Bakal melangsungkan perkahwinan pada awal tahun depan. Ernie tanpa ragu buka mulut mengenai pihak yang mahu menaja majlisnya dan Syamel

artis

PENYANYI Ernie Zakri tidak menolak jika ada pihak yang mahu menaja majlis perkahwinannya bersama Syamel yang dijangka berlangsung pada awal tahun depan. Menurut Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, buat masa ini dia dan Syamel belum melakukan persiapan kerana sibuk dengan kerjaya seni yang kembali rancak selepas PKP.

“Kalau ada yang mahu menaja dan bekerjasama, apa salahnya. Buat masa ini kami  masih buat pertimbangan dan tengok mana yang bersesuaian. “Sehingga kini kami sebenarnya belum membuat sebarang persiapan kerana banyak perkara yang masih dalam perbincangan lagi termasuk tarikh dan lokasi majlis.

“Tentang tema dan konsep perkahwinan pun saya dan Syamel belum muktamatkan lagi dan masih dalam perancangan. “Begitu juga soal jemputan kerana kita perlu ambil kira soal SOP dan sebagainya. Apa pun, mohon doakan agar semua perancangan kami untuk majlis itu nanti berjalan lancar,” ujarnya.

Ernie yang ditemui ketika Konsert Lambang Sari Series di Istana Budaya pada Rabu, berkata, selepas mengikat tali pertunangan Syamel, pada 15 Ogos lalu, para peminatnya tidak putus mendoakan yang baik-baik buat mereka. “Memang ada peminat yang sudah jangka mengenai hubungan saya dengan Syamel sebelum ini, jadi bila kami sudah rasmi bertunang, ramai yang tumpang gembira dan mengirimkan doa.

“Ada juga yang beranggapan saya seperti main tarik tali dengan hubungan kami sebelum ini, tapi hakikatnya baik saya mahupun Syamel kurang selesa berkongsi sesuatu yang belum pasti. “Ketika itu kami masih di tahap awal bercinta dan macam-macam boleh jadi, Sebab itulah kami tidak kongsi apa-apa.

“Bukan niat nak mempermainkan orang, cuma kami berdua lebih berhati-hati dan hanya sedia berkongsi apabila tiba masanya,” jelasnya yang diberi kepercayaan menyanyikan lagu tema merdeka tahun ini, Malaysia Prihatin. (FOTO: Instagram Ernie Zakri & Rosli Talib)-ctto

Terbongkar Sudah Rahsia Mereka Berdua. Ernie Zakri Sanggup Kantoikan Syamel Minta Couple Dekat Tempat Yang Orang Tak Jangka Dan Mengejutkan Ia Berlaku 2 Tahun Lepas

Baru-baru ini, pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel telah diundang menjadi tetamu jemputan pada segmen Johara Pagi Era.Pasangan selebriti yang baru sahaja mengikat tali pertunangan dilihat ada berkongsi kisah detik perkenalan bersama pendengar di stesen radio berkenaan bagi menyahut cabaran ‘Do You Know Your Lover’.

Menjawab persoalan yang diberi pada papan tulis, penyanyi lagu Aku Cinta ini juga antara lain turut mengimbau momen awal hubungan percintaan mereka terjalin bersama.“Depan rumah pun kira dating lah juga. Depan rumah ni masa awak minta ‘couple’ dengan saya! Kira dating lah tu.

“Tahun 2018 macam tu dia minta ‘couple’ dengan saya masa tu dia kata suka gila dekat saya,” akui Ernie.Lalu, pendedahan tersebut membuatkan Syamel tersipu-sipu selepas cuba memberikan penjelasannya.Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata peminat berasa terhibur melihat gelagat dan kemesraan pasangan sama cantik sama padan ini.Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri telah mengikat tali pertunangan bersama Syamel pada 16 Ogos lalu.

Video: Instagram Syamel, Era.je

Ernie Zakri Akhirnya Bergelar Tunang Kepada Syamel. Ernie Mahu Semua Doakan Yang Baik Baik Untuk Mereka Dan Dia Juga Dedahkan Perancangan Nikah

Ernie luah rasa syukur majlis pertunangannya dengan Syamel berjalan dengan lancar. SELEPAS lama berteka-teka akhirnya penyanyi Ernie Zakri mengesahkan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi Syamel pada Sabtu di kediamannya.

Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, berkata majlis pertunangan itu juga hanya dihadiri keluarga terdekat kerana mahu ia berlangsung secara privasi. “Alhamdulillah majlis pertunangan saya dan Syamel yang berlangsung pada semalam (Sabtu) berjalan dengan lancar. Tapi hari ini baru kami ambil keputusan untuk berkongsi kepada umum.

“Majlis pertunangan kami diadakan di rumah saya yang hanya dihadiri keluarga rapat sahaja. Rakan-rakan pun tak ada sebab kami adakan betul-betul secara privasi. “Perasaan saya sudah tentu sangat gembira tapi lebih kepada nak semua orang mendoakan yang baik-baik untuk saya dan Syamel,” kata Ernie ketika dihubungi mStar. Penyanyi lagu Ku Bersuara dan tunangnya itu turut berkongsi foto indah majlis pertunangan mereka di laman Instagram masing-masing pada Ahad.

Perancangan untuk melangsungkan perkahwinan, Insya-Allah tahun hadapan.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat serta rakan selebriti yang turut mendoakan agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan.Pada Jun lalu, Ernie meluahkan rasa terharu sehingga menitiskan air mata apabila Syamel memberi kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28 pada 23 Jun lalu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Gundah ini memberitahu dia dan Syamel merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan namun masih belum mempunyai tarikh yang tepat.”Perancangan untuk melangsungkan perkahwinan, Insya-Allah tahun hadapan. Doakan la yang baik-baik. Kalau dah tahu dan dapat kepastian bila tarikh itu, kami akan berkongsi kepada semua,” ujarnya.Pasangan penyanyi ini mula berkawan rapat sejak 2018, bagaimanapun kedua-duanya mengunci mulut dan hanya mengakui sekadar teman baik.

Dikejutkan Dengan Pengumuman Majlis Perkahwinannya Bersama Syamel. Sekali Lagi Ernie Kejutkan Dengan Satu Pendedahan Ini

Penyanyi, Ernie Zakri mengakui berasa sedikit r4lat kerana menangguhkan niatnya untuk berhijab sehinggalah tamat pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 yang lalu. Menurut Ernie, hal tersebut merupakan antara kes1lapan dirinya kerana dia lebih mementingkan soal kerja ketika itu. “Masa AJL haritu, sebenarnya memang dah niat nak pakai tudung tetapi saya lebih memikirkan tentang soal kerja pada masa itu.

“Dan benda itu adalah satu kes1lapan saya juga. Sekarang saya terfikir kenapalah saya tak pakai tudung lebih awal. Saya hanya manusia biasa. “Saya sebenarnya rasa lagi bersyukur yang Allah berjaya buka hati saya. Itu yang harus saya pandang sebagai satu benda yang positif,” katanya jujur. Bagaimanapun, penyanyi lagu Ku Bersuara itu menambah, dia tidak akan sesekali menoleh ke belakang.

Sebaliknya, bintang ini akan terus beristiqamah dalam menjaga aurat. “Kalau saya kenang-kenang kenapa tak pakai lebih awal tu saya rasa past is past. Semua orang ada history masing-masing. “Lepas AJL, masa PKP ni yang meletakkan tanda untuk saya bertudung kerana timbul rasa ketakvtan pada saya what if this is the end of the world. Sempat ke aku ni.

“Jadi sedikit sebanyak benda tu mendorong saya untuk lebih berani dan alhamdulillah lepas saya sarung je tidak ada apa-apa kesusahan bagi saya,” jelasnya lagi. Ernie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis sidang media Nurflix.tv di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam pada Khamis.

Dalam pada itu, Ernie menjelaskan bahawa dia akan meneruskan kariernya seperti biasa kerana percaya niat yang baik pasti akan dipermudahkan. “Pada saya Allah tu penyayang, Dia tidak akan suruh kita berhenti cari rezeki tapi of course la dengan cara dan haluan yang betul. Benda ni sangat subjektif. “Ada juga yang mengatakan yang sepatutnya kita ni tak boleh menyanyi tapi pada saya asalkan niat yang pertama tu betul yang you nak cari rezeki yang halal, InsyaAllah akan dipermudahkan,” katanya lagi.-mh

Akhirnya Teka Teki Hubungan Mereka Terjawab Jua. Ernie Dan Syamel Buat Kejutan Dengan Maklumkan Perkahwinan Mereka

Akhirnya terjawab desas-desus mengenai dua penyanyi bersuara merdu ini, Ernie Zakri dan Syamel apabila mereka menerusi sumber dikatakan bakal berkahwin pada tahun hadapan. Penyanyi duet lagu popular, Aku Cinta ini terdahulu pernah digosipkan bercinta apabila acap kali dilihat meluangkan masa bersama dan ada berkongsikan moment itu di laman InstagramWalau bagaimanapun, menerusi Harian Metro, Ernie Zakri tidak menafikan siapakah calon suami pilihannya apabila pastinya ramai yang sudah mendengar tentang dia dan Syamel.

“Setakat ini calonnya adalah seperti yang anda semua sudah dengar. Jadi, doakan semoga semuanya dipermudahkan.“Dia ada ciri-ciri suami idaman saya, cuma kami belum mengenali satu sama lain dengan cukup mendalam. Yang pasti, ciri-ciri utama adalah dia menghormati ibu bapa saya,” ujarnya.Akui bahawa Syamel mempunyai ciri-ciri suami idamannya, namun apa yang pasti penyanyi tersebut menghormati ibu bapa Ernie Zakri. Dalam pada masa yang sama, Ernie Zakri meminta untuk mendoakan agar dia dapat menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan.“Doakan semoga saya dapat menamatkan zaman bujang menjelang tahun depan kerana tahun depan usia saya sudah 29 tahun.” Biarpun begitu, Ernie Zakri berkata bahawa pada tahun ini pula dia perlu fokus terhadap kerjaya dan ibu bapanya-hcl

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *