Enam bulan selepas Riyadh kuatkuasakan sekatan perjalanan. Arab Saudi umumkan sesuatu tentang ibadat umrah bagi seluruh umat Islam di dunia ini

berita

RIYADH – Arab Saudi akan membatalkan sebahagian daripada penggntungan penerbangan antarabangsanya mulai hari ini, kata Kementerian Dalam Negeri, enam bulan selepas Riyadh menguatkuasakan larangan perjalanan berikutan pandemik Covid-19.

Warga Teluk dan rakyat asing yang memiliki permit pemastautin atau visa akan dibenarkan masuk ke Arab Saudi bemula esok selagi mereka tidak dijangkiti virus Covid-19, kata kementerian sama.Golongan yang berada dalam ‘kagetori istimewa’ termasuk kakitangan dan tentera Arab Saudi, pekerja kedutaan, pelajar dan mereka yang memerlukan rawatan perubatan juga akan dibenarkan memasuki dan tinggalkan negara itu mulai esok.

Menurut kementerian sama, Arab Saudi juga akan mengumumkan kemudian berhubung pelan membenarkan ibadat umrah secara beransur-ansur.Riyadh membekukan ibadat umrah pada Mac lalu berikutan bimbang virus Covid-19 akan menular ke kota paling suci umat Islam. – K! ONLINE

Covid-19: Tiada kes dilapor semasa musim haji

Makkah: Tiada kes Covid-19 dilaporkan di sini sepanjang musim haji tahun ini.AFP berkata, perkara itu dimaklumkan oleh pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi.Dalam pada itu, musim haji tahun yang pertama kali dilaksanakan secara terhad dengan penyertaan hampir 10,000 jemaah berakhir pada Ahad.

Jumlah itu amat kecil berbanding 2.5 jemaah daripada seluruh dunia, pada tahun lalu.Media rasmi negara itu melaporkan jemaah melakukan ibadah mel0ntar pada hari terakhir semalam.Mereka menggunakan batu yang sudah disanitasi sebagai antara langkah pencegahan bagi mengekang penularan Covid-19.

Jemaah kemudian pulang ke Masjidilharam untuk melakukan tawaf terakhir.Dalam pada itu, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud berkata, haji kali di tengah penularan Covid-19 memerlukan usaha sekali ganda.”Ia bagi memastikan ibadah haji tahun ini dapat dilaksanakan meskipun berdepan dengan keadaan yang sukar,” kata pemerintah berusia 84 tahun itu.

Pada haji tahun ini, jemaah perlu sentiasa menjalani pemeriksaan suhu.Mereka juga diarah menjalani kuarantin mndatori selepas selesai menjalani ibadah berkenaan.Sementara itu, media tempatan melaporkan bahawa hampir 10,000 jemaah yang sudah berada di Arab Saudi terpilih menyertai bagi melaksanakan ibadah itu pada tahun ini.

Menurut jemaah, pihak berkuasa negara itu juga menaja perbelanjaan jemaah yang meliputi makanan, penginapan dan penjagaan kesihatan.Setakat ini, Arab Saudi merekodkan lebih 278,000 kes Covid-19 dengan lebih 2,900 pemergian.-mymetro Gambar hiasan. – Foto BERNAMA

Arab Saudi selesai musim haji dengan jemaah terhad akibat COVID-19

MAKKAH: Jemaah haji semalam melakukan ibadah terakhir mereka sebagai kumpulan terkecil dalam sejarah moden berikutan tindakan kerajaan Arab Saudi mengehadkan jumlah jemaah bagi mengekang penularan COVID-19.

Walaupun pada awalnya Kementerian Haji hanya membenarkan 1,000 jemaah menunaikan ibadah haji, jumlahnya meningkat kepada 10,000 jemaah tetapi masih jauh lebih rendah berbanding hampir 2.5 juta jemaah dari serata dunia tahun lalu.

Kali ini, semua jemaah diwajibkan memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakkan fizikal, ambil suhu badan, kerap menjalani saringan kesihatan dan dibekalkan batu yang disteril bagi ibadah mel0ntar Jamrah.Pihak berkuasa Arab Saudi berkata ibadah haji ketika pandemik ini memerlukan usaha berganda dalam memastikan tiada penyebaran virus berlaku dan sehingga semalam, tiada kes COVID-19 dilaporkan di tanah suci.

Individu yang ingin menunaikan haji kebiasaannya menyimpan wang dan perlu menunggu giliran menunaikan haji, tetapi tahun ini kerajaan Arab Saudi menanggung perbelanjaan semua jemaah, menyediakan makanan, penginapan hotel dan rawatan kesihatan.-bh

Covid-19: Lebih 1,000 orang maut di Arab Saudi

Riyadh: Jumlah pemergian akibat Covid-19 di Arab Saudi melebihi 1,000 kes semalam, ketika beberapa minggu lagi menjelang musim haji.Berdasarkan data Kementerian Kesihatan negara itu, angka pemergian meningkat kepada 1,011 orang selepas jumlah jangkitan meningkat menjadi 132,048 kes.

Jumlah jangkitan meningkat selepas pihak berkuasa melonggarkan sekatan, dengan jumlah kes harian melebihi 4,000 untuk hari kedua berturut-turut bermula Isnin.Unit Rawatan Intensif di hospital Riyadh dan Jeddah penuh dengan pesakit koronavirus, yang memberi tekanan kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara itu.

Awal bulan ini, kerajaan mengumumkan penutupan semula Jeddah, pintu masuk khas untuk umat Islam menunaikan ibadah umrah dan haji ke Makkah.Langkah itu termasuk larangan pergerakan bermula 3 petang hingga 6 pagi, penangguhan solat di masjid dan perintah tinggal di rumah untuk pekerja sektor awam dan swasta.

Selepas melonggarkan beberapa sekatan, kerajaan pada akhir Mei lalu mengatakan sekatan akan dibuat semula selepas peningkatan kes secara mendadak.Kerajaan mengatakan ziarah “umrah” sepanjang tahun ke Makkah dan Madinah akan ditangguhkan kerana bimbang wabak koronavirus merebak di kota suci umat Islam.

Pihak berkuasa belum mengumumkan apakah mereka akan menangguhkan haji tahun ini yang dijadualkan pada akhir Julai.Tetapi, Arab Saudi menggesa umat Islam untuk sementara waktu menangguhkan persiapan untuk menunaikan haji tahunan.Tahun lalu, kira-kira 2.5 juta orang menunaikan haji dari seluruh dunia.-mymetro

Covid-19: Arab Saudi longgar sekatan

UMAT Islam menunaikan solat Isyak di Masjidil Haram selepas pihak berkuasa membenarkan kemasukan terhad di situ. Jeddah: Kedai runcit dan pusat beli-belah di Arab Saudi dibuka semula semalam dengan peraturan yang ketat bagi mengekang penularan Covid-19.

Portal Arab News melaporkan, semua perniagaan itu dibuka dari 9 pagi hingga 5 petang dan semua pelanggan harus menjalani pemeriksaan suhu di pintu masuk di premis.Mereka yang mempunyai suhu badan melebihi 38 darjah Celsius tidak dibenarkan memasuki pusat beli-belah itu dan akan dipindahkan ke pusat perubatan terdekat.

“Syarikat komersial diminta untuk melakukan pemeriksaan suhu untuk pelanggan dan pekerja mereka, larangan mencuba produk kosmetik dan minyak wangi serta mengamalkan penjarakkan sosial,” kata jurucakap Kementerian Perdagangan dan Pelaburan, Abdulrahman Al-Hussein.

Pelanggan juga diminta untuk mengamalkan penjarakkan sosial dua meter antara satu sama lain, memakai penutup hidung dan mulut serta sarung tangan, mengelakkan produk uji dan ditemani hanya seorang individu.Individu bawah umur 15 tahun, orang tua dan pesakit kronik seperti berkaitan jantung, paru-paru dan buah pinggang tidak dibenarkan masuk dan disarankan untuk duduk di rumah.

Surau, tempat hiburan, kafe dan restoran di pusat beli-belah akan tetap ditutup.Dengan banyak orang memilih untuk membeli-belah dalam talian, kementerian mendedahkan menerima lebih dari 12,000 laporan kelewatan penghantaran sejak awal Ramadan.

“Kami sekarang berusaha menawarkan penyelesaian yang cepat dan efektif,” kata Abdulrahman.Sementara itu, syarikat kontrak dan kilang juga meneruskan aktiviti tanpa sekatan masa.Sementara itu, Arab Saudi mencatat 1,325 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif 21,402 kes dan 18,292 adalah kes aktif.

Kementerian Kesihatan mengumumkan 2,953 pesakit pulih dengan lima pemergian baharu dengan jumlah keseluruhan 157 pemergian. Pemergian terbaru membabitkan ekspatriat di Makkah dan wilayah Timur berusia antara 25 hingga 52 tahun.Dalam pada itu, di Jordan, rakyat kembali memandu di jalan raya selepas kerajaan melonggarkan perintah kawalan pergerakan yang ketat selama 40 hari.-mymetro

COVID-19: Arab Saudi kuarantin wang syiling, kertas

Arab Saudi akan kuarantin wang syiling dan kertas yang diterima di dalam negara itu baik daripada rakyat tempatan atau dari luar negara. -Gambar FacebookArab Saudi akan kuarantin wang syiling dan kertas yang diterima di dalam negara itu baik daripada rakyat tempatan atau dari luar negara.Menurut laporan Al Arabiya, usaha itu dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga dalam membendung penularan COVID-19

Menurut Lembaga Kewangan Arab Saudi (SAMA), setakat ini pihaknya telah mensterilkan mata wang kertas dan logam yang diterima kerajaan itu.“Kami turut mengasingkannya selama 14 hari dan sehingga 20 hari, bergantung kepada dari mana wang tersebut datang,” kata SAMA dalam satu video promosi yang menjelaskan prosedur mereka, semua wang tersebut akan ditempatkan dalam bekas khas di mana proses pensterilan boleh dilakukan di situ selain menyusun semua wang kertas untuk memastikan kualiti dan kebersihannya

“Kami kemudiannya akan mengasingkan wang kertas tersebut mengikut piawaian dan menghapuskan wang kertas yang kotor dan tidak menepati standard.“Kami juga telah mengarahkan institusi kewangan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan wang digunakan berada dalam keadaan bersih,” katanya.Arab Saudi melaporkan peningkatan 2,532 kes baru dan 12 peemrgian bagi COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah 65,077 manakala jumlah pemergian 351 orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *