Sanggup hadap kritikan demi nak popular. Meerqeen dedahkan sebab dia rela dikritik oleh warganet atas satu sebab ini dan perkembangan terkini dalam industri hiburan

artis

KECOH sebelum ini dengan kewujudan golongan yang dilabel sebagai ‘kluster kayangan’ apabila segelintir daripada mereka yang pulang daripada luar negara menjalani tempoh kuarantin bersikap angkvh kepada petugas barisan hadapan.

Meskipun golongan tersebut dikritik teruk oleh warganet namun pelakon baharu iaitu Meerqeen memberanikan diri membawa watak sebagai pesakit kluster kayangan menerusi filem Frontliners. Kata Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 19, dia bersedia untuk tidak disukai kerana baginya ia hanya karakter yang perlu dilakonkan dalam filem.

“Saya bawa watak sebagai pesakit ‘kluster kayangan’ yang deg1l, nak dilayan seperti raja dan hanya mahu duduk di tempat selesa sahaja. Meerqeen merupakan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020.”Sebenarnya saya lagi suka kalau orang bnci saya. Bagi saya, kalau dibnci itu maksudnya satu bonus… maknanya lakonan saya menjadi. Tapi biarlah dibnci disebabkan watak itu, bukan sebab diri saya.

“Karakter saya yang sebenar memang jauh berbeza dengan watak dalam filem tersebut. Saya bukan orang seperti itu,” kata Meerqeen kepada mStar.Filem yang mengisahkan petugas barisan hadapan atau fronliners itu bakal menemui penonton pada Oktober depan menerusi saluran Astro First.

Meerqeen sedia terima segala kritikan. Selain Meerqeen, antara barisan pelakon yang turut membintangi filem tersebut ialah Azhan Rani, Beto Kusyairy, Achey Bocey, Wan Maimunah, Black, dan ramai lagi.Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga program Hero Remaja 2020 ini memberitahu akan menerima segala kritikan memandangkan dia masih dalam proses untuk menimba ilmu dalam bidang seni.

“Saya akan terima apa sahaja kritikan sebab bagi saya, dalam tempoh setahun… dua tahun ini merupakan waktu untuk saya menimba ilmu.”Kita dapat belajar daripada kesilapan sebab itu saya tak kisah dikritik ” ujarnya.-mstar

Macam Macam Ragam. Meerqeen Bongkarkan Telatah Seseorang Ini Tatkala Berjumpa Dengannya Dan Ada Yang Sanggup Mengaku Buat Sesuatu Ini

Mulai meningkat naik namanya, finalis Hero Remaja 2020, Syameer Shauqeen atau nama komersialnya, Meerqeen mengakui menghargai peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan, meski dirinya masih lagi ‘hijau’ dalam dunia seni lakonan tempatan. Jelas anak sulung daripada empat beradik ini lagi, dia sendiri tidak menyangka kehadirannya dalam bidang ini diterima baik, malah ada yang sanggup melakukan apa sahaja semata-mata mahu bersua muka.

“Saya bukanlah siapa-siapa. Masih lagi baru dan sedang belajar. Cuma apabila sudah ada yang mulai kenal dan mahu bergambar, ia sekurang-kurangnya membuatkan saya rasa teruja dan dihargai sebenarnya. “Tidak dinafikan, program Pencarian Hero Remaja 2020 yang bersiaran setiap Khamis jam 9.00 malam di Astro Ria sebelum ini turut mendedahkan kami kepada peminat,” katanya kepada MH. Ditanya sama ada dia pernah berdepan situasi pelik bersama peminat, bintang muda asal Kuala Lumpur ini cuba melayani mereka dengan sebaiknya. “Lazimnya yang meminta untuk bergambar sama ialah perempuan, lelaki pun ada juga tapi tidaklah ramai.“Setakat ini saya tidak lagi berdepan dengan peminat fanatik. Saya bukan siapa-siapa pun.“Tapi bila nak ‘tangkap gambar’ bersama, ada yang macam ‘mengg1gil’. Seingat saya ketika itu, dia mahu gunakan aplikasi ‘boomerang’.

“Saya rasa mungkin hasilnya tak berapa cantik sebab bergegar. Tapi mungkin dia malu nak padam depan saya, jadi dia kongsikan juga di media sosial. “Saya beritahunya, rakamlah balik. Tapi dia tak nak, mungkin segan agaknya. “Malah sebelum ini saya ada niaga makanan dan lakukan proses penghantaran sendiri. Ada yang mengaku mereka beli makanan semata-mata nak jumpa saya saja. “Memang kalau kita cerita, bunyinya macam kelakar, tapi ia sebenarnya cukup bermakna untuk diri saya. Tak ada kata yang boleh saya gambarkan.

“Bahkan rasa bers4lah pun ada sebab mereka buat macam-macam,” akuinya lagi. Dalam perkembangan lain, Meerqeen bersama empat lagi finalis lainnya iaitu Jabir, Nadhir, Haziq dan Umar bakal berentap di final Pencarian Hero Remaja 2020 yang bersiaran secara langsung di Astro Ria dan Astro Go jam 9.00 malam.-mh

Ambil iktibar daripada apa yang terjadi. Meerqeen dedahkan hubungan dia dengan Safura Yacob dan mengejutkan mereka ada ikatan ini rupanya

Finalis Hero Remaja 2020, Syameer Shauqeen atau nama komersialnya, Meerqeen mengakui banyak belajar dari pengalaman serta meminta pandangan daripada bintang senior, Safura Ya’cob dalam seni. Malah jelas bintang muda berusia 19 tahun ini lagi, dia turut pegang pesan Safura agar terus usaha meski jangan meletakkan harapan terlalu besar dalam industri hiburan. “Safura merupakan ibu saudara saya dari belah ibu.“Katanya, jangan terlalu beri harapan besar dalam industri ini sebab kita bukan selalunya berada di atas. “Apa yang kita ada dan miliki sekarang ini, kita bersyukur sahaja. “Apa pun, dia selalu berikan semangat buat saya untuk teruskan usaha kerana dia sendiri tahu, ini minat saya sejak sekian lama.“Dulu saya ada juga temaninya ke set lokasi. Misalnya tengoknya berlatih teater dan sebagainya.

“Terima kasih buat Safura yang tidak pernah jemu titipkan nasihat,” katanya kepada MH. Ditanya sama ada dia sedar akan peluang yang bakal diterima dalam dunia lakonan akan ada pasang surutnya, bintang asal Kuala Lumpur ini mempunyai pandangan sendiri. Katanya, dia mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di balik perjalanan seni ibu saudara sendiri sebagai pengajaran yang memotivasikan diri. “Saya pun tahu, ada juga yang nasibnya tidak berapa baik dalam industri. Satu ketika dulu pernah terkenal dan kemudian jadi sebaliknya. “Bagi saya ia pengajaran, termasuklah untuk saya yang masih baru. Apa pun, saya percaya kepada rezeki. “Malah saya nampak sendiri apa yang pernah dilalui makcik saya, seolah-olah saya adalah saksi kepada makcik sendiri. “Pada masa sama, saya juga terinspirasi dengannya kerana pada fasa yang sukar ketika ini, dia kuat dengan mencari sumber rezeki dengan berniaga,” akui anak sulung daripada empat beradik ini lagi.Dalam perkembangan lain, Meerqeen yang terlebih dahulu sudah pun berjinak-jinak dalam lakonan sebelum menyertai Hero Remaja baru saja selesai penggambaran telemovie, Kelaster di samping Achey dan Nora Danish.-media hiburan

Tular foto Nora Danish bersama seorang lelaki kacak. Tanpa segan silu Nora Danish dedahkan identiti jejaka tersebut

Seperti biasa, laman Instagram menjadi platform untuk para selebriti berkongsikan perkembangan kerjaya mereka kepada peminat dan laman sosial berkenaan antara pilihan warganet juga untuk melihat kehidupan selebriti diminati mereka. Antaranya, pelakon terkenal dan jelita Nora Danish dimana dia yang merupakan sal4h seorang selebriti yang sudah lama menceburi bidang lakonan dalam industri seni tanah air membuatkan dia antara selebriti yang cukup popular juga menerusi laman Instagram. Ternyata, selain popular di kaca televisyen, ramai yang senang melihat dirinya dilaman sosial berkenaan dengan mempunyai 7 juta followers. Nora Danish dilihat sibuk shooting karya baru Dalam pada itu, sejak kebelakangan ini Nora Danish turut dilihat sedang sibuk shooting karya terbaru bersama pelakon-pelakon hebat lain seperti Azhan Rani dan ramai lagi.

Walau bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian dengan perkongsian Nora Danish di Instagram juga foto-fotonya bersama dengan seorang jejaka kacak ini. Ada yang menyangka, lelaki yang dikenali sebagai Meerqeen ini merupakan adik-beradik selebriti jelita itu dan dalam pada masa yang sama, ada yang memberitahu wajah mereka mempunyai persamaan. Namun begitu, ternyata jejaka itu merupakan finalis Hero Remaja 2020 yang kini sedang shooting bagi telefilem berjudul Kelaster bersama pelakon tersebut. Dalam pada masa yang sama, jejaka berkenaan turut dipuji warganet menerusi perkongsian foto di Instagram. “Wah handsomenya…” “Ingatkan sibling!!!”-hcl

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *