Dikatakan menjadi orang ketiga dalam hal rumah tangga orang lain. Miera Leyana baru berkesempatan luah apa yang dia rasa berhubung dengan isu poligami

artis

KUALA LUMPUR: Dikatakan menjadi orang ketiga, bermadu dan bahagia atas pendritaan wanita lain sedikitpun tidak menjadi kvdis buat pelakon, Miera Leyana, 27, dan suaminya yang juga ahli perniagaan, Rosland Othman, 47.

Warganet mampu mengkritik apa sahaja, hakikatnya pasangan suami isteri yang diijabkabulkan pada 26 Julai lalu itu tidak terusik dengan mulut lahar berbisa. Kehidupan harus diteruskan, malah Miera mahupun Rosland bahagia dengan fasa baharu dalam rumah tangga. Paling penting, mereka tidak menyorok perkahwinan, mendapat restu kedua-dua keluarga, malah tiga majlis, iaitu malam berinai, akad nikah dan resepsi berlangsung dengan gemilang.

Rosland berkata, dia tiada kuasa menghentikan gosip yang berlegar mengenainya yang dikatakan berpoligami, malah tidak terkesan dengan komen warganet. Baginya, Warganet tiada kena mengena dengan hidupnya dan isteri.

“warganet nak mengata macam-macam, katalah… Saya tidak boleh menghalang warganet untuk terus bercakap sebab saya tahu kalau buat benda baik, warganet tetap kritik. Lagipun, ia tidak langsung menjejaskan kehidupan kami.

“Saya berkahwin dengan Miera bukan mahu menumpang popularitinya, sebaliknya saya melihat sisi baik pada isteri selepas empat tahun berkawan baik dengannya. “Sebelum ini, saya dengar pelbagai cerita mengenai Miera, tetapi apabila mengenalinya, saya tahu siapa dirinya yang sebenar. Saya terusik mengenali keluarga dan melihat cara ibunya menjaga Miera.

“Di situlah, hati terbuka melamar dan memikul tanggungjawab sebagai suami supaya dapat menjaga Miera seperti mana keluarganya lakukan,” kata Rosland. Rosland berkata, banyak perkara lain yang boleh dibincangkan warganet daripada sibuk mengambil tahu mengenai rumah tangganya dengan Miera.

“Dalam dunia ini, banyak benda yang boleh dibincangkan. Kita ada yang tak cukup makan, hilang kerja dan hidup melarat akibat pandemik COVID-19. Tetapi, saya pelik warganet lebih sibuk nak ambil tahu kisah perkahwinan kami.

“Sebenarnya, tiada apa yang perlu dibincangkan mengenai kami. Lebih baik, fikir perkara yang positif dan pandang ke hadapan. Saya selesa dengan cara hidup saya dan hanya mahu menjadi diri sendiri. Saya tak perlu telunjuk orang kerana ia tidak membawa saya ke mana pun.

“Jujurnya, saya lebih selesa tidak berkongsi soal peribadi kepada orang luar,” katanya. Walau dikritik hebat warganet, namun apa yang penting, kata Rosland, melihat keluarga kedua-dua pihak gembira pada hari bahagia mereka.

Katanya, dia gembira melihat senyuman terukir pada wajah ahli keluarganya dan Miera. Meskipun ada yang mempertikaikannya, tetapi masih ramai yang menyokong keputusan mereka. “Saya seorang yang sangat menjaga privasi. Saya sedar perlu menerima seadanya status isteri sebagai selebriti. Tetapi, saya akan tetap melindungi privasi saya dan keluarga, selagi mana mampu kawal, saya akan kawal.

“Saya tak perlu cerita siapa ibu bapa sebab saya pun tidak faham apa sebenarnya yang warganet mahukan? Apa matlamat mereka? Saya berpegang teguh untuk menjaga isteri saya. “Saya sendiri tertanya, apa motif mereka mengorek cerita saya. Adakah sebab mereka bosan tidak melakukan apa-apa ketika COVID-19 atau tiada tujuan hidup. Tetapi, saya akan tetapi jalani hidup seperti biasa,” katanya yang kini sedang berbulan madu di Langkawi bersama isteri tersayang.

Sementara itu, Miera tetap dengan pendirian untuk tidak mengiyakan mahupun menidakkan dirinya bergelar isteri kedua. Aktres yang diangkat Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin pada 2013 menerusi filem Pecah itu berkata, dia tidak melihat kehidupan berpoligami sebagai isu besar.

Katanya, dia enggan membesarkan isu poligami, sebaliknya mohon peminat mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan suami memandangkan mereka sudah bergelar suami isteri. “Tidak kisahlah saya bergelar isteri pertama, kedua atau ketiga, saya tidak merasakan ada berbuat salah. Jika saya ingin menyorokkan sesuatu, saya tidak akan menghabiskan duit orang tua mengadakan majlis perkahwinan. Lebih baik, saya berkahwin di Thailand atau berkahwin atas talian sahaja.

“Cuma, saya pelik dengan warganet yang menentang poligami seolah-olah ia satu isu yang sangat besar. Mereka pantas melabelkan isteri kedua jaht atau isteri pertama teruk seperti dalam drama. Kita hidup dalam dunia nyata dan terbuka, kenapa perlu mempertikaikan.

“Sejujurnya, saya sedih kerana tidak sampai 24 jam berkahwin, pelbagai spekulasi yang timbul dan kebanyakannya tidak betul. Sepatutnya bahtera perkahwinan yang dilayari ini dilalui dengan perkara indah, tetapi kami pula sebaliknya,” katanya dengan tenang.-bh

Tular Bila Miera Leyana Dikatakan Bermadu. Kini Giliran Suami Pula Keluarkan Kenyataan Untuk Terang Cerita Sebenar Di Sebalik Perkahwinan Mereka

KUALA LUMPUR: Niat tulus usahawan Rosland Othman, 47, melamar aktres, Miera Leyana, 27, sebagai isterinya bukan disebabkan gelaran selebriti atau populariti, sebaliknya mahu berkongsi kehidupan dengannya.Ini selepas melihat keadaan bapa Miera, Datuk Seri Kasmi Arshat yang baru sahaja menjalani operasi jantung, selain menghidap sakit teruk prostat dan hempedu tahap empat.

Rosland berkata, kali pertama bertemu bapa Miera di h0spital ketika menziarahinya.“Apabila berbicara dengan bapa Miera, saya dapat rasakan kerisauan memikirkan anak-anak, termasuk Miera. Saya pula memang menyimpan perasaan tanpa Miera ketahui.

“Ketika inilah, saya tergerak hati meminta restunya mengizinkan saya berkahwin dengan Miera. Saya memberanikan diri dan percaya ini perkara baik yang harus dilakukan.“Walaupun sedar mungkin ia masa tidak sesuai, tetapi saya mahu memenuhi harapan seorang bapa melihat anak berkahwin dan mempunyai seseorang yang dipercayai menjaganya,” katanya kepada BH Online.

Katanya, dia yakin restu keluarga amat penting dalam perkahwinan, selain mahu beroleh keberkatan hidup.“Tiada guna bercinta bagai nak rak tanpa restu ibu bapa.“Saya merasakan inilah masa yang sesuai melamar Miera disebabkan bapanya sedang sakit. Saya bukan hanya mahu mengenali Miera, malah keluarganya dengan lebih rapat selepas empat tahun berkawan dengannya.

“Namun, jujurnya, saya tak tahu Miera terima atau tidak. Saya tak beritahu pun Miera mahu minta restu bapa untuk mengahwininya. Bapa mentua juga merahsiakannya daripada pengetahuan ahli keluarga,” katanya ketika ditemui selepas usai majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka, di sini, semalam.

Bagaimanapun, katanya, dia hanya melamar Miera secara berdepan ketika memenuhi undangan makan malam di kediamannya ketika bapanya keluar h0spital pada Mac lalu.“Saya datang makan malam, selain mahu menziarahi bapa mentua yang sudah keluar h0spital dan semakin sembuh. Ketika itulah, saya melamar Miera di hadapan keluarganya.

“Miera memang terkejut dan seperti tidak percaya. Kami berkawan baik dan berkongsi banyak perkara mengenai urusan perniagaan, tidak langsung membabitkan soal hati.“Malam itu pula Miera hanya pakai baju kelawar (ketawa),” katanya.

Mengulas komen warganet terhadap Miera berikutan kenyataan bermadu dan hidup atas pendritaan wanita lain, Rosland berkata, dia dan isterinya tidak mampu menghentikan mulut warganet.“Buat benda baik pun kena kritik, apatah lagi benda jaht. Saya tak boleh nak hentikan mulut warganet nak bercakap apa sahaja mengenai kehidupan kami.

“Ikhlas tak ikhlas, tak perlulah dipertikaikan. Jadi, jalani kehidupan dengan cara masing-masing. Kita ada agama, pegangan dan paling penting, menghormati ibu bapa.“Soal peribadi mahupun keluarga, saya tak perlu berkongsi dengan warganet. Lagipun, saya hidup bukan atas ehsan orang luar. Apapun orang cakap, ia tidak mendatangkan kesan kepada saya dan Miera,” katanya.

Majlis resepsi Miera dan Rosland bagaikan dalam kayangan itu turut dihadiri rakan selebriti Datuk Seri Shah Reza, Datuk Ziela Jalil, Emma Maembong, Nelydia Senrose, Liza Abdullah, Niena Baharun, Ayda Jebat, Nabil Maher, Riz Amin dan ramai lagi.Ia diserikan dengan persembahan Liza Hanim, Azlan & The Typewriter, Hazama dan Noryn Aziz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *