Nak elak COVID19. Syahrini bongkarkan suami dia sanggup buat sesuatu ini untuk tidak terkena wabak tersebut dan mengejutkan sekali bila suami dia kerap bertindak sedemikian

artis

Syahrini mengakui dia dan suami lebih kerap mandi kerana bimbang bahaya Covid-19. PENYANYI popular Indonesia, Syahrini mengakui dia dan suami, Reino Barck lebih kerap mandi kebelakangan ini. Menurut laporan Liputan6, Syahrini berkata dia dan Reino membersihkan diri kerana bimbang dengan penularan virus Covid-19.Perkara itu dikongsi oleh Syahrini ketika menjadi tetamu jemputan SCTV, baru-baru ini.Dalam program tersebut, Raffi Ahmad bertanyakan beberapa soalan peribadi kepada pasangan ini.”Siapa di rumah yang paling kerap mandi,” tanya Raffi Ahmad.

Syahrini bersama suami tersayang, Reino.Tanpa berselindung, penyanyi lagu Seperti Itu? ini mengakui dia dan suami memiliki perangai yang sama.”Kami berdua sama kerap mandi… kerap mandi kerana sekarang lagi pandemik! Kemana-mana pergi, kami akan mandi kerana takut. Belum kering dah mandi lagi,” jawabnya.Mendengar jawapan Syahrini itu, Raffi hanya tertawa dan bersetuju bahawa mandi itu merupakan kewajiban, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini.”Mandi itu memang wajib ya, tambah pula dalam pandemik begini,” kata Raffi.-mstar

Pereka fesyen bocor rahsia, Syahrini dikatakan sudah hamil… “Amin, terima kasih atas doanya”

SPEKULASI dan khabar angin kononnya penyanyi Syahrini kini berbadan dua semakin hebat diperkatakan oleh peminatnya di laman sosial.Menurut laporan Liputan6, berita itu mula menjadi perbualan hangat warganet apabila pereka fesyen Ivan Gunawan memuat naik foto Syahrini bersama kapsyen menggambarkan penyanyi itu sedang hamil.”Selamat hari lahir ibu Syahrini, panjang umur dan sihat ibunya, sihat bayinya,” tulis Ivan.Tidak mahu terus menjadi tanda tanya, media tempatan Indonesia cuba mendapatkan pengesahan mengenai khabar angin tersebut.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Seperti Itu ini tidak mahu terlalu berbicara mengenai hal berkenaan dan enggan mengulas lanjut.Sebaliknya dia hanya meminta supaya orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk dirinya dan berterima kasih atas doa-doa itu.”Amin… mohon doa, apa-apa pun amin terima kasih atas doanya,” kata Syahrini.Syahrini dan suaminya, Reino Barck mendirikan rumah tangga di Masjid Tokyo Camii, Tokyo, Jepun pada 27 Februari lalu.SUMBER: Liputan6

Adik dedah Reino Barck dekati Syahrini selepas putuus dengan Luna Maya

ADIK kepada penyanyi dan pelakon Syahrini iaitu Aisyahrani mendedahkan kakaknya masih mempunyai kekasih ketika usahawan Reino Barack cuba mendekati.Malah, pelakon Luna Maya yang juga bekas kekasih Reino pernah berbincang secara serius dengan Syahrini mengenai hubungannya dengan Reino ketika itu.

Bagaimanapun, hubungan Syahrini dan Rieno yang kini merupakan suaminya itu semakin rapat selepas selebriti kelahiran Indonesia itu puutus dengan teman lelaki.Menurut Aisyahrani, hati Syahrini mula terpikat dengan Rieno selepas melihat kesungguhan dan tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan kakaknya.

Bekas kekasih Luna, Rieno cuba dekati Syahrini ketika aktres itu masih ada kekasih.Luna dan Reino pernah menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun namun mereka berpisah pada sekitar Ogos 2018.Reino Barack berkahwin dengan Syahrini di Masjid Camii, Tokyo, Jepun pada 27 Februari tahun lalu.Majlis pernikahan Syahrini dan Reino dikawal ktat oleh pihak berkuasa dan tiada seorang tetamu pun dibenarkan membawa kamera melainkan jurugambar bertugas-mstar

Syahrini diusiir keluar panggung di Singapura gara-gara kasut berkelip-kelip seperti lampu disk0

Syahrini diusiir keluar dari panggung gara-gara kasut milik anak buahnya yang berkelip-kelip.GARA-GARA mengenakan kasut berlampu ketika hadir menyaksikan persembahan teater Aladdin di Singapura baru-baru ini, penyanyi Syahrini berdepan detik memalukan apabila dih4lau keluar dari panggung.Berdasarkan laporan Liputan6.com, Syahrini yang hadir bersama ahli keluarganya itu ditegur sebelum diminta keluar oleh petugas keselamatan di situ.”Tengah-tengah menonton Aladdin, tiba-tiba diusiir pegawai keselamatan.

“Dia suruh anak buah saya mtikan lampu pada kasutnya.”Semuanya berpunca daripada kasut itu yang berkelip-kelip dalam kegelapan teater, bagaikan lampu disc0!” ujarnya.Syahrini berkongsi kejadian memalukan itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Menurut Syahrini lagi, dia dan anak buahnya itu tidak tahu cara untuk memtikan lampu yang berkelip pada kasut berkenaan selepas diminta berbuat demikian.Bagaimanapun perkara itu dapat diselesaikan apabila seorang petugas datang membantu sebelum Syahrini kembali semula ke tempat duduknya untuk menyaksikan persembahan itu.-mstar

Syahrini berharap dikurniakan cahaya mata segera

Syahrini mahu timang cahaya mata cepat.PENYANYI Syahrini meminta peminatnya untuk mendoakan agar dia dikurniakan cahaya mata dengan segera.Menurut laporan Kapanlagi, Syahrini atau dikenali sebagai Princess Syahrini berharap dia dapat mengandung pada bulan Ramadan ini.

“Doakan semoga saya cepat hamil dan dikurniakan keturunan pada bulan ini. Saya tidak mahu tunda, harap terus ada,” katanya.Syahrini dan suaminya, Reino Barack mendirikan rumah tangga di Masjid Tokyo Camii, Tokyo, Jepun pada 27 Februari lalu.-mstar

Hasrat Cakra Khan mahu keluar makan dengan Syahrini tidak kesampaian – “Dia tak mahu jumpa saya…”

Sejak Syahrini berkahwin, Cakra Khan mengakui mereka jarang bertemu. -Foto Liputan6. MESKIPUN Syahrini sudah mendirikan rumah tangga pada Februari lalu, penyanyi Cakra Khan memberitahu dia masih berhubung dengan sahabat baiknya itu.Bagaimanapun Cakra berkata mereka sudah jarang bertemu kerana masing-masing sibuk dengan kehidupan peribadi. Menurut laporan Liputan6, penyanyi lagu Harus Terpisah ini mengakui Syahrini menolak pelawaannya untuk bertemu kerana tidak sihat baru-baru ini.

“Saya dah jarang jumpa Syahrini, sebelum ke Belanda kita ada perancangan nak jumpa makan-makan tapi kerana saya selesema dia bergurau tak mahu bertemu.”Sebenarnya kami susah nak berjumpa kerana kita sama-sama sibuk… jadi kalau bertemu pun boleh bilang dengan jari,” katanya.

Sebelum ini kedua-dua penyanyi itu diketahui mempunyai hubungan rapat sebagai teman sehinggalah Syahrini berkahwin dengan Reino Barack pada Februari lalu.Sementara itu, Cakra berkata dia memahami kehidupan baharu sahabat baiknya itu yang kini sudah bergelar isteri orang.”Dia sekarang isteri orang dan saya juga ada kesibukan kerja sendiri… begitulah!”Tapi sesekali ada masa melepak kita tetap berjumpa, kadang-kadang dia ajak makan atau saya yang ajak,” ujarnya.-mstar

“Terlalu over, macam kedai emas bergerak!” – Syahrini beri ucapan sempena Aidiladha, penampilan pula jadi perhatian

Gaya Syahrini ketika menyampaikan tazkirah dikritik warganet di Instagram. PENYANYI Syahrini dikenali sebagai seorang selebriti yang memiliki gaya hidup mewah dan glamour di Indonesia.Meskipun begitu, dia kerap kali berkongsi pandangan mengenai agama Islam di laman sosial miliknya.

Menurut laporan Wow Keren, bersempena Hari Raya Aidiladha, akaun Instagram Rumpi Manja Official ada memuat naik ucapan istimewa Syahrini untuk pengikutnya terutama yang sedang mengerjakan ibadah haji.

Namun yang menarik perhatian wraganet ialah mengenai penampilan dan gayanya ketika menyampaikan ucapan tersebut.Walaupun kelihatan manis bertudung, warganet masih lagi menilai gaya bicara dan penampilan Syahrini yang disifatkan keterlaluan.

Aksesori berlebihan yang dipakai oleh Syahrini dikritik warganet.Ini kerana dia mengenakan tudung daripada sebuah jenama mewah antarabangsa dan memakai aksesori perhiasan mewah sehingga disindr seperti kedai emas bergerak.”Boleh tak cakap tu biasa-biasa sahaja, tak perlu terlalu over. Tak perlu dibuat-buat… macam mak tiri dalam cerita sinetron.”Luar biasa ibu hajah bling-bling mewah, menandakan kehidupan yang berlebih-lebihan, Ya Allah, banyak betul macam kedai emas berjalan.

“Kedai emas berjalan ke ni, semua emasnya dipakai,” komen warganet .Syahrini menerusi akaun Instagram peribadinya tidak memuat naik ucapan video tersebut, sebaliknya hanya berkongsi foto bersama keluarga.-mstar

Warganet syak suami Syahrini bagi bunga pada Luna Maya

Luna sentiasa mendoakan kebahagian bekas kekasihnya, Reino Barack.SEJAMBAK bunga yang diterima pelakon Luna Maya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-36 pada Isnin lalu menarik perhatian warganet.Menerusi Instastory Luna Maya memuat naik foto sejambak bunga berserta kad ucapan hari lahir yang hanya ditulis huruf R.Rata-rata peminatnya teruja melihat dan ingin mengetahui siapa lelaki misteri yang menghantar hadiah bunga tersebut.

Ada juga segelintir mereka yang membuat spekulasi lelaki yang hanya dikenali R itu adalah bekas kekasihnya yang juga suami kepada penyanyi Syahrini, Reino Barack.Luna terima sejambang bunga berserta kad yang hanya tertulis huruf R.

Sebelum ini, Luna mengakui dia tidak menerima sebarang ucapan hari lahir daripada Reino namun tetap mendoakan kebahagian bekas kekasihnya.”Tak ada sebab kami pun tak ada apa-apa. Kita doakan dia supaya sentiasa bahagia,” kata Luna menerusi laporan Liputan6.

Luna dan Reino pernah menjalinkan hubungan selama lima tahun namun hubungan tersebut berakhir pada tahun lalu.Reino kemudian dikhabarkan mempunyai hubungan dengan Syahrini dan mendirikan rumah tangga pada 27 Februari lalu.Baru-baru ini, spekulasi dan khabar angin kononnya Syahrini kini berbadan dua semakin hebat diperkatakan peminatnya di laman sosial.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *