Ismail Sabri baru sahaja dedahkan 3 negara yang disekat kemasukan ke dalam Malaysia. Terkini Ismail Sabri senaraikan 23 negara yang tergolong dalam sekatan ini

berita

Pada 3 September lepas, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memutuskan untuk tidak membenarkan rakyat dari negara yang mencatatkan kes positif melebihi 150,000 untuk masuk ke Malaysia. Menerusi posting di Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), telah disenaraikan sebanyak 23 negara yang dihalang untuk masuk ke Malaysia bagi pemegang pas lawatan jangka panjang. Perintah ini telah dikuatkuasakan serta merta pada hari ini 7 September 2020.

23 Negara Yang Dil4rang Masuk Ke Malaysia. Amerika Syarikat,Brazil,India,Rusia,Peru,Colombia,Afrika Selatan,Mexico,Sepanyol,Argentina,Chile,Iran,United Kingdom,Bangladesh,Arab Saudi,Pakistan,Perancis,Turki,Itali,Iraq,Jerman,Filipina,Indonesia. Sumber: Facebook

Ismail Sabri berkata, terdapat beberapa kes yang diberi pelepasan yang membabitkan kecemasan, ataupun urusan berkaitan hubungan hala dua negara, dengan syarat telah mendapat kelulusan Jabatan Imigresen.Sekatan ini juga terbahagi kepada enam kategori, antaranya mereka berstatus pemastautin tetap (PR), Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), ekspatriat termasuk pemegang pas lawatan profesional (PVP) dan pemegang pas residen, lapor Astro Awani.

Keputusan Mengenakan Sekatan Kemasukan Dipersetujui Dalam Mesyuarat Khas Menteri. Ismai Sabri Dedahkan 3 Negara Asia Ini Yang Dikenakan Sekatan Ke Malaysia


PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengenakan sekatan kemasukan ke Malaysia terhadap pemegang Pas Jangka Masa Panjang melibatkan warga India, Indonesia dan Filipina berkuat kuasa 7 September ini. Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan mengenakan sekatan kemasukan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini selepas mengambil kira peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19 di negara tersebut.

Beliau berkata, sekatan merangkumi enam kategori membabitkan Penduduk Tetap (PR), peserta program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dan golongan ekspatriat termasuk kategori EP1 serta pemegang Pas Lawatan Profesional (Ikhtisas) (PLIK) dari tiga negara berkenaan.

“Selain itu, tidak dibenarkan masuk ke dalam negara ialah pemegang Pas Residen dan pelajar warganegara India, Indonesia dan Filipina yang menuntut di negara ini. “Pasangan kepada warganegara Malaysia yang guna spouse visa bersama anak-anak mereka juga tidak dibenarkan masuk ke dalam negara,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – K! ONLINE

Keputusan Sudah Muktamad. Ismail Sabri Umumkan Sesuatu Berkenaan Kawasan Yang Dikehendaki Di Kedah Dan Perlis Dan Harap Masyarakat Setempat Ambil Perhatian

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperketat (PKPD) Bersasar Secara Pentadbiran di Kampung Sanglang dan Kampung Tanah Timbul, Perlis serta empat mukim di Kubang Pasu dan Padang Terap, Kedah tamat esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengambil keputusan itu selepas tiada kes positif baharu dan semua penduduk di kawasan berkenaan sudah menjalani saringan COVID-19.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan sudah menyaring seramai 1,397 penduduk di Kampung Sanglang dan Kampung Tanah Timbul serta lebih 7,000 penduduk di Kubang Pasu dan Padang Terap.”Jadi, esok tiada lagi kawalan PKPD Bersasar Secara Pentadbiran di kampung di Perlis dan juga di Kedah,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Sementara itu, katanya, terdapat beberapa kes positif dilaporkan di empat daerah di Kedah seperti di Baling dan Sik yang membabitkan Kluster Tawar, namun Kementerian Kesihatan memutuskan tidak perlu PKPD Bersasar Secara Pentadbiran kerana jangkitan terkawal.

Pada 3 Ogos lalu, kerajaan mengumumkan PKPD Bersasar Secara Pentadbiran di empat kawasan di Kedah iaitu mukim Ah, mukim Hosba serta mukim Binjal di daerah Kubang Pasu; Kampung Ulu, Padang Sanai di Padang Terap, ekoran penularan COVID-19 yang berpunca daripada Kluster Sivagangga.Pada 10 Ogos lalu, dua kawasan di Perlis dikenakan PKPD Bersasar Secara Pentadbiran hingga 31 Ogos, iaitu Kampung Sanglang dan Kampung Tanah Timbul.

Ekoran Kluster Sivagangga Aktif Di 3 Negeri. Dr Noor Hisham Bongkarkan Punca Utama Kluster Ini Dinamakan Sebagai Kluster Sivagangga Dan Harap Semua Ambil Ambil Perhatian

Masyarakat perlu mengambil serius dengan saranan Kementerian Kesihatan dan kerajaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 yang berlaku di negara kita. Menerusi satu status daripada laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai untuk tidak menund1ng jari kepada mana-mana pihak bagi kes-kes kluster terbabit , namun jadikan kes ini sebagai satu teladan kepada semua.

Kluster PUI Sivagangga paling mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Kes indeks kluster ini telah ingkar arahan HSO dan menyebarkan jangkitan kepada pekerja-pekerjanya di kedai makan di Napoh, Kedah, serta kepada pelanggan dan seterusnya merebak ahli keluarga dan saudara mara terdekat. Setakat 9 Ogos, 45 positif dari kluster ini dan telah menjangkau generasi ketiga melibatkan tiga negeri, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Penerangan mengenai Sivagangga

Sivagangga juga dieja Sivagangei atau Sivagangi adalah satu daripada 9 daerah di negeri selatan India, Tamil Nadu. Kluster ini dinamakan Sivagangga kerana kes indeks mempunyai sejarah perjalanan ke daerah itu. PUI pula digunakan untuk individu yang baru pulang dari luar negara. Sivagangga dilaporkan daerah paling rendah kes COVID19 di Tamil Nadu.

Kluster ini adalah contoh teladan terbaik akibat yang berlaku jika kita ingkar atau tidak mengikuti arahan kerajaan. Akibat kluster ini, 4 mukim di Kubang Pasu dan dua kampung di Perlis dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) dan beberapa sekolah terpaksa ditutup.

Namun, ini bukan lagi masa menud1ng jari dan menyalahkan mana-mana pihak. Perkara yang telah berlaku dijadikan panduan untuk kita mematuhi setiap arahan kerajaan khasnya nasihat kesihatan oleh KKM. Jika kita alpa dan bersikap tidak kisah, kesannya bukan sahaja pada diri sendiri dan keluarga malah masyarakat sekeliling serta negara.

Langkah-langkah pencegahan mesti dilakukan setiap masa kerana amalan kesihatan awam ini paling berkesan mengelak jangkitan sebelum vaksin dihasilkan. Pakai pelitup muka sebaik keluar rumah untuk membiasakan diri dengan budaya norma baharu untuk melindungi diri.

Sumber: KKM

Khuatir Kluster Sivagangga Makin Meningkat Saban Hari. Pengarah JAIS Mengarahkan Penduduk Untuk Tidak Melakukan Sesuatu Ini Demi Keselamatan Orang Ramai

SHAH ALAM: Penduduk yang tinggal di sekitar Surau Al-Jannah, Seksyen 23, di sini bimbang susulan salah seorang jemaah surau itu mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 Kluster Sivagangga di Jitra, Kedah. Seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Mohamad, 40, berkata beliau dan penduduk lain terkejut dengan laporan berkenaan kontak rapat yang disiarkan di akhbar dan media sosial sejak semalam.

“Kami tidak sangka kontak rapat dengan kluster berkenaan adalah jemaah surau ini dan kali terakhir saya ke surau dua minggu lalu untuk menunaikan solat Jumaat. “Siapa yang tidak risau dengan wabak COVID-19 apatah lagi ia cepat merebak. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya akan memastikan anak-anak mengurangkan aktiviti di luar,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Halimah, 50, berkata, tiada lagi arahan dikeluarkan kepada penduduk untuk melakukan saringan kesihatan. “Apa yang saya dan penduduk lain harapkan jemaah yang dikatakan mempunyai kontak rapat itu adalah negatif COVID-19.

“Kalau sebaliknya, besar kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran akan dilaksanakan di kawasan ini ,” katanya.Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan arahan supaya Surau Al-Jannah ditutup mulai semalam, susulan seorang jemaah di situ positif COVID-19, yang dipercayai dijangkiti daripada Kluster Sivagangga. Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad turut menasihatkan penduduk Shah Alam tidak pan1k susulan tersebarnya notis penutupan sementara surau berkenaan.-bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *