Akui sukar serlah bakat yang ada. Syura kongsi perkembangan dia terkini bersama anak anak dan bidang yang baru dia ceburi dan harap semua boleh beri sokongan kepada dia

artis

NASIB seseorang itu nyata berbeza. Ada yang perjalanannya berliku, tetapi mudah untuk bangkit semula membina kerjaya yang pernah terpinggir.Namun, ada juga yang perlu akur menunggu rezeki miliknya datang semula sekalipun pelbagai usaha sudah dilakukan bagi menyerlah kembali.

Bagi penyanyi dan pelakon Syura Badron, dia sudah berusaha sebaik mungkin untuk memahat semula namanya dalam kerjaya seni tanah air.Bagaimanapun, Syura, 34, mengakui agak sukar untuk dia menyerlah seperti yang berjaya dilakukan dua sahabat baiknya iaitu Siti Nordiana dan Lan Solo.

“Saya takkan berhenti daripada kerjaya seni ini. Cuma, pada situasi sekarang saya fikir perlu lebih serius mencuba bidang baharu seperti perniagaan.”Sejak beberapa bulan lalu saya sudah sibuk mengikuti kelas perniagaan secara dalam talian untuk menimba ilmu sepatutnya.

“Ditambah, saya mahu lebih aktif dalam pemasaran produk kosmetik, Charmant yang diperkenalkan. Apatah lagi, produk kecantikan sinonim dengan wanita,” katanya.Menurut Syura, dari dahulu hingga kini dia memang gemar dengan produk kosmetik kerana mahu kelihatan cantik dalam penampilan harian.

Berbicara juga mengenai kerjaya seninya, Syura berkata dia tidak merajuk kerana segala usaha pernah dilakukan sejak beberapa tahun lalu belum membuahkan hasil.”Selain menyanyi, saya tak nafikan sudah cuba mengembangkan bakat pada beberapa cabang seni lain seperti berlakon, mengacara dan berlawak.

“Boleh dikata, saya sudah buktikan kemampuan diri ada bakat dalam bidang berkenaan. Namun, hingga kini saya perlu akur nama dan bakat dimiliki sukar menyerlah.”Mungkin juga rezeki saya untuk menyerlah semula belum sampai dan perlu menceburi bidang lain dahulu. Maka, saya pilih untuk berniaga,” katanya.

Menurut Syura lagi, dengan status sebagai ibu tunggal kepada tiga anak memerlukan dia memilih mengutamakan jaminan masa depan keluarga.”Anak saya kini dalam proses pembesaran dan semua masih bersekolah. Jadi, saya perlu fikirkan kaedah terbaik untuk mengukuhkan sumber pendapatan.

“Jadi, menceburi perniagaan adalah keputusan tepat. Ditambah, bisnes saya jalankan sekarang memang menjurus pada apa yang disukai dan diminati,” katanya.Lima tahun menjalani kehidupan solo selepas berpisah, pemilik nama sebenar Zuraidah Badron ini berkata dia mahu menjadi wanita yang sangat berdikari.

Pernah popular dengan lagu Nazam Berkasih, Syura berkata dia juga hingga kini belum terfikir mahu berkahwin lagi.Menerusi perkahwinan lalu itu, tiga permata hati Syura yang kini dalam jagaannya ialah Nurul Dania, 13, Nurul Qaisara Sofea, 11, dan Mohd Irfan Aryan, 7.-mymetro

Bekas suami tag1h cinta Syura

PATUTLAH semakin cantik dan kurus penyanyi popular Syura,33. Rupanya dalam diam Syura mengamalkan diet puasa bersela atau Intermittent Fasting (IF). Kini semakin ramai yang `membuka mata’ dengan penampilan terbarunya yang tampak lebih ceria dan remaja.

Jadi tidak hairanlah sehingga kini bekas suaminya, Mohd Fadhly Md Yassin,39 yang sudah lima tahun berpisah dengan Syura masih tidak berputus asa mengajak Syura rujuk kembali kepadanya.Namun Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 33 masih tidak terfikir untuk kembali semula kepangkuan bekas suaminya seorang guru sekolah.

“Syura tidaklah kata tidak…kita tak tahu dimasa akan datang, Yang pasti buat masa ini Syura memang tidak ada perancangan untuk berbaik dengannya. Tapi demi anak-anak Syura terpaksa dan tetap kena berbaik-baik,’’ kata Syura ketika ditemui BebasNews baru-baru ini.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2006 ketika Syura berusia 20 tahun. Pasangan ini berpisah sebanyak dua kali pada 29 September 2014 sebelum rujuk semula pada November tahun yang sama dan berpisah buat kali keduanya pada Ogos 2015.

Hasil perkahwinan selama sembilan tahun pasangan ini dikurniakan tiga orang cahayamata iaitu Nurul Dania Irdani,12, Nurul Qaisara Sofea, 10, dan Mohd Irfan Aryan, 8.Andai ditakdirkan bertemu jodoh buat kali kedua, Syura anak keenam daripada sembilan beradik ini inginkan lelaki yang bertanggungjawab.

“Syura bukannya seorang yang `fussy’ tentang lelaki…Jika ada jodoh lagi, Syura kena lebih berhati-hati.Bukannya Syura nak cari lelaki kaya tetapi sebagai isteri Syura impikan untuk mempunyai seorang suami yang bertanggungjawab kerana tanggungjawab itu besar maknanya pada Syura.

“Tanggungjawabnya bukan saja kahwin dengan Syura tetapi dengan anak-anak Syura juga. Syura harap dia tidak membezakan kasih sayang dengan anak-anak walaupun mereka masih mempunyai ayah lagi.“Kalau nak tahu, Syura tak pernah tutup pintu hati untuk bekawan dengan sesiapa sahaja. Itu sebabnya ramai lelaki yang cuba mendekati Syura. Lelaki-lelaki ini ada yang berstatus datuk, suami orang dan macam-macam lagi. Namun buat masa ini Syura tidak terfikir untuk menerima cinta mereka atau berkahwin semula dalam waktu terdekat ini.’’

Syura dah ada YouTube channel

Sejajar dengan perkembangan media sosial sekarang tidak hairanlah ramai yang berlumba-lumba ingin menghasilkan youtube channel mereka sendiri dan tidak terkecuali Syura juga.“Sekarang Syura pun dah ada youtube Syura sendiri iaitu Syura Badron Official. Buat masa ini youtube Channel ini hanya memaparkan aktiviti seharian Syura, kehidupan seni Syura dan aktiviti bersama anak-anak. Kini Syura tengah merancang nak buat program masakan pula dan macam-macam lagi.

“Tunggulah bila tak sibuk dengan show mungkin Syura dapat realisasikan impian nak buat program masakan dalam youtube Syura sendiri,’’ kata Syura yang juga merupakan juara MasterChef Selebriti Malaysia musim ke2.Mungkin ramai juga yang tidak tahu selepas tamat program bersama Masterchef Selebriti Malaysia, Syura melanjutkan pelajarannya selama tiga tahun dalam bidang Kulinari di UNITAR International Universiti pada tahun 2016. Disana Syura juga pernah menerima anugerah pelajar terbaik dalam bidang kulinari.

Single terbaharu Syura

Pengalaman selama 19 tahun dalam industri hiburan telah banyak mengajar Syura mengenai pemilihan sesebuah lagu. Jadi tidak hairanlah setelah lama tidak muncul dengan album, Syura tampil dengan single pertamanya, Ego.Melodi dan lirik Ego dihasilkan Syura sendiri dan telah dipasarkan pada Oktober tahun lalu.

“Lepas ini Syura rancang nak buat album baru. Walaupun irama Malaysia kurang permintaannya namun Syura tetap akan kekalkan irama Malaysia serta pelbagaikan genre dalam itu nanti kerana kalau tidak Syura siapa lagi nak meneruskannya.“Kiranya Ego ini hadiah untuk peminat yang selama ini menyokong karier seni Syura,’’ ujar Syura yang popular dengan lagu Nazam Berkasih dan Candak.

Sebelum ini Syura anak kelahiran Johor ini pernah muncul dengan beberapa buah album antaranya Aroma (tahun 2000), Firus (album duet bersama Siti Nordiana), Senandung Melayu, Aruda, Balaghah, Syahda Berdendang dan Khazanah Pujangga.-bebasnews

Syura rasa tertipv dengan Ogy

PENYANYI dan pelakon, Syura Badron, 33, mengaku dia berasa tertipv dan kecewa dengan janji manis diberi penerbit teater Korupsi Dewan Semandung iaitu Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy.Syura atau nama sebenar Zuraidah Badron berkata daripada jumlah bayaran dijanjikan, dia baru memperoleh enam paratus saja dan bakinya ada 94 peratus lagi.

“Malu nak cakap jumlah enam peratus tu mewakili berapa banyak bayarannya. Cuma, apa yang boleh dikatakan, saya kesal dan terkilan dengan sikap Ogy yang tidak menepati janji.”Saya terima tawaran untuk terbabit dalam teater Korupsi Dewan Semandung itu kerana teruja nak bekerja dengan produksi milik primadona terkenal tanah air sepertinya.

“Ogy Ahnad Daud, siapa yang tidak kenal dalam industri, dia sangat dikagumi, nama besar dan pengalaman sangat banyak. Tapi, begini pula jadinya.”Masalah bayaran ini sebenarnya sudah dapat dikesan awal, tetapi bila saya bertanya kepada penolong penerbit, jawapannya Ogy maklumkan saya akan dibayar penuh selepas dua minggu pementasan selesai iaitu 16 Mac lalu.

“Jika ikutkan kontrak yang diberi pun, bayaran awal diterima selepas bersetuju adalah 30 peratus, diikuti 30 peratus lagi dibayar sehari sebelum persembahan dan 40 peratus bakinya selepas dua minggu pementasan berakhir,” katanya.Apapun, Syura berkata ia hanya janji manis sahaja apabila bayaran enam peratus itu pun diperolehnya selepas menunggu lebih sebulan sesudah pementasan berakhir.

“Dalam hal ini, sebagai penerbit, Ogy sepatutnya sudah menjelaskan lebih awal bahawa syarikatnya berdepan dengan masalah kewangan. Namun, dia tidak berbuat demikian.”Perkara tidak akan jadi besar sebegini jika dia berjumpa dengan semua pelakon secara bersemuka dan memberikan penjelasan yang wajar. Memang tanggungjawab penerbit pun untuk membayar urusan kerja yang sudah selesai dibuat,” katanya.

Ujar Syura, jika dia nak bercerita lanjut mengenai perkara itu, memang terlalu panjang. Cuma, katanya tolong bertanggungjawab kerana pelakon dan semua kru terbabit sudah memberi komitmen terbaik.Menurut Syura lagi, ada juga segelintir warganet mempersoalkan kenapa tidak menjaga aib Ogy, katanya semua pelakon dan kru sudah bersabar terlalu lama dan bayaran dituntut itu adalah hak mereka apabla segala kerja diselesaikan.

Dalam teater itu, Syura dipilih menggantikan pelakon Hanna Halim pada saat akhir yang menuntut dia memberi komitmen penuh dengan berusaha menghafal dialog hanya dua hari.Teater Korupsi Dewan Semandung arahan Khir Rahman diterbitkan produksi Ogy Ventures & Network dan pementasannya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu di Panggung Sari, Istana Budaya (IB).Selain Syura, barisan pelakon lain ialah Joey Daud, Tauke Jambu, Mark Adam, Man Raja Lawak, Azmi Caliph Buskers, Che Mat Raja Lawak dan ramai lagi.-mymetro

Syura berdepan laluan sukar untuk kemunculan semula

SYURA sudah melakukan bermacam usaha bagi menghangatkan semula kerjaya nyanyian. PENYANYI, Syura Badron, 33, menafikan kerjaya nyanyiannya sudah suram dan semakin dipinggirkan peminat.Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron berkata, rezeki nyanyiannya masih ada tetapi tidak diuar-uarkan kepada media.

“Saya sedar diri kerana tidak berada dalam kelompok penyanyi popular. Jadi, segala aktiviti nyanyian hanya dikongsi dalam Instagram (IG).”Justeru, sesiapa yang mengikuti IG saya selalunya mereka akan tahu perjalanan aktiviti nyanyian disertai,” katanya.

Syura yang juga ibu tunggal tiga anak berkata, laluan untuk dia membina semula kerjaya nyanyian tidak seperti sahabat baiknya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana.”Nasib saya tidak seperti Nana. Hingga kini, sudah bermacam usaha dilakukan bagi menghangatkan semula kerjaya nyanyian.

“Bagaimanapun, masih belum mencapai kejayaan seperti diharapkan. Apa yang boleh dikatakan, saya sering dibandingkan.”Apa saja dilakukan pasti ada membandingkan saya seperti penyanyi itu dan selebriti ini termasuk dalam bidang masakan.

“Hinggakan saya terfikir besarnya ujian seorang insan dikenali Syura Badron yang selalu saja menjadi perbandingan,” katanya.Mengakui tidak kecewa atau patah semangat, Syura berkata, dia kini sudah lali berhadapan soal perbandingan.

“Biarlah apa orang nak kata dan terus bandingkan kerana percaya rezeki saya masih belum tiba.”Saya akan terus berusaha meskipun perlu sakit telinga kerana pasti akan dibandingkan dengan orang lain,” katanya.Syura yang sudah dua dekad membina karier nyanyian seangkatan dengan Nana, pernah popular dengan lagu Nazam Berkasih.

Selain itu, Syura yang kecvndang di pentas separuh akhir Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017, pernah dinobatkan juara Masterchef Selebriti musim kedua.Pada tahun lalu, Syura juga muncul dengan lagu solo ciptaannya berjudul Ego tetapi dianggap ‘lagu bod0’ oleh segelintir warganet.-mymetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *