Dikatakan wanita founder kecantikan ini kacau suaminya lewat malam. Elly Suriaty terus seru kenalan wanita tersebut untuk nasihatkan wanita tersebut agar tidak dekat dengan suaminya

artis

Pelakon dan pengarah terkenal Ellie Suriaty berang dengan tindakan seorang wanita yang menggnggu suaminya, pelakon Azri Iskandar pada lewat malam.Dedah Ellie, 50, menerusi akaun Facebooknya, wanita terbabit sering menghubungi Azri atas dasar jual beli produk.

“Nak apa asyik cari Azri Iskandar? Atau kamu nak saya yang cari kamu?Kot ye pun nak jual produk apa kejadahnya contact suami orang tengah-tengah malam? Kamu nak minta tolong apa dari suami saya?“Kamu dah nak kena upgrade? Kejadahnya kau punya upgrade! Apa kena mengena kau punya upgrade dengan keluarga kami.Justeru, Ellie menyeru individu yang mengenali wanita berkenaan untuk menasihatinya dan tidak terus cuba mendekati suaminya tanpa sebarang sebab.Kredit:Gempak & FB EllieSuriaty

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

“Ingin kritik saya, silakan” – Ellie Suriati Gesa Kerajaan Kenakan Lesen Untuk Pemilik Saluran Youtube

Baru kecoh beberapa minggu lepas tentang isu kerajaan ingin mewajibkan penerbit filem dan pengguna media sosial yang memuat naik video di pelbagai platform supaya mendapatkan lesen FINAS, hari ini muncul pula isu baru.

Menurut Malaysiakini, pelakon dan pengarah, Ellie Suriati Omar telah mencadangkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk melakukan penambahbaikan terhadap Akta Perbadanan Kemajuan Nasional Malaysia (Finas) 1981 selaras dengan perkembangan teknologi hari ini.

Antara penambahbaikan yang perlu disegerakan ialah dengan mengenakan lesen untuk pemilik saluran YouTube kerana golongan tersebut menjana pendapatan lumayan daripada platform berkenaan.Sumber: Twitter

“Kami mahu akta baru yang lebih kukuh dan boleh membawa kebaikan menyeluruh kepada pelakon, penerbit, royalti dan muzik.“Antara penambahbaikan itu, menteri diseru melaksanakan lesen pengguna YouTube kerana mereka berjaya dengan kandungan kreatif disiarkan,” katanya.

Sedia maklum bahawa dia akan dikritik atas saranan tersebut, Ellie walau bagaimanapun tidak kisah kerana tidak tahan melihat penggiat seni sering menjadi sasaran keadaan.“Sekiranya mereka ingin mengkritik saya, silakan. Kami ada alasan tersendiri kenapa menggesa kerajaan untuk melaksanakan lesen tersebut.

“Kenapa tidak kamu (pemilik saluran YouTube) membayar lesen? Tak suka saya cakap macam tu? Dah tu, kamu hasilkan kandungan kreatif,” katanya.Sumber: MalaysiaKini. Tambah Ellie lagi, perkara yang paling dikesalinya ialah terdapat pemilik saluran YouTube yang menggunakan kemudahan itu untuk mengkritik filem tempatan hingga menjejaskan jumlah kutipan tayangan.

“Ia mengakibatkan kerugian besar kepada penerbit, pengarah dan juga kru produksi kerana tiada orang mahu menonton filem kami selepas ia digelar produk sampah.“Industri kita bukan macam Hollywood, 10 peratus saja penggiat filem yang kaya dan selebihnya kategori B40,” katanya lagi.So apa pendapat korang? Setuju ke tidak? -lobakmerah

Suami ‘Risau’, Elly Suriati Mengandung Empat Bulan

KUALA LUMPUR: Pelakon berbakat, Azri Iskandar memberitahu risaukan keadaan isterinya, pelakon dan pengarah, Elly Suriati yang sedang mengandung empat bulan.Azri berkata, kerisauannya itu disebabkan Elly kini sedang sibuk dalam kerja-kerja pengarahan filem sulungya, Pennggal yang baru memulakan penggambaran pada 10 Disember lalu.

“Saya bimbang dia akan tertekan dan akan memberi kesan kepada kandungan dengan sikapnya yang tidak mahu mendengar kata ketika mengandung.”Tetapi dia adalah seorang yang bersemangat dan teliti apabila melakukan sesuatu,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem tersebut di sini, Jumaat.

Azri berkata, isterinya tidak mengetahui sudah berbadan dua sehinggalah dia dan beberapa krew produksi filem Pennggal membuat lawatan ke lokasi penggambaran.Ujarnya, keadaan isterinya yang kurang sihat selepas membuat lawatan lokasi telah memaksanya untuk melakukan rawatan dan doktor memberitahu bahawa Elly sedang mengandung.

“Masa Elly dapat tawaran mengarahkan filem ini dia masih tidak tahu keadaan dirinya sedang mengandung dan hanya mengetahui selepas itu.”Walaupun sedikit risau tetapi saya yakin dia dapat menjaga dirinya dengan baik tambahan pula saya turut berlakon di dalam filem sama. Jadi dapatlah memerhatikan dirinya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azri menolak dkwaan bahawa dia diambil berlakon sebagai watak utama dalam filem tersebut hanya kerana hubungan suami isteri antara mereka.Ujarnya dia perlu menghadiri uji bakat yang diadakan oleh pihak produksi sebelum diterima berlakon.

“Benar filem berkenaan adalah idea, hasil tulisan dan arahannya tetapi saya sendiri tidak mendapat jalan mudah kerana perlu menghadiri uji bakat bersama-sama pelakon lain.Sementara itu, Elly ketika ditemui berkata, dia tetap mahu meneruskan penggambaran filem tersebut walaupun sedang mengandung dan memberitahu tidak mempunyai sebarang alahan di peringkat awal kandungannya itu.

Elly berkata, kesibukan di lokasi kadang kala menyebabkan dirinya terlupa bahawa dia sedang berbadan dua kerana teruja dengan buah tangan pertamanya itu.”Ada kalanya saya terlupa tetapi itu tidak bermakna saya tidak menjaga kesihatan diri dan tahu batas saya sebagai seorang ibu mengandung.

“Insya-Allah semuanya dalam keadaan terkawal dan doakan agar semuanya selamat buat saya,” katanya.Filem usaha sama antara Astro Shaw dan Grand Brilliance itu adalah filem pertama menggunakan khidmat pengarah wanita dan menelan belanja sebanyak RM2.1 juta.

Selain Azri, Pennggal turut dilakonkan oleh Ummi Nazeera, Zulkifli Ariffin, Normah Damanhuri, Fauziah Nawi, Rozie Othman dan sebagainya.Ia masih dalam proses penggambaran dan dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan.-mstar

Ellie Suriati gigih bantu pengundi Rantau

SEREMBAN – Pelakon dan pengarah filem terkenal, Ellie Suriati menarik perhatian media apabila gigih membantu pengundi untuk menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, hari ini.

Lensa MalaysiaGazette yang merakam aksi Ellie sejak jam 7 pagi tadi, tidak putus-putus membantu pengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, tempat sama dua calon iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan dan R. Malar membuang undi hari ini.

Dari warga emas yang berkerusi roda sehinggalah yang bertongkat semuanya dibantu beliau untuk sampai ke pusat pengundian.“Ibu saya baru meninggal tahun lepas, mak saya stroke tak boleh bercakap pakai susu melalui perut. Saya tahu perasaan macam mana nak uruskan orang tua.

“Saya tidak sampai ke dalam untuk hantar pengundi. Awal-awal pagi saya sudah ada kat sini. Saya cuma hantar sampai depan pintu sekolah sahaja,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette.Pelakon, Elly Suriati menolong pengundi warga emas berkerusi roda di hadapan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua, Rantau, Negeri Sembilan. foto NOOREEZA HASHIM, 13 APRIL 2019.Ibunya, Noriah Mat Akhir pergi buat selamanya di Pusat Perubatan Subang Jaya, Selangor pada 11 September tahun lalu.

Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriati Omar berusia 48 tahun itu, sering kelihatan di PRK antaranya Cameron Highlands, Semenyih dan terbaharu di Rantau.Namun, ini kali pertama Jawatankuasa Gelombang Rakyat itu dilihat berbuat demikan bagi memudahkan perjalanan pengundi khususnya warga emas. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *