Hampir 12 tahun bergelar ibu tunggal. Norish Karman dedahkan sesuatu ini sampai ramai tak percaya dan ini rupanya status hubungan dia dan bekas suami

artis

Sudah hampir 12 tahun bergelar ibu tunggal, pelakon Norish Karman memberi bayangan seolah ada orang di sekelilingnya yang kurang senang dengan kehadirannya untuk dijadikan sebagai seorang kawan.Malah, Norish merasakan seperti ada wanita yang cuba mengelak daripada dekat dengannya kerana bimbang dengan statusnya sebagai seorang janda. Norish turut mnyindir mungkin mereka takut jika lelaki mereka dirmpas

“Sebab ada lakilah korang boleh kaut duit buat bisnes, ada lakilah boleh yak yak yeah (bergembira) sana sini macam keluarga bahagia sampai syurga“Padahal tak bahagia, masing-masing ada extra affair (hubungan sulit), tapi demi status demi kekayaan… jadi, tak bolehlah kawan dengan janda macam aku nanti takut rmpas laki korang erk..atau rmpas tunang korang erk?,” luahnya.

Bagaimanapun, Norish memberitahu tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana dia tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga semula selepas bergelar ibu tunggal sedangkan ramai lelaki muda mengajaknya untuk berkahwin.“Agak-agaklah, janda pun ada taste (selera). Aku baru 46 tahun, bukan 96 tahun. Jejaka bawah umur 30 tahun pun beratur nak kahwin aku maa..siap mak ayah mereka pun sayang aku.

“Tetapi aku yang tak nak. Aku belum bersedia untuk ketepikan anak-anak dan ibu bapa yang mendoakan kejayaanku. Perjalanan masih jauh untuk capai kejayaan untuk kehidupan anak-anak saya,” jelasnya.Perkongsian Norish itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang turut berkongsikan berdepan nasih yang sama dan mengakui bukan mudah untuk seorang wanita memegang status janda. Sebelum ini, Norish pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada Januari 1998 sebelum berpisah pada Julai 2008.-rotikaya

Aktif atau tidak

BERITAMediacorp: Lakonan terakhir pelakon kelahiran Singapura, Norish Karman ialah menerusi drama bersiri Mok Cun yang diterbitkan satu setengah tahun lalu. Setelah itu, beliau seakan hilang dan menyepi dari dunia lakonan sehingga menimbulkan pertanyaan di kalangan peminat apakah Norish atau lebih senang disapa sebagai NK sudah berhenti berlakon. Atau tiada lagi menerima tawaran lakonan sehingga kini?

Buat masa sekarang ini, penonton hanya dapat menyaksikan Norish beraksi di kaca televisyen sebagai penyampai berita di saluran Bernama News.Pertanyaan tersebut tidak terhenti di situ kerana pada musim Raya tahun ini, beliau memuatnaik sendiri posting di Instagram miliknya bahawa NK mengalami kesmpitan wang dan pada mulanya tidak dapat pulang beraya ke Singapura. Apakah sebenarnya nasib yang telah menimpa ibu tunggal kepada 4 orang anak yang menuntut di sekolah Tahfiz ini?

Norish bergelar ibu tunggal setelah bercpisah dengan suaminya, Dato Hashimuddin Abdul Kadir. BERITAMediacorp sempat menghubungi NK, yang masih menetap di Kuala Lumpur, untuk temubual ini.NK kini aktif juga sebagai pengacara majlis dan pakar motivasi di Kuala Lumpur. Apakah NK tidak lagi menerima tawaran berlakon sekarang ini di seberang tambak sehingga menjejas keadaan ekonomi beliau?

“Saya menolak (tawaran berlakon). Baru-baru ini menolak 40 episod sebab jadual bertembung dengan jadual saya baca berita di TV,” kata beliau.Jelas wanita berusia 43 tahun itu, jadual membaca berita ditetapkan setiap hari dan ‘sangat disiplin’. Sebaliknya jadual untuk tawaran berlakon pula tidak tetap dan bertukar saban hari dan akan menjejas jadualnya untuk shif membaca berita.

“Kadang ramai pelakon yang datang lambat atau ada yang tak boleh hadir. Jadi faktor-faktor itu kadang tidak izinkan saya untuk berlakon jika ia tidak ada disiplin dengan jadual,” cerita beliau lagi.Bernama News tidak pernah menghalangnya untuk berlakon, namun untuk sekarang ini NK bersikap praktikal dengan memberi tumpuan kepada kerjaya sebagai pembaca berita dahulu memandangkan beliau diberi jadual tetap oleh pihak majikan.

Apakah berbaloi pengrbanan beliau itu?Ini jawapan beliau kepada BERITAMediacorp: “Berbaloi itu subjektif. Nak ikutkan pembayaran lebih besar dari sumber lakonan. Besar juga pengrbanan masa penggambaran yang tak tetap. Allah selalu tentukan rezeki kita.

“Jangan risau apa yang kita tidak dapat. Allah akan tahu apa yang baik untuk kita. Nanti bila ada skrip yang baik, saya akan kembali ke situ jugak.”Beliau tidak menafikan menghadapi masalah kewangan sejak bergelar ibu tunggal membesarkan 4 orang anak sehingga membuatnya secara terus-terang berkongsi status di Instagramnya pada musim Raya lalu.

Akuinya tanpa berselindung dalam wawancara tersebut: “Saya ‘breadwinner’ (pencari nafkah) untuk anak-anak. Tiada bantuan kewangan sehebat yang digembar-gemburkan di internet tentang saya dapat beribu-ribu sebulan sebagai nafkah anak-anak, mahupun kereta-kereta dengan segala kemewahan kerana bekas suami saya sedang melalui dugaan Allah SWT yang secara terang terkena tmpias pada anak-anak dan diri saya.”

MESKI SUDAH BERPISAH, BAIK DENGAN BEKAS SUAMI

Jelas NK lagi, urusan perniagaan bekas suaminya ‘jatvh menjunam sangat’ sehingga NK terpaksa menghantar dan menjemput anak-anak ke sekolah sendiri tanpa bantuan pemandu. NK juga menguruskan segala makan-minum anak -anak dan memberi tuisyen kepada mereka.

Meskipun sudah berpisah, hubungan NK bersama bekas suami baik-baik sahaja. Sambungnya:”Saya faham dan saya redha membantu menjaga membesarkan anak-anak walau dalam keadaan sepeerit ini kerana saya faham akan situasi bekas suami yang mesti kami beri sokongan moral agar boleh bangkit semula setelah bisnis beliau kembali pulih’. Anak-anak beliau adalah pencetus semangat kerana susah-senang mereka tetap bersama dalam apa jua keadaan.

“Kerana mereka juga saya masih tersenyum menghadapi segala dugaan Allah SWT. Ertinya, Allah amat sayangkan saya dan mau lebih baik dari saya sebelum Allah beri lebih baik untuk saya dan anak-anak saya,” akui Norish.

TAK TAKUT PANDANGAN MASYARAKAT?

Tidakkah NK risau tentang pandangan masyarakat terhadap posting jujurnya di Instagram bahawa beliau mengalami kesmpitan wang kini memandangkan beliau adalah seorang ‘public figure’ yang cukup dikenali di Singapura dan di seberang tambak?

Beliau menjelaskan ingin pengikut-pengikutnya ketahui keadaan sebenarnya bersama anak-anak:”Dengan itu mereka tidaklah berpendapat kehidupan saya sebagai ‘public figure’ dikelilingi cerita yang indah-indah belaka dan tidak mempunyai masalah seperti orang lain. Tidak ada apa yang ingin disembunyikan. ‘I am real!’.

Melalui laman sosial media, beliau dapat berkongsi suka-duka kehidupan ibu tunggal seperti beliau yang harus bekerja keras dan bertawakkal menjalankan tanggungjawab seharian. Untung beliau kekadang ada juga sahabat-sahabat yang membantu menjemput anak-anak dari sekolah sekiranya beliau belum tamat bertugas.

Untuk menjana pendapatan yang lebih, NK turut membuat perniagaan sampingan, iaitu penghantaran makanan setiap hari sekiranya ada tempahan makanan yang diterima di Instagram rasmi beliau Norish Karman (DWarrior Queen). Chef For Hire juga dilakukannya disebabkan minat memasak.

NORISH TAK MAHU KAHWIN LAGI?Setelah sekian lama bergelar ibu tunggal, tidakkah beliau terfikir untuk mencari pengganti yang sekurang-kurangnya dapat membantu keadaan ekonomi NK sekarang ini?Jawabnya dengan tenang tetapi yakin: “Buat masa ini saya tidak berminat memikirkan hal tersebut. Kebajikan anak-anak lebih penting. Lagipun, siapalah mampu mencintai anak-anak saya dengan segala yang kami lalui? Ada ke?”

NK sempat berpesan juga tentang negara tanah tumpah drahnya: “Saya amat merindui Singapura sangat. Semoga akan dapat banyak jemputan untuk menyanyi, berlakon atau memasak dari Singapura.”Tidakkah pernah beliau terfikir untuk pulang ke Singapura sahaja? Ini jawapan beliau.
“Smpit hanya pemikiran manusia. Bukan keadaan mahupun suasana. Saya akan berada di mana saya diperlukan, saya disayangi dan saya diingini.” -mediacorp

Norish Karman kesal lambat bertudung

Menurut Norish, sebagai ibu tunggal, dia juga cuba mendidik anak-anaknya dengan ilmu agama secukupnya. PELAKON Norish Karman yang kini telah berhijab tampil berkongsi pengalamannya berhijrah dan kekal Istiqamah sekali gus menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya di laman Instagram miliknya.

Menurutnya, dia mula mengenakan tudung pada 23 Februari lalu dan mengakui lambat berhijab meskipun bapanya seorang tegas dalam bab pendidikan agama.Malah pelakon ini turut berkongsi bagaimana bapanya begitu tegas mendidik mereka adik-beradik dengan ilmu agama.“Bapa Ustaz Karman lama dah latih kami adik-beradik segala asas malah setinggi-tinggi pendidikan agama. Semua adik-beradik dah berhijab, hanya saya layan duniawi.“Semua sahabat-sahabat dan anak-anak tahu saya sangat strict bab solat dan agama related.

Dari kecil takkan keluar tanpa solat Dhuha dan Yaasin. Malah anak-anak tak boleh tidur sebelum solat sunat dan Al Mulk / Al Waqiah,” ujarnya.Dalam pada itu, Norish juga mengakui menyesal kerana tidak bertudung lebih awal sebelum ini dan agak lambat untuk berbuat demikian.“Hanya hijab yang mempamerkan kejahilan saya. Saya berhijab pada 23 Februari, hadiah untuk bapa yang lama menunggu tanpa sedikit amarah pun.“Menyesal amat sangat tak berhijab lama dulu. Pada semua anak-anak perempuan, berhijablah demi bapa kita, demi Allah kerana seksaaan terhadap bapa kita dan diri kita sangat perit,” tulisnya lagi.Menurut Norish, sebagai ibu tunggal, dia juga cuba mendidik anak-anaknya dengan ilmu agama secukupnya.

Malah turut menjadikan cara didikan bapanya sebelum ini sebagai panduan.“Emm.. I think I’m more stern and strict to my children, as a single mum the world constantly eyeing for my mistaakes in raising my kids. Almaklum rumah takda father figure.”Jadi, orang-orang selalunya bertanggapan bahawa anak-anak yang berpisah ibu bapa, pasti mempunyai akhlak yang tidak baik, gagal dalam pelajaran dan banyak lagi tanggapan negatif yang kini saya tangkis dengan segala usaha mendidik anak-anak dengan sepenuh hati dan didikan agama yang saya dahulukan.

“Sampai saya hilang segalanya. Karier, hilang kawan-kawan duniawi, hilang harta dunia hanya kerana saya berkrban demi masa, jiwa raga untuk tumbesaran anak-anak sentiasa dalam pengawasan saya.“My one & biggest regret ? Lambat berhijab. Something I should have done long ago,” luahnya beserta tanda pagar #hidayahituindah #cintaBapa.-awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *