Ramai pengguna TikTok salahgunakan aplikasi tersebut. Ery Putra tegur satu video Tiktok ini yang membuatkan dia rasa video sebegitu tidak perlu dikongsi

artis

Tidak dinafikan, ramai pengguna media sosial sudah mengikuti trend dan mengunakan aplikasi media sosial TikTok sebagai satu platform hiburan.Baru-baru ini, pelakon Ery Putra meluahkan rasa apabila ada segelintir pengguna aplikasi tersebut melakukan aksi kurang senon0h dan tidak sopan.

Malah, pelakon ini menyifatkan perkara tersebut agak keterlaluan dan tidak sesuai dipertontonkan kepada pengguna lainnya. “Emm aku player tik tok gais kadang benda2 ni buat org pandang rendah pada user tik tok nape sampai cam ni maaf la.

“Aku jantan gk tapi kalau sampai cam ni nk kan like xyah la gais kesian muslimah lain.. org bukan muslim tgok depa ckp apa plak kat org muslim.“Diaorang non muslim pun xbuat cam ni gais..this is to much for me… sorry i dislike this user,” tulisnya.Video: Instagram Erry Putra

Kakak Erry Putra pergi buat selamanya pada 1 Ramadan – “Pertama kali lalui seorang diri, jangan aku jadi tak betul dah la selepas ini”

RAMADAN yang berbeza dan sedih buat pelakon Erry Putra apabila kakaknya iaitu Rozi Hamzah hembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1 petang, Jumaat.Erry, 42, berkata kakaknya sudah lama mengidap sakit kecing manis dan drah tinggi namun tahun lalu kakak mengalami keroskn di bahagian organ utama iaitu jantung, hati dan buah pinggang.

“Kakak ada kncing manis dan darh tinggi dah lama sebab keturunan. Tapi sejak tahun lalu, jantung, hati dan buah pinggang pula rosak. Erry berkongsi video memperlihatkan dia tidak dapat menahan sebak. “Selain itu dia ada masalah paru-paru berair. Sepatutnya kaki kakak pun nak kena pot0ng tapi tak sempat. Jadi, banyak organ utama rosak sebab dia sakit.

“Baru-baru ini kakak didatangi angin ahmar sehingga menyebabkan badannya separuh str0k dan dia tidak boleh berjalan,” kata Erry kepada mStar.Pemilik nama Mohd Razlan Hamzah ini berkongsi berita sedih itu menerusi laman Instagram miliknya.Kakaknya sudah selamat disemadikan di Tanah Perkbrn Islam Kg Sg Sekamat Batu 12, Cheras, Kajang pada petang, Jumaat.

Dalam pada itu, Erry ada berkongsi video dia tidak dapat menahan air mata daripada mengalir ketika kakaknya masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) zon merah.”Kakak aku tiba-tiba kembali jatvh sakit dari tadi tunggu kat hospital sampai sekarang seorang masih belum dapat apa-apa perkembangannya.”Adik-adik nak datang pun tak boleh. Pertama kali lalui seorang diri. Jangan aku tak betyl dah la selepas ini. Gurau saja,” katanya.-mstar

Keluarga tak restu cinta Erry Putra, Fara Hezel

KUALA LUMPUR: Pelakon Erry Putra, 40, hanya sempat lima bulan menjalin cinta dengan penyanyi baharu, Fara Hezel sebelum mengambil keputusan membawa haluan sendiri kerana tidak mendapat restu keluarga.Pelakon yang dikenali menerusi drama Manjalara dan filem Bicara Hati itu berkata, perbalahnnya dengan kakak Aiman Tino itu di laman sosial turut mengeruhkan lagi keadaan hingga membuatkan hubungan mereka renggang.

“Kami berkenalan ketika sama-sama bermain futsal dan sejak itu, berkawan baik. Seboleh mungkin, saya tidak mahu orang luar tahu mengenai hubungan kami.”Namun, apabila hubungan kami mula dihidu, ramai menganggap ia sebagai gimik memandangkan masing-masing sedang memperkenalkan single terbaru.

“Namun, sejak tercetus perbalahan di laman sosial, kami tidak lagi berhubung dan mengambil langkah berdiam diri. Keluarga juga tidak menerima hubungan ini, jadi lebih baik kami bawa haluan sendiri,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakannya yang sering memuat naik gambar bersama seorang jejaka di laman Instagram hingga mencetuskan tanggapan negatif warganet, Erry berharap, peminat tidak pantas menjtuhkan hukumn.

Menepis tudhn mengamalkan gaya hidup tak betul, Erry yang juga penyanyi berkata, jejaka dikenali sebagai Syafiq Putra, 23, itu adalah adik tirinya yang sedang mencari tapak untuk diketengahkan.”Dengan memuat naik gambar kami berdua di Instagram, sedikit sebanyak dapat membantu memperkenalkan namanya kepada penggiat industri hiburan. Sebelum ini, susah untuk Syafiq ke depan memandangkan dia kurang keyakinan diri.

“Dia pernah mencuba bakat dalam bidang lakonan, tetapi selepas beraksi dalam satu telefilem, Syafiq enggan teruskan kerana tidak berminat. Saya cuba pula perkenalkan dia dalam bidang nyanyian menerusi lagu duet kami, Aku Tahu kerana itu minat dia,” katanya.

Tidak terkesan dengan kenyataan itu, Erry yang ditemui pada majlis pelancaran dan Iftar Havoc Raya 2018 di Cheras Sentral, di sini, berharap dengan penjelasan yang diberikan dapat memperbetulkan persepsi ramai terhadapnya.-bh

“Korang Ingat Mereka Suka-Suka Nak Kena Jirus Macam Ni?” – Erry Putra Tak Dapat Sembunyikan Rasa Geram

Ahad lalu, anggota tentera dikerahkan untuk membantu Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan ‘roadbl0ck’ bagi memastikan rakyat mematuhi undang-undang yang dikeluarkan supaya menghadkan perjalanan mereka.

Bantuan tentera ini menjadikan mereka sebagai frontliners untuk membantu menghentikan menyebaran wabak Covid-19. Keletihan kaki tangan hospital dan semua yang terlibat sebagai frontliners tidak dapat disangkal lagi dengan pelbagai imej yang dikongsi di media-media sosial.

Sangat menyedihkan melihat satu video yang dikogsi oleh pelakon Erry Putra di IGTV di Instagram miliknya. Pasukan petugas tentera terpaksa dimandikan dalam pakaian seragam mereka untuk membersihkan diri daripada jangkitan wabak Covid- 19 selepas penat bertugas seharian.

“Korg ingat mereka suka-suka nak kena jirus macam ni?”So sama-sama jaga diri semua. 31hb dah jadi 14hb ni. Makin lama makin nak tak betul dah rasa. Macam duk planet lain dah ni,” tulis Erry Putra melepaskan rasa kecewa dan geram dengan mereka yang tidak mematuhi undang-undang.
Jumaat lalu, Perdana Menteri mengumumkan pihak tentera akan memberikan bantuan kepada pihak PDRM untuk memastikan Arahan Perjalanan Terhad dilaksanakan dengan sebaik mungkin.-mstar

“Walau Aku Tahu Harapan Untuknya Berat,” – Kongsi Status Kesihatan Kakak, Erry Putra Titip Doa

Pelakon dan penyanyi, Erry Putra ada meluahkan rasa sedih apabila mengenangkan status kesihatan kakaknya, ketika ini. Atas dugaan yang menimpan, Erry atau nama sebenarnya Mohd Razlan Hamzah turut menitip doa agar kesihatan kakaknya kembali pulih dan sihat seperti sedia kala.

“Ya Allah aku da tak kuat lagi. Sembuhkanlah kakak aku dari sakitnya yg serius, walau aku tahu harapan untuknya berat, tapi hanya Allah saja yg bole sembuhkan dia..,” tulisnya. Selain itu, pelakon berusia 42 tahun ini turut berkongsi cerita mengenai ujian kehidupan yang sering berlaku pada dirinya.

“Berat sungguh duggan aku kali ni. Dah jatvh ditimpa tangga. Kenapa smua dtg sekali gus dugaan.“Aku da tak mampu, Biar aku je yg pergi” tulisnya lagi. Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memberi kata-kata semangat kepada pelakon Andainya Takdir ini untuk terus kuat.

Pada masa sama, ramai yang turut mendoakan kesejahteraan kakaknya supaya segera sembuh. Sekadar informasi, Erry dilahirkan pada 3 Januari 1978 di Kota Bahru, Kelantan dan mulai aktif dalam seni sejak akhir 90-an. Foto: Instagram Erry Putra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *