Peserta Big Stage Sandra telah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi. Terkedu ini kata kata terakhir dari Sufie Rashid buat warganet sebak.

artis

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Sandra Dianne yang tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam kejadian yang tak di ingini, Sabtu lalu, pergi menghadap illahi di Hospital Putrajaya, awal pagi tadi. Pemergian Sandra, 26, yang juga salah seorang peserta program realiti Big Stage 2020, dimaklumkan penyanyi berasal dari Singapura, Sufie Rashid melalui entri di Instagram, kira-kira jam 1.20 pagi. Selepas hampir seminggu tidak sedarkan diri, Sandra pergi menghadap illahi di unit rawatan rapi, Hospital Putrajaya, awal pagi tadi. 

Sufie menulis: “Assalamualaikum semua, minta sedekahkan al-Fatihah untuk Sandra yang telah tinggalkan kita. “Selamat pulang ke Rahmatullah sahabatku. You’re a good friend with a beautiful heart (anda sahabat yang baik dan berhati mulia).

Sufie berkongsi berita sedih pemergian sahabatnya, Sandra di Instagram. Foto IG Sufie Rashid. “Terima kasih sebab beri saya peluang untuk satu pentas dengan awak. Semoga awak tenang di sana…Innalillahiwainnailaihirojiun.”

Sabtu lalu, Sandra yang popular dengan lagu Hey! Kau terbabit dalam kejadian di ingini ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sandra diuruskan di Sabah

Penyanyi Sandra Dianne yang pergi menghadap illahi di Hospital Putrajaya pada jam 1 pagi hari ini akan dibawa pulang ke Sabah untuk diuruskan di kampung halamannya di Kg Kauluan, Tuaran. Menurut jurucakap Sony Music Entertainment Malaysia, Veea Norman, dia mewakili pihak keluarga meminta doa semua agar segala urusan urusan Sandra dipermudahkan.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mengesahkan Sandra Dianne pergi menghadap illahi pada hari ini, 11 September 2020 pada jam 1 pagi di Hospital Putrajaya. “Sandra akan dibawa pulang ke Sabah dan akan diuruskan di Kg. Kauluan, Tuaran.

“Pihak keluarga Sandra memohon untuk semua mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan memohon maaf bagi pihaknya jika ada salah dan silap. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah,” katanya. Selepas tidak sedarkan diri dan teruk akibat kejadian Sabtu lalu, penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir, hari ini.

Berita sedih itu nyata memilukan ramai rakan selebriti lain termasuk rakan karibnya Neeta Manisha, Zizi Kirana, serta rakan seperjuangannya dalam program Big Stage 2020. Penyanyi Hey! Kau itu dilaporkan terbabit dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Sandra dan sepupunya dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk latihan penuh konsert Big Stage. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Kucing Media Online

Sumber : BHARIAN ONLINE / HMETRO ONLINE

Sandra tetap dapat elaun penuh Big Stage 2020

WALAUPUN penyanyi Sandra Dianne masih dalam keadaan teruk dan tak sedarkan diri selepas terbabit dalam kejadian tidak di ingini Sabtu lalu, dia masih bergelar peserta untuk program Big Stage 2020 yang memasuki minggu keempat, Ahad ini.

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, walaupun penyertaan Sandra dikecualikan bermula minggu lalu sehingga tempoh diberitahu kelak, bayaran penuh elaun akan tetap diberikan kepadanya. Bagaimanapun, Sandra tidak layak untuk pelan perlindungan insuran yang diambil ke atas semua program terbitan Astro kerana membabitkan pemegang polisi yang berada di dalam kawasan rakaman sahaja.

“Selaku penganjur, kami masih lagi menunggu status perkembangan terkini mengenai keadaan Sandra daripada pihak hospital sebelum membuat sebarang keputusan lanjut berhubung penyertaan beliau dalam pertandingan ini. Apa jua keputusan yang akan diambil selepas ini adalah bergantung kepada nasihat doktor dan pakar,” katanya.

Emarina berkata, pihak Astro sangat bersimpati dengan nasib menimpa Sandra dan berharap penyanyi itu kembali sihat serta mendoakan keluarganya tabah dengan ujian berkenaan. “Buat masa sekarang, fokus paling utama adalah untuk memastikan Sandra kembali sembuh kerana kesihatan beliau adalah lebih mustahak.

Kami berharap agar Sandra dan keluarganya  tabah menghadapi dugaan ini. Kami juga memohon semua pihak dapat memberi masa dan ruang kepada mereka untuk bertenang sehingga keadaan lebih stabil,” katanya. Sabtu lalu, peserta program realiti Big Stage 3 itu terbabit dalam kejadian di

Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya. Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Sandra dan sepupunya dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk latihan penuh konsert Big Stage.

Ibu rayu telefon Sandra dipulangkan

IBU kepada penyanyi Sandra Dianne, Nor Syakinah merayu kepada mana-mana individu yang terambil telefon pintar milik anaknya itu sewaktu kejadian baru-baru ini supaya memulangkannya kembali. Nor Syakinah berkata, pihaknya sangat memerlukan telefon itu yang menyimpan pelbagai dokumen penting terutama berkaitan kerja penyanyi itu.

“Sandra menggunakan telefon jenis Samsung S20 Ultra. Ia adalah telefon yang selalu dia gunakan untuk urusan kerja. Segala maklumat mengenai media sosial seperti Instagram dan Twitter tersimpan di situ selain maklumat-maklumat sulit yang lain.

“Saya mohon kerjasama kepada individu yang ada menyimpan telefon anak saya untuk memulangkannya semula kepada saya. Bantu saya sebarkan supaya rayuan ini sampai kepada mereka yang berkenaan,” katanya.

Kelmarin, Nor Syakinah memohon supaya foto keadaan anaknya di Unit Rawatan Rapi Hospital Putrajaya tidak lagi disebarkan untuk tujuan publisiti. Dia meminta doa orang ramai supaya Sandra diberikan kekuatan untuk mengharungi dugaan itu.

Sementara itu, wakil pihak pengurusan Sony Music Malaysia memaklumkan penyanyi itu masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Sabtu lalu, peserta program realiti Big Stage 3 itu terbabit dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya. Dalam kejadian jam 2.30 petang, Sandra dan sepupunya dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk latihan penuh konsert Big Stage.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *