Episod perpisahan tidak semudah seperti pasangan yang lain. Marissa Yasmin luah dan buka mulut perasaan dia selepas berpisah dengan bekas suami dan saman yang telah dikenakan

artis

KUALA LUMPUR: Perjuangan dramatis, Marissa Yasmin, 42, yang terpaksa turun naik mahkamah mempertahankan hak selepas berdepan masalah bersama bekas suami berakhir, baru-baru ini. Sebelum ini, boleh dikatakan setiap bulan pelakon drama Memori Cinta Suraya berulang alik ke mahkamah bagi menyelesaikan kes samannya sejak hampir lima tahun lalu.

Marissa sah berpisah talak satu dengan Pengurus Jualan Teknologi Maklumat, Muhammad Muhzir Mohd Zainuddin pada 14 Januari 2016. Bagaimanapun, episod perpisahan mereka tidak semudah pasangan lain apabila Muhammad Muhzir bertindak mengemukakan empat saman terhadap Marrisa.

Keputusan berpihak kepada Marissa apabila memenangi kes tuntutan kediaman, baru-baru ini.”Bukan sahaja masa terbuang, malah wang ringgit mengalir bagaikan air apabila perlu membayar kos guaman dan perjalanan ke mahkamah.”Namun, segala ujian yang ditanggung tidak sesekali menjadikan saya wanita lemah, sebaliknya semakin teguh berdiri. Selama ini, saya tidak suka mencanang maslaah yang berlaku.

“Saya yakin dengan mengemukakan bukti kukuh, keputusan pasti akan berpihak kepada yang benar,” katanya kepada BH Online.Marissa atau nama sebenarnya, Marissa Yasmin Mariam Yaakob berkata, tidak perlu mencanang siapa betul atau salah.”Apapun perkara berbangkit, saya lebih selesa mengemukakan bukti hitam putih di mahkamah.

“Alhamdulillah, hampir lima tahun turun naik mahkamah memperjuangkan hak, kebenaran akhirnya terbukti. Sebelum ini, saya pernah memenangi kes saman dituduh membawa barang keluar daripada rumah.”Dengan memenangi dua kes, orang luar boleh menilai sendiri kebenaran. Saya tak pernah patah semangat walaupun terpaksa melalui proses cukup sukar selepas berpisah,” katanya.

Meskipun terpaksa melalui episod berliku yang disifatkannya bagai tidak berkesudahan, Marissa tidak sesekali tunduk, sebaliknya berjuang berhabisan demi maruahnya.Katanya, dia sedar bekas suami seakan sengaja mahu membuatkan hidupnya sngsara, namun tidak pernah menyesal hidup sebumbung dan tidur sebantal dengan lelaki berkenaan.

“Saya lihat terlalu banyak hikmah diperoleh melalui perpisahan ini. Ia bukan sahaja menjadikan saya matang dengan pelbagai ilmu dan pengajaran diperoleh melalui perpisahan.”Saya tak pernah menjangka ujian hebat ditempuh untuk perpisahan kali kedua ini. Dahulu, perpisahan dengan suami pertama dengan aman.

“Bagaimanapun, tak perlulah saya menyesal berkongsi hidup dengannya selama enam tahun. Saya anggap ini ujian hidup apabila terpaksa melalui kerumitan hidup menghadap mahkamah setiap bulan,” katanya.Marissa berkata, banyak yang dipelajari daripada perpisahan yang berlaku, terutama paradigma terhadap lelaki mula berubah.

“Saya belajar melihat cara lelaki berfikir. Pakar kaunseling juga sentiasa menasihati saya jangan mudah berputus asa.”Saya tak pernah anggap apa yang dilalui sebagai dugaan membebankan. Sebaliknya, saya lihat apa yang Allah kurniakan untuk persiapan menjadikan saya lebih kuat menempuh hidup.

“Saya tahu tak semua perkara yang diingini akan dimakbulkan, tetapi saya yakin dalam setiap kesusahan pasti diberikan kesenangan pada kemudian hari.”Malah, saya boleh berkongsi serba sedikit pengalaman dan pengetahuan dilalui sepanjang hampir lima tahun turun naik mahkamah dengan rakan yang bakal berdepan perpisahan. Saya anggap ini hikmah juga,” katanya.

Ditanya adakah serik kembali mendirikan rumah tangga, Marissa berkata, dia tak pernah serik, apatah lagi usianya masih dikira muda.Namun, apa yang membuatkan masih tidak mendirikan rumah tangga selepas hampir lima bertahun berpisah , Marissa berkata, dia tidak mahu menyusahkan pasangan yang mungkin tidak boleh menerima apa yang berlaku.

“Saya tak serik mahu berkahwin andai ditakdirkan bertemu jodoh. Tetapi, saya sentiasa meminta Allah mengurniakan jodoh yang terbaik.”Apa yang membuatkan saya membiarkan dahulu soal perkahwinan kerana bimbang pasangan tidak faham dan susah menerima masalah yang dihadapi. Ini kerana boleh dikatakan saya turun naik mahkamah, setiap bulan.

“Saya makin berusia, jadi tidak mahu beriya-iya dalam perhubungan. Saya mahukan lelaki yang menunjukkan keikhlasan dalam perhubungan.”Jika boleh lelaki memahami keadaan dan mengingatkan saya bila perlu ke mahkamah. Tolong, jangan keluarkan nasihat cari lelaki baik. Saya bukannya mesin pengesan yang boleh tahu lelaki baik atau sebaliknya.”Mungkin pada luaran nampak sempurna, tetapi dalam hatinya, kita tidak tahu. Jadi saya hanya boleh menyerahkan jodoh saya di tangan takdir,” katanya.-ctto

PELAKON Marissa Yasmin Yaacob 38, hadir bagi mendengar lafaz pisah yang dibuat oleh suaminya, Muhamad Muhzir Mohd Zainuddin 48, di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam. PELAKON Marissa Yasmin Yaacob 38, hadir bagi mendengar lafaz pisah yang dibuat oleh suaminya, Muhamad Muhzir Mohd Zainuddin 48, di Mahkamah Rendah Syariah,Shah Alam. – Foto Muhammad Sulaimanprevnext

Suami Marissa Yasmin tuntut 2 kereta

SHAH ALAM: Suami pelakon Marissa Yasmin Yaacob, Muhammad Muhzir Mohd Zainuddin, tidak boleh menjadikan isu kemenduakan bekas isterinya sebagai asas dalam memohon tuntutan harta sepencarian.Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Fouzi Mokhtar, berkata demikian ketika prosiding perbicaraan pertama kes tuntutan dua buah kereta milik Marissa hari ini.

“Mahkamah tidak mahu isu ini (dikemukakan). Saya bimbang ia (kes) akan menjadi panjang,” katanya.Muhammad Muhzir, 50, memfailkan tuntutan harta sepencarian terhadap kereta Toyota Harrier dan Hyundai Tucson yang dibeli atas nama Marissa ketika mereka belum berkahwin dan sudah berkahwin.

Fouzi menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh bagi prosiding berkenaan.Januari tahun lalu, Marissa yang popular dengan drama Memori Cinta Suraya disahkan berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.Marissa diwakili peguam Musa Awang manakala Muhammad Muhzir diwakili Jamal Mohd Lokman.-bh

Marissa Yasmin tidak kesal ditakdirkan berpisah

KUALA LUMPUR: Dramatis, Marissa Yasmin, 38, tidak kesal terpaksa melalui sekali lagi perpisahan dalam perkahwinannya selepas melakukan pelbagai usaha untuk menyelamatkannya.Bagi pelakon Memori Cinta Suraya itu, perpisahan adalah jalan terbaik meskipun ia bukan sesuatu yang diingininya. Marissa akur jodohnya dengan Pengurus Jualan Teknologi Maklumat di sebuah syarikat swasta, Muhammad Muhzir Mohd Zainuddin, 48, terlerai pada 14 Januari lalu.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 itu berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada jam 10.40 pagi. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.”Segala-galanya sudah selesai dan saya mahu menutup buku lama. Mungkin ini takdir yang tertulis untuk kami berdua. Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik. Saya tidak sesekali menyesal ditakdirkan bercerai.

“Jika sudah tidak lagi serasi, mengapa harus memburukkan antara satu sama lain? Jalan terbaik adalah berpisah. Saya dan peguam sedia maklum bekas suami ada membuat kenyataan sebelum ini, tetapi saya pilih untuk berdiam diri dan tidak membalas kenyataannya.

“Cukup lima tahun, banyak pahit dan manis yang saya telan sepanjang perkahwinan ini,” katanya ketika dihubungi BH Online.Muhzir pada Disember lalu memberikan kenyataan kepada pemberita mendakwa, Marissa menghilangkan diri dari rumah mereka di Subang Jaya, Selangor sejak 12 Jun lalu kerana orang ketiga.

Beliau turut mendakwa, Marissa hanya pulang ke rumah untuk mengambil barangan peribadi semasa ketiadaannya selain talian telefonnya disekat.”Tiada guna saya mengaibkan sesiapa dengan mendedahkan apa yang berlaku dalam rumah tangga kami. Jika diperhalusi, bekas suami mendakwa saya keluar rumah sejak Jun lalu. Dia juga memaklumkan saya pernah balik ke rumah tetapi kami tidak bertembung. Mana satu yang betul?

“Saya tahu rumah tangga kami tidak mampu diselamatkan lagi. Untuk apa teruskan jika ia hanya membuat saya terseksa dan bekas suami merana. Setiap manusia berhak untuk hidup bahagia, begitu juga kami,” katanya.Marissa berkata, ketika ini, dia hanya memohon diberikan Allah SWT kekuatan supaya dapat meneruskan hidup seperti insan lain.

“Saya tahu segelintir pihak mempercayai dakwaannya. Terserah jika mahu percaya atau sebaliknya kerana hanya saya dan bekas suami yang tahu kebenarannya.”Hidup berumahtangga ada pasang dan surut, tetapi biarlah saya simpan apa yang berlaku. Ketika manis, semuanya indah pada pandangan mata tetapi apabila berpisah, ia jadi buruk. Terserah jika bekas suami mahu bercakap apa saja. Saya hanya inginkan kebebasan untuk teruskan hidup,” katanya.-bh

Ada yang tidak percaya umur Marissa…

Pelakon yang murah dengan senyuman, Marissa Yasmin mendedahkan masih ada di kalangan peminat tidak percaya dengan usianya.
Malah pelakon drama Aku Isterinya ini, tidak menyembunyi atau menyorok mengenai usianya yang kini yang mencapai 43 tahun.

Marissa atau nama sebenarnya Meriam Yaakob, dilahirkan pada 1977, anak jati Bukit Mertajam, Pulau Pinang berkata mungkin orang tidak percaya dengan usianya itu.Dia kelihatan nampak muda namun tidak mengamalkan sebarang petua tertentu untuk kelihatan muda namun dia memastikan melakukan senaman tiga kali seminggu untuk kekal sihat selain mendapat rehat yang cukup.

“Alhamdulillah, biarpun usia sudah hampir menjangkau 40 tahun tetapi ada juga yang tidak percaya apabila saya memberitahu umur saya sekarang 37 tahun.“Tiada sebarang petua tertentu cuma mengamalkan senaman dan rehat yang cukup untuk kekal segar dan bertenaga,” ujarnya.

Bagaimanapun dia bukan tergolong selebriti yang terkejar-kejar untuk meraih populariti. Paling utama baginya adalah kemampuan mempersembahkan lakonan mantap supaya berkesan di hati penonton.Mengakui tidak berkecil hati kerana sering diberikan watak sebagai seorang ibu dalam drama lakonannya biarpun dia kelihatan masih muda untuk memegang peranan sedemikian.

Marissa, 37, berkata: “Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan perkara itu malah melihat ia sebagai satu kelebihan yang mungkin tiada pada aktres lain.“Saya sendiri tidak ingat berapa banyak drama lakonan yang saya pegang watak sebagai seorang ibu namun ia bukanlah satu masalah kerana itu adalah rezeki saya.

“Saya juga selesa memegang peranan itu kerana ia mungkin kelebihan yang pihak produksi lihat dalam diri saya biarpun ada mengatakan saya nampak terlalu muda untuk membawa watak berkenaan.”Sementara itu, Marissa yang pernah membintangi lebih 100 drama sepanjang kariernya berkata, sekiranya diberi peluang dia mengimpikan untuk melakonkan peranan wanita desa pada masa hadapan.

“Saya teringin untuk memegang watak sebagai wanita kampung kerana pada pandangan saya ia mencabar dan berharap akan diberi peluang memegang peranan itu suatu hari nanti,” kata pelakon drama bersiri Hanya Dengan Bismillah ini lagi.–agendadaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *