Hampir dua tahun tidak bergiat aktif dalam industri hiburan tempatan. Keith Foo tekad ambil tindakan ini walaupun menerima beberapa tawaran di luar negara

artis

PELAKON Keith Foo mengakui menerima beberapa tawaran berlakon di Indonesia selepas hampir dua tahun tidak bergiat aktif dalam industri seni lakonan tanah air.Keith yang terlebih dahulu membina nama di Indonesia berkata, tawaran terbabit terpaksa dilupakan seketika berikutan larangn merentas negara akibat pandemik Covid-19. 

“Memang ada beberapa tawaran termasuk daripada bekas pihak pengurusan. Tapi, masih dalam proses perbincangan dan belum dapat dipastikan lagi. Ditambah, kita semua tidak boleh ke luar negara susulan larangn merentas negara. 

“Jika ada tawaran yang bersesuaian saya tidak keberatan untuk kembali membina nama di Indonesia. Itupun selepas keadaan stabil dan Covid-19 berlalu,” katanya.Menurut Keith, perancangan untuk kembali membina namanya dalam industri pada tahun ini sedikit terbantut apabila wabak Covid-19 menyerang negara. 

“Pada mulanya, saya anggap tahun ini sebagai masa terbaik untuk kembali aktif berlakon. Saya juga tidak kisah bermula dari bawah selepas dua tahun mendiamkan diri kerana ingin membesarkan anak tunggal. “Jika dulu saya pernah diangkat sebagai hero drama, tapi kini tak kisah watak utama atau pembantu. Saya tak memilih kerana mahu mengembalikan kepercayaan penerbit dan stesen televisyen.”Niat untuk kembali aktif sedikit terbantut apabila tanpa disangka kita diuji dengan pandemik Covid-19. Saya anggap tiada rezeki dan semuanya sudah tertulis. Apa yang berlaku ini pasti ada hikmah di sebaliknya nanti,” katanya-metro

Saling Mengenali Sejak 14 Tahun Lalu Sebelum Berkahwin. Berikut Kronologi Sesi Pengenalan Mereka Berdua Dan Punca Mereka Membuat Keputusan Untuk Berpisah

Tiada siapa yang boleh menyangka rumah tangga aktor Keith Foo & Kim Raymond yang dibina selama 5 tahun telah berakhir. Berita mengenai perpisahan itu dijelaskan langsung oleh Keith Foo melalui BH Online yang mengatakan bahawa dia dan isterinya telah menamatkan perkahwinan sejak 2 tahun yang lalu. Berikut Murai MY kongsikan kronologi di sebalik perjalanan cinta Keith Foo dan Kim Raymond, dari awal pertemuan, perkahwinan, masalah rumah tangga hingga akhir perpisahan.

Saling Mengenali Sejak 14 Tahun Lalu Sebelum Berkahwin

Sebelum mereka berdua berkahwin, Keith dan Kim sudah saling mengenali sejak 14 tahun yang lalu lagi. Keith cukup rapat dengan abang Kim sejak kecil lagi. Menurut sebuah wawancara bersama GLAM, mereka bermula sebagai teman, dan akhirnya mereka bercinta.

Berkahwin Pada 30 November 2015

Keith dan Kim mendaftarkan perkahwinan mereka pada 21 Disember 2014. Pasangan ini dikatakan cuba merahsiakan perkahwinan mereka daripada diketahui umum sebelum berjaya dihidu pihak media. Keith dan Kim mengadakan majlis resepsi 30 November 2015. Majlis tersebut hanya akan diadakan secara sederhana bagi meraikan keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, rakan-rakan dan media di kampung halaman Keith di Gemas, Negeri Sembilan.

Dikurniakan Cahaya Mata Perempuan Pada 30 Mei 2017

Keith dan Kim menimang cahaya mata sulung mereka pada 30 Mei 2017 yang bernama Skylar Raymond Foo yang kini sudah berusia 3 tahun.Isu Unfollow Instagram Pada Tahun 2017. Rumah tangga Keith Foo dan isterinya Kim Raymond dikatakan bermasalah gara-gara si isteri unfollow suaminya di Instagram. Kes lain ada mengatakan apabila kedua-duanya dikatakan sudah jarang memuat naik gambar bersama di laman sosial sejak kebelakangan itu. Namun, pelakon itu yang selama ini lebih suka mengambil sikap berdiam diri dilihat memuat naik gambar berdua di sebuah bukit sambil bertentang mata sekali gus membuktikan cinta mereka tetap utuh.

Status Rumahtangga Diragui Sejak Awal 2019

Sekali lagi status rumah tangga Keith dan Kim diragui apabila mereka jarang berkongsi gambar masing-masing di laman sosial mereka, pada awal Mac tahun 2019. Malah, Keith sering memuatnaik gambar anak perempuan mereka, Skylar Raymond Foo, dengan keterangan berbaur kerinduan.

Menafikan sudah berpisah dengan isterinya malah Keith menjelaskan hubungan mereka masih dalam keadaan baik.“Hubungan kami baik-baik sahaja dan tiada apa yang ingin dikongsikan mengenai perkara itu. Biasalah, semua rumah tangga ada pasang surutnya dan perkahwinan mana yang tidak mempunyai masalah? Kita hanya manusia dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.” – katanya kepada BH Online.

Umumkan Perpisahan 24 Ogos 2020

Walaupun Keith mengeluarkan kenyataan rumahtangganya masih dalam kedaan baik pada tahun 2019, hakikatnya mereka berdua sudah tidak sebumbung sejak 2 tahun yang lalu. Seperti yang dilaporkan oleh BH Online, pasangan ini berpisah secara rasmi pada akhir tahun lalu.“Kami berpisah secara rasmi sejak akhir tahun lalu. Tetapi, hakikatnya, kami sudah tidak bersama kira-kira dua tahun.” katanya.

Menurut Keith, bekas isteri kini menjadi kawan baik dan ternyata hubungan mereka berdua lebih baik. Pasangan ini memberi tumpuan sepenuh kepada anak sulung mereka walaupun  tidak lagi bergelar suami isteri.-murai

Setelah Sekian Lama Menyepi Akhirnya Keith Foo Sahkan Sudah Berpisah Dengan Isteri Sejak Tahun Lepas. Rupa Rupanya Ini Punca Buat Warganet Terkedu.

PELAKON Keith Foo mengesahkan sudah berpisah secara rasmi dengan isterinya iaitu model terkenal Kim Raymond sejak Disember tahun lalu. Bagaimanapun, Keith, 37, berkata, dia masih menjaga hubungan baik dengan bekas isterinya itu demi anak mereka, Skylar Raymond Foo yang kini berusia tiga tahun.

“Kami berpisah sejak dua tahun lalu tetapi secara rasminya berpisah pada Disember tahun lepas.”Walaupun sudah tidak lagi bersama, saya masih menjaga hubungan baik dengan bekas isteri demi anak, Skylar Raymond Foo,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, pelakon drama Ariana Rose ini berkata, dia menyerahkan hak jagaan anak mereka kepada bekas isterinya. Tambahnya, dia sentiasa mencari masa dan ruang untuk bertemu Skylar terutamanya ketika tidak menjalani penggambaran.

“Kami sudah seperti rakan baik dan tiada masalah yang terjadi antara kami berdua biarpun tidak lagi bergelar suami isteri. “Anak tinggal dengan bekas isteri, tapi setiap hari saya akan cuba mencari ruang untuk bersamanya (anak). Jika saya bercuti dan tiada penggambaran, anak akan tidur di rumah saya,” ujarnya. Hubungan Keith bersama bekas isterinya, Kim, masih baik walaupun sudah tidak bersama.

Dalam pada itu, Keith berkata dia dan Kim berpisah secara baik dan tidak mahu meneruskan perkahwinan dalam keadaan terpaksa. Keith juga menyifatkan sesuatu ikatan perhubungan perlu dihentikan jika sudah tiada persefahaman bagi mengelakkan perkara buruk daripada berlaku.

“Kami berpisah secara baik. Perkahwinan tidak boleh dipaksa. Daripada kita paksa-paksa atau tangguh-tangguhkan, tak tahu apa akan jadi di masa akan datang. “Jika dipaksa dan tiada persefahaman, takut perkara lebih buruk akan terjadi nanti. Sekarang, situasi yang kami hadapi jadi lebih baik,” jelasnya. Keith dan Kim berkahwin pada November 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Skylar Raymond Foo, 3.

Keith Foo buang taatu

PELAKON Keith Foo memilih untuk menjalani proses membuang taatu di badannya kerana inginkan tubuh yang lebih ‘bersih’. Keith, 36, berkata, dia sudah lama berfikir untuk melakukan proses itu tetapi baru sekarang dia bertemu dengan teknologi perubatan yang tidak tinggalkan kesan parut.

“Saya sudah merancang untuk membuang taatu di badan saya sejak beberapa tahun lalu, cuma sekarang baru saya jumpa satu klinik yang menggunakan teknologi terkini untuk membuang taatu tanpa tinggalkan kesan parut.

“Pada usia sekarang, saya lebih selesa untuk membuang taatu di badan dan memiliki yang lebih bersih,” katanya yang memiliki tatu di bahagian lengan dan belakang badan. Menurut Keith, ia turut memudahkan kerja-kerja lakonannya di masa depan terutama jika ada tawaran memerlukan dia membawa watak lelaki Melayu.

Keith berkata, dia tahu solekan boleh digunakan untuk menyembunyikan tatu tapi ia akan mengambil masa yang lama dan dia tidak mahu menyusahkan orang lain yang terpaksa menunggu. Menurut Keith yang menjalani proses membuang taatu dua hari lalu, dia perlu melalui tujuh sesi dan setiap sesi hanya boleh dibuat sebulan sekali.

“Jadi, selepas ini saya ada lagi enam sesi untuk proses membuang taatu. Bahagian lengan tak ambil masa terlalu lama untuk dibuang. Namun, bahagian belakang badan akan mengambil masa agak lama kerana saiznya yang lebih besar dan berwarna.” katanya.

Hal rumah tangga urusan peribadi – Keith Foo

PELAKON, Keith Foo, 36, enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai hubungan rumah tangganya dengan isteri, Kim Raymond yang dikatakan bermasalah. Keith ketika dihubungi berkata, isu itu terlalu peribadi untuk dikongsikan dengan masyarakat.

“Apa yang boleh saya katakan, hal rumah tangga adalah sesuatu bersifat peribadi. Buat masa sekarang, hubungan kami baik saja. “Kami sibuk dengan hal masing-masing, namun tetap memberikan fokus 100 peratus kepada anak,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya lagi sama ada timbul isu yang menggncang keharmonian rumah tangganya, bintang drama Dia Isteri Luar Biasa itu berkata, setiap hubungan tentunya akan ada masalah. “Biasalah, kalau dalam apa juga hubungan pun tidak kiralah perkahwinan atau percintaan, ada naik dan turunnya.

“Setiap masalah yang timbul dalam sesuatu hubungan ini juga tentunya akan ada penyelesaiannya,” katanya. Diminta mengulas mengenai komen warganet yang rata-rata membuat spekulasi kononnya dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan isteri, Keith memilih untuk membiarkan saja tindakan mereka.

“Biarkan saja kepada mereka untuk bercakap apa pun. Kadang-kadang, warganet ini bertindak seperti mereka tahu semuanya yang berlaku. “Selagi komen dan spekulasi mereka tidak merugikan saya, saya okey. Sekurang-kurangnya, mereka ada sesuatu yang diperdebatkan,” katanya. Keith dan Kim berkahwin pada 30 November 2015 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Skylar Raymond Foo pada 30 Mei 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *