Akui terima lamaran ramai wanita sampaikan pelajar sekolah pun berani mencuba nasib. Ini respon paling win yang Johan Asari setelah menerima lamaran

artis

Johan dedah terima lamaran daripada ramai wanita.PELAKON Johan As’ari mendedahkan dia kerap menerima mesej lamaran daripada pengikut di laman Instagram yang menyatakan hasrat mahu menjadikannya calon suami.

Bukan sahaja wanita dewasa, malah ada juga dalam kalangan pelajar sekolah yang turut mencuba nasib dan berharap dapat menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon drama Jvana ini.”Orang biasa ajak kahwin tu biasalah… tapi ada juga budak sekolah berumur 15 tahun ajak kahwin. Tapi biasalah budak-budak, saya tak layan cuma balas dengan senyuman sahaja.

“Saya anggap itu perkara normal dalam fasa mereka untuk meminati seseorang, nanti apabila dah besar mereka sendiri tahu kawal keinginan… budak-budak biasalah teruja lebih!Johan akui berdepan cabaran mengekalkan populariti sebagai pelakon.

“Saya tak marah atau nasihat mereka sebab takut nanti terasa hati. Bagi saya lebih baik mereka minat artis Malaysia daripada sukakan artis luar dan buat benda lain yang salah,” katanya kepada mStar.Hampir 10 tahun bergelar anak seni, Johan mengakui berdepan cabaran dalam mengekalkan kariernya sebagai pelakon.Dalam hal ini, aktor berusia 33 tahun ini berkata, dia perlu bijak mempromosikan diri dan bersedia dengan kehadiran ramai muka baharu yang berbakat besar.

Selama lima tahun kerjaya seni saya berada di kemuncak, saya terima pelbagai tawaran back to back dari semua stesen televisyen.

“Saya tak rasa diri saya popular… tapi saya akui sejak tahun 2013, selama lima tahun kerjaya seni saya berada di kemuncak. Saya terima pelbagai tawaran back to back dari semua stesen televisyen.”Lima tahun pertama itu saya umpama pisang goreng panas dan selepas itu tawaran semakin perlahan… benarlah kata Datuk Rosyam Nor, saya kena rangka perancangan untuk terus kekal dalam industri.”Saya tak salahkan sesiapa dalam hal ini kerana ini semua terletak pada kita macam mana nak promosikan diri. Saya sedar pada waktu ini saya perlu usaha untuk terus terus berjuang dalam industri,” ujarnya.-mstar

Sudah lama tidak munculkan diri. Johan As ari buat kejutan sedang buat persiapan kahwin dengan bakal peneman hidupnya ini

KUALA LUMPUR: Watak Botak yang dibawakan menerusi drama bersiri popular, Jvana pada 2011 nyata masih sinonim dengan pelakon, Johan Ariff As’ari. Impak drama berkenaan masih terasa apabila hingga kini masih ramai peminat memanggil Johan dengan gelaran B0tak. Biarpun sudah sembilan tahun berlalu, Johan masih ditegur peminat dengan panggilan B0tak ketika menjalani penggambaran drama Lelaki Itu Untukku 2 di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Bagaimanapun, katanya, ada juga yang mengenali dan memanggil nama sebenarnya.

“Saya akui, drama Jvana memberi impak besar terhadap kerjaya seni. Selepas Jvana, beberapa drama seperti mungkin Cinta Elysa dan Karlos masih dikenang peminat. “Saya bertuah adanya sokongan pelakon hebat seperti Bront Palarae dan Beto Kusyairi. Disebabkan mereka, lakonan saya dan rakan-rakan lain mendapat perhatian penonton drama,” katanya kepada BH Online. Dilihat jarang muncul di kaca televisyen (TV), pelakon berusia 34 tahun itu berkata, dia banyak terbabit dengan penggambaran filem sejak dua tahun lalu.

Demi menghayati watak Yassin untuk filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof, Johan berkata, dia dikehendaki menyimpan rambut panjang menyebabkan terbatas menerima tawaran berlakon drama. “Penggambaran filem Mat Kilau selama 60 hari, kemudian berehat sekitar tujuh bulan sebelum menyambung kembali. Dalam tempoh berehat, saya tidak dibenarkan mem0tong rambut.

“Jadi, sukar untuk saya menerima tawaran lain dengan imej berambut panjang. Lagi pula, kebanyakan watak yang ditawarkan tidak sesuai dengan imej berambut panjang. Itulah menjadi penyebab wajah saya jarang muncul di kaca TV sejak kebelakangan ini.”Selepas filem Mat Kilau, saya terbabit dengan filem Air Force The Movie. Kesibukan di lokasi penggambaran filem menyebabkan banyak tawaran drama terpaksa ditolak. Ada ketika timbul juga kebimbangan jika syarikat produksi menyangka saya tidak mahu berlakon drama, sedangkan saya suka berlakon drama,” katanya.

Walau bagaimanapun, Johan berkata, dia bersyukur apabila kembali menerima banyak tawaran drama, tahun ini.Selepas selesai menjalani penggambaran drama di Sabah pada Ogos, dia akan ke Kedah untuk penggambaran drama bergandingan dengan pelakon, Fauziah Nawi.Pelakon filem Ophilia dan Kanang anak Langkau: The Iban Warrior itu berkata, dia banyak meluangkan masa bersama bersama keluarga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Selama tiga bulan, katanya, memberi ruang untuknya berehat dan meluangkan waktu bersama bapa, ibu tiri serta adik beradik yang jarang dapat berkumpul.

Katanya, meskipun ada beberapa drama tergendala, namun dia bersyukur mempunyai wang simpanan. Selain itu, pelepasan bayaran pinjaman kereta menerusi moratorium yang diberikan kerajaan sedikit sebanyak meringankan bebannya.”Alhamdulillah, saya bertuah memiliki simpanan. Jadi, saya tidak begitu merasakan kesan walaupun hampir empat bulan tidak keluar berkerja. Lagipun, tempoh berkenaan dapat digunakan untuk meluangkan masa bersama keluarga,” katanya.

Mengulas hubungan cinta bersama wanita bernama Letty, Johan berkata, dia masih mengenali hati budi wanita yang sudah dikenali sejak dua tahun lalu.Katanya, dia mempunyai perancangan untuk menyunting Letty, tetapi enggan terlalu gel0joh.”Kami masih peringkat mengenal hati budi. Sebelum ini, Letty menyambung pengajian di London, tetapi kini sudah kembali ke tanah air dan menetap di Perlis kerana menjaga ibunya. Kami masih rapat, tetapi menyerahkan hubungan ini di tangan Tuhan.”Jika ditakdirkan sekadar berkawan rapat, Alhamdulillah. Andai dijodohkan, tentulah kami gembira. Tetapi, kami sedang melangkah perlahan-lahan membuat persiapan,” katanya.-bh

Saya hilang arah selepas pemergian ibu – Johan As’ari

KUALA LUMPUR: Pelakon, Johan As’ari, 32, mengakui pemergian ibunya, Datin Firdaus Abdul Kader, kerana sakit teruk tulang pada 2015 membuatkannya seperti hidup tanpa arah. Berasakan kekosongan dalam diri, pemergian insan cukup disayangi turut menyebabkan pelakon Jvana itu tidak keruan sehingga memaksanya jauh mengembara.“Pemergian ibu benar-benar membuatkan saya jadi tak keruan, waktu itu, hingga terpaksa terbang ke negara jauh demi mengisi kekosongan jiwa.

“Namun, tiada siapa yang dapat menggantikan tempatnya. Akhirnya, saya pulang semula ke tanah air dalam keadaan yang tidak cukup bersedia.“Prestasi kerja lakonan saya kian menurun. Saya tidak dapat menjiwai watak dengan berkesan,” luah pelakon terbabit di Instagramnya, semalam.Pemenang trofi Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2011 ini juga berkata, dia digvgurkan daripada sebuah projek drama hanya selepas dua hari penggambaran dimulakan.

Bahkan, akui pelakon yang dijadualkan tampil dengan filem Mat Kilau dan Banglo 99, tahun ini, dia perlu menghadiri uji bakat sebuah drama untuk siaran stesen televisyen yang pernah menjulang namanya.“Saya juga pernah dimarahi dan dit3ngking oleh sutradara di hadapan khalayak kerana dianggap g4gal berlakon,” katanya.Bagaimanapun, Johan memberitahu, dia lekas bangkit daripada kelemahan berkenaan.“Tuhan sentiasa menjamin rezeki makhluk-Nya dan ternyata, peluang untuk saya bangkit masih terbuka luas. Saya bersyukur ada sahabat yang sentiasa memberikan sokongan mahupun mendoakan diri ini dari kejauhan.“Bukan mudah untuk terus tabah apabila kehilangan orang yang teramat disayangi. Semua itu membuatkan saya menjadi lebih matang,” katanya yang muncul dengan filem, Tujuh, arahan Raja Mukhriz, tahun lalu.-bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *