Pernah alami operasi dan menggunakan bateri yang perlu diganti setiap 10 tahun sekali. PM Malaysia sanggup terbang ke negeri Sabah dan bertemu dengan insan istimewa ini

berita

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengadakan lawatan rasmi ke negeri Sabah hari ini membabitkan beberapa jadual padat sehingga petang nanti.Meskipun begitu, beliau masih berkesempatan singgah di dua buah rumah penduduk di Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Keramat, Putatan, petang semalam.

Menerusi laman Instagram, Muhyiddin berkongsi perkara itu yang meraih perhatian ramai.” Saya berkesempatan singgah di dua buah rumah penduduk di PPR Taman Sri Keramat, yang mana dua daripada anggota keluarga tersebut mengalami masalah kesihatan.

” Di rumah pertama, saya bertemu dengan adik Danial Zafwan bin Sapri, kanak-kanak berusia 10 tahun yang menghidap sakit jantung.” Lebih menyentuh hati saya, anak pertama daripada empat adik beradik itu terpaksa menggunakan alat perentak jantung (pacemaker) bagi membantu beliau menjalani kehidupan.

” Keadaan jantung yang lemah dan bngkak menyebabkan adik Danial Zafwan mudah letih dan sukar bernafas.” Saya sedikit lega apabila dimaklumkan oleh bapanya, Encik Sapri Liman bahawa bantuan Prihatin Nasional (PRIHATIN) yang disediakan kerajaan sedikit sebanyak membantu meringankan bebannya yang bertugas sebagai pemandu di sebuah agensi kerajaan dalam menyediakan keperluan perubatan anaknya itu.

” Dari situ, saya bergerak menyertai majlis ramah mesra bersama penduduk setempat dan penghuni PPR itu.” Saya yakin rakyat Sabah melihat apa yang sedang kerajaan PN laksanakan dan tahu apa yang mereka perlukan terutamanya dalam aspek meningkatkan kemudahan dan keperluan asas rakyat di negeri itu.

” Bagi tujuan itu, pihak Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah telah diarahkan untuk mengenal pasti sebarang keperluan bagi membantu rakyat Sabah dan saya sedaya upaya akan mengusahakan agar perkara tersebut dipenuhi.” tulis kenyataan di Intagram Muhyiddin Yassin.

Pesanan PM kepada penduduk

Sementara itu, bapa kepada kanak-kanak, Daniel sempat ditanya perasaannya sebaik menerima kunjungan Muhyiddin.Safri berkata beliau sekeluarga tidak menyangka Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup datang ke rumah mereka yang terletak di PPR untuk mengunjungi anaknya Daniel Zafwan, 10, yang menghidap austisme dan bergntung hidup kepada bateri.

” Perdana Menteri berpesan supaya kami menjaga Daniel baik-baik.” Beliau juga bertanya khabar dan meninjau keadaan rumah kami,” kata bapa kepada kanak-kanak istimewa, Safri Leman, 44.Safri berkata, sebagai seorang bapa dan ketua keluarga dirinya terharu apabila seorang pemimpin utama negara yang disegani ramai berkunjung ke rumahnya.

Sering dikenali sebagai ‘abah’ oleh rakyat Malaysia, Muhyiddin meluangkan masa kira-kira 15 minit di rumah keluarga Safri.Bercerita lanjut mengenai sakit yang dihidap anaknya itu, Safri menyatakan anak sulung dari empat beradik itu disahkan menghidap jantung berlubang pada usia dua tahun sebelum menjalani operasi di India pada 2012.

Bagaimanapun, satu lagi operasi terpaksa dilakukan pada 2017 selepas jantung Daniel didapati terhenti hingga terpaksa menggunakan bateri yang perlu diganti setiap 10 tahun sekali.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS. Sumber :http://limauais.pw/

Bukan Kemain Lagi Perdana Menteri Kita. PM Santai Sahaja Makan Di Sebuah Restoran. Lebih Mengejutkan PM Bertindak Untuk Berikan Sesuatu Kepada Mereka

Seorang pemain alat muzik akordion berkongsi rasa teruja apabila mendapat peluang untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sebuah restoran di Kuala Lumpur petang semalam.Menerusi laman Facebook, Othaman Jasin memuat naik video memaparkan dirinya sedang membuat persembahan muzik dan nyanyian lagu lama bersama beberapa rakan untuk Ahli Parlimen Pagoh itu.

Alhamdulillah dapat bersama2 PM

Rakaman video berdurasi dua minit 24 saat itu kelihatan Muhyiddin duduk santai di meja makan, sambil melayani serta menghargai pemuzik tersebut sehingga selesai persembahan sebelum memberi tepukan.Meninjau pada ruangan komen, rata-rata rakan serta kenalan Othaman memuji persembahan tersebut apatah lagi sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati Perdana Menteri.

PM siap bagi duit!

Sumber:Othaman Jasin

Peniaga Boleh Tarik Nafas Lega. Ini Bantuan Yang Dimaklumkan Oleh PM Dan Tarik Untuk Mohon Bantuan. Harap Semua Peniaga Ambil Perhatian Akan Perihal Berikut

Peminjam yang layak boleh menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos ini. INDIVIDU serta peniaga kecil dan sederhana (PKS) yang membuat pinjaman bank boleh menarik nafas lega apabila mereka turut tidak terkecuali mendapat manfaat daripada keputusan terbaharu kerajaan berhubung lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar.

Menerusi pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu, golongan ini akan ditawarkan tiga jenis bantuan daripada pihak bank masing-masing, bergantung kepada situasi peminjam. “Pertama, membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan atau kedua,memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan; atau ketiga, memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil,” kata Muhyiddin dalam perutusan yang disiarkan secara langsung, petang Rabu.

Sementara itu ujar beliau, bagi pinjaman sewa beli pula, pihak bank akan turut menawarkan pilihan penjadualan ansuran yang bersesuaian tertakluk kepada Akta Sewa Beli, misalnya memanjangkan tempoh bayaran balik pada kadar ansuran bulanan yang lebih rendah. “Langkah-langkah ini dijangka akan memanfaatkan 3 juta individu dan PKS. Sekiranya lebih ramai memerlukan bantuan, institusi perbankan telah memberikan komitmen untuk mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya. “Justeru, peminjam yang layak bolehlah menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos 2020,” ujar Muhyiddin lagi.-mstar

Tiga golongan ini terima manfaat lanjutan moratorium dan bantuan bersasar – “Saya dengar rintihan saudara, saudari”

Bank turut menawarkan bantuan kepada semua peminjam individu atau perusahaan kecil sederhana (PKS). KERAJAAN bersetuju untuk melaksanakan lanjutan moratorium dan bantuan bersasar khusus kepada golongan memerlukan. Demikian kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi pengumuman dibuat pada Rabu petang.

Antara yang bakal menikmati tawaran lanjutan adalah individu kehilangan kerja dan masih lagi belum mendapat pekerjaan baharu. “Individu yang hilang kerja pada tahun 2020 dan masih belum dapat pekerjaan baharu, anda akan menikmati lanjutan untuk tempoh tiga bulan. “Selepas tiga bulan, tempoh itu boleh dilanjutkan oleh bank, bergantung kepada situasi individu.

“Kedua, golongan yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas atau berkurangan akibat Covid-19, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji, bergantung kepada jenis pinjaman.”Contohnya, bagi pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan pada kadar yang sama dengan pengurangan gaji,” ujarnya. Jelas Muhyiddin lagi, bantuan itu adalah untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dan lanjutan boleh diberikan tertakluk kepada keadaan gaji semasa individu berkenaan.

Selain itu, bank turut menawarkan bantuan kepada semua peminjam individu atau perusahaan kecil sederhana (PKS), baik peniaga, penjaja atau mereka yang bekerja sendiri yang turut terkesan akibat wabak berkenaan. Namun ia juga bergantung kepada situasi peminjam-peminjam tersebut, jelas Muhyiddin.

“Bantuan ditawarkan termasuk membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan, atau memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan.”Terakhir, memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil,” katanya lagi.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *