Sebanyak 128 kes pemergian direkodkan. KKM dedahkan usia pemergian paling muda dan paling tua di Malaysia dan harap semua patuh dengan SOP yang diarahkan

berita

Sebanyak 128 kes pemergian akibat jangkitan Covid-19 di Malaysia setakat 5 September 2020 berdasarkan laporan dari CPRC Kebangsaan. Perkara ini dilaporkan melalui laman Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berikut pecahan kes pemergian mengikut peringkat umur. KKM mengesahkan bahawa pemergian paling muda ialah 23 tahun dan paling tua 101 tahun. Sebahagian besar pemergian mempunyai sejarah sakit teruk.

Apa yang anda dapat lihat menerusi pecahan ini, peratusan pemergian pada peringkat umur lebih dari 70 tahun adalah paling tinggi dengan angka pemergian mencatat 46 kes. Diikuti dengan kes pemergian yang berusia dari 60 hingga 70 tahun. Apa yang dapat dirumuskan melalui graf ini adalah, jangkitan Covid-19 lebih terdedah dan berisiko untuk pesakit yang dikategorikan sebagai warga emas. Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang berdedikasi, kita seharusnya menjaga antara satu sama lain bagi memutuskn rantaiian wabak jangkitan Covid-19 ini agar kita menjalani kehidupan yang lebih harmoni.

Sumber: KKM

Tiada Kes Baharu Direkod Selama 23 Hari. KKM Maklumkan Kluster PUI Sivagangga Bakal Diisytiharkan Tamat Dan Ini Punca Utama Kluster Ini Berlaku

Restoran Nasi Kandar Salleh, di Kubang Pasu yang dimiliki oleh kes indeks kluster ini. Foto: The Star KLUSTER PUI Sivagangga yang pernah menjadi punca penularan kepada kes positif Covid-19 di beberapa negeri, akan diisytiharkan tamat sekiranya tiada kes baharu selepas 28 hari.

Menerusi satu kenyataan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata kesemua 45 kes positif dari kluster berkenaan telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital. “Dua kes terakhir kluster itu dilaporkan pada 9 Ogos lalu dan kedua-duanya lelaki dari generasi ketiga.

“Sehingga hari ini, kluster ini tiada kes baharu selama 23 hari dan akan diisytiharkan tamat jika tiada kes baharu selepas 28 hari,” menurut kenyataan berkenaan. Kluster PUI Sivagangga telah menjangkiti 45 pesakit di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis sejak dikesan pada 28 Julai.

Kes indeksnya, pesakit ke-8,937, adalah penduduk tetap berusia 57 tahun yang memiliki restoran nasi kandar di Kubang Pasu, Kedah. Tambah kenyataan itu lagi, kluster aktif terbesar pada masa kini adalah Kluster Tawar – yang berpusat di Kedah dan Pulau Pinang dan masih mempunyai 33 pesakit yang sedang dirawat.

“Kes aktif terbesar ketika ini ialah Kluster Tawar dengan 33 masih dirawat, 40 discaj dan 2 pemergian. “Sebanyak 13 kluster aktif setakat 1 September termasuk kluster terbaharu, Kluster Benteng Lahad Datu, Sabah,” demikian kenyataan berkenaan. – THE STAR

Kluster Sivagangga Makin Bertambah. Individu Yang Sebelum Ini Tidak Mengaku Akhirnya Dikenakan Tindakan Dan Lebih Mengejutkan Terbongkar Jua Cara Kluster Ini Merebak

Akibat ingkar arahan untuk menjalani kuarantin dirumah, pengusaha Nasi Kandar Salleh di Napoh, Jitra akhirnya dikenakan untuk ke tirai besi dan didnda. Dia yang baru pulang dari India pada 13 Julai telah menjadi punca kepada  kluster, Kluster Sivagangga. Ini meyebabkan dia dikenakan tindakan tersebut selama lima bulan dan didnda sebanyak RM12,000.

Nezar Mohamed Sabur Batcha bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebelum ini namun mengakui kesalahan berkenaan setelah jurubahasa membacakan empat prtuduhn ke atasnya dihadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun keatasnya.

Prtuduhn pertama dan kedua, dia dikatakan tinggalkan premis yang ditetapkan untuk menjalani kuarantin apabila dia berada di Bank Rakyat Jitra pada 14 Julai dan Agro Bank Jitra pada hari yang sama. Untuk kes ketiga dan keempat, dia berada di Pusat Khidmat Hasil LHDN Kubang Pasu dan Public Bank Jitra pada hari yang sama. Sikap tidak bertanggungjawab pemilik kedai nasi kandar ini menyebabkan 45 orang individu positif COVID-19, melibatkan kes di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

OHMEDIA: SEMOGA MENJADI PENGAJARAN KEPADA MEREKA  YANG DIMINTA UNTUK KUARANTINKAN DIRI SETELAH PULANG DARI NEGARA BERISIKO.  Kredit: Berita Harian

Ekoran Kluster Sivagangga Aktif Di 3 Negeri. Dr Noor Hisham Bongkarkan Punca Utama Kluster Ini Dinamakan Sebagai Kluster Sivagangga Dan Harap Semua Ambil Ambil Perhatian

Masyarakat perlu mengambil serius dengan saranan Kementerian Kesihatan dan kerajaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 yang berlaku di negara kita. Menerusi satu status daripada laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai untuk tidak menund1ng jari kepada mana-mana pihak bagi kes-kes kluster terbabit , namun jadikan kes ini sebagai satu teladan kepada semua.

Kluster PUI Sivagangga paling mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Kes indeks kluster ini telah ingkar arahan HSO dan menyebarkan jangkitan kepada pekerja-pekerjanya di kedai makan di Napoh, Kedah, serta kepada pelanggan dan seterusnya merebak ahli keluarga dan saudara mara terdekat. Setakat 9 Ogos, 45 positif dari kluster ini dan telah menjangkau generasi ketiga melibatkan tiga negeri, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Penerangan mengenai Sivagangga

Sivagangga juga dieja Sivagangei atau Sivagangi adalah satu daripada 9 daerah di negeri selatan India, Tamil Nadu. Kluster ini dinamakan Sivagangga kerana kes indeks mempunyai sejarah perjalanan ke daerah itu. PUI pula digunakan untuk individu yang baru pulang dari luar negara. Sivagangga dilaporkan daerah paling rendah kes COVID19 di Tamil Nadu.

Kluster ini adalah contoh teladan terbaik akibat yang berlaku jika kita ingkar atau tidak mengikuti arahan kerajaan. Akibat kluster ini, 4 mukim di Kubang Pasu dan dua kampung di Perlis dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) dan beberapa sekolah terpaksa ditutup.

Namun, ini bukan lagi masa menud1ng jari dan menyalahkan mana-mana pihak. Perkara yang telah berlaku dijadikan panduan untuk kita mematuhi setiap arahan kerajaan khasnya nasihat kesihatan oleh KKM. Jika kita alpa dan bersikap tidak kisah, kesannya bukan sahaja pada diri sendiri dan keluarga malah masyarakat sekeliling serta negara.

Langkah-langkah pencegahan mesti dilakukan setiap masa kerana amalan kesihatan awam ini paling berkesan mengelak jangkitan sebelum vaksin dihasilkan. Pakai pelitup muka sebaik keluar rumah untuk membiasakan diri dengan budaya norma baharu untuk melindungi diri.

Sumber: KKM

Khuatir Kluster Sivagangga Makin Meningkat Saban Hari. Pengarah JAIS Mengarahkan Penduduk Untuk Tidak Melakukan Sesuatu Ini Demi Keselamatan Orang Ramai

SHAH ALAM: Penduduk yang tinggal di sekitar Surau Al-Jannah, Seksyen 23, di sini bimbang susulan salah seorang jemaah surau itu mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 Kluster Sivagangga di Jitra, Kedah. Seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Mohamad, 40, berkata beliau dan penduduk lain terkejut dengan laporan berkenaan kontak rapat yang disiarkan di akhbar dan media sosial sejak semalam.

“Kami tidak sangka kontak rapat dengan kluster berkenaan adalah jemaah surau ini dan kali terakhir saya ke surau dua minggu lalu untuk menunaikan solat Jumaat. “Siapa yang tidak risau dengan wabak COVID-19 apatah lagi ia cepat merebak. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya akan memastikan anak-anak mengurangkan aktiviti di luar,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Halimah, 50, berkata, tiada lagi arahan dikeluarkan kepada penduduk untuk melakukan saringan kesihatan. “Apa yang saya dan penduduk lain harapkan jemaah yang dikatakan mempunyai kontak rapat itu adalah negatif COVID-19.

“Kalau sebaliknya, besar kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran akan dilaksanakan di kawasan ini ,” katanya.Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan arahan supaya Surau Al-Jannah ditutup mulai semalam, susulan seorang jemaah di situ positif COVID-19, yang dipercayai dijangkiti daripada Kluster Sivagangga. Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad turut menasihatkan penduduk Shah Alam tidak pan1k susulan tersebarnya notis penutupan sementara surau berkenaan.-bh

Surau Di Seksyen 23 Shah Alam Terus Tutup Serta Merta. JAIS Dedahkan Ada Jemaah Covid19 Kluster Sivagangga

Kes Kluster PUI Sivagangga ternyata membawa bahana bukan saja di negeri Kedah, namun kini katanya sudah merebak ke Shah Alam, Selangor pula.Melalui perkongsian Facebook Media Selangor, surat rasmi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah dikeluarkan terhadap Surau Al-Jannah Seksyen 23, Shah Alam yang meminta surau tersebut ditutup serta merta berikutan ahli jemaah surau yang mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID 19. 

Kontak rapat itu katanya mempunyai kaitan dengan Kluster Sivagangga yang sedang merebak pantas di beberapa mukim di Kedah. Turut diarahkan tutup juga adalah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang beroperasi di surau tersebut.Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad berkata, hanya 3 petugas jawatankuasa dibenarkan untuk memimpin solat fardhu di solat berkenaan.

Dia juga menambah jawatankuasa surau juga perlu memastikan individu berkenaan menjalankan saringan COVID-19 dan melaporkan keputusan itu kepada JAIS, lapor Astro AWANI.“Kita juga mengarahkan jawatankuasa surau untuk sentiasa memantau rapat perkara ini dan mengingatkan para jemaah dan ahli kariah untuk meningkatkan langkah-langkah pencegahan,” katanya lagi. Aduhai… inilah mimpi buruk yang ditakuti ramai ni! Semoga kita semua dijauhkan daripada wabak ini. -lobamerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *