Digosipkan dengan artis wanita yang popular. Berikut antara 5 selebriti yang dikatakan bujang terlajak dan antara artis wanita yang pernah dikaitkan bersama

artis

Pernikahan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ia memerlukan persiapan dan persediaan mntal yang kuat untuk membina sebuah keluarga.Justeru, ada yang memilih untuk membujang walaupun umur sudah mencecah 35 tahun.Di sini, kami kongsikan lima orang selebriti di Malaysia yang masih bujang dan tampan:

1. Anuar Zain, 50

Pemilik nama Shahrul Anuar Zain merupakan seorang penyanyi yang terkenal.Anuar merupakan adik kepada penyanyi, Ziana Zain dan merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik dan juga yang satu-satunya masih bujang antara mereka.Memang sukar untuk mengetahui hal peribadi penyanyi ini, dia memang seorang perahsia terutamanya kisah cinta.

2. Datuk Hans Isaac, 49

Siapa yang tak kenal dengan pelakon dan pengarah yang kacak ini? Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan bekas Ratu Cantik Malaysia (1992) iaitu Erra Fazira dan juga usahawan terkenal, Noor Neelofa.Hans juga pernah mengikat tali pertunangan dengan pemenang Miss Tourism International 2012, Gabriella Robinson pada tahun 2017 namun hubungan itu tamat di tengah jalan.

3. Qi Razali, 43

Qi Razali bukanlah nama asing dalam industri tanah air. Wajahnya sentiasa muncul di kaca televisyen menerusi bidang lakonan dan pengacaraan.Qi pernah menjalin hubungan cinta dengan penyanyi, Yuna dari tahun 2009 hingga 2012.Kemudian, pemilik nama Qushairi  Mohammed Razali Wong menjalin hubungan cinta dengan pelakon, Nelydia Senrose sekitar tahun 2013 namun terputvs disebabkan tiada persefahaman.Awal tahun ini, percintaan ahli kumpulan OAG dengan model Nia Atasha Rosli disahkan berakhir tetapi mereka masih berkawan baik sehingga kini.

4. Remy Ishak, 38

Pelakon berkulit hitam manis ini sering menjadi tumpuan ramai wanita. Sehingga kini, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak memilih untuk hidup bersendirian selepas beberapa kali melalui pengalaman pvtus cinta.

Remy sebelum ini pernah dikaitkan dengan pelakon Ummi Nazeera pada tahun 2008. Setelah berlaku kejadian yang menimbulkan kontroversi pada bulan Disember 2009, mereka nekad memutuskan hubungan.Pada Januari 2010, Remy mendedahkan dia sedang berkawan rapat dengan pelakon Tiz Zaqyah yang merupakan gandingan serasinya dalam drama Nur Kasih.

Pada September 2012, Remy telah membuat pengakuan kepada pihak media dengan memberitahu bahawa hubungan mereka sudah berakhir namun masih berkawan baik.Pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan ini pernah mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan Ezza Yusof pada Mei 2017 tetapi mengesahkan sudah terlerai pada Februari 2019.

5. Zizan Razak, 36

Zizan merupakan seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyanyi dan ahli perniagaan Malaysia.Pelakon kelahiran Dungun, Terengganu ini masih bujang. Pernah dikaitkan bercinta dengan beberapa orang selebriti wanita antaranya Juliana Evans dan Emma Maembong.

Juliana dan Emma kini sudah berkahwin dan menjalani kehidupan bahagia bersama suami masing-masing.Baru-baru ini, pelakon filem Polis Evo 3 digosipkan bercinta dengan personaliti televisyen, Hawa Rizwana. Namun, Hawa menyatakan Zizan merupakan kawan lelaki dalam industri yang sering menemaninya beriadah.

Jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuan Allah. Setiap orang mempunyai perjalanan cerita yang berbeza dalam soal jodoh.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MKJangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media KitaSumber : gempak

Tiga Artis Wanita Yang Pernah Digosipkan Sudah Bahagia Bersama Orang Lain. Warganet Luah Rasa Simpati Dengan Nasib Zizan Dan Ada Juga Warganet Yang Membahan

Baru-baru ini, terdapat seorang individu yang mengimbau kembali foto pelakon dan pelawak Zizan Razak yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan pelakon, Juliana Evans, Emma Maembong dan Mira Filzah.Apa yang menyedihkan, foto berkenaan telah menjadi bahan jenaka warganet selepas foto perkahwinan Mira Filzah memenuhi ruang media sosial sejak Khamis lalu.

“If u want to get married, take a picture with zizan,” tulisnya menerusi laman media sosial Twitter.Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa simpati terhadap pelawak kelahiran Terengganu itu.“Sian zizan. orang buat bahan of his past failed relationships. Nak buat macam mana dah takda jodoh. its not like he didnt try. urghh,” tulisnya.

Terdahulu, Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak pernah menjalinkan hubungan percintaan bersama Juliana Evans dan Emma Maembong.Bukan itu sahaja, Mira Filzah juga pernah dikaitkan bersama pelawak berusia 36 tahun itu sebelum ini.-mh

Dapat Tahu Nenek Sakit Di Kampung. Zizan Tanpa Ragu Terus Bergegas Pulang Ke Kampung Dan Ini Perkongsian Zizan Untuk Mendoakan Yang Terbaik Buat Neneknya

Zizan mohon semua orang mendoakan keadaan neneknya.PELAKON dan pelawak terkenal Zizan Razak memberitahu neneknya kini dalam keadaan tidak stabil dan mengharapkan doa orang ramai.Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 36, berkata dia dan keluarga bergegas pulang ke Terengganu sebaik sahaja mengetahui berita itu.

“Assalammulaikum buat semua. Dengan rasa rendah diri Zizan ingin memohon semua supaya sama-sama mendoakan kesihatan nenek Zizan kembali sihat seperti sedia kala. Zizan berkongsi perkara itu di laman sosialnya.

“Kerana Zizan baru sahaja dapat berita keadaan nenek Zizan tidak berapa stabil. Dan sekarang Zizan terpaksa bergegas pulang ke Terengganu.”Doa juga perjalanan Zizan dan keluarga selamat pergi dan pulang. Bismillah. Amin Ya Rabbal Alamin,” kata Zizan.Pelakon filem Abang Long Fadil itu berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Doa juga perjalanan Zizan dan keluarga selamat pergi dan pulang.

Bagaimanapun Zizan tidak memberi maklumat lebih lanjut mengenai penyakit yang dialami neneknya.Dalam pada itu, ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan doa daripada warganet dan rakan selebriti antaranya Anuar Zain, Datuk Aznil Nawawi, Ummi Nazeera, Shiha Zikir, Johan dan Nabil Ahmad.”Walaikumsalam Zizan. Semoga Allah SWT kurniakan kesembuhan buat nenek Zizan… safe journey to Terengganu bro,” tulis Anuar Zain.

“Semoga Allah permudahkan segalanya dan memberi kesembuhan pada nenek,” komen Johan.Pelakon Ramona Zamzam turut meluahkan rasa simpati kepada Zizan yang terpaksa bergegas pulang ke kampung dalam keadaan keletihan selepas tamat penggambaran pada malam, Jumaat.”Kesiannya ya Allah dah la kita habis shoot lambar g1la semalam. Lepas itu you terus gerak Terengganu. Semoga nenek you cepat sembuh Zan! Be safe and see you on second episode,” katanya-mstar

Satu Tweet Tular Ini Bukan Sahaja Menarik Perhatian Warganet Malah Juga Selebriti Tanah Air. Lagi Meriah Bila Zizan Buat Satu Pernyataan Ini

Akaun Instagram Meletop ada memuat naik sebuah tweet tular daripada seorang individu menjelaskan bahawa wanita cantik di Malaysia ini kebanyakannya berasal dari negeri Perak, Selangor, Johor dan Sabah. Kenyataan tersebut bukan sahaja mendapat reaksi pelbagai warganet, malah para selebriti turut memberikan pendapat mereka.

Antaranya termasuklah Siti Nordiana, Nabil Ahmad, Alvin Chong dan juga Zizan Razak.Dalam pada itu, Zizan secara berseloroh memberitahu, kebanyakan perempuan cantik di luar sana biasanya tertarik dengan jejaka berasal dari Terengganu.Bagaimanapun, kesemuanya dikatakan putvs di tengah jalan.

“Lelaki yang hansome dan memiliki awek yang cantik majority Terengganu.“Dan mereka kebanyakkan baik hati kerana menjaga jodoh orang,” selorohnya.Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet terkedu malah turut terhibur melihat reaksi daripada pelawak tersebut.Sementara itu, para peminat turut menitipkan doa agar Zizan cepat dipertemukan jodoh.Terdahulu, Zizan baru sahaja mengumumkan trilogi filem Abang Long Fadil 3 bakal mula ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.

Sumber: Instagram Meletop

Dapat Tahu Mira Filzah Bertunang Dengan Anak Timbalan Menteri. Ini Reaksi Paling Win Dari Zizan Razak Sendiri

Beberapa hari yang lalu kec0h di media sosial yang rata-rata terkejut mendengar berita pertunangan pelakon popular Mira Filzah bersama pasangan pilihan hati Wan Emir Astar yang merupakan anak kepada Timbalan Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid. Tapi Ohmedia tertarik pula dengan komen dari warganet yang ada menaikkan nama pelawak terkenal Zizan Razak yang dahulunya pernah dikaitkan dengan Mira Filzah.

Ada juga yang bersedih dengan nasib Zizan sebab kalau dulu pernah dikaitkan dengan Emma Maembong dan akhirnya berkahwin dengan orang lain, kini Mira Filzah pula bakal berkahwin dengan orang lain. Jadi apa pula respon Zizan dengan berita pertunangan Mira ni? Orang sudah nak kahwin, nak mendirikan rumah tangga. Lebih baik kita mendoakan yang terbaik untuk masa depan. Jadi isteri yang baik, ada suami yang baik, ada keluarga yang baik di kedua belah pihak sehingga ke jannah. Itu sajalah saya boleh doakan. Saya juga tumpang gembira apabila kita dengar berita sebegitu. – Respon Zizan.  Itulah yang terbaik dengan mendoakan kebahagiaan kawan kita. Tak apa Zizan, tak lama lagi mesti akan ada wanita yang terbaik akan temani hidup kamu. Kredit: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *