Selepas hampir 10 bulan kes tuntut untuk berpisah mengejutkan bila tiba tiba Adira tampil bersuara bongkarkan keadaan dirinya terkini buat ramai terkedu.

artis

SEDEKAD dalam kerjaya seni membuatkan penyanyi Adira Suhaimi, 29, cukup matang. Apatah lagi, kini sudah berkeluarga. Adira mengatur langkah dalam bidang nyanyian pada 2010 selepas menyertai Akademi Fantasia 8 (AF8) ketika berusia 19 tahun.

Berjaya muncul sebagai naib juara, ibu tiga anak ini mengakui dia tidak menduga mampu mempertahankan kerjaya nyanyian hingga sekarang. Malah, paling teruja katanya dia mendapat jolokan ‘Ratu Soundtrack’ dalam kalangan peminat industri muzik tempatan.

Ia berikutan lagu-lagu dinyanyikan Adira sama ada secara solo atau duet sering dipilih menjadi lagu tema untuk drama dan filem tempatan. Selain itu, Adira juga mendapat sokongan padu daripada peminat yang begitu menyukai gandingannya dengan penyanyi, Hafiz Suip pada setiap lagu duet dirakam mereka.

Bertemu dengannya pada sesi fotografi di Balai Berita Bangsar, baru-baru ini, Adira kini dalam rangka promosi video muzik lagu solonya berjudul Maaf yang dilancar pada Februari lalu. “Alhamdulillah, kerjaya nyanyian saya sudah mencecah 10 tahun. Sudah sedekad, malah sepanjang tempoh ini pelbagai dugaan manis dan sebaliknya saya harungi. Apapun saya amat bersyukur.

“Terima kasih juga pada peminat yang masih setia menyokong saya dan pencapaian cukup berharga diperoleh pastinya gelaran ‘Ratu Soundtrack’ itu. “Ia gelaran yang tak pernah saya duga, tapi rezeki Allah siapa yang tahu. Saya pun bukanlah penyanyi yang terlalu cerewet memilih lagu untuk dirakamkan,” katanya.

Menurut wanita kelahiran Sabah ini, dia lebih selesa meneliti melodi dan lirik sebuah karya lagu itu. Katanya, jika melodi dan lirik sudah sesuai, termasuk serasi juga dengan vokal, dia okay untuk menyanyikannya. Berbicara mengenai lagu Maaf, Adira berkata, karya berkenaan pernah menjadi lagu tema drama Maaf Tak Indah lakonan Azlee Khairi, Azar Azmi dan Fizo Omar di Slot Samarinda, TV3.

“Pada Februari lalu, seiring dengan tayangan drama itu juga saya berkesempatan melancarkan video lirik lagu Maaf di YouTube yang kini sudah mencatat lebih 885,000 tontonan. “Sekarang, saya nak hebahkan pula video muzik lagu Maaf yang baharu dimuat naik di YouTube sekitar dua minggu lalu. Alhamdulillah, setakat ini jumlah tontonannya sudah melebihi 258,000,” katanya.

Ditanya mengenai kebimbangan terhadap sambutan video muzik itu, Adira tidak menafikannya. Kata penyanyi lagu Pujaan Hati dan Takdir Tercipta ini, dia berasa video muzik itu sudah lewat dihasilkan. “Beberapa minggu lagu ini dilancarkan, pada Mac lalu pula negara melaksana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19. Jadi, segala perancangan untuk rakaman video muzik dibatal.

“Diikuti, drama Maaf Tak Indah itu juga sudah lama habis tayang lebih lima budan. Jadi, memang saya bimbang sedikit kerana macam agak terlewat. “Apapun, lagu Maaf ini ternyata memiliki aura tersendiri. Malah, saya dapati lagu ini ada rezeki panjang masih bertahan dalam beberapa carta popular hujung minggu di radio,” katanya. Menurut Adira, apa yang pasti dia juga berpuas hati kerana sambutan video muzik mendapat maklum balas positif. Katanya, dia bersyukur dan sangat berterima kasih kepada semua pihak terbabit untuk lagu berkenaan.

Mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015, Adira juga sibuk menguruskan anak-anak iaitu Anggrek, 3, Asan, 2 dan Anggun, 1. Katanya, sebagai ibu kepada anak yang masih kecil, tanggungjawab agak besar. Perhatian terhadap anak tidak boleh ambil mudah dan sambil lewa.

“Ditambah, sekarang kita dan anak-anak perlu menjalani kehidupan harian dalam norma baharu. Saya yakin, semua ibu bapa masih perlu masa untuk menghadapinya. “Walaupun kita semua sudah boleh menerima cara kehidupan norma baharu ini, pasti ada ibu bapa yang tak dapat menolak perasaan bimbang terhadap keselamatan anak-anak terutama di sekolah.

“Saya pun pernah bimbang juga pada mulanya, memandangkan Anggrek kini sudah dihantar ke tadika. Bagaimanapun, Alhamdulillah saya dapati pihak guru dan tadika berkenaan, mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Menurut Adira, berikutan masih belum ada vaksin untuk Covid-19 ini, maka hendaklah selalu menggunakan pelitup muka, melakukan penjarakan fizikal, kerap cuci tangan dengan sabun dan elakkan hadir ke tempat sesak.

Anak punca Adira tak jadi cer4i

SHAH ALAM: Demi masa depan anak-anak, penyanyi, Adira, menarik balik hasrat untuk berpisah dengan suami, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red. Menurut Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 28, dia kini dalam proses menarik balik permohonan pisah selepas memfailkannya di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat pada 9 Oktober lalu.

“Ya, kami baru sahaja berbaik semula. Anak-anak menjadi sebab utama saya memberikan peluang kedua kepadanya. Saya sudah berfikir panjang dan saya tak mahu menjadi ibu yang terlalu mementingkan diri sendiri. “Seperti pernah saya katakan sebelum ini, apa sahaja boleh berlaku. Jadi, doakan yang baik-baik untuk saya, suami dan anak-anak,” kata artis berasal dari Ranau, Sabah ini kepada BH Online.

Ditanya mengenai tanggapan sesetengah pihak, konon keputusan berkenaan seperti dilakukan seorang yang berjiwa rapuh dan tidak tetap pendirian, penyanyi ini berkata, sebagai manusia kesabarannya tetap ada batasan.

“Saya tidak meletakkan sebarang syarat kepadanya (suami). Selagi saya boleh bersabar, saya akan cuba berbuat demikian. Bagaimanapun, sebagai manusia, kesabaran saya ada hadnya. Jangan langgar batas itu,” ujarnya. Adira berkata demikian ketika ditemui selepas menjayakan persembahan minggu kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 (SFMM34) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini.

Pada pertandingan berkenaan, dia menyampaikan Pujaan Hati hasil ciptaan Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali, manakala lirik pula ditulis Ikhwan bersama Arisz Ab Rahman. Spekulasi mengenai perpisahan pasangan terbabit timbul apabila ruangan gosip sebuah portal hiburan menyiarkan cerita artis wanita dilepaskan ketika sedang hamil anak ketiga, Ogos lalu.

Adnan yang juga seorang ahli perniagaan menikahi Adira di Songkhla, Thailand, sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 2, Asan, setahun, dan Anggun yang dilahirkan 8 Ogos lalu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Kucing Media Online

Sumber : HM/ Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *