Pernah jadi pelajar cemerlang SPM. Mira Filzah dedahkan dia dilantik oleh pihak PPTI dan Cikgu Fana buka mulut sebab musabab Mira dipilih

artis

TIDAK hanya dikurniakan rupa paras cantik, berbakat dan santun, artis popular Mira Filzah juga harus diakui antara wanita yang bijak atau boleh disebut sebagai ‘beauty with brain’.Pada usianya 27 tahun dan baru saja melangsungkan perkahwinan dengan arjuna hati, Wan Emir Astar, Mira boleh dilihat sebagai golongan seni yang memiliki segala- galanya.

Bagai tampak sempurna perjalanannya memilih haluan seni sekitar tahun 2013 juga membuahkan hasil.Pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman ini pernah menjadi pelajar cemerlang menerusi peperiksaan SPM pada tahun 2010.Jadi dengan apa yang diraih selebriti bertudung itu, tidak hairan dia dilantik menjadi duta dan ikon PTTI selaku pusat peningkatan akademi yang memberi fokus membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapat keputusan cemerlang.

“Kolaborasi PTTI dan Mira ini secara jelas mendokong aspirasi yang mahu membantu lebih ramai pelajar berjaya mendapatkan keputusan terbaik untuk SPM. “Kejayaan cemerlangnya dalam akademik sebelum ini juga jelas memberi signifikan bahawa dengan usaha gigih dan ‘smart’ menelaah pelajaran, kejayaan itu pasti mengekori di hadapan kelak.“Kehadiran Mira sebagai ikon PTTI juga menjadi nilai tambah kepada visi dan misi yang ingin dicapai,” Cikgu Fana yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PTTI Group Sdn Bhd.

Mira sendiri percaya sesuatu perkara bermanfaat itu wajar dikongsi untuk semua terutama bakal calon SPM.“Nilai sebuah kehidupan manusia itu tak bererti jika tidak memberi manfaat kepada orang lain. Khusus juga dalam hal akademik, manfaat yang diperoleh patut disebarkan,” ujar Cikgu Fana.Cikgu Fana juga berpandangan Mira dilihat perlambangan tepat yang mampu memberi inspirasi kepada semua golongan termasuk pelajar. -sinarplus

Lepas Selesai Je Majlis Perkahwinan Sebelah Perempuan Ibu Mira Filzah Tampil Luahkan Sesuatu Untuk Ank Tersayang Buat Warganet Sebak. Rupa Rupanya Ini Yang Mak Dia Luahkan.

Lepas selesai je majlis perkahwinan sebelah perempuan Ibu Mira Filzah tampil luahkan sesuatu untuk ank tersayang buat warganet sebak. Rupa rupanya ini yang mak dia luahkan.

Dijemput untuk membuat persembahan di hari bahagia Mira Filzah dan Wan Emir Astar, penyanyi Naim Daniel meluahkan rasa sebak ketika membawakan lagu Seribu Tahun nyanyian asal Imran Ajmain di majlis resepsi pasangan itu.

Naim berkata dia merasa sebak ketika melihat momen dimana Wan Emir menggenggam erat tangan Mira pada majlis resepsi belah lelaki yang diadakan semalam di A Park, Puchong. “Tiba-tiba teremosi pula perform SERIBU TAHUN hari ini, tambahan pula masa lirik “jangan putus harapan sedia setia”. Masa tu saya nampak Wan Emir genggam tangan Mira Filzah kuat-kuat,” tulisnya.

Dalam pada itu, Naim turut mendoakan yang terbaik untuk pasangan tersebut serta berharap jodoh mereka berkekalan hingga ke syurga. Naim juga turut menzahirkan terima kasih kepada Mira dan Emir kerana meletakkan kepercayaan kepadanya dan sudi menjemputnya untuk membuat persembahan di hari bahagia mereka.

Berikut pula ucapan dan ayat dari mak Mira Filzah kepada semu anak-anak. Memang cantik dan mendalam “Alhamdulillah syukur kepada Allah, segala puji bg Allah, tuhan yang mentadbir sekelian alam. Yg maha pemurah lagi maha pengasih. Dgn izin dan rahmatNYA telah melengkapkan keluarga kami. Dari 3 anak perempuan ENGKAU telah mengurniakan kami 3 anak lelaki serta diserikan dgn kehadiran seorang cucu.

Terima kasih Ya Allah , kurniaanMU amat besar kpd hambamu yg kerdil ini. Moga ENGKAU terus melindungi kami, membimbing kami dan menunjukkan jalan yg lurus kepada kami. Kpd anak2 mak @ainfarhanah16_ @mfmirafilzah @ainafadhilah serta anak2 lelaki mak @izzathamdan12 @wanemirastar @mhmdafxf …

mak abah syg kalian… jaga agama, jaga diri dan jaga keluarga …mak doakan semua anak2 mak bahagia dunia dan akhirat. Pesanan mak * bahagia bukan memiliki segalanya, tp kebahagiaan sebenar apabila KITA MENCINTAI APA YG KITA MILIKI DAN layari bahtera rumahtangga dengan sederhana kerana RUMAHTANGGA YG SEMPURNA ADALAH RUMAHTANGGA YANG TIDAK MENGHARAPKAN KESEMPURNAAN”

Mira Filzah & Suami Rancang Berbulan Madu Di Langkawi

Malah, ramai yang tertanya-tanya lokasi manakah menjadi pilihan pasangan itu berbulan madu. Difahamkan, Mira dan Emir merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi. Terdahulu, pasangan ini sepatutnya diijabkabulkan pada Oktober depan namun terpaksa mempercepatkan pernikahan berikutan kakak sulung yang menetap di New York, Amerika Syarikat (AS), pulang ke sini untuk majlis resepsi adik bongsu mereka.

Berkongsikan pertemuan pertamanya dengan jejaka itu pada Oktober tahun lalu sekali gus menyangkal dakwaan sebelum ini yang mengatakan Emir adalah teman sekolahnya. Mira berkata dia tidak menyangka, hatinya terpaut kepada jejaka berkelulusan dari United Kingdom (UK) dan bertugas sebagai arkitek sejak pertemuan pertama.

Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada 3 September lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur. Pengantin perempuan menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin berserta sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Majlis resepsi pertama di pihak perempuan berlangsung pada Jumaat malam di Hotel Le Meridien, Putrajaya. Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MB

Selamat Bergelar Isteri Orang Malam Tadi. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Mira Filzah Dedahkan Ada Hantaran Istimewa Yang Dia Bagi Dekan Wan Emir. Rupa Rupanya Individu Ini Yang Buat Hantaran Yang Istimewa Tu.

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah selamat bergelar isteri kepada Wan Emir Astar, 30, dengan sekali lafaz di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 8.58 malam. Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, dinikahkan oleh bapanya Badioezaman Ab. Khalik.

Bersaksikan Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abdul Nasir Abdullah. Pasangan pengantin sedondon memakai busana putih rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan solekan oleh Yna Sakinah. Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat, selebriti dan media.

Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Hal Ehwal Khas Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid. Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik Mira sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu.

Pada Jumaat lalu, Mira mengadakan majlis khatam al-Quran bersama adiknya iaitu Aina Fadhilah di kediaman keluarganya di Bangi, Jumaat lalu. Pasangan mepati sejoli itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya pada malam, Jumaat.

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat, selebriti dan media. Sebuah lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong pada Ahad. Sementara itu, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu dan Emir merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi.

Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan. Pihak lelaki juga menyerahkan sembilan dulang hantaran dan berbalas 11 daripada pihak perempuan.

Hantaran Istimewa

Antara hantaran istimewa Mira kepada Emir adalah seutas jam tangan yang dihantar khas ke Hong Kong untuk proses pengukiran ‘nota pendek’ Mira kepada suami tercintanya. Tidak hanya itu, lima daripada 11 hantaran daripada Mira dibuat sendiri neneknya yang kini berusia 81 tahun.

Antaranya adalah kek fondant, tepak sirih, halwa dan biskut serta sirih junjung. Selain itu, kek pernikahan Mira juga dibuat oleh air tangan nenek Mira. Majlis pernikahan itu bertemakan Mihrab Cinta yang berkongsepkan kubah berbentuk Islamik kerana mengikut citarasa Emir.

Ini memandangkan dia seorang artikek yang minat akan struktur dan ciptaan bangunan. Memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Mira berkata, walaupun sudah bergelar isteri dia akan terus menumpahkan sepenuh kecintaan terhadap kerjaya lakonannya.

“Saya akan terus menyambung kerjaya lakonan seperti biasa dan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas segala sokongan yang dibrikan sejak awal kerjaya saya sehingga hari ini. Doakan yang terbaik untuk saya dan Emir,” katanya.

Sumber : TV3

Sumber : TerengganuTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *