Isu kes positif COVID19 melibatkan kalangan petugas kesihatan. KKM dedahkan punca jangkitan berlaku dan ini langkah pencegahan yang diambil oleh petugas

berita

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menyenaraikan punca-punca jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan mereka. Menurut satu kenyataan, 53 peratus jangkitan berpunca daripada petugas lain, manakala 22 peratus daripada komuniti dan 17 peratus lagi ketika menguruskan pesakit yang belum diketahui status jangkitannya.

Selain itu, tiada petugas KKM yang dijangkiti ketika menguruskan pesakit COVID-19 di wad isolasi dan unit rawatan rapi (ICU). Justeru, petugas-petugas kesihatan di hospital dan klinik KKM serta swasta dinasihatkan agar memakai pelitup muka jenis 3-PLY svrgical mask sepanjang waktu bekerja dan mengamalkan langkah pencegahan lain.

Penjarakkan fizikal yang selamat di tempat bertugas dalam kalangan rakan sekerja dan ketika menguruskan pesakit juga perlu diamalkan sepanjang masa bertugas.Dalam masa sama, ruang guna sama seperti kaunter jururawat, ruang makan, pantri, ruang solat dan tandas kakitangan perlu sentiasa dalam keadaan bersih.-siakapkeli

Kedah mungkin bawa petugas kesihatan dari negeri lain

ALOR SETAR: Kedah mungkin terpaksa membawa petugas kesihatan dari negeri lain sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran bagi Kluster Sungai dan Telaga dilaksana dalam tempoh terdekat. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata ini kerana kemungkinan berlaku masalah kekurangan kakitangan kesihatan bagi melakukan saringan COVID-19 dalam kalangan penduduk.

Katanya, sebelum ini ada tambahan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dibawa dari negeri berdekatan bagi membantu melancarkan proses terbabit serta membantu kaki tangan kesihatan sedia ada.”Seperti PKPD Secara Pentadbiran di Amanjaya, terdapat petugas kesihatan dari daerah lain yang tidak terjejas membantu, malah ada petugas dari Pulau Pinang, Perak dan Perlis dihantar ke sini.

“Kita sudah bersedia sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pelaksanaan PKPD Secara Pentadbiran di kawasan jangkitan COVID-19 bagi Kluster Sungai dan Telaga.”Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) akan mohon petugas tambahan dari negeri lain untuk bantu petugas sedia ada,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Hayati meminta penduduk tidak panik, sebaliknya terus berdisiplin dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). “Kita sudah mengadakan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Negeri COVID-19 petang semalam, kerajaan negeri sudah mengemukakan beberapa syor dalam mesyuarat itu kepada MKN.

“Kita tunggu keputusan MKN sama ada ia akan dilaksanakan atau tidak di kawasan berkenaan.”Ketika ini, penduduk khususnya di kawasan terjejas akibat penularan COVID-19 dilarng keluar rumah sekiranya tiada keperluan,” katanya. Semalam, KKM memaklumkan terdapat 13 pertambahan kes baharu positif COVID-19 membabitkan Kluster Sungai menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 38 kes, manakala Kluster Telaga mencatatkan satu kes baharu semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 11 kes.-bh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. – Foto BERNAMA

Separuh kes COVID-19 petugas kesihatan berjangkit sesama sendiri

PUTRAJAYA: Sebanyak 53 peratus daripada keseluruhan kes positif COVID-19 membabitkan petugas kesihatan, dikesan berpunca daripada penularan dalam kelompok mereka. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sejak kebelakangan ini terdapat peningkatan kes positif COVID-19 dalam kalangan petugas barisan hadapan terutama petugas kesihatan daripada sektor awam dan swasta.

Katanya, keadaan itu membimbangkan kerana kumpulan ini berperanan penting sebagai tulang belakang sistem kesihatan negara. “Jangkitan daripada komuniti adalah sebanyak 22 peratus, manakala jangkitan semasa pengurusan pesakit yang belum diketahui status COVID-19 pula adalah sebanyak 17 peratus.

“Setakat ini, tiada petugas kesihatan KKM yang dijangkiti COVID-19 ketika pengurusan pesakit disahkan COVID-19 di wad COVID-19 atau di Unit Rawatan Rapi (ICU). “Justeru, adalah amat penting bagi petugas kesihatan untuk memastikan langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 diambil pada setiap masa, terutamanya semasa bertugas,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.-bh

COVID-19: Petugas kesihatan diingat amalkan perlindungan diri tahap tertinggi

KUALA LUMPUR: Semua petugas kesihatan diingat mengamalkan perlindungan diri pada tahap tertinggi dengan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam usaha mengawal penularan COVID-19. Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr N Ganabaskaran, berkata juga penting untuk ahli keluarga petugas terbabit mengamalkan langkah pencegahan dan mematuhi SOP supaya tidak terdedah kepada jangkitan wabak itu, terutama di rumah.

“Penjagaan kesihatan adalah sektor paling penting dalam usaha melawan COVID-19. Oleh itu, petugas kesihatan mesti memastikan standard tinggi untuk kawalan sakit berjangkit, dijaga setiap masa. “COVID-19 tidak membeza-bezakan (mangsa) dan sesiapa saja berisiko (dijangkiti). Kes mula meningkat di negara ini. Semalam, kita melihat kes baharu meningkat menjadi tiga digit.

“Peningkatan kepada 100 kes baharu itu harus dipandang serius. Ia memberi amaran bahawa kes boleh naik dengan senang hingga tiga digit jika ada pihak yang ambil mudah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Dalam pada itu, beliau berkata, MMA kesal kerana sebuah hospital di Kedah terpaksa menutup perkhidmatan selama tiga hari, mulai hari ini, untuk pelaksanaan kerja pembersihan dan sanitasi secara menyeluruh susulan pengesahan kes COVID-19 di hospital itu.

Beliau berkata, pihaknya juga prihatin apabila mendengar ada petugas kesihatan yang belum mematuhi sepenuhnya garis panduan kawalan penyakit berjangkit ketika mengendalikan pesakit. “Semua petugas kesihatan, terutama yang merawat pesakit berisiko tinggi COVID-19, mesti memastikan diri mereka dilindungi secukupnya dengan peralatan perlindungan diri (PPE) seperti disarankan dalam garis panduan.

“Ia sama sekali tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan jika petugas kesihatan mengabaikan protokol asas ini,” katanya. Beliau berkata, MMA turut mengingatkan seluruh rakyat supaya terus mematuhi SOP dan langkah pencegahan asas seperti kerap membasuh tangan menggunakan sabun atau sanitizer, menjaga penjarakkan fizikal serta memakai pelitup muka ketika berada dalam khalayak ramai.-bh

Kedah cadang PKPD di kawasan Kluster Sungai, Telaga

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan mengemukakan cadangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di kawasan jangkitan COVID-19 bagi Kluster Sungai dan Telaga kepada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Negeri COVID-19.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata cadangan itu akan dibawa pada mesyuarat membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan beberapa agensi lain.Katanya, ini berikutan hanya pelaksanaan PKPD Secara Pentadbiran berjaya memberi kesan positif bagi mengekang penularan virus itu seperti PKPD Secara Pentadbiran bagi Kluster Sivagangga di Napoh dan Kluster Tawar di Amanjaya, Sungai Petani.

“Kalau ikut pengalaman kita, memang PKPD kaedah paling berkesan. Cumanya pertimbangan perlu dibuat sama ada langkah itu akan turut memberi kesan terhadap sektor lain seperti ekonomi dan pendidikan.”Kita semua bimbang kerana ia membabitkan petugas kesihatan yang menjadi barisan hadapan, kini ahli keluarga mereka pula terbabit.

“Rakyat sendiri berharap kerajaan negeri dapat mengambil tindakan. Ini yang kita lakukan, iaitu membuat syor dan menghantar segera kepada MKN,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 16 petugas kesihatan antara 26 kes positif COVID-19 dalam Kluster Sungai setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah petugas kesihatan terbabit, seorang turut menjangkiti tujuh anggota keluarganya.Muhammad Sanusi berkata, pihaknya berharap penduduk di negeri ini dapat mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KKM dan MKN.

Katanya, rakyat sendiri perlu mengambil tindakan awal dengan menjaga keselamatan dan kesihatan diri serta mengelak daripada berada di luar rumah terlalu lama jika tiada keperluan.”Kita tunggu keputusan MKN dan di peringkat Kerajaan Persekutuan juga akan diadakan mesyuarat dan mereka akan mengambil tindakan paling baik setelah mengambil kira semua faktor.

“Masyarakat pula diminta terus menjaga penjarakkan fizikal, bagi orang muda kurangkan melepak di luar untuk elak menjadi rantaian COVID-19 atau menjadi pembawa dan kemudian bawa balik kepada orang tua dan adik-beradik yang berada di rumah,” katanya.-bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *