Dikehendaki tetamu majlis perkahwinan diminta untuk jalani ujian COVID19.Pejabat Kesihatan jelaskan punca kenaikan kes melibatkan satu kluster ini

berita

TAWAU: Pejabat Kesihatan Tawau meminta semua tetamu yang hadir majlis perkahwinan di Banyan Drive, dekat sini pada 31 Ogos lalu untuk tampil menjalani ujian saringan COVID-19.Menerusi kenyataan dikongsi dalam akaun rasmi Facebook pejabat kesihatan berkenaan, individu atau mereka terbabit dalam majlis itu diminta menghubungi Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau dengan segera.

“Sila hubungi Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau di talian 089-775 733 ext 266 & 277 pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 8 pagi hingga 5 petang.”Kerjasama anda semua dapat membantu dalam memutuskan rantaian COVID-19,” menurut kenyataan itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini melaporkan Sabah terus mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi iaitu 31 kes.Ia membabitkan 22 kes dalam Kluster Benteng Lahad Datu, empat warga emas yang dikesan ketika saringan di klinik kesihatan, dua kes saringan di pusat kuarantin dan masing-masing satu kes saringan petugas kesihatan Orang Kena Tahan (OKT) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat dan saringan dalam kalangan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI).

49 Orang Disaring Dalam Satu Kluster Ini Dan Ini Keputusan Yang Mereka Peroleh. Dr Noor Hisham Dedahkan Muncul Satu Kluster Baru Dalam Satu Negeri Ini

Kuala Lumpur: Satu lagi kluster baharu iaitu Kluster Laut dikenal pasti dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (Pati) di Kunak, Sabah.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks kluster (iaitu kes ke-9,859) adalah seorang tahnan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau yang dihantar balik ke negara asal iaitu Zamboanga, Filipina pada 27 Ogos lalu.

Menurutnya, pada 5 September lalu, individu itu menyusup masuk ke Sabah dari Zamboanga melalui jalan tikus untuk melawat isterinya.”Isteri kes (iaitu kes ke-9,860) pula dikesan positif Covid-19 pada 8 September 2020 semasa saringan rujukan di Hospital Kunak ke Hospital Tawau bagi rawatan lanjut komplikasi pendarahan selepas bersalin.

“Beliau didapati mula bergejala pada 6 September lalu. Hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat, dua lagi kes positif Covid-19 dikesan, iaitu anak dan jiran kes indeks (iaitu kes ke-9,861 dan kes ke-9,862),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga hari ini, sejumlah 49 disaring dalam kluster itu membabitkan warga Filipina.”Daripada jumlah ini empat kes dikesan positif Covid-19, 14 individu negatif dan 31 individu masih menunggu keputusan.”Langkah pencegahan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan dijalankan di lokasi yang dikenal pasti. Punca jangkitan masih di dalam siasatan,” katanya-bh

Uji vaksin Covid-19 di hidung

Beijing: China mula menguji keberkesanan salah satu calon vaksin Covid-19 pada manusia dengan melakukan ujian semburan menerusi hidung.Bagaimanapun, sukarelawan tidak diberikan menerusi suntikan, tetapi melalui alat penyembur hidung.

The Japan Times memetik laporan Bloomberg melaporkan percubaan itu dilakukan selepas China meluluskan pelaksanaan fasa pertama ujian terhadap manusia, Rabu lalu.Vaksin itu dibangunkan bersama penyelidik dari Universiti Xiamen dan Universiti Hong Kong dengan pembuat vaksin, Beiing Wantai Biological Pharmacy Enterprise Co.

Ujian itu dilakukan dengan cara memasukkan picagari mengandungi vaksin ke dalam hidung dan dipercayai tidak mendatangkan kesakitan kepada sukarelawan.Kaedah sama sebelum digunakan untuk selesema.ia disyorkan bagi kegunaan kanak- kanak serta orang dewasa yang mahu mengelakkan penggunaan suntikan jarum.

Menurut Science and Technology Daily, vaksin itu masuk menerusi saluran hidung dan merangsang tindak balas imun badan terhadap patogen badan yang menyebabkan Covid-19.Menerusi laporan sama, kajian praklinikal menunjukkan vaksin hidung dapat mengurangkan kerosakan paru-paru dengan ketara pada tikus diancam Covid-19.

Beberapa saintis menjangkakan semburan vaksin melalui hidung mempunyai peluang yang lebih baik untuk menghentikan penyebaran virus berbahaya melalui saluran pernafasan.Suntikan jarum dapat menggalakkan tindak balas imun yang sistematik untuk mencegah sakit bahaya tetapi tidak cukup kuat untuk menghalang jangkitan.-bh

Covid-19: Kes positif turun dua angka

Kuala Lumpur: Jangkitan kes baharu Covid-19 yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) hari ini merekodkan penurunan kes kepada dua angka iaitu sebanyak 58 kes berbanding 182 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes 9,868 jangkitan wabak itu dalam negara dengan jumlah kebolehjangkitan 551.Menurutnya, daripada 58 kes baru, 53 kes adalah kes tempatan dan lima kes import membabitkan tiga warganegara dan dua bukan warganegara.

“Lapan kes pulih dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih di negara ini sebanyak 9,189 kes bersamaan 93.59 peratus.”Hingga kini sembilan individu sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala lima daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, tiada pertambahan kes kematian disebabkan Covid-19 di negara ini dan jumlahnya kekal 128 kes iaitu 1.30 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.Pertambahan kes baharu itu sebahagian besarnya membabitkan Kluster Benteng di Sabah iaitu 44 kes baharu diikuti Kluster Sungai lima kes baharu-mymetro

Covid-19: Ujian saringan lebih ktat

Port Dickson: Kerajaan akan melakukan ujian saringan Covid-19 lebih ketat terhadap individu yang pulang ke Semenanjung sebaik selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ujian saringan mandatori akan dilakukan sekiranya didapati bergejala.

Menurutnya, bagi yang tidak bergejala pula digalakkan untuk membuat saringan secara sukarela.”Kita juga akan buat kajian risiko dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk pastikan penularan Covid-19 tidak berlaku,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Welllness Hub Bagan Pinang di sini, hari ini.

Menurutnya, normal baharu dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dan Slim juga akan digunakan bagi menghadapi PRN Sabah.

Katanya, penambahbaikan terhadap SOP pengendalian pilihan raya dalam situasi Covid-19 akan dilakukan berasaskan keadaan semasa di Sabah.”Pihak kementerian sudah mengadakan beberapa kali pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan ia berjalan lancar.

“Dua kaedah yang sama akan digunakan di Sabah, peraturan yang perlu diikuti di mana penguatkuasaan dan pemantauan akan dipertingkatkan.”Sekiranya ada mana-mana individu yang ingkar mungkin akan ada kes yang akan dibawa ke mahkamah atau sebagainya,” katanya.-mymetro

TERKINI: Satu Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Di Sabah, Kes Indeks Kluster Adalah Seorang Tahanan PTS Tawau Yang Telah Dihantar Pulang Ke Filipina

PUTRAJAYA, 12 Sept – Kementerian Kesihatan (KKM) mengisytiharkan terdapat satu lagi kluster baharu dikesan di Kunak, Sabah melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI).Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks kluster iaitu kes ke-9,859 merupakan seorang tahanan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau yang telah dihantar balik ke negara asal iaitu Zamboanga, Filipina pada 27 Ogos lalu.

“Namun demikian, pada 5 September 2020, kes menyusup masuk ke Sabah dari Zamboanga, Filipina melalui jalan tikus untuk melawat isteri.“Isteri kes, iaitu kes ke-9,860 pula dikesan positif COVID-19 pada 8 September 2020 semasa saringan rujukan dari Hospital Kunak ke Hospital Tawau bagi rawatan lanjut komplikasi pendarahan selepas bersalin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Difahamkan, beliau mula bergejala pada 6 September.“Hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat, dua (2) lagi kes positif COVID-19 telah dikesan, iaitu anak dan jiran kes indeks (iaitu kes ke-9861 dan kes ke-9862).

“Kesemua saringan ini melibatkan warganegara Filipina. Dan daripada jumlah tersebut, empat (4) kes dikesan positif COVID-19, 14 individu negatif dan 31 lagi masih menunggu keputusan,” tambah kenyataan itu lagi.Langkah pencegahan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenalpasti.Sumber: KKM, KP Kesihatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *