Zahirah Macwilson baru maklumkan kandungan sudah cecah 6 bulan. Ternyata reaksi Aiman Hakim raih perhatian warganet bila dia dimaklumkan bakal menimang cahaya mata sulungnya

artis

Siapa tidak kenal dengan selebriti terkenal Malaysia iaitu Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza yang sama cantik dan sepadan ini, kan? Selepas menjalinkan hubungan cinta selama beberapa tahun, akhirnya mereka telah mendirikan rumah tangga pada pertengahan Februari lalu. Baru-baru ini, pelakon drama ‘Duda Pujaan Dara’ itu telah mengumumkan khabar gembira dengan peminatnya. Aiman Hakim terkejut & sebak lepas tengok pregnancy test…Zahirah hargai ucapan daripada peminat

Menerusi paparan video di Instagram, Zahirah Macwilson sempat merakamkan detik tatkala memberitahu Aiman Hakim bahawa dirinya sedang hamil. Seperti tidak menyangka bakal bergelar seorang bapa, pelakon lelaki berkenaan terkejut dan sebak sebaik sahaja melihat pregnancy test di tangannya. Dalam pada itu, akstres ini turut menghargai ucapan para peminat yang sentiasa mendoakannya. Dia juga tidak ketinggalan memberikan sokongan kepada wanita lain yang belum dikurniakan rezeki anak.

So sweet betul la Zahirah dengan Aiman Hakim ni…moga urusan ibu & baby dipermudahkan

Ruangan komen bukan sahaja dibnjiri dengan pelbagai ucapan, malahan rata-rata peminat turut mendoakan agar urusan Zahirah Macwilson dipermudahkan sepanjang kehamilan tersebut. Selain itu, mereka turut menyatakan bahawa ingin merasai pengalaman yang sama kerana belum pernah menimang cahaya mata lagi. Secara keseluruhan, video sweet itu berjaya meraih hampir 2 juta jumlah tontonan setakat ini.Sumber: Instagram zahirahmacwilson

Tak Sabar Nak Jumpa. Lama Menyepi Mengejutkan Bila Tiba Tiba Zahirah Macwilson Dedahkan Berita Gembira. Rupa Rupanya Dalam Diam Dah 6 Bulan Mengandung Ank Sulung.

Pelakon cantik,  Zahirah Macwilson mengesahkan dia sedang hamil anak sulung hasil perkahwinannya dengan Aiman Hakim Ridza. Zahirah mengumumkan berita gembira itu menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Menerusi posting tersebut Zahirah memuat naik gambar keadaan bayi menerusi imbasan ultrasound. “6 bulan membesar anak kecil kami. “Ibu dan ayah tak sabar nak jumpa kamu,” katanya. Di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Zahirah dan suami serta tidak sabar mahu menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Selain peminat, rakan artis juga tidak ketinggalan memberi kata-kata positif dan antara yang kelihatan termasuklah Eyra Hazali, Lisa Surihani, Elfira Loy, Aeril Zafrel dan ramai lagi. Anda boleh lihat posting penuh Zahirah di bawah.

Zahirah MacWilson & Aiman bersatu malam Jumaat

PERSOALAN yang berlegar-legar dalam kalangan ramai pihak akhirnya terjawab apabila pasangan pelakon, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza bakal menamatkan zaman bujang mereka dalam majlis pernikahan secara tertutup di Petaling Jaya, malam ini.

Biarpun memuatnaik foto pra-perkahwinan lengkap dengan tanda pagar gabungan nama mereka serta tarikh 20 Februari, pasangan terbabit sebelum ini bertindak mengunci mulut apabila merahsiakan pemilihan tarikh cantik ini sebagai hari penyatuan mereka kerana mahu menjadikannya sebagai kejutan buat semua pihak.

Zahirah, 25, dan Aiman, 31, mula berkenalan sejak empat tahun lalu dan mula rapat pada November 2018. Percintaan yang mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak ini akhirnya dimeterai dengan ikatan pertunangan pada Jun tahun lalu di Australia.

Mereka sudah bersiap sedia dan cukup mengenali hati budi masing-masing sebelum melangkah ke alam perkahwinan Zahirah sebelum ini mengakui perkahwinan ini adalah satu fasa baru dalam hidupnya. “Ia adalah satu detik yang besar buat kehidupan saya,” katanya yang bersyukur hasratnya untuk berkahwin pada usia sekarang direstui kedua ibubapanya.

Manakala bagi Aiman pula, kehadiran Zahirah dalam hidupnya umpama satu anugerah besar yang sentiasa dinantikannya. “Ketika bertemu dengan dia, saya sudah mula rasa sesuatu yang berbeza. Terdetik dalam hati saya, ‘dia adalah orangnya’,” katanya mengakui Zahirah adalah wanita yang bakal melengkapi kehidupannya. Walaupun bergelar isteri selepas ini, ia tidak menghalang Zahirah meneruskan cita-citanya dalam bidang seni.

Zainol tetap pantau Zahirah

PELAKON Zainol Johari Macwilson tetap akan memantau perkembangan anaknya, Zahirah Macwilson biarpun pelakon itu sudah bergelar isteri kepada Aiman Hakim Ridza Abdoh. Zahirah, 25, atau nama sebenarnya Nur Zahirah Macwilson selamat bergelar isteri kepada Aiman, 31, dalam satu majlis berlangsung di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara, pada Khamis lalu.

“Sebagai bapa, saya akan terus pantau Zahirah. Bukan dia saja, tapi Aiman juga kerana dia menantu saya. “Kedua-duanya pasangan muda, jadi mereka perlukan lebih bimbingan untuk melayari kehidupan berumahtangga yang dikira masih baru.

“Justeru, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu memperbaiki apa yang kurang,” katanya. Zainol, 62, memberitahu, dia juga banyak mengajar dan memberikan nasihat berguna kepada Zahirah untuk melayari kehidupan berumah tangga.

“Faham sajalah kedua-duanya anak seni, jadi kenalah sentiasa sabar dan tabah dengan dugaan. “Apa yang pasti sikap cemburu akan ada tapi kenalah buang jauh-jauh. Paling penting sikap saling memahami kena ada pada mereka. “Saya juga harap dengan perkahwinan ini, mereka dapat buka buku baru dalam hidup. Biarlah mereka tutup buku lama serta kontroversi sebelum ini,” katanya.

Menurut Zainol, dia bersyukur kerana dapat menjadi wali untuk perkahwinan anaknya. “Syukur saya dilanjutkan usia untuk lihat anak sulung berkahwin. Memang agak keberatan untuk melepaskan dia tapi sudah jodoh Zahirah dengan Aiman. “Saya pun lihat Aiman baik orangnya dan percaya dia dapat membahagiakan Zahirah. “Saya minta semua pihak doakan rumah tangga mereka kekal bahagia hingga ke jannah,” katanya.

Tak Jaga Adab! Gara gara pakaian isteri, Aiman Hakim ditegur peminat

Pasangan selebriti bagai pinang dibelah dua, Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson boleh dikatakan menjadi contoh ‘relationship goals’ kerana rupa paras yang sama padan dan juga kehangatan cinta yang ditunjukkan di media sosial masing masing.

Aiman dan Zahirah baru sahaja menjadi pasangan raja sehari pada Februari yang lalu dengan majlis yang begitu meriah sekali bersama keluarga tercinta. Pasangan dua sejoli ini sedang lagi hangat melayari bahtera rumahtangga yang baru dibina itu dan sangat teruja berkongsikan pengalaman bersama.

Seperti yang diketahui, seluruh rakyat Malaysia telahpun mengalami Perintah Berkurung oleh disebabkan wabak Corona Virus. Begitu juga seperti pasangan ini dan sering kali berkongsi aktiviti senaman dan juga makan malam dirumah. Ramai warganet yang memuji sikap mereka berdua kerana melakukan aktiviti dirumah dan meurut perintah kerajaan agar tidak keluar

AIMAN DITEGUR GARA GARA ISTERI

Terbaru, melalui perkongsian yang dibuat oleh kedua selebriti ini di laman sosial Instagram milik mereka berdua mengenai satu kempen UNICEF. Pasangan ini sedang mempromosikan barangan berjenama demi untuk kutipan derma bagi kanak kanak yang kurang bernasib baik.

Namun begitu, apa yang menjadi perhatian sudah pasti gambar mereka berdua yang kelihatan sangat manis bersama. Foto yang dimuat naik itu telah mendapat perhatian warganet kerana beranggapan bahawa foto itu terlalu tidak sopan kerana sedang berpelukan walaupun mereka sudah bergelar suami isteri namun mestilah menjaga batas di khalayak ramai.

Foto Zahirah dan Aiman memaparkan Zahirah menggayakan satu ‘singlet’ berwarna kulit dan sangat santai berada dirumah tidak disenangi warganet. Warganet beranggapan pemakaian itu sangat sksi.Dalam ratusan komen itu, ada warganet yang telah menegur Aiman Hakim supaya dia mengajar isteri kesayangan itu untuk lebih menutup aurat di khalayak ramai.

Dalam masa itu, ada juga warganet yang mendoakan agar Zahirah dibukakan hati untuk lebih berpakaian sopan.Walaubagaimanapun pasangan selebriti ini tidak sedikit pun memberi maklumbalas positif mahupun negative terhadap teguran warganet di laman sosial milik peribadi mereka.-meecks

“Betul Ke Wife Aku Ni? Semua Orang Dia Buat…” – Aiman Hakim Terkejut Tengok Zahirah MacWilson

Malam Gala filem terbaru Bulan & Pria Terhebat ternyata membuka mata ramai jemputan tentang kehebatan filem ini yang akan mula ditayangkan bermula 12 Mac.Malah filem tersebut benar-benar membuat Aiman Hakim Ridza terkejut dan teruja melihat lakonan isterinya, Zahirah MacWilson.

“Malam Gala Bulan & Pria Terhebat. Sesuatu yang baru dan segar daripada pembikin filem Ghaz Abu Baakar. Tahniah semua pelakon. Lakonan yang bagus.”Sekejap aku gelak, pastu kerut dahi, sejam lebih lepas tu aku sedar yang aku tak bergerak. Toleh kanan tengok ada Zahirah MacWilson aka Bulan.

“Pejam celik mata, betul ke wife aku ni? Sepanjang aku kenal dia, sekali je kitaorang exercise sama-sama. Itu pun kena paksa.”Dalam movie ni habis semua orang dia mengasari, tmbak, potong sana dan potong sini. Okay, aku tak nak potong stim. Kesimpulannya, she did very very well. Bangga dengan dia.

“Kesimpulan dari korang, kena tengok sendiri,” tulis Aiman tentang lakonan isterinya yang membuat dia terkejut, bangga dan teruja.
Bulan & Pria Terhebat yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu dibintangi oleh Zahirah Macwilson, Maya Karin, Khir Rahman, Zizan Razak, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.

Filem hebat yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar ini bakal menemui penonton pada 12 Mac ini.Secara ringkas Bulan & Pria Terhebat mengisahkan Bulan (Zahirah Macwilson) merupakan pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia bagi mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.

Bulan bertemu Haris (Zizan Razak), seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya dari genggaman bapa ayam, Agus dan ketuanya, Ricky. Ricky mengarahkan Tony, seorang pembnh upahan untuk menghapskan Bulan dan Haris.Imbas semula lakonan Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson dalam Cvri Cvri Cinta di telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *