Sudah memasuki fasa baharu dalam hidupnya. Mira Filzah buat permohonan maaf dengan sesetengah pihak ini dan harap semua urusan dipermudahkan

artis

BAKAL memasuki fasa baharu dalam hidupnya, pelakon Mira Filzah mengambil kesempatan memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah terluka dengan dirinya. Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, menerusi Instagram iaitu beberapa jam sebelum diijab kabul dengan jejaka pilihan hatinya Wan Emir Wan Astar ini berkata, dia mahu memasuki alam perkahwinan dengan hati yang bersih dan tenang.

“Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. InshaAllah malam ini Mira akan bernikah. Di sini Mira ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf pada sesiapa sahaja jika ada yang terluka, terkasr bahasa, tersilap kata dan sebagainya, andai ada yang tidak suka atau berasa tidak senang pada Mira.

Mira dan Emir bertunang pada Disember lalu. “Mira minta maaf. InshaAllah I’ll be entering a new phase of life tonight, Mira nak mulakan dengan hati yang bersih dan tenang, dan Mira mengharapkan doa daripada kalian agar majlis majlis ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, ” ujarnya.

Mira bakal disatukan dengan tunangnya Emir di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara Kuala Lumpur pada malam Khamis. Dalam pada itu, Mira turut meminta maaf kerana hanya mengadakan majlis secara kecil-kecilan dan tidak dapat menjemput tetamu lebih ramai.

Dia juga mengakui bimbang jika ada saudara mara atau kawan-kawan yang terasa hati disebabkan tidak mendapat jemputan sebagai tetamu hari bahagianya itu. Mira mohon maaf kepada yang tidak dapat jemputan majlis pernikahannya.

Majlis pernikahan Mira dan Emir akan disiarkan secara langsung di program Mbuzz di TV3 pada pukul 9 malam dan turut boleh disaksikan di YouTube TV3 pada pukul 8.30 malam. Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini Sumber:mstar

Wedding of the year! Mira Filzah selamat bergelar isteri Wan Emir Astar

Mira dan Emir selamat bergelar suami isteri pada malam Khamis. PELAKON Mira Filzah menitiskan air mata kegembiraan sebaik saja selamat bergelar isteri kepada Wan Emir Astar dengan sekali lafaz di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.58 malam, Khamis.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, dinikahkan oleh bapanya iaitu Badioezaman Ab. Khalik bersaksikan Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abdul Nasir Abdullah.

Pengantin perempuan menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin berserta sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang, manakala wang hantaran dirahsiakan. Pasangan ini selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

Antara barang hantaran istimewa Mira kepada Emir, 30, ialah seutas jam tangan yang dihantar khas ke Hong Kong untuk proses ukiran nota pendek. Majlis pernikahan yang diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) gara-gara penularan Covid-19 itu dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat dan petugas media.

Pada majlis yang bertemakan Mihrab Cinta, pasangan pengantin memakai busana serba putih rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan solekan oleh Yna Sakinah. Mira dan Emir mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini.

Majlis pernikahan Mira dan Emir turut disiarkan secara langsung melalui program MBuzz TV3 pada pukul 9 malam selama 10 minit selain di saluran YouTube TV3, mulai pukul 8.30 malam. Pada Jumaat lalu, Mira mengadakan majlis khatam al-Quran bersama adiknya iaitu Aina Fadhilah di kediaman keluarga mereka di Bangi.

Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik Mira sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu. Mira bersama ibu, Faizatul Akmar Hisan dan bapanya Badioezaman Ab. Khalik.

Pasangan merpati sejoli itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya pada malam, Jumaat yang bakal dipancarkan secara langsung TV3. Satu lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong pada Ahad yang akan turut disiarkan secara langsung menerusi program Melodi.

Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan ini dan Emir merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi. Emir ialah anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.-mstar

Mengejutkan Wan Emir Astar tidak putus asa. Rupa rupanya ini caranya mengambil hati Mira Filzah. Pendedahan mengenai cerita itu disini.

Akhirnya terjawab teka-teki mengenai pernikahan Mira Filzah dengan Wan Emir Astar, anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid. Ia susulan pelakon itu mengesahkan mereka diijabkabul di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, malam semalam. Mira berkata, pertemuan pertamanya dengan jejaka berkelulusan dari United Kingdom dan bergelar arkitek itu pada Oktober tahun lalu dan sekali gus menyangkal dakwaan sebelum ini yang mengatakan Emir adalah teman sekolahnya.

” Sebelum itu pada Ramadan tahun lalu, Emir ada menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram dengan berkongsi mesej kerohanian tetapi saya tak layan. ” Percubaannya tidak terhenti di situ apabila menghantar pula DM kepada emak. ” Kebetulan emak memang mengenali bapa Emir dulu, jadi mereka saling berkomunikasi. ” Sehinggalah emak minta saya supaya mengenali Emir dan minta saya berjumpa dengannya. Punca saya terbuka hati semuanya disebabkan ibu dan bapa.

” Jadi saya pun membalas DM daripada Emir dan hubungan itu kemudiannya berlanjutan ke aplikasi WhatsApp,” katanya. Mira berkata, pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada Oktober depan itu dipercepatkan berikutan kakak sulungnya yang menetap di New York, Amerika Syarikat tidak dapat berada di sini untuk tempoh yang panjang. ” Sebenarnya pemilihan tarikh perkahwinan yang dilaporkan media sebelum ini adalah betul. Saya dan Emir memang merancang untuk bernikah Oktober depan. ” Namun, disebabkan kakak tidak boleh berulang-alik dengan kerap kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari, jadi saya ambil keputusan mempercepatkan tarikh pernikahan.

” Manakala adik bongsu pula terpaksa menunda sedikit pernikahannya supaya kakak boleh menyaksikan hari bahagia kami berdua,” katanya. Majlis pernikahan pasangan itu boleh disaksikan selama 10 minit menerusi program M Buzz di TV3 jam 9 malam ini, manakala siaran langsung pernikahan pada jam 8.30 malam pula boleh disaksikan di saluran YouTube TV3.

Mira berkata, selain majlis pernikahan hari ini, dia bakal mengadakan dua lagi majlis resepsi di Le Meridien, Putrajaya, esok dan A-Park, Puchong, Ahad ini. ” Ketiga-tiga majlis ini saya keluarkan bajet sendiri kerana tidak mahu bergantung dengan tajaan selain memberi kepuasan berbeza. ” Jujur saya rasa lebih berbaloi keluarkan wang sendiri kerana saya boleh berkongsi idea dan tema yang diimpikan untuk majlis perkahwinan sekali dalam seumur hidup ini,” katanya.

Mira berkata, majlis resepsinya itu disiarkan secara langsung menerusi TV3, manakala majlis resepsi pada Ahad akan disiarkan melalui program Melodi. Nama sebenar Wan Emir iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang kini berusia 30 tahun. Anak sulung daripada empat orang adik-beradik dan kesemuanya lelaki. Emir bekerja sebagai seorang arikitek dan mempunyai firma seni bina serta perusahaan perniagaan sendiri. Kalau korang stalk Instagram dia, boleh check out di @wanemirastar.

Dia adalah anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) iaitu Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar. Mastura bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) 2016 bagi Parlimen Kuala Kangsar mengambil tempat suaminya Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar. Julai lalu, Harian Metro melaporkan Mira sudah bertunang dengan Emir, – LIMAU MANIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *