Warganet sanggup label karya Cat Farish. Cat Farish terus suarakan pendapat tentang isu tersebut susulan lagu yang baru dikeluarkan terima komen negatif

artis

Single terbaharu Cat Farish bersama Baby Shima terima kritikan warganet . SELEPAS single terbaharunya berjudul You Dan Ysukuku bersama Baby Shima menerima pelbagai kritikan warganet, penyanyi dan komposer Cat Farish tampil menjelaskan maksud sebenar di sebalik lagu tersebut.

Menurut Cat, lagu tersebut dicipta berdasarkan angan-angan seorang lelaki yang mengaku diri mereka sebagai ‘mat motor’ hanya disebabkan sebuah motosikal jenama Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali sebagai Ysuku. “You dan Ysukuku mengisahkan tentang angan-angan seorang lelaki yang inginkan motor Ysuku dan mengimpikan seorang artis untuk menjadi kekasihnya.

“Lagu ni sebenarnya mengarut liriknya sebab berdasarkan angan-angan dan imaginasi. Angan-angan ni mana pernah realistik. Lagu original lain-lain jalan ceritanya, lebih kepada lelaki dekat luar sana yang tiba-tiba saja minat motor disebabkan Ysuku,” katanya kepada mStar.

Saya dah buat macam-macam jenis lagu, ada orang suka dan ada tak suka.

Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli, 46, berkata lirik asal You Dan Ysukuku diubah selepas Baby Shima dipilih oleh syarikat rakaman MVM Production untuk membawa kelainan pada single ini. “Pada asalnya, lagu ini liriknya lain. Bila dah jemput Baby Shima, jalan cerita lagu ni pun bertukar. Baby Shima pula dipilih oleh pihak MVM Music yang mahukan duet ini menjadi ngam,” jelasnya.

Dalam pada itu, Cat yang menerima pelbagai komen negatif sejak single ini dilancarkan berkata dia enggan mengambil peduli tentang kritikan yang diterima kerana setiap orang mempunyai kreativiti tersendiri dalam menghasilkan sesuatu karya.

Penyanyi lagu Da B0mb ini turut berkata sesiapa saja mempunyai hak untuk menilai malah percaya perjalanan kerjayanya terletak pada takdir tuhan dan bukan kritikan warganet. You Dan Ysukuku merupakan kolaborasi pertama Cat Farish dan Baby Shima.

“Saya dah buat macam-macam jenis lagu. Ada yang orang suka dan ada juga lagu yang orang tak suka… ada yang orang kata sedap, yang tak sedap, tangkap muat dan buat sesuka hati. “Jadi orang yang komen tu boleh pilih satu genre yang pernah saya bawa dan buat lagu mereka sendiri, kita tengok hasilnya dan lihat komen orang pula.

“Sebab hak masing-masing nak menilai. Ini seni saya dan terima kasih atas komen anda. Saya akan terus menghasilkan lagu jenis apa pun. Komen-komen itu membantu dan jatvhnya kerjaya saya bukan perancangan anda. Semuanya dari Allah,” ujarnya. Versi asal single You Dan Ysukuku nyanyian Cat Farish akan dilancarkan di saluran YouTube FUKIKA Music pada hujung September.-mstar

Ramai anggap dia sakit dan nampak tua. Cat Farish dedahkan dia menjalani satu operasi ini dan ternyata ini kesan selepas dia alami operasi tersebut

Berat badan Cat Farish turun mendadak selepas menjalani operasi bariatrik.PENAMPILAN terkini ahli kumpulan Ruffedge iaitu Cat Farish yang kelihatan semakin kurus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet .Segelintir peminat beranggapan perubahan mendadak itu menyebabkan Cat atau nama sebenarnya Farrish Zaquan Ramli, 46, kelihatan seperti orang sakit.

Bagaimanapun Cat memberitahu dia tidak pernah berkecil hati dengan tanggapan orang dan menegaskan kesihatannya semakin baik berbanding sebelum ini.”Apabila kurus orang cakap sakit, apabila gemuk orang cakap juga. Kadang-kadang ada yang cakap nampak tua… itu dan ini. Suka hati mereka la nak cakap apa sebab yang penting saya buat semua ni untuk sihat dan fit supaya boleh jaga keluarga.

Penampilan terkini Cat Farish.”Tak pernah pun rasa kecil hati atau apa-apa sebab mereka tak tahu. Tapi kadang-kadang saya pun suka perli balik. Mereka tak tahu pun semua ni hasil daripada usaha saya.”Ada orang sedap cakap sebab mereka ingat semua benda mudah. Jadi perlu ke ambil hati?” katanya kepada mStar.Sebelum ini, Cat berkongsi foto yang memperlihatkan perubahan fizikalnya yang semakin kurus di Instagram dan mengakui terdapat warganet yang beranggapan dia sedang sakit.Namun jelas penyanyi lagu Rimas ini, dia menjalani operasi bariatrik iaitu Sleeve Gastrectomy yang melibatkan pembuangan 70 hingga 80 peratus perut pada November 2019.

Saya ada masalah saluran pernafasan sempit sampai tak boleh nak sedut oksigen.

Hasil daripada itu Cat mendedahkan berat badannya kini 75 kilogram berbanding 130 kilogram pada tahun lalu.”Saya ada lakukan pemeriksaan kesihatan tahun lepas. Doktor cakap keadaan saya sangat teruk.”Saya ada macam-macam masalah kesihatan termasuk diabetes, mudah tidur serta semput. Saluran pernafasan jadi sempit sampai tak boleh nak sedut oksigen. Masalah pernafasan tu buat saya banyak makan.

“Disebabkan masalah yang saya alami, doktor nasihatkan supaya menjalani operasi bariatrik,” jelasnya.Cat (dua dari kanan) bersama ahli kumpulan Ruffedge.Tambahnya, dia juga mengamalkan diet karbohidrat selama lapan bulan selepas selesai menjalani operasi tersebut.Selain itu Cat berkata dia tidak mengamalkan pengambilan gula dalam pemakanan sehariannya.”Lepas selesai operasi, saya mengamalkan diet karbohidrat selama lapan bulan sehingga sekarang.”Saya hanya makan ikan, ayam dan sayur… daging pun kadang-kadang saja saya ambil. Saya juga tak mengambil gula dalam pemakanan saya,” ujarnya.-mstar

Farid tak marah, tiada salah faham antara kami” – Cat Farish tak terlibat masalah Zul Huzaimy, Farid Kamil

Cat tidak memihak kepada sesiapa apabila berlakunya konflik antara Zul dan Farid. PENYANYI dan pelakon Cat Farish menjelaskan dia tidak memihak kepada pelakon Zul Huzaimy atau Datuk Farid Kamil apabila timbulnya masalah antara dua selebriti tersebut melibatkan filem Rem-pit 2. Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli, 45, berkata dia mempunyai hubungan yang baik dengan kedua-dua mereka dan enggan mencampuri urusan peribadi dengan kerja.

“Saya tak ada nak memihak kepada sesiapa pun. Sebenarnya saya okey sahaja dengan Zul dan Farid. Malah, saya ada bersama Zul ketika dapat tahu mengenai cerita mereka berdua. “Zul faham rezeki masing-masing dan Farid pun tahu waktu itu saya ada dengan Zul. Bagi saya, sebagai seorang pelakon, saya hanya perlu buat kerja. “Profesional saja dan tak ada nak melibatkan urusan peribadi. Kalau ikutkan, saya lagi banyak job (kerja) dengan Farid,” kata Cat kepada mStar.

Cat tidak mahu campur aduk urusan peribadi dengan kerja. Cat ditemui ketika Mini Showcase Projek Amal #PrayForUtusan #PrayForKosmo yang diadakan di Panggung Asia, Setor Gombak, Kuala Lumpur pada Sabtu. Dia diminta mengulas mengenai dkwaan segelintir warganet yang mengatakan dia ‘hilang’ atau cuba melarikan diri daripada Farid disebabkan memihak kepada Zul.

Baru-baru ini, Farid ada memuat naik video di laman Instagram dalam keadaan marah kerana tidak dapat menghubungi Cat dan meminta tolong orang ramai yang menemui penyanyi itu menyampaikan pesanannya. Farid juga memberitahu Cat ada berhutang lagu yang harus diberikan kepadanya sebelum hari ke-22 penggambaran filem tersebut.Sebelum ini, Zul mendedahkan telah menarik diri daripada pembikinan filem Remp-It 2 susulan perselisihan antara dia dan pengarah bersama filem sekuel itu.

Cat dan Farid kerap berbalah di set penggambaran hanya ia tidak menjadi serius. Dalam pada itu, anggota kumpulan Ruffedge ini mengakui dia dan Farid kerap bergaduh di lokasi penggambaran filem Rem-It 2 yang masih dijalankan. Bagaimanapun, dia menjelaskan perbalahan yang selalu berlaku itu bukan sesuatu yang serius namun lebih dianggap seperti perbalhan antara adik-beradik sahaja.

“Sebenarnya saya baru tahu mengenai video tersebut semalam dan saya ada terima mesej daripada rakan-rakan yang menghantar pesanan itu. “Farid tak marah dan bukan ada berlaku salah faham antara kami. Mungkin dia nak saya beri perhatian kepada lagu untuk filem itu. “Kalau nak diikutkan saya dan Farid memang selalu berbalah di set penggambaran. Tapi bukan balah yang sampai jadi serius pun. Lebih kepada macam adik-beradik berbalah saja,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *