Selesai sudah misi mencari pekerja di kafe miliknya. Mamak Puteh dedahkan sambutan pembukaan kafe dan menu istimewa yang terdapat di kafenya

artis

Pelawak dan pelakon Mamak Puteh terharu melihat sokongan orang ramai terhadap premis perniagaannya, Round Island Café yang terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang. Kafe yang menjual pelbagai jenis makanan tersebut telah dirasmikan pada 30 Ogos lalu dan kehadiran orang ramai membuatkan Mamak terharu.

“Saya tak sangka ramai yang hadir pada hari pembukaan Round Island Café. Terima kasih kepada yang memberikan sokongan kepada kami. “Sebenarnya saya gementar juga pada hari pembukaan tu, risau orang tak datang. Apapun Alhamdulillah, inilah memori terindah dalam hidup saya kerana selain sokongan padu orang ramai, Round Island Café juga mencatat sejarah tersendiri kerana memulakan operasi ketika kita sedang ‘struggle’ dengan pandemik COVID-19,” katanya

Ketika ditanya mengenai kerjaya di pentas lakonan atau perniagaan yang akan menjadi fokus selepas ini, Mamak berpendapat, kedua-duanya perlu seiiring. “Insha-Allah saya akan cuba seimbangkan kedua-dua cabang ini. Saya memang kena berusaha dan kerja lebih sikit sebab saya tahu bukan senang nak jadi senang.

“Inilah pengrbann saya buat isteri dan anak-anak dan saya sedar saya perlu bekerja keras untuk mereka. “Saya nak fokus cari duit untuk mereka untuk ‘back-up’ pada masa hadapan. Iyalah, masa akan datang kita tak tahu apa yang akan jadi,” katanya positif.

Round Island Café menjual pelbagai menu masakan seperti Western, Ikan Bakar, Sate, Roti Benggali Bakaq Daging Cincng, Nasi Dalca Mamak Daging, Mee Rebus, Char Koay Teow dan Sandwich. “Jujur, Saya Buka Kedai Makan Nak Tambah Pendapatan, Takkanlah Nak…” – Mamak “Kalau Boleh Nak Cari Orang Kita La…” – Mamak Cari Pekerja’

Nak Cari Pekerja Untuk Kafe . Mamak Dari Kumpulan Puteh Dedahkan Kriteria Pekerja Yang Dia Mahukan

Pelawak Mamak Puteh mempelawa orang ramai menjadi sebahagian daripada keluarga Round Island Café yang bakal beroperasi tidak lama lagi.Mamak ketika dihubungi Gempak berkata, dia seboleh-bolehnya mahu membuka peluang pekerjaan di kafe pertama miliknya itu kepada warganegara Malaysia.“Kalau boleh saya nak cari orang kita la, orang Malaysia. Lebih mudah nak berkomunikasi dan tak banyak hal nak urus.

“Buat masa ini Round Island Café memerlukan pembancuh air, pelayan dan pmbkr ikan. Kalau ada yang berminat, bolehlah datang walk-in interview kami Ahad ini, bermula 10 pagi hingga 6 petang.“Kriteria yang kami cari ialah mesti ada minat dan disiplin. Jadi bolehlah hubungi nombor yang tertera seperti yang saya iklankan,” katanya kepada Gempak.

Mamak memuat naik iklan tersebut di laman sosial Instagram (IG)nya semalam, (Rabu).Menerusi ruangan komen ramai yang memberi sokongan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Mamak dalam menceburi bidang terbarunya itu.“Terima kasih kepada yang mendoakan dan memberi sokongan. Kalau nak pegi kedai Mamak yang tak ada kari, datang Round Island Café, satu-satunya kedai Mamak tanpa kari!,” katanya ketawa.

Round Island Café kini masih dalam proses ubah suai dan naik taraf sebelum dibuka sepenuhnya pada 30 Ogos ini.Dalam pada itu Mamak turut mencari vendor yang ingin membuka gerai menjual makanan di kafe tersebut.”Sesiapa yang nak berniaga sekali, bolehlah buka gerai di Round Island Cafe. Nak jual Mee Udang ke, Rojak ke, Mee Rebus ke, Otak-Otak ke atau yang lain-lain, marilah bersama kami.”Round Island Cafe mengalu-alukan kedatangan anda semua,” katanya.-gmpk

“Jujur, Saya Buka Kedai Makan Nak Tambah Pendapatan, Takkanlah Nak…” – Mamak

Pelawak Mamak Puteh mengakui membuka premis makanan kerana mahu menambah pendapatan selain mencuba bidang baru sebagai sumber rezekinya dan keluarga.Mamak berkata, tidak mungkin selamanya dia mahu bergantung dengan sumber pendapatan daripada bidang seni semata-mata.

Tambahan lagi katanya, pendapatan dalam bidang tersebut tidak menentu.“Jujur, saya buka kedai makan sebab nak tambah pendapatan keluarga untuk anak dan isteri. Yang ada sekarang bukan tak cukup, Alhamdulillah.“Cuma saya dah mula terfikir, jika tidak mencari alternatif lain mulai sekarang bagaimana nanti di masa hadapan.

Kerja cari makan dalam bidang seni ini tidak menentu pendapatannya. Bukan tidak bersyukur dengan apa yang ada tetapi saya akan terus berusaha cari rezeki untuk masa depan anak-anak selagi masih ada kudrat,” katanya.Selain itu, motivasi untuk menceburi bidang perniagaan selepas melihat kejayaan rakan-rakan pelawak sendiri.

“Saya terinspirasi melihat Shuib yang bekerja keras untuk keluarga. Begitu juga dengan isterinya Siti Sarah.“Merekalah rujukan saya. Jadi saya fikir tidak ada salahnya saya mencuba dan semoga ada rezeki dalam bidang ini pula,” katanya yang akan membuka premis makanan, Round Island Café di Telok Bahang, Pulau Pinang.

Katanya, dia memilih Pulau Pinang sebagai lokasi pertama Round Island Café kerana selain pulang ke negeri kelahirannya itu, negeri tersebut juga sangat dikenali sebagai destinasi pelancongan.“Sebut sahaja Penang, orang tahu situ memang syurga makanan dan destinasi terbaik bagi pelancongan domestik dan antarabangsa.

“Lagi satu saya pilih Penang sebab saya dilahirkan dan dibesarkan di sana. Ibarat sirih pulang ke gagang, dah masanya saya pulang berbakti kepada negeri sendiri,” katanya.Round Island Café bakal dibuka pada 30 Ogos ini dan akan menjual menu pelbagai masakan Western, Ikan Bkar, Satay, Roti Benggali Bakaq Daging Cincang, Char Koay Teow dan Sandwich.

“Mengikut perancangan Round Island Café akan dibuka sehari sebelum Hari Kemerdekaan yang ke 63 ini. “Menu yang ada, pelbagai dan saya bawa juga Sandwich yang memang resipi turun temurun keluarga. Siapa yang pernah makan Sandwich saya mereka pasti tahu, sebab saya memang jual sehingga hari ini.“Tema Round Island Café ialah Lepak, Makan, Bayaq. Sekarang sudah 90% siap. Doa-doakanlah ya. Jangan lupa, datang Penang nanti lepak kafe saya,” katanya.

Mohamad Ian Yusuff Nama Anak Kedua Mamak Puteh

Selepas lima hari, pelawak Mamak Puteh yang juga bintang Super Spontan Xtravaganza (SSX), mengumumkan nama anak keduanya di laman sosial Instagram (IG).Memilih untuk menamakan anak lelakinya sebagai Mohamad Ian Yusuff, Mamak memberitahu, nama tersebut ‘muncul’ selepas berbincang dengan isteri Ellina Abdul Wahab.

Nyawa Mamak…Ian dan Iris. “Sebenarnya kami tidak merahsiakan pun nama anak seperti yang didkwa sesetengah pihak. Jujurnya, kami baru dapat saja nama tersebut. “Saya dan isteri bersepakat untuk memberi nama tersebut kerana ia mudah diingati dan simple. Macam yang kita tahu Islam pun menggalakkan kita memilih nama yang sekurang-kurangnya membawa maksud yang baik,” katanya ketika dihubungi Rojak Daily Kaw!

Gelagat Mamak bersama Lobster Leleh. Mamak dan Ellina berkahwin pada 2014 dan dikurniakan anak perempuan, Iris Nur Adawiyah, 4, sebelum menyambut kehadiran Mohamad Ian Yusuff pada 8 Ogos lalu. Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai persembahan tidak konsisten kumpulan Lobster Leleh yang diwakilinya dalam SSX, Mamak berkata, pasukannya telah memberikan yang terbaik tetapi nasib tidak menyebelahi mereka.

Kenangan di minggu kedua pentas Super Spontan Xtravaganza sebelum Jaa Suzuran disingkirkan. “Kami sudah melakukan yang terbaik, tetapi tak apa…Loster Leleh masih ada beberapa minggu lagi untuk bangkit dan menyamai kedudukan dengan Sotong Kangkong,” katanya bersemangat.

Minggu keempat SSX menyaksikan dua ahli kumpulan Lobster Leleh, Zara Zya dan Anas disingkirkan. Mampukah Lobster Leleh menewaskan Sotong Kangkung minggu ini? Jangan lupa saksikan Siaran Langsung Super Spontan Xtravaganza, minggu kelima , Jumaat ini, pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD  (saluran 124).Mamak ditemui selepas siaran langsung Super Spontan Xtravaganza di Panggung Percubaan Universiti Pertanian Malaysia (UPM), malam Jumaat -rojakdaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *