Kongsi kebaikan mengenai surah Al Kahfi. Rita Rudaini dedahkan perubahan pada dirinya dan sedikit perkongsian dia mengenai anak anaknya selepas berpisah

artis

Pelakon Rita Rudani ada berkongsi tentang kebaikan mengenai surah Al-Kahfi bersama pengikutnya.Kongsi Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar, surah Al-Kahfi ini mempunyai banyak kebaikan dan manfaat kepada umat Islam yang membacanya.

“Al kahfi surah ni ada 110 ayat…ya panjang…bila ada masa lebih baca lah 1 surah…tp ALLAH mmg bg kita mudah…DIA ckp baca ayat 1-10 dan 10 terakhir pon DIA dah bg hadiah…tu pon kita kata xboleh buat ke? Xsampai 5mnt kan.“klau DIA bg masa kt kita utk hidup,xkan kita xle luangkan masa 5mnt baca ayat 1-10 dan 10 terakhir Al kahfi? …punya DIA syg kt kita,DIA permudahkan lg…tu pon kita liat nak baca apatah lg nak buka AL-QURAN,” tulisnya.

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ada memberi nasihat kepada mereka yang mahu berubah kearah kebaikan seterusnya mendapat ganjaran pahala dariNya.“Amalkan setiap jumaat dan lps solat fardhu sblm kita bgn jlnkan tugas kita kt dunia…xpa,blum cukup baik,blum cukup alim,blum cukup mulia,blum cukup itu ini,kerana itu manusia yg judge …yg adil judge kita adalah DIA…

“nk berubah,nk bc Quran,malu takut kena perleceh dgn kwn2? Xpaaa..bukan depa yg tolong kita kt sana nnti…biaq lah kita mcm mana keji,jahat,byk dosa ka..yg penting bila kita dah mula solat,dah mula pegang n bc quran,bermakna DIA sedang tarik tgn kita ke arah DIA…xrasa terharu ka? Xrasa bangga ka DIA masih syg kt kita walaupon kita ni sekeji2 sehiina2 makhluk yg byk dosa dgn DIA? Syukur..di beri peluang utk berubah…

“Syukur,di tegur cara lembut oleh DIA …buatlah,walau pon kdg2 xcukup lama2 akan lengkap..insyaallah ‘itulah’ yg merawat hati kita yg rosak utk pelan2 berjln ke arah DIA…“Siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka baginya satu kebaikan dengan bacaan itu dan satu kebaikan digandakan menjadi 10 kebaikan yang serupanya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Riwayat al-Tirmizi)

“Nabi saw bersabda :”Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Ftnh Djjal”.“Nabi SAW berkata : “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari ftnh Djjl.” SALAM JUMAAT,” tulis Rita panjang lebar. Foto: Instagram Rita Rudaini

Rita Rudaini sentimntal dengan anak sulung

“EH? Kenapa ‘sebijik’ ‘daddy’ ni? Oklah tak kisah, anak kami jugak,” kata pelakon Rita Rudaini yang mengimbau kembali kenangan ketika melahirkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin sempena ulang tahun kelahirannya ke-11, baru-baru ini.

Rita menerusi Instagram berkata, kelahiran Rayyan memberi nilai sentimental apabila individu yang terdekat dengannya begitu teruja dengan kelahiran pertamanya itu.”Buah hati pertama. Bila dia lahir, semua orang gembira macam sambut menang peperangan. Semua tunggu dia lahir. Ketika dalam bilik bersalin, tiba-tiba teringin nak makan ‘cheese cake’ (kek keju) dan kopi. Bapanyalah kena turun pergi beli.

“Ketika itu makan memang tak ingat dunia hingga lupa nak beranak. Tengah hari dia nak keluar, tapi tak boleh sebab saya tak pandai. Maklumlah kali pertama melahirkan anak. Tali pusat terblit sampai kena vakum,” katanya.Menurut Rita, Airit antara insan kuat yang dipilih untuk menjadi keluarga kelak.

“Alhamdulillah, ketika kecil susah nak senyum, pendiam tapi fokus dengan apa yang dia buat.”Anak yang banyak tengok susah senang ‘mommy’, air mata ‘mommy’, belajar dari kesusahan ‘mommy’ dan membesar dengan 1,001 kisah kami.”Tak sangka anak ini ‘dipilih’ untuk menjadi ketua keluarga kami. Airit Rayyan Rizqin, moga akhlakmu seindah syurga. Apabila besar nanti lindungi ‘mommy’ dan adik,” katanya.Seorang lagi anak Rita hasil perkahwinan dengan bintang bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak iaitu Airit Qaqa Arjuana, 9.-mymetro

“Anak hang anak sah taraf ke?” – Melmpau! Rita Rudaini buat laporan polis, tuntut individu ftnh status anak mohon maaf

GARA-GARA tinggalkan komen berbaur ftnh di laman sosial, pelakon Rita Rudaini bertindak membuat laporan polis terhadap seorang pengguna laman Instagram pada Isnin.Rita, 43, membuat laporan itu selepas mendapati komen yang mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya itu berniat jhat dan memberi kesan buruk terhadap mereka.

“Laporan dibuat terhadap seorang individu menggunakan akaun Instagram @ahmadsan81 yang menghiina dan memftnh mengenai taraf anak saya. Ia keterlaluan dan melmpau!Rita bakal ambil tindakan terhadap warganet yang tinggalkan komen mengenai anaknya.

“Sebelum ini tak ada orang yang menghiina dan keeeeji anak saya, fasal anak saya tak boleh berdiam kerana keterlaluan.”Saya mengambil langkah yang sama seperti Jasmin Hamid lakukan sebelum ini, ingatkan bila dia buat begitu orang dah tak berani, tapi masih berlaku,” katanya kepada mStar.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Kota Damansara, Selangor kira-kira pukul 2.30 petang.Sebelum ini, menerusi Instagram milik Rita, seorang warganet tinggalkan komen mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya pada salah satu foto yang di muat naik.

Sebelum ini tak ada orang yang mengkritik anak saya, fasal anak saya tak boleh berdiam kerana keterlaluan.

“Entah anak-anak hang (kamu) anak sah taraf ke? Tanya jer,” tulis pemilik akaun tersebut.Sementara itu, peguam yang dilantik Rita iatu Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan memberi tempoh selama 14 hari untuk individu itu tampil membuat permohonan maaf.

“Kita ikut perundangan… kami beri tempoh selama 14 hari bermula tarikh laporan polis dibuat pada hari ini.Rita bersama dua orang anaknya.“Pemilik akaun tersebut perlu tampil bersemuka dengan kami secepat mungkin dan buat permohonan maaf secara terbuka.

“Jika ingkar, individu itu bakal berdepan dengan saman sivil,” ujarnya.Terdahulu, Rita dikurniakan  dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8.Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 namun mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada September 2013.-mstar

‘Anak saya tr4uma seluar dil0ndeh’

KUALA LUMPUR: Pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, mendkwa anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 10, menjadi sasaran rakan sekelas sejak darjah satu.Bagaimanapun, katanya, kejadian seluar Rayyan dil0ndehkan di kawasan terbuka ketika waktu rehat, baru-baru ini, dianggap melmpau dan kurang ajar.

“Kejadian terbabit berlaku sebelum cuti pnggal persekolahan, baru-baru ini. Selesai peperiksaan, Rayyan tidak mahu lagi ke sekolah. Dia malu dan tr4uma akibat perbuatan seorang rakan sekelas yang mel0ndehkan seluarnya sehingga paras kaki di hadapan khalayak.

“Secara kebetulan, Rayyan tidak memakai seluar dalam dan baju pula singkat. Jadi, bayangkanlah apabila dibglkan di hadapan pelajar lelaki dan perempuan.“Rayyan pulang ke rumah menangis teresak-esak akibat terlalu malu,” dkwa pelakon terbabit.

Rita juga mendkwa, perbuatan tersebut bukan perkara baharu kerana sebelum ini Rayyan sering dib4ling dengan sesuatu, tangan dipvlas, jaket dipijak dan pelbagai lagi perbuatan sejak darjah satu.Katanya, dia bagaimanapun hanya menasihatkan anaknya agar tidak ambil pusing dan melaporkan perkara itu kepada guru.

“Saya tahu sangat perangai Rayyan. Dia seorang pendiam dan takut. Apa sahaja yang berlaku, dia takkan bertindak agr3sif.“Selalunya, saya akan menghubungi guru kelas, meminta beliau menasihatkan pelajar yang suka membvli Rayyan. Begitupun, saya tidak boleh berdiam diri dengan perbuatan mel0ndeh seluar anak saya di khalayak ramai.

“Saya ada menghubungi guru kelas supaya memberitahu ibu bapa pelajar terbabit mengenai sikap anaknya yang boleh dianggap seperti ‘gngguan sksual,” dkwanya.Pelakon filem Mami Jarum dan Cinta itu kesal ibu pelajar berkenaan hanya menghubunginya selepas dia memuat naik status dalam laman Instagram, kelmarin.

“Ibu pelajar berkenaan tidak percaya anaknya membvli Rayyan. Rasanya, tidak perlulah kami berbalah… Pasti ada cara terbaik untuk menyelesaikan masalah anak-anak.“Saya akan bertemu ibu dan pelajar itu secara berdepan, bersama beberapa saksi yang melihat kejadian berkenaan, dalam masa terdekat ini,” katanya.-bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *