Lebih 29 juta kes COVID19 dilaporkan seluruh dunia dan lebih mengejukan jumlah pemergian yang direkodkan dan berikut negara yang mencatat rekod paling tinggi

berita

Terkini dilaporkan lebih 29 juta angka kes Covid-19 di seluruh dunia…So jangan nak rileks sangat walaupun negara kita masih dalam kawalan.Data baru dari Worldometer itu meletakkan Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan kes jangkitan sebanyak 6.5 juta!Diikuti dengan India sebanyak 4.75 juta kes, manakala negara Brazil pula 4.31 juta kes dilaporkan.Sumber: worldometer

“Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka satu juta kes.Peru, Colombia, Mexico, Afrika Selatan, Sepanyol dan Argentina melepasi angka setengah juta kes.Negara yang melepasi angka 300,000 termasuk Chile, Perancis, Iran, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi dan Pakistan.

Turki, Iraq, Itali, Jerman, Filipina dan Indonesia pula merekodkan angka positif melebihi 200,000.Selain itu, negara yang melepasi angka 100,000 ialah Ukraine, Kanada, Qatar, Bolivia, Ecuador, Kazakhstan dan Mesir.” – Astro Awani.

Negara Amerika Syarikat juga mencatatkan angka pemergian tertinggi sebanyak hampir 200,000 iaitu 21 peratus daripada 928,281 pemergian seluruh dunia. Sumber: worldometerKalau taknak jadi penyumbang angka wabak pandemik ni naik, korang patuhi lah S.O.P ditetapkan oleh KKM dan arahan dari Kementerian Pertahanan. Sama-sama, kita mampu membendung penularan Covid-19.-lobakmerah

Dikatakan Virus COVID19 Adalah Buatan Manusia Dan Berasal Daripada Sebuah Makmal Di Wuhan.Ini Kenyataan Lanjut Dari Dr Li Meng Yang Bukti Tersebut

Seorang pakar virus dari China, Dr Li Meng Yan mendkwa mempunyai bukti saintifik bahawa virus COVID-19 adalah buatan manusia dan berasal daripada sebuah makmal di Wuhan. Menurut New York Post, pakar virus yang bersembunyi demi keselamatannya itu muncul semula dalam satu program terbitan Britain, “Loose Women”.

Ketika ditanya mengenai virus yang telah membunuh hampir 1 juta penduduk dunia, Meng Yan melalui panggilan video daripada sebuah lokasi rahsia membalas,“Ia datang daripada makmal di Wuhan yang dikawal kerajaan.”Dkwanya, laporan virus itu berasal daripada pasar awam di Wuhan, China hanyalah sebagai satu penyelindungan.

“Perkata pertama ialah, pasar daging di Wuhan.. Ia hanya untuk mengaburi mata dan virus itu bukan semula jadi,” dakwanya.Beliau dilaporkan mendkwa menjadi antara saintis terawal mengkaji tentang virus COVID-19 sebelum ini.Pernah berkhidmat di Hong Kong School of Public Health yang menjadi salah satu rujukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wanita itu mendakwa bekas penyelianya di sana telah mengarahkan beliau agar berdiam diri ketika beliau memberi amaran mengenai jangkitan dari manusia ke manusia pada Disember tahun lepas.

Meng Yan dilaporkan melarikan diri ke Amerika melalui Hong Kong pada April lalu.Lapor New York Post, wanita itu mendkwa bakal mendedahkan bukti saintifik bahawa virus itu dicipta di dalam makmal di Wuhan.“Saya tahu jika saya tidak mendedahkan kebenaran kepada dunia, saya akan menyesal,” katanya.

Sebelum ini, pengarah Institut Virologi Wuhan, Yuan Zhiming menafikan virus tersebut berasal daripada fasiliti miliknya.“Tidak mungkin virus ini datang dari kami,” katanya kepada media pada April.Sumber: New York Post

Virus Ini Mungkin Akan Kekal Buat Selama Lamanya. Pakar Mengatakan Virus Ini Akan Kekal Lama Atas Satu Sebab Ini Dan Harap Semua Sedia

Hampir 9 bulan kita telah menjalani kehidupan seharian dengan norma baharu sejak penularan wabak COVID-19 yang bermula pada Disember 2019. Sejak dari itu, pelbagai inisiatif yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia khususnya dalam membendung wabak ini daripada terus menular.

Antaranya menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dijalankan selama 5 fasa sejak 18 Mac yang lalu dan dijangka akan berakhir pada 31 Ogos ini.Walaupun negara masih mencatatkan kes baharu setiap hari, namun jumlah pesakit yang dibenarkan keluar dari hospital juga menunjukkan jumlah yang memberangsangkan.

Namun begitu, apabila melihat dari sudut penularan jangkitan dunia pula, apa yang berlaku adalah sebaliknya.Oleh itu, seorang pakar dan bekas Ketua Penasihat Saintifik United Kingdom (UK), Prof Mark Walport berpendapat bahawa COVID-19 mungkin akan kekal selama-lamanya hampir sama dengan virus influenza yang lain. 

Ini adalah virus yang akan selalu ada bersama kita dalam beberapa bentuk atau yang lain dan hampir pasti memerlukan vaksin secara berkala” Bimbang dengan penularan wabak di Eropah – Walport. Beliau turut menzahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes yang berlaku di benua Eropah khususnya di United Kingdom.

Beliau mendkwa kurang satu daripada lima orang di UK dijangkiti virus itu, dan 80 peratus dijangka akan terdedah kepada jangkitan virus berkenaan. Walaupun terdapat beberapa negara yang berjaya mengawal penularan wabak ini, namun tidak mustahil ianya akan kembali merebak jika tiada pengawalan dan cara rawatan yang sesuai untuk mencegah COVID-19 ini, lapor Astro Awani.-awani

Pakar Dari Itali Berpendapat Virus Covid19 Semakin Lemah Dan Tak Perlukan Vaksin. Ini Keterangan Lanjut Dari Pakar Tersebut

Kita sendiri dapat lihat, semakin hari kadar jangkitan wabak Covid-19 semakin menurun dan sejak kebelakangan ni, kes di Malaysia pun hari mencatat kes sebanyak satu ke dua angka sahaja setiap hari.Bukan dekat Malaysia je tau, negara-negara lain pun kes jangkitan dah semakin berkurang. Sebagai contoh, dulu Itali pernah direkodkan negara yang paling teruk terjejas dengan wabak ini, sekarang mereka hanya mencatatkan lebih dari 238,000 kes positif dan 34,000 kes pemergian.

Ekoran ini, seorang Profesor pakar penyakit berjangkit di Itali mendakwa wabak Covid-19 mungkin akan berakhir tanpa perlu tunggu vaksin.Menerusi Daily Mail, Profesor Matteo Bassetti berkata, virus yang dahulunya gnas ini dah semakin lemah. Ia seperti harimau agres1f pada Mac dan April tetapi sekarang ia macam kucing l1ar sahaja”

Katanya, walaupun virus ini telah mengambil lebih 470,000 nyawa di seluruh dunia, vaksin tidak diperlukan lagi kerana virus boleh pergi dengan sendiri.Ini berdasarkan pemerhatiannya di sebuah hospital di mana dia dapat tengok sendiri pesakit warga emas berumur 80 ke 90 tahun boleh survive tanpa bantuan alat pernafasan.Dia juga percaya, SOP yang diberi oleh kerajaan turut membantu mengurangkan kadar jangkitan dan melemahkan virus.Pun begitu, korang jangan seronok sangat tau, sebab saintis lain telah membids dkwaan Matteo ini kerana tak ada bukti saintifik yang menunjukan perubahan pada virus tersebut.-lobakmerah

COVID-19: Indonesia terima vaksin dari China mulai November

JAKARTA: Indonesia dijangka menerima bekalan vaksin COVID-19 daripada China bermula November ini berikutan persetujuan syarikat biofarmaseutikal China, Sinovac Biotech (Sinovac) membekalkan 50 juta dos vaksin kepada negara itu.

Bekalan vaksin CoronaVac itu akan tiba secara berperingkat mulai November ini hingga Mac tahun depan dengan anggaran 10 juta dos vaksin dibekalkan setiap bulanKetika ini negara-negara dia Asia Tenggara berusaha mendapatkan bekalan ketika kes jangkitan semakin meningkat.

Dalam lawatan ke China, Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi, berkata perjanjian awal sudah ditandatangani dengan Sinovac untuk pembelian dan pembekalan vaksin CoronaVac secara pukal dengan syarikat milik kerajaan, Bio Farma diberi akses keutamaan hingga akhir 2021.

“Indonesia melihat komitmen yang kuat daripada industri China untuk menjalin kerjasama,” katanya pada Khamis menerusi video.Bio Farma dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata bekalan 50 juta vaksin secara pukal akan tiba secara berperingkat iaitu 10 juta setiap bulan mulai November ini.

Indonesia berusaha mendapatkan vaksin untuk 260 juta penduduknya selain mencari jalan membangunkannya sendiri di tengah keprihatinan beberapa negara sedang membangun yang berdepan persaingan mendapatkan akses kepada bekalan itu.

Indonesia melaporkan 2,197 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Jumaat menjadikan jumlah kes kumulatif 149,408.Data kementerian kesihatan menunjukkan 82 pemergian baharu, dengan jumlah keseluruhan 6,500 pemergian setakat ini, sekali gus tertinggi di Asia Tenggara.

Ujian fasa ketiga vaksin CoronaVac bermula minggu lalu di Indonesia membabitkan 1,620 sukarelawan.Bio Farma terbabit dalam membangunkan vaksin dan menyatakan Indonesia seharusnya mempunyai kemampuan untuk menghasilkan 250 juta dos setahun pada akhir 2020. Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *