab suami akan jemput di lokasi,” katanya kepada Gempak.Tasha ditemui ketika majlis pelancaran stesen TV baru, Awesome TV yang diadakan di Ritz-Carlton, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.Dalam pada itu, pelakon drama Tabir Zulaikha mengakui selepas berkahwin dia merasakan kehidupannya sudah lengkap.-gmpk

Tak Paksa Isteri Berhijab Segera, Suami Tasha Shilla Ajak Ikut Kelas Agama Sama2

Pelakon cantik, Tasha Shilla dan pasangannya Muhammad Atiq Idris baru sahaja melangsungkan pernikahan dan juga persandingannya semalam.Tasha dan Atiq yang bernikah secara ringkas di Masjid Wilayah persekutuan pagi semalam terlihat sangat ayu dan sopan apabila mengenakan hijab.

Tasha juga nampak manis berbusana songket pada malam hari semasa majlis persandingan kedua mempelai ini. Apa yang mencuri perhatian adalah penampilan Tasha yang dilihat sangat sopan dan tidak terlalu terdedah sejak hari pertunangannya lagi.

Jika dahulu, kita sedia maklum bahawa Tasha antara selebriti yang berani berfesyen dan terlihat cantk dalam apa busana yang digayakan.Memetik daripada Mstar Online, suami Tasha, Atiq mengakui bahawa mereka sedang memperbaiki diri masing-masing. Mereka juga akan mengikuti kelas agama bagi menambahkan pengetahuan berkaitan Islam dengan lebih mendalam bersama-sama.

“Selepas ini kita akan buat lebih banyak benda bersama, memperbaiki diri dan ikuti kelas agama dalam membina hubungan keluarga ini.”Walau bagaimanapun, dia tidak mahu memaksa isterinya untuk terus berhijab. Menurut pakar kewangan itu, biarlah Tasha memakai tudung atas kesedarannya sendiri.

“Lagi pula benda berkaitan agama tak boleh paksaan. Saya tahu dia seorang artis, jadi saya dah bersedia sejak awal.”Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada minggu lepas dan selepas lima hari, mereka terus bernikah dengan berwalikan bapa pengantin perempuan sendiri.

Perkenalan mereka yang singkat ini disifatkan sebagai cinta pandang pertama apabila Atiq mengambil keputusan untuk melamar Tasha menjadi suri hatinya.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESSSumber : Mstar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *