Usahawan ini tekad bongkarkan sesuatu tentang Restoran 35 yang tular sejak muncul satu isu ini. Lagi mengejutkan bila anak kepada pengusaha restoran tampil beri penjelasan susulan kejadian tersebut

Viral

Semalam kecoh di media sosial mengenai video seorang usahawan yang juga influencer media sosial yang didkwa dihal4u ketika membuat reviu produk di sebuah restoran popular.Menerusi sebuah video yang tular, kedengaran beberapa suara yang tidak membenarkan wanita tersebut daripada mempromosikan produk kecantikan di premis mereka.

“Kedai makan tak boleh buka produk-produk. Selepas makan balik, PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” kedengaran suara seorang wanita sebelum usahawan tersebut mengambil keputusan beredar dari restoran berkenaan.Menerusi laman facebook, individu ini berkongsi pengalaman beliau singgah makan ke restoran 35.Boleh dilihat melalui gambar, ramai orang beratur menunggu untuk masuk ke kedai tersebut.

Kredit Gambar Owner

Hantaran dari FB beliau

Antara asam pedas dan bahasa yang pedas. 12 September 2020, Restoran 35. Kami sekeluarga memang suka makan tengahari di sini. Asam pedasnya memang sesedap rasa pekena sambal belacan mangga dengan ulam-ulaman dan ikan masin memang hilang stres.

Biasalah sesekali tokeh kedai keluarkan bahasa anak jati Melaka . Bagi pelanggan biasa macam kami. Macam dengar makcik-makcik sembang-sembang sementara menunggu padi di jemuran,. kasar-kasar orang Melaka dalam hati ada taman

Sebelum ini, usahawan kosmetik berusia 37 tahun itu memberitahu, dia sememangnya berpengalaman membuat reviu produk dalam membantu peniaga-peniaga tempatan secara dalam talian.“Buat reviu produk ni boleh online di mana-mana, janji live. Masa tu saya bersama kira-kira 10 pengikut saya ada sekali nak makan di kedai tu.

Bukanlah suara saya kuat, tapi bila dah ramai tu, suasana jadi riuh sedikit sebab masing-masing dapat berkumpul bersama.“Tapi tak sangka pula masa menunggu makanan sampai, pasangan suami isteri yang merupakan pengusaha kedai makan men3ngking saya dari jauh,” katanya kepada mStar.

“Masa tu, ada 10,000 followers mengikuti live saya dan mereka dapat dengar saya dit3ngking oleh pakcik dan makcik tu. Saya malu dan ambil keputusan angkat kaki.Eira berkata, tindakannya tinggalkan premis berkenaan kerana rasa malu yang teramat kerana ia turut disaksikan rakan-rakannya dan pelanggan lain.

“Sepanjang 14 tahun saya berniaga dan buat reviu, ini kali pertama saya dimalukan sebegitu. Saya bukannya pergi dari meja ke meja jual produk,” ujarnya yang berasal dari Alor Setar, Kedah. “Tapi masa tu makanan yang dipesan mereka belum sampai lagi. Kebiasaannya saya akan makan masa reviu di kedai sebab tempat awam. Sambil makan tu secara tidak langsung mempromosikan restoran tanpa bayaran.

“Ikutkan kalau saya buat reviu makanan di kedai, orang sanggup bayar RM2,000 untuk reviu setengah jam. Tapi saya buat percuma, kena mak1 pula.“Dan mereka sepatutnya menegur saya secara baik, bukannya men3ngking dari jauh. Bukan pasal customer is always right tetapi ada adab untuk menegur, kalau tak datang sendiri tegur boleh minta pekerja lain wakilkan datang ke meja kami dan tegur,” katanya.

Sementara itu, anak kepada pengusaha restoran berkenaan ketika dihubungi mStar mengakui ketika kejadian ibunya meminta mereka beredar sekiranya mahu membuat reviu produk.“Mereka datang ke restoran kami, tanpa minta izin tiba-tiba buat reviu produk. Suara dia pula tu kuat, sedangkan kami ada pelanggan-pelanggan lain ketika itu.

Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Illa kesal dengan tindakan Eira yang selamba membuat reviu produk di premis mereka tanpa kebenaran.“Kedai kami pun ada undang-undang bukan boleh buat macam tu sesuka hati je. Tapi kami tak ada t3ngking dengan kata-kata negatif atau baling keluar produk mereka.

“Saya faham zaman sekarang semua nak buat live untuk reviu produk. Dalam video dapat dengar mak saya kata pasal PKP yang mana tak boleh lama-lama di kedai makan, jadi mereka kena ikut SOP (prosedur operasi standard) datang hanya untuk makan dan bukannya duduk lama buat reviu produk,” tambahnya.

Wanita berusia 37 tahun itu juga kesal berikutan video yang tular itu memberi imej buruk kepada bisnes restoran yang diusahakan ibu bapanya sejak 30 tahun lalu.“Kalau tak suka, boleh pergi makan ke kedai lain tapi bukannya memburukkan kedai orang. Kami sekeluarga berniaga untuk cari makan,” katanya. Sumber : MstarOnline/ Kredit : FBHalimatussaadiahSalleh

Berikut reaksi dari warganet.”Aku pantang orang tegoq tak beradab. Walaupun aku salah. Kalau tegoq elok2, aku ok ja, walau aku betui. Kalau tahap ni, memang cari gadvh, kalau mood tak elok tak pikiaq apa dah. Dia rasa kedai dia memang pelanggan sentiasa ada. Paling teruk dulu aku pernah kena dekat Senawang. Ni Melaka pulak. Teruk negeri hampa.

“Org melaka mmg bahasa kasar..saya pun org melaka..tpi kes akk ni dah bukan kena mengena dgn bahasa org melaka..mmg mak cik tu mulut puaka..alahai..org mai bawak rezeki mak cik oii..esok confirm kedai mak cik xda org dah..customer yg rajin buat live ni la kadang2 menjdi asbab kedai kita boleh terkenal dan ramai org datang..tpi sayangnya mulut mak cik xreti jaga..tolak rezeki

“Jgn suka tular kan kedai org sat lagi hampa pula yg allah lakntkan. Dia tak bagi tak apa kita duk cari kedai yg lain. Kalau hampa buat lagu ni hampa pun sama mcm tukang kedai tu. Hati busuk no.”haritu aku nak makan sini, sebab tengok macam okay je lagipun ada tempat kosong. aku fikir boleh duduk cepat sebab adik ipar tengah sarat masa tu, sekali dok marah marah customer tu aku dah macam 50 50 lagi. aku tercongok 10 minit tunggu dorang angkat pinggan kotor, aku tegur dia marah marah padahal aku cakap dik tolong kemas. dia melnting terus pergi makan dekat asam pedas.-ctto

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *