Berpisah tahun lepas sampaikan dikritik teruk oleh warganet. Daus AF8 tampil buat keterangan susulan sebab utama dia berpisah dengan isterinya tatkala bayi baru berusia 2 minggu

artis

KUALA LUMPUR: Tiada apa yang perlu guna dikesalkan, nasi sudah menjadi bubur. Bahtera rumah tangga penyanyi kelahiran Akademi Fantasi musim kelapan, Daus Eli, 32, sudah lama menymbah bumi. Sekadar mampu meratapi takdir, perpisahan berlaku atas kesilapannya sendiri. Hubungan jarak jauh, selain kehadiran ‘orang ketiga’ menjadi punca hubungan Daus dan bekas isterinya, Syaza Shamimi Jalaluddin Khan tidak mampu diselamatkan lagi.

Umpama tiada maaf bagimu, bekas isteri nekad mahukan perpisahan. Daus dan Syaza Shamimi berpisah secara sah di Mahkamah Syariah Bintulu pada 1 Februari, tahun lalu. Selepas lebih setahun menyepikan diri, Daus atau nama sebenarnya, Muhd Shahril Firdaus Eli akhirnya keluar dari tempat ‘persembunyian’.

“Saya akui banyak mendiamkan diri kerana tertekan dengan kritikan warganet selepas berpisah dengan bekas isteri. “Saya mengalami kemurungn apabila warganet meletakkan kesalahan atas bahu saya. Demi tiga cahaya mata, saya harus bangkit semula demi mencari sesuap rezeki. Mereka kini berada di bawah jagaan bekas isteri di Bintulu, Sarawak.

“Tidak dinafikan, industri muzik semakin mencabar dengan kehadiran ramai penyanyi generasi baharu yang mempunyai ramai pengikut dalam laman sosial, tetapi tidak salah saya mencuba nasib. “Apa yang dilakukan ini demi anak. Saya tak mahu menanggung dosa apabila mengabaikan nafkah anak. Selain kembali aktif menyanyi, saya turut menghasilkan lagu untuk penyanyi baharu,” katanya muncul dengan single baharu berjudul Takdir Kita yang ditujukan buat bekas isteri.

Katanya, sudah tentu kekesalan berbekas di hatinya. Disebabkan kekhilafan diri, dia kehilangan isteri dan anak-anak. “Segala-galanya berpunca daripada perhubungan jarak jauh. Bekas isteri membuka farmasi di Bintulu, tetapi perniagaan tidak mendapat keuntungan, jualan sangat teruk pada 2018.

“Disebabkan perniagaan tidak menjadi, kami menghadapi masalah kewangan. Jadi, bekas isteri membuat keputusan menutup farmasi dan berhijrah ke Kuala Lumpur kerana mendapat tawaran kerja. Dia juga membawa anak bersama. “Saya pula ketika itu bekerja di sebuah syarikat di Bintulu. Selama lapan bulan berjauhan dengan keluarga memberi cabaran besar buat saya,” katanya kepada BH Online.

Akuinya, punca masalah daripada dirinya selepas terlalu mengikut hati apabila menjadikan orang ketiga sebagai tempat meluahkan perasaan. “Sejak itu, bermulalah masalah rumah tangga hingga membawa perpisahan. Walaupun berusaha memujuk, tetapi bekas isteri tetap nekad mahu berpisah.

“Sekian lama, saya harus ‘move on’ dan terima hakikat kami tiada jodoh lagi. Apa yang menjadi keutamaan adalah anak. Bagaimanapun, jauh di sudut hati, saya tetap menyesal dengan apa yang berlaku,” katanya. Sebelum ini, Daus tidak mampu berdepan tekanan dan berdepan kemurungn apabila dikritik teruk selepas melepaskan Syaza Shamimi yang baru dua minggu melahirkan anak ketiga pada ketika itu.

Dikatakan lelaki tidak berhati perut kerana tergamak melepaskan isteri sedang dalam pantang dua minggu, selain tnggalkan anak-anak yang masih kecil. Pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata, Delysha Senzela, 5, Myesha Sehrish, 3, dan Ayesha Sheraz, 1.

Daus berkata, dia membawa diri ke Kuala Lumpur, manakala anak ditinggalkan dengan bekas isteri. Bagaimanapun, dia tak pernah melupakan mereka, sebaliknya sering bertanya khabar menerusi panggilan video. “Kali terakhir kami bertemu pada November tahun lalu. Sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu, saya langsung tidak berkesempatan pulang ke Bintulu menjenguk anak.

“Saya perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari jika saya mahu pulang. Jadi, saya terpaksa menangguhkan dahulu hasrat bertemu anak, biarpun terlalu merindui mereka. “Saya akui, hubungan bersama anak bongsu tidak rapat. Ketika saya dan bekas isteri berpisah, anak ketiga baru berusia dua minggu, jadi dia tidak begitu mengenali saya. Bagaimanapun, saya tetap membuat panggilan video supaya anak tahu saya adalah bapanya,” katanya yang kini yang menjalankan perniagaan makanan dengan memasak-bh

Daus (AF8) beri penjelasan berpisah isteri dalam pantang

JDaus sudah berpisah talak satu dengan isteri, Syaza Shamimi di Mahkamah Syariah Bintulu pada Jumaat. Foto Instagram @daus_eli_official BEKAS peserta Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) Daus menerima kritikan selepas mendedahkan dia berpisah talak satu pada pagi Jumaat dengan Syaza Shamimi Jalaludin Khan yang baharu dua minggu melahirkan anak ketiga mereka.

Daus atau Muhd Shahril Firdaus Eli, 31, berkata, masyarakat boleh membuat apa sahaja andaian mengenai perpisahannya namun menegaskan keputusan itu dibuat selepas berbincang secara mendalam dengan bekas isterinya itu.

“Sebenarnya rumah tangga kami sudah lama tidak bahagia iaitu sebelum bekas isteri hamil anak ketiga kami lagi. “Sejujurnya siapa yang mahukan perpisahan, tambahan pula anak-anak masih kecil tetapi bekas isteri tetap dengan pendiriannya… Untuk tidak memanjangkan isu rumah tangga kami saya bersetuju untuk melepaskannya secara baik.

“Keputusan ini dibuat pun selepas kami berfikir masak-masak, berbincang termasuklah merujuk kepada keluarga namun nampaknya jodoh kami hanya setakat ini,” katanya kepada mStar Online. Tinggal kenangan… Daus reda dengan perpisahannya. 

Daus dan Syaza, 32, berpisah secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Bintulu, Sarawak dengan talak satu. Pasangan itu berkahwin pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Delysha Senzela, 5, Myesha Sehrish, 3, dan Ayesha Sheraz yang kini berusia lebih dua minggu.

Dia popular dengan lagu Kenapa. Mengulas mengenai perpisahannya, Daus memberitahu perpisahan itu terjadi disebabkan tiada lagi persefahaman ekoran terpaksa berjauhan namun menolak faktor kewujudan orang ketiga.

Bagaimanapun kata Daus, dia tidak menyalahkan bekas isterinya dan menganggap apa yang berlaku adalah suratan takdir dan fokusnya kini adalah membesarkan tiga anak mereka. “Saya hendak ulas banyak pun banyak hati yang perlu saya jaga tetapi hubungan jarak jauh itulah punca timbulnya masalah dalam rumah tangga kami.

“Apa yang penting kami berpisah secara baik dan fokus adalah untuk besarkan ketiga-tiga anak kami supaya mereka tidak terabai. “Sekiranya jodoh kami panjang… Saya terbuka hati untuk kembali rujuk dan berharap masyarakat mendoakan yang baik-baik buat kami,” katanya yang bekerja di Bintulu, Sarawak dan bekas isterinya berada di Kuala Lumpur.Dia bagaimanapun berhasrat berpindah ke ibu negara selepas perpisahan itu-mstar

Pernah Terfikir Untuk Akhiri Hidup, Daus Eli Kini Bangkit Setelah Dihntam Warganet Kerana Berpisah Isteri Dalam Pantang

Bekas bintang Akademi Fantasia 8 (AF8) yang kini bergelar penyanyi, Daus Eli mengakui dirinya mengalami depres1 akibat daripada masalah yang terjadi akibat perpisahan dengan bekas isterinya pada Februari tahun lalu. Dalam pada masa yang sama, Daus dilaporkan tertekan disebabkan oleh warganet yang sering melemparkan pelbagai kata-kata ftnh dan nista seolah-olah hidup bersama dia dan isteri dalam perkahwinan yang dibina sejak tahun 2013 itu.

Ketika ditemui media, dia yang kini terbuka untuk menceritakan suka duka kehidupannya selepas tempoh perpisahan turut mengakui pernah terfikir untuk mengambil nyawa sendiri akibat tekanan dan deprsi. “Saya tak minta semua ini terjadi pada diri saya.Apa yang berlaku adalah ketentuan Allah S.W.T. Ketika saya berada dalam dpresi, pernah terdetik tak nak hidup lagi di dunia ini. Tapi syukur ada ibu bapa, adik beradik dan keluarga yang beri sokongan. Malah disebabkan mereka sayaa bangkit untuk teruskan kerjaya dalam bidang muzik,”

Daus kini berkata dia tidak mahu lagi mengimbau kenangan lalu dan menoleh ke belakang. Pemilik nama Muhd Shahril Firdaus Eli ini dilaporkan bakal tampil dengan single terbaru berjudul Takdir Kita hasil ciptaan Daus sepenuhnya dan bakal diterbitkan oleh syarikat rakaman Nova Music.

Menurutnya, single tersebut merupakan luahan isi hatinya terhadap apa yang terjadi sepanjang dua tahun dia dalam masalah rumah tangga bersama bekas isteri, Syaza Shamimi Jalaludin Khan.

“Lagu ini mengenai lelaki yang mengharapkan sesuatu daripada wanita yang pernah dicintai suatu ketika dahulu. Memang benar ianya berkaitan dengan bekas isteri saya, lagu ini dibuat dua tahun lepas sebelum saya berpisah. Pada waktu itu saya sudah dpresi, tak ada semangat dan kecewa, jadi lagu ini ikut mood ketika itu.Daus turut memberitahu dalam tempoh dua tahun itu, warganet tidak habis-habis menghntam dirinya kononnya dia melepaskan isterinya ketika dalam pantang lalu tercetusnya beberapa masalah dalam tempoh tersebut.

Namun kini, Daus sudah mula redha atas apa saja ketentuan daripada Allah ke atas dirinya. Dia yang turut mencari pendapatan sampingan dengan berbisnes turut mendapat penghormatan apabila lagunya telah dipilih menjadi lagu tema bagi drama Aku Yang Kau Gelar Isteri yang bakal ditayangkan di Slot Samarinda TV3, kelak. Sumber : Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *