Buntu nak pilih pasangan yang terbaik. Suami kepada Ummi Nazeera sanggup dedahkan tips untuk pilih pasangan yang betul dan diharap tips ini membantu orang ramai

artis

Pasti semua orang mahukan perkahwinan yang bahagia hingga akhir hayat. Antara perkara pertama harus dititikberatkan oleh semua orang adalah pemilihan partner yang sesuai dan tips daripada suami kepada aktres Ummi Nazeera ini mungkin boleh membantu kita semua.

Bukan pilih dia je tapi, keluarga dia juga… pilih yang kehidupannya berlandaskan agama. Menerusi Instagram, Dr. Izzar Anwari berpendapat bahawa seseorang itu bukan sahaja perlu memilih insan yang tepat tetapi keluarganya juga perlu dipertimbangkan. Agama merupakan aspek yang terpenting kerana ia menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Jangan bandingkan  partner sendiri dengan orang lain, berbaiklah dengan keluarga mentua. Jelasnya, anda tidak perlulah membuat perbandingan dengan partner orang lain daripada segi penampilannya. Selain itu, menjaga hubungan yang baik dengan keluarga bakal mentua juga adalah penting. Terang pakar perubatan ini lagi, family si dia tidaklah berasa keberatan untuk membantu jika mengalami sebarang masalah.

Cuba cari yang setaraf, jangan terlalu cepat luah perasaan di media sosial

Tips terakhir sekali, cubalah pilih partner yang sesuai daripada segi darjat sosial dan harta. Ini adalah untuk mengelakkan mana-mana pihak berasa dirinya lebih daripada orang lain. Tidak cukup dengan itu, Dr. Izzar juga sempat titipkan pesanan supaya tidak terlalu mudah membawa masalah hubungan ke laman media sosial dan hargailah teman hidup masing-masing. Sumber: IG Dr. Izzar Anwari

Watak Aisha julang Ummi Nazeera

KUALA LUMPUR: Kelengkapan suami dan anak menjadi keutamaan pelakon Krban Kasih, Ummi Nazeera, 30, ketika menyambut Syawal. Buat kali pertama, Ummi atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin menyambut Syawal tanpa membeli keperluan sendiri, tahun ini.

“Saya banyak membeli keperluan suami, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani dan anak, Ayra Aneesah. Lagi pun, saya menerima hadiah beberapa jenama. “Sambil pakai, saya boleh membantu mempromosikan dalam Instagram. Dalam keadaan diuji dengan wabak COVID-19, kita memang kena saling membantu.

“Saya suka dengan koleksi yang diberikan,” katanya yang paling menggemari juadah nasi minyak dan lemang pada pagi raya. Ummi berkata, dia meraikan Syawal bersama keluarganya di ibu kota, tahun ini. Jika tidak, saban tahun mereka pulang ke kampung di Besut, Terengganu.

Pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Hikayat Merong Mahawangsa itu berkata, dia sepatutnya pulang berhari raya beraya di kampung suami di Kedah, tahun ini. “Oleh sebab tidak dibenarkan merentas negeri, jadi kami beraya dengan ibu dan abang saya di Kuala Lumpur. Tidak mengapalah, ini semua demi kebaikan bersama. Kita harus mematuhi arahan kerajaan dan beraya dalam suasana normal baharu,” katanya kepada BH Online.

Mengulas drama Krban Kasih, Ummi berkata, dia tak menyangka drama yang menggandingkannya dengan Saharul Ridzwan itu mendapat sambutan luar biasa, biarpun pada mulanya dikritik ramai. “Saya dan Saharul sudah dua kali digandingkan dalam drama. Cuma, ini kali pertama kami berlakon sebagai pasangan bercinta. Sejujurnya, saya selesa bergandingan dengannya.

“Sebelum ini, kami berlakon dalam drama Chor & Chah siaran YouTube, beberapa tahun lalu. “Alhamdulillah, drama Krban Kasih arahan Pali Yahya dan terbitan Mache Allstar United Sdn Bhd menjadi trending nombor satu di alam maya setiap kali disiarkan. Hinggakan ada yang sanggup menunggu siaran ulangan awal pagi jika terlepas siaran,” katanya.

Pelakon yang diperkenalkan menerusi drama Ali Din pada 2008 itu berkata, dia sepatutnya menjalani penggambaran drama Cinta Jangan Pulang pada awal Ramadan.”Namun, penggambaran ditunda kerana mematuhi perintah kerajaan dalam membndung penularan wabak COVID-19. Drama ini arahan mentor saya, Bade Azmi. Saya bakal digandingkan dengan Izzue Islam dan Datuk Fizz Fairuz.

“Saya diberitahu berkemungkinan penggambaran akan bermula pada penghujung Jun depan, tetapi kena tunggu keputusan pihak kerajaan terlebih dahulu,” katanya.-bh

“He’s Married To My Sister. Yes I Have Sisters…” – Ummi Nazeera Kongsi Sedikit Cerita Keluarga

Ketika ramai teman selebriti cuba membantu Afdlin Shauki berkongsi video beliau yang ingin mencari saksi dan mendapatkan rakaman kejadian adiknya, Ummi Nazeera turut melakukan perkara yang sama.Lebih menarik, ketika berkongsi video tersebut, Ummi Nazeera turut mengakui bahawa adik kepada Afdlin Shauki, Jefri Adzman juga merupakan abang iparnya.

“Adik abang Afdlin is actually my brother in law. He’s married to my sister. Yes I have sisters. Anyway pls doakan abang Jeff yang telah mengalami kejadian yang tidak diingini baru baru ni. “And kalau ada sesiapa yang nampak kejadian di Petronas Kota Damansara. Please share your dashcam video atau anybody yg ada info please pm ya .. @afdlinshaukiofficial Thank u so much,” tulis Ummi lagi.

Mungkin tidak ramai yang mengetahui tentang adik beradik Ummi Nazeera kerana dia mungkin lebih selesa berkongsi tentang cerita dia dan adik lelakinya. Sama-sama kita doakan semoga adik kepada Afdlin Shauki, Jefri Adzman kembali pulih dan sihat seperti sedia kala.-gmpk

Ummi Nazeera tidak lagi dilayan bak puteri raja

PELAKON Ummi Nazeera mendedahkan sejak dirinya disahkan hamil anak pertama dia tidak lagi menerima layanan seperti puteri raja daripada suaminya, Dr. Mohd Izzar Anwari. Sebaliknya kata Ummi, 28, Dr. Izzar kini lebih menyayangi bayi dalam kandungannya kerana teruja bakal bergelar seorang bapa.

“Sebelum hamil saya dilayan seperti puteri raja oleh suami tetapi sekarang semuanya sudah berbeza. “Suami sekarang memberi layanan istimewa kepada anak dalam kandungan dan apa yang tidak bagus untuk bayi kami dia sangat mengambil berat. “Sikapnya lebih garaang jika saya tidak menjaga pemakanan atau buat sesuatu perkara yang mendatangkan kepada diri dan bayi kami,” katanya.

Ummi Nazeera tidak sangka kini hamil empat bulan.Ummi ditemui pada majlis sidang media pelantikannya sebagai duta produk Duo Be’Cell yang diadakan pada Rabu.Pada sidang media itu, Ummi yang turut ditemani suami mengumumkan dia sedang hamil empat bulan dan dijangka bersalin pada Oktober depan.

Dalam pada itu, Ummi berkata, dia sedar segala teguran dan sikap berjaga-jaga suami adalah untuk kebaikan dirinya dan anak yang bakal dilahirkan.“Sebelum ini berat badan saya meningkat mendadak dan kandungan gula dalam drah agak tinggi dan doktor bimbang jika saya terkena penyakit diabetes ketika hamil.

“Sejak itulah suami memang sangat peka terhadap pemakanan saya walaupun kadang-kadang merajuk juga saya kerana nafsu makan memang membuak-buak sejak hamil,” jelasnya.Sementara itu, Dr. Izzar mendedahkan isterinya membeli lima alat ujian kehamilan selepas doktor yang merawat kecederaan kakinya membuat ujian sama walaupun keputusannya samar-samar ketika itu.

Jelasnya, Ummi akan membuat ujian setiap hari sehinggalah alat tersebut menunjukkan keputusan positif pada hari ketiga ujian dilakukan.“Ketika itu dia baru sahaja seminggu masuk ke set penggambaran filem Gol & Gincu Vol 2 dan saya faham dia ingin memastikan keadaan sebenarnya kerana tidak mahu menggangu kelancaran projek itu.

“Sebab itu dia beli sampai lima dan apabila buat ujian hasilnya masih lagi samar-samar sehinggalah pada hari ketiga barulah keputusan menunjukkan dia hamil.Ummi Nazeera kini menjadi duta produk Duo Be’Cell.“Sebagai suami sudah tentu saya sangat gembira kerana kehadiran cahaya mata akan menguatkan lagi kasih sayang di antara kami suami-isteri,” ujarnya yang tidak kisah tentang jantina anak mereka nanti.

Dalam perkembangan sama, Ummi berkata, dia bersyukur produksi Gol & Gincu Vol 2, Red Communication sangat memahami keadaan dirinya dan banyak mempermudahkan urusannya ketika penggambaran.“Saya perlu puji Red Communication kerana sangat menjaga kebajikan pelakon ditambah dengan keadaan saya dan mereka sentiasa memastikan saya selesa sepanjang penggambaran.

“Sejak hamil memang kelincahan saya terganggu sedikit kerana mudah berasa letih dan mengantuk namun syukur kerana alahan tidak begitu teruk,” katanya.Bercakap mengenai produk minuman berkhasiat Duo Be’Cell, Ummi berkata, dia dilantik sebagai duta untuk tempoh setahun selepas mencuba sendiri produk tersebut untuk tempoh tiga bulan.

“Alhamdulillah produk ini menggunakan ramuan semula jadi dalam membantu menjadikan rona kulit lebih berseri dan sekata.“Sebelum bersetuju saya gunakannya terlebih dahulu dan selepas mendapat nasihat dan pandangan suami yang lebih pakar dari sudut perubatan barulah saya bersetuju,” ujarnya.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *