Sengaja imbas semula kenangan mula mula masak dan tak sangka dia jadi duta sebuah jenama makanan terkenal. Eina Azman bongkatkan perniagaan barunya ini dan ternyata meraih perhatian warganet

artis

Pelakon Datin Eina Azman terkenang kembali waktu pertama kalinya dia menceburkan diri dalam bidang masakan hingga kini dilantik menjadi duta sebuah jenama makanan terkenal. Menerusi laman sosial Instagram, Eina memuat naik sekeping foto bersama makanan pek miliknya untuk tatapan umum.

“Ingat lagi beberapa tahun lalu masa mula nak start, kongsi video masak dekat Instagram, Eina tak berapa yakin. Lepas tu keluarga sokong untuk kongsi. Bila dapat sambutan dari kalian, serius Eina happy sangat dan rasa lagi semangat nak kongsi.“Dan tak pernah bayangkan dari tagline video akhirnya jadi bisnes @itsdonebyeinaazman. Alhamdulillah dapat sambutan yang luar biasa sampai tak menang tangam Eina dan pasukan,” tulis Eina menerusi ruangan kapsyen. 

Bukan sahaja mengenang masa lalu, Eina turut memberi inspirasi kepada semua wanita untuk berani mengejar cita-cita. “Anda tidak akan tahu apa yang menanti pada masa depan. Sebab tu kita wanita kena berani. Kena berani mencuba sesuatu yang baru. Ha Eina dah kongsi kisah Eina, korang kongsi la kisah korang, Eina nak dengar,” katanya lagi. 

Hasil tinjauan Gempak di ruang komen, rata-rata wargamaya memuji usaha Eina yang bermula daripada suka-suka sehingga memiliki perniagaan sendiri. “Alhamdulillah, rezeki dari Allah kepada you yang selalu senyum dan bantu orang yang memerlukan. Doakan yang terbaik untuk apa juga yang you lakukan,” ujar seorang wargamaya.

“Sangat memberikan inspirasi. Semoga terus berjaya dan dimurahkan rezeki,” puji seorang wargamaya.“Yang penting you lawa sis,” komen seorang wargamaya.“Laksa awak sangat sedap! Teruskan buat,” kata seorang wargamaya.“Orang rajin, tak putus asa, memang akan berjaya. Bangga dengan awak supermom,” tulis seorang wargamaya lagi.Sehingga kini, foto Eina tersebut telah menerima hampir 37,000 tanda suka daripada warga Instagram.-instagram

Bahagian Dada Pelik Sikit Datin” – Ini Jawapan Eina Azman

Sekeping gambar yang dimuat naik pelakon Datin Paduka Eina Azman di Instagram miliknya menjadi perbincangan hangat segelintir warga maya apabila bahagian dadanya didkwa kelihatan lebih besar daripada biasa. Eina yang gemar berkongsi pelbagai resepi di Instagramnya dan terkenal dengan tagline ‘it’s done’ itu berkongsi sekeping gambarnya bersama suami tercinta.” Maaf kenapa kat bahagian dada pelik sikit Datin,” tanya nazura_zura82.

“Tu laaa macam tetiba tek Datin nampak besar,” komen rayyanrayyani.”Breast filler tak,” balas shxln_ pula.Soalan dan komen mereka dijawap kembali oleh Eina Azman.”Eh eh, suka ya dapat free dosa. Dah banyak pahala sangat ke tu? Kesian hidup asyik nak fikir negative dan cakap ftnh.

“Itu camera angle dan baju dia macam tu. Bukan saya buat apa-apa. Faham?!” balas Eina Azman.Namun begitu, ramai warga maya yang turut mempertahankan baju yang dipakai oleh Eina Azman.”Kenapalah pelik-pelik komennya. Tak ada benda lain ke yang nak tengok. Kalau betul sekalipun benda tu dibesarkan ke apa ke biarlah. Tu hak dia. 

“Aku pun pernah kena, pakai baju nampak segalanya besar. Tapi kenyataannya biasa je, dan nampak gemuk pada gambar sebab angle,” komen puan_fatihah.”Tak nampak pun yang pelik, Datin cantik je. Warganet ni semua benda dari atas sampai bawah nak kritik” balas zuliani_asylia.Untuk rekod, Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman berkahwin dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, dan mempunyai sepasang cahaya mata kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.-gmpk

Bertuahnya Eina Azman, dapat telefon bimbit sama harga sebuah kereta

Video yang dimuatnaik di akaun media sosial Instagramnya itu mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya menyifatkan pelakon Ratu The Movie itu sangat beruntung.PELAKON Datin Paduka Ainur Syakina Azman atau lebih popular dengan panggilan Eina Azman berkongsi detik bahagia dihadiahkan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden sebuah telefon pintar jenis Vertu.

Namun, jenama telefon pintar antarabangsa itu sebenarnya bukan calang-calang kerana harga sebuah telefon pintar Vertu mencecah RM30,000!“Oh my god! This is what I want. Bila you beli ni yang? So nice. Oh my god! Thank you sayang,” kata Eina ketika perlahan-lahan membuka hadiah itu menerusi rakaman sebuah video

Video yang dimuatnaik di akaun media sosial Instagramnya itu mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya menyifatkan pelakon Ratu The Movie itu sangat beruntung.”Sukalah kami kalau laki kita buat surprise macam ini. Tak bagi barang mahal pun tak apa, janji kejutan,” tulis @arshadanirah di ruang komen.

Bagi yang tidak tahu, harga telefon pintar jenis Vertu model Aster (Raspberry Ostrich) itu berharga AS$7,900 (RM33511.80) hampir menyamai harga sebuah kereta jenama tempatan.Vertu merupakan sebuah jenama telefon pintar buatan England dan dibaluti dengan kulit burung unta.Sebenarnya, model Aster dikeluarkan dengan rangkaian harga paling murah daripada kebiasaan jenama itu. Paling tidak pun ia mencecah harga AS$10,800 (RM45,813).-awani

Pakai baju ‘turtle neck’ pun kena tegur! Eina Azman elak kulit jadi hitam – “Langkawi panas sebab itu pakai macam tu”

Pakaian Eina dikatakan tidak sesuai dengan lokasi percutian. PENAMPILAN pelakon Datin Eina Azman menjadi perhatian sekali lagi apabila perkongsian fotonya ketika bercuti di Pulau Langkawi, kedah menerima teguran warganet. Seorang pengguna laman Instagram menganggap pakaian Eina yang menutup bahagian leher atau dikenali sebagai turtle neck itu tidak bersesuaian dengan lokasi percutian tersebut.

“Pakaian yang bodoh datin tak sesuai panas terik macam itu pakai turtle neck,” tulis individu tersebut. Eina membalas komen warganet. Bagaimanapun, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 25 enggan melatah dan membalas komen tersebut dengan ayat sindiran.

Menurut isteri kepada ahli perniagaan Datuk Kaiser Gurmeet Harden itu, dia memilih pakaian itu kerana keadaan cuaca yang panas dan tidak mahu kulitnya menjadi gelap seperti hati individu tersebut. Malah, Eina berkata, individu tersebut akan menjadi salah seorang warganet yang akan menulis kata-kata negetif jika dia memakai bikini.

Nasib baik saya turtle neck… kalau pakai bikini? Awak la antara orang yang akan kritik kan

“Ia bukan bodo… baju turtle neck saya nipis dan saya tak nak hitam macam hati awak itu. Langkawi panas sebab itu saya pakai macam itu. “Nasib baik saya turtle neck… kalau pakai bikini? Awak la antara orang yang akan kritik kan,” kata Eina di ruang komen tersebut.

Rata-rata warganet turut mempertahankan Eina yang memilih baju bersesuaian dengan dirinya dan tidak seksi ketika bercuti di sebuah pulau. Eina bercuti dengan keluarganya di Langkawi. Difahamkan Eina kini sedang menikmati percutian di pulau tersebut bersama suami dan anak kembarnya, anak kembar, Karl Kareed dan Arianna Aubrey yang kini berusia empat tahun.

Sebelum ini, foto dia bersama suaminya pernah menerima teguran warganet gara-gara bentuk dada pelakon itu dikatakan kelihatan pelik seperti disunting.-mstar

Eina puas kongsi rezeki bersama keluarga

KUALA LUMPUR: Pelakon Datin Paduka Eina Azman, bersyukur impian untuk membawa keluarga menunaikan ibadat umrah di Tanah Suci Makkah akhirnya menjadi kenyataan. Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 24, berkata niat itu sudah lama tersimpan, selain ingin berkongsi rezeki yang diterimanya bersama insan tersayang.

“Alhamdulillah, impian membawa keluarga menunaikan umrah akhirnya tercapai. Lebih bermakna, saya dapat berkongsi keseronokan itu bersama ibu dan bapa serta suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah. “Saya bukan mahu berahsia, sebaliknya hanya bersedia untuk berkongsi apabila semuanya sudah pasti. Sudah lama saya simpan hasrat ini, syukur kerana dapat juga menunaikan impian murni itu,” kata Eina yang turut ditemani kakak dan pembantunya.

Eina berkata, sebagai anak, dia sentiasa berusaha menggembirakan kedua-dua orang tuanya selagi hayat dikandung badan. Akur dia tidak mampu membalas segala jasa mereka membesarkannya, Eina berkata, melihat senyuman pada wajah ibu dan bapanya sudah cukup membahagiakannya.

“Doakan kesejahteraan kami sekeluarga sepanjang berada di Tanah Suci. Lengkap rasanya pemergian ini apabila anak, Arianna Aubrey dan Karl Kareef turut bersama-sama menyertai kami,” katanya.Pelakon tinggi lampai yang popular dengan video masakannya itu dijadualkan pulang ke tanah air pada 1 Disember ini.-bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *