Benda pelik sampai diri sendiri pun tak faham. Remy Ishak dedah rahsia paling besar yang dia pernah simpan dan ramai terkejut dengan pengakuan dari Remy di IG

artis

Remy akui dia tidak suka bergambar.PELAKON Remy Ishak berkongsi rahsia mengenai dirinya yang sebenarnya tidak gemar bergambar dan posing di hadapan lensa kamera.Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 38, berkata, biarpun kehidupannya sudah biasa dengan kamera namun sehingga kini dia masih ada perasaan malu.

“Meh sini aku beritahu korang satu rahsia. Benda pelik yang aku sendiri pun tak faham fasal diri aku. Aku sebenarnya tak suka bergambar. Tak suka duduk depan lensa kamera.Aku sebenarnya tak suka bergambar. Tak suka duduk depan lensa kamera.

“Ada rasa segan, malu. Sampai sekarang aku masih malu berdepan dengan kamera. Pelik bukan? Pelik tapi benar. Svmpah,” kata Remy.Pelakon drama bersiri popular Pujaan Hati Kanda itu mendedahkan perangai peliknya itu menerusi laman Instagram miliknya.

Rata-rata warganet terkejut dengan pendedahan tersebut namun mereka tetap memberi kata-kata semangat kepada aktor itu.”Pelik sangat tu tapi saya pun rasa macam tu juga kurang percaya diri kalau bergambar seorang sebab tak reti nak bergaya.

Remy mendedahkan perkara itu menerusi Instagram miliknya.“Salam. Bro sampai bila tak yakin depan kamera. Allah dah bagi kelebihan yang ada gunakan sebaiknya. Keep going ya.”Oh sebenarnya pemalu… baru tahu. Anggap saja bila ambik gambar tu lakanon… berlakon saja,” komen beberapa pengikutnya di laman sosial.

Pada Oktober tahun lalu, Remy pernah membuat pendedahan mengenai dirinya mempunyai masalah kemurungn dan mengalami gngguan sihir. Bagaimanapun, selepas dia dinasihatkan oleh kenalan dan keluarganya, Remy akhirnya bersetuju untuk melakukan rawatan daripada kaedah perubatan Islam.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!-mstar

Remy padam semua gambar, tak ikut Mira di Instagram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Remy Ishak, 37, menyifatkan tindakannya memadamkan semua gambar di Instagram bukan sesuatu yang pelik.Namun, saat ditanya mengenai alasan dia tidak lagi mengikuti akaun Instagram milik Mira Filzah, Remy menjelaskan, dia kurang pasti mengenai hal terbabit.

“Bab tak ikuti akaun Instagram Mira itu, saya tak pasti. Nanti saya periksa balik.“Mungkin ada yang terlepas pandang. Lagipun, sekarang ada pasukan yang menguruskan akaun media sosial saya, termasuk di Instagram,” katanya kepada BH Online.

Remy dan Mira, 26, pernah bergandingan dalam drama popular, Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan, selain berlakon bersama dalam filem Rise: Ini Kalilah serta Sangkar.Populariti diraih drama dan filem terbabit turut mencetuskan gosip kononnya kedua-dua bintang berkenaan mempunyai hubungan mesra. Namun, Mira pernah menafikan wujudnya hubungan istimewa dengan aktor itu.

Baru-baru ini pula, Mira mendedahkan sedang mengenali hati budi seorang jejaka bukan daripada dunia seni.Sementara itu, semakan di Instagram pelakon terkenal terbabit sebentar tadi masih memperlihatkan tiada foto terbaru dikongsi Remy.

Bercerita lanjut mengenai tindakan memadamkan semua gambarnya di laman sosial yang diikuti oleh 1.5 juta orang itu, bintang siri Ombak Rindu ini berkata, dia memang sedang melakukan ‘kerja pembersihan’.“Saya okey. Tiada apa-apa pun sebenarnya. Memang tengah buat kerja pembersihan.“Memang ada banyak benda yang nak kena ‘clear’. Apatah lagi sekarang pun sudah masuk tahun 2020,” katanya lagi.-bh

Remy Ishak sayu, tak fikir pasal raya

KUALA LUMPUR: Turun padang menghulurkan pek makanan kepada golongan memerlukan, Remy Ishak sayu melihat nasib mereka yang terkesan akibat penularan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kongsi Remy, pengalaman menyertai program amal anjuran Origina berbeza daripada yang pernah dilakukan sebelum ini.”Bukan saya tak pernah sertai program amal tetapi kali ini, aktiviti dihadiri memberi impak emosi berbeza… Rasa sedihnya lebih mendalam,” katanya kepada BH Online.

Menceritakan pengalamannya, Remy berkata, perbualan dengan masyarakat termasuk peminat membuka mata mengenai realiti kehidupan.”Saya tahu kebanyakan peminat adalah perempuan sebab mereka suka tonton drama. Tetapi dalam tempoh PKPB, saya mendapat maklum balas daripada penonton lelaki.

“Iyalah, ketika PKPB, hendak tengok perlawanan bola sepak pun tiada, jadi ramai lelaki tonton drama.”Berikutan drama Bukan Gadis Biasa lakonan saya sedang disiarkan, jadi ramai peminat yang berborak dengan saya mengenai drama itu ketika menyertai program amal ini,” katanya.

Tambah Remy, daripada perbualan itu, timbullah cerita cabaran hidup masing-masing ketika berdepan penularan COVID-19 dan PKPB.”Ada yang mengadu hilang pekerjaan dan mata pencarian untuk menyara keluarga. Itu yang membuatkan saya sedih. Mereka bukan peminta sedekah tetapi memerlukan bantuan.

“Lebih sedih apabila mereka langsung tidak fikir hendak menyambut Aidilfitri,” katanya.Mengajak masyarakat menghulurkan tangan membantu, Remy berkata, orang ramai yang mahu memberi sumbangan boleh melakukannya dengan membeli produk Origina.

“Lima peratus daripada jualan produk Origina akan digunakan untuk membeli barangan keperluan untuk disalurkan kepada golongan memerlukan.”Pada Ramadan, pastinya ramai hendak berkongsi rahmat Allah. Inilah masanya untuk kita saling membantu,” katanya.

Semalam, Remy menyerahkan barangan keperluan seperti beras, gula, minyak, garam dan telur kepada penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah dan PPR Lembah Subang.Program Origina Sharity Bersama Remy Ishak membabitkan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Penggerak Malaysia Negeri Selangor.

Ditanya mengenai sambutan Aidilfitri, Remy mengaku dengan keadaan sekarang, dia tidak terfikir mengenainya.”Syawal adalah bulan kita menyambut kemenangan. Tapi kita hanya menang selepas sebulan berpuasa.”Daripada segi memerangi COVID-19, realitinya kita belum menang. Jadi, kita perlu berjaga-jaga dan mematuhi saranan kerajaan.

“Andai saya boleh pulang ke Melaka sekalipun, saya tidak akan mengadakan majlis rumah terbuka dan membiarkan tetamu datang beramai-ramai seperti selalu.”Ini kerana emak saya sudah berusia, saya tidak mahu mengambil risiko,” katanya.-bh

Bapa Remy Ishak pergi buat selamanya

BAPA pelakon terkenal, Remy Ishak iaitu Ishak Idris pergi buat selamanya di kampung halamannya di Masjid Tanah, Melaka, .Berita itu dikongsikan pelakon filem Sangkar itu di Instagram.“Ayah saya, Ishak bin Idris menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi. Al Fatihah untuk ayah,” tulisnya ringkas.

Sementara itu, pengurus Remy, Azlin Abas ketika dihubungi berkata, Remy terus bergegas pulang ke kampung ketika dimaklumkan perkara itu.“Jam 7 pagi dia menghubungi saya dan memaklumkan bapanya sudah tiada. Dia juga terus pulang kampung.

“Saya ada juga bertanya lanjut berkenaan bila dan di mana ayahnya akan disemadikan, namun dia tidak membalas mesej saya.“Bapanya sakit tua dan sudah pergi buat selamanya pada usia lebih 60-an,” katanya. Difahamkan, Remy sepatutnya terbabit pada program sesi ramah mesra bersama Origina sempena Hot Jam Tour di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur petang ini.Status yang dimuat naik Remy yang memaparkan wajah bapanya itu mendapat lebih 3,000 komen daripada sahabat, rakan artis dan peminat.-mymetro

IG Live Sama Remy Ishak, Amboi Bukan Main Pickup Line Wanita Ini!

Selepas tamatnya Bukan Gadis Biasa, mungkin ada yang merindui Remy Ishak yang melakonkan watak Rayyan dalam drama tersebut. Nama pelakon ini tidak pernah sunyi dari industri hiburan tanah air biarpun sudah lama berlakon. Masih hangat di pasaran katanya!

Biarpun begitu, baru-baru ini video IG live sama Remy Ishak dengan seorang wanita tular di sosial media. Menerusi video IG live sama Remy Ishak itu, wanita tersebut yang mesra dengan panggilan Kak Long berbual mengenai drama Nur Kasih. Untuk info, Nur Kasih pernah menjadi satu fenomena satu ketika dulu dan ramai yang meminati drama lakonan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah ini.

Video tersebut dirakamkan oleh wanita yang juga pemilik akaun Instagram Zirah Jamal dan kemudiannya telah dikongsikan semula di Instagram Meletop. Video ini telah meraih perhatian ramai menerusi laman sosial itu dengan lebih 123 ribu tontonan dan 23 ribu likes.

Apa yang menariknya apabila mereka berdua saling bergurau dan membalas pickup line masing-masing. Boleh terhibur dibuatnya!Rata-rata warganet turut terhibur dengan gelagat mereka berdua ini dan tinggalkan reaksi tersebut di ruangan komen seperti berikut:“Comel jer abang remy”-hcl

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *