Langsung tak ambil tahu berita terkini. Ika Nabella luah perasaan dia yang satu ini selepas COVID19 mula merebak ke seluruh dunia

artis

PELAKON Ika Nabella, 31, mendedahkan dia tidak ambil tahu langsung mengenai berita berhubung perkembangan pandemik Covid-19 dalam negara yang dilaporkan hingga kini. Ika atau nama sebenarnya Nabila Abdul Rahim berkata dia terlalu paran0id terhadap situasi penularan wabak itu yang sampai sekarang belum tahu bila akan berakhir.

“Saya ini, jenis orang yang akan terlebih fikir mengenai apa diceritakan. Terutamanya, tentang penularan Covid-19 ini hingga boleh mengganggu tidur.”Pengalaman saya, ketika salah seorang ahli keluarga pelakon drama Demi di Scotland yang dijangkiti Covid-19 ketika itu,  menghubungi saya dan berkongsi kisahnya.

“Sebaik mengetahui kisah berkenaan, saya terus diblenggu perasaan bimbang teramat sangat hingga tak boleh tidur kerana terlalu banyak fikir. Pada hal, saya tak sertai pun rombongan itu yang menjalani penggambaran di luar negara,” katanya.

Menurut Ika lagi, dia yang turut membintangi drama Demi berkenaan bernasib baik kerana penggambaran membabitkannya hanya di dalam negara sahaja.”Sewaktu dapat tahu mereka  terkena Covid-19 itu, saya terus  tak boleh tidur malam kerana sangat risaukan anak dan keluarga secara tiba-tiba. Saya terlalu peranoid.

“Jadi, sekarang saya fikir lebih baik tak baca apa-apa langsung berkaitan Covid-19. Kalau ada perkongsian info pun, skit-sikit yang diberitahu oleh suami saya,” katanya.Kini memperlahankan kerjaya lakonan, Ika berkata dia lebih memberi tumpuan pada perniagaan yang baharu diceburi. Katanya dia selesa fokus pada usaha memantapkan perniagaan.

“Sekarang, saya cuba habiskan urusan penggambaran drama yang tergendala sebelum ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana.”Saya pilih cerita yang nak dilakonkan. Malah, sebaik balik ke rumah selepas penggambaran,  saya takkan sentuh anak dan pastikan diri betul-betul dibersihkan dahulu,” katanya.Ika yang sudah 12 tahun berlakon, mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Zaid Aznam pada Julai 2016. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Zayn kini berusia 10 bulan.-metro

Pernah Dikritik Mata Duitan Sebab Suami Berisi. Ika Nabella Tampil Beri Kenyataan Yang Sebenarnya Tentang Suaminya

PELAKON Ika Nabella tidak pernah meng4nggap isv berat badan suaminya Muhammad Zaid yang pernah mencecah 100 kilogram sebagai satu isu dalam hubungan rumah tangga mereka.Biarpun sering ditvduh ‘mata duitan’ kerana memilih lelaki gemuk sebagai suami, Ika atau nama sebenar Ika Nabila Abdul Rahim, 31, berkata, perkara itu tidak mengurangkan rasa cinta mereka.

“Saya tak sedar yang berat dia 100 kilogram masa kami mula-mula kahwin empat tahun lepas. Cinta itu memang buat kita tak nampak. Saya nampak dia kacak saja… sasa. “Patutlah ada orang kritik saya cakap duit punya pasal lelaki gemuk pun sanggup kahwin… jaga sikit adab korang!” tulis Ika.Patutlah dia tak join rutin senaman saya dulu rupanya dia bersaiz besar… megah agaknya.

Aktres itu bagaimanapun berkata dia tidak berkec1l hati dengan kritikan yang dikatakan warganet terhadap berat badan suaminya.Dalam pada itu, Ika turut meluahkan rasa bangga apabila suaminya berjaya menurunkan berat badan dan mendaki ke puncak Gunung Kinabalu.Pelakon drama Bahagia Bukan Bid4an ini berkata, sebelum berkahwin suami tidak pernah melakukan rutin senaman kerana tiada stamina yang cukup.

“Dulu waktu bercinta saya bersenam dengan personal trainer, dia duduk sebelah teman. Patutlah dia tak join rutin senaman saya dulu rupanya dia bersaiz besar… mengah agaknya.Suami Ika, Muhammad Zaid berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu.

“Berat suami sekarang dah 70 kilogram. Saya dah tak bersuamikan peti ais macam yang korang kritik dulu.“Tahniah, sayang… sekarang kita berkongsi hobi yang sama” jelasnya.Ika dan suami, Muhammad Zaid Aznam, 33, mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 di Dewan Batu Maung, Pulau Pinang.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Noah Zayn yang kini berusia 10 bulan.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : mStar

Saya tak bersuamikan ‘peti ais’ lagi – Ika Nabella

“SUAMI saya sudah 70kg (kilogram). Jadi, saya dah tak bersuamikan peti ais macam yang anda kritik dulu,” kata pelakon, Ika Nabella mengenai fizikal terkini suaminya, Muhammad Zaid.Ika, 31, atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim berkata, dia tidak menjangka suaminya boleh menjadi ‘slim’ dan berjaya menurunkan berat badan dari 100kg.

Malah, Ika mengakui dia sangat bangga menjadi isteri kepada ahli perniagaan itu.”Saya tidak sedar dia mempunyai berat 100kg ketika kami berkahwin empat tahun lalu. Dulu waktu bercinta saya buat senaman dengan jurulatih peribadi dan dia temankan saja. Patutlah dia tak turut serta kerana dia bersaiz besar. Cepat penat dan mengah agaknya.

“Sumpah tak sedar dia ‘bambam’. Cinta itu memang buat saya tak nampak. Saya nampak dia kacak saja. Patutlah ada orang kritik saya cakap duit punya pasal, lelaki gemuk pun saya sanggup kahwin.”Namun, saya tak marah, tapi saya geli hati. Sebenarnya saya tak sangka dia boleh kurus. Dulu saya selalu cakap pada dia macam mana rupa kalau kurus, mesti lagi ‘hot’,” katanya.

Tidak hanya menurunkan berat badan sebanyak 30kg, suaminya turut berjaya menduduki tempat kedua menawan puncak Gunung Kinabalu beberapa hari lalu.”Dia mendapat tempat kedua daripada 70 pendaki yang berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Tahniah sebab sekarang kami berkongsi hobi yang sama. Anda boleh teka tak macam mana dari saiz XL boleh tukar ke size S?” katanya.-metro

Ika Nabella dapat anak lelaki

KUALA LUMPUR: Pelakon, Ika Nabella selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swasta, di sini, semalam.Ika atau nama penuhnya Nabila Abdul Rahim, 30, yang berkongsi berita gembira itu di Instagram berkata, dia melalui proses kelahiran secara normal dan bayi seberat 3.25 kilogram itu berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Pahlawan kecil saya selamat dilahirkan secara normal,” katanya ringkas.Perkongsian yang dimuat naik Ika itu mendapat lebih 30,000 tanda suka dan dibanjir1 ucapan tahniah daripada pengikutnya, termasuk rakan artis.

Pada Mei lalu, Ika berkongsi berita gembira mengumumkan kehamilannya selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.Ika dan suaminya, Muhammad Zaid Aznam diijabkabulkan di Dewan Batu Maung, Pulau Pinang pada 30 Julai 2016.-bh

Ika Nabella giat berlakon walau tiada foto di Instagram

KUALA LUMPUR, 1 Jun — Pelakon Ika Nabella masih giat berlakon walau tidak aktif memuatkan kegiatan lakonannya di media sosial.”Mungkin disebabkan saya kurang memuat naik gambar berkaitan kerja di laman sosial menyebabkan ramai beranggapan saya sudah berhenti berlakon,” katanya.

Kejadian diperlaku sesuatu oleh pengarah di set penggambaran memberi kesan bercampur-campur kepada Ika, 27, apabila tawaran drama bersiri berkurang walau untuk telemovie tidak pernah putuus.“Tawaran untuk berlakon dalam telemovie sebenarnya tidak pernah putus, cuma saya kurang menerima tawaran untuk drama bersiri,” katanya seperti dilapor Harian Metro hari ini.

November lalu, Ika dipukul ketika sedang menjalani penggambaran drama bersiri “Dawai Asmara” di Hulu Klang, dekat sini, sebelum membuat laporan polis.Azma Aizal Yusoof, 34, mengaku bersalah berbuat kesalahan atas alasan mahu memperbaiki mutu lakonan. Pengarah itu kemudian didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang.

Ika, yang pada mulanya mengakui trauuma, kini menyatakan kesediaannya untuk kembali bekerjasama dengan Azma, namun berharap insiden sama tidak berulang.”Jika ditakdirkan saya kembali bekerjasama dengan dia, saya tiada masalah cuma berharap insidn itu tidak berulang.

“Saya akan bersikap profesional dan apa yang dilakukan hanya berdasarkan urusan kerja sahaja,” katanya.Bertunang dengan jejaka pilihannya pada 14 Mei, Ika dijangka melangsungkan perkahwinan selepas Aidilfitri, awal Julai.-projekmn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *