Hampir 2 tahun menyepikan diri dalam dunia lakonan. Tergamam akhirnya Keith Foo bongkarkan punca dia tak aktif berlakon buat waraganet terkedu.

artis

SELEPAS dua tahun menyepikan diri dalam dunia lakonan, kini pelakon yang pernah popular menerusi drama Ariana Rose di TV3, Keith Foo, 37, kembali menyusun semula strategi untuk mewarnai industri seni tanah air. Keith yang memegang watak sebagai Tengku Adam dalam drama berkenaan berkata,

dia melihat tahun ini adalah masa yang tepat untuk kembali aktif memandangkan anaknya, Skylar Raymond Foo kini sudah berusia tiga tahun. “Sedar tak sedar lebih dua tahun tidak bergiat aktif dalam dunia lakonan kerana mahu melihat anak membesar depan mata. Saya tidak mahu terlepas setiap saat-saat manis membesarkan si kecil permata hati itu.

“Biarpun terpaksa melupakan kerjaya lakonan buat sementara waktu, saya tidak pernah berasa ralat kerana perlu mendahulukan tanggungjawab sebagai bapa. “Justeru tahun ini saya nekad untuk kembali aktif. Sebenarnya, saya sudah memulakannya sejak awal tahun lagi, tapi apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana akibat Covid-19, semuanya tergendala.

“Kini, apabila penggambaran boleh dijalankan semula, saya kembali berlakon dan rasa ia adalah masa yang terbaik untuk terus aktif bekerja,” katanya. Meskipun jadual kerjayanya selepas ini akan sibuk, Keith berkata dia akan cuba membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga sebaik mungkin.

“Saya rasakan semuanya baik-baik saja sekarang. Anak pula tinggal dengan bekas isteri, dan jika tiada penggambaran memang masa dihabiskan masa dengan anak. “Semuanya seimbang dan saya gembira dengan apa yang dilakukan kini. Setiap hari, saya pasti akan bertemu dengan anak dan jika ada waktu terluang, dia (anak) tidur di rumah saya,” katanya.

Siapa sangka, hubungan rumah tangga Keith dengan model Kim Raymond tidak bertahan lama apabila mereka nekad untuk berpisah pada Disember tahun lalu selepas berkahwin pada November 2015. Menurut Keith, walaupun mereka tidak lagi tinggal bersama namun dia masih mengekalkan hubungan baik dengan Kim.

Bagi Keith, tiada sebab untuk dia dan bekas isterinya brbalah kerana mereka berpisah secara baik. Malah, demi kebahagiaan anak juga.“Kami berpisah secara baik dan hubungan hingga kini masih utuh. Cuma, kalau dahulu status kami sebagai suami isteri dan sekarang hanya sahabat baik.

Kami juga sudah berjanji, apa yang terjadi pun, anak menjadi keutamaan. Kami harus berfikir mengenai keadaan anak yang lebih utama,” katanya. Menurut Keith yang pernah membina kerjaya lakonannya di Indonesia, dia mahu penjagaan anak dibuat bersama-sama bekas isteri walaupun sudah berpisah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @kucing media online

Sumber : HM/ Berita Harian

Setelah Sekian Lama Menyepi Akhirnya Keith Foo Sahkan Sudah Berpisah Dengan Isteri Sejak Tahun Lepas. Rupa Rupanya Ini Punca Buat Warganet Terkedu.

PELAKON Keith Foo mengesahkan sudah berpisah secara rasmi dengan isterinya iaitu model terkenal Kim Raymond sejak Disember tahun lalu. Bagaimanapun, Keith, 37, berkata, dia masih menjaga hubungan baik dengan bekas isterinya itu demi anak mereka, Skylar Raymond Foo yang kini berusia tiga tahun.

“Kami berpisah sejak dua tahun lalu tetapi secara rasminya berpisah pada Disember tahun lepas.”Walaupun sudah tidak lagi bersama, saya masih menjaga hubungan baik dengan bekas isteri demi anak, Skylar Raymond Foo,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, pelakon drama Ariana Rose ini berkata, dia menyerahkan hak jagaan anak mereka kepada bekas isterinya. Tambahnya, dia sentiasa mencari masa dan ruang untuk bertemu Skylar terutamanya ketika tidak menjalani penggambaran.

“Kami sudah seperti rakan baik dan tiada masalah yang terjadi antara kami berdua biarpun tidak lagi bergelar suami isteri. “Anak tinggal dengan bekas isteri, tapi setiap hari saya akan cuba mencari ruang untuk bersamanya (anak). Jika saya bercuti dan tiada penggambaran, anak akan tidur di rumah saya,” ujarnya. Hubungan Keith bersama bekas isterinya, Kim, masih baik walaupun sudah tidak bersama.

Dalam pada itu, Keith berkata dia dan Kim berpisah secara baik dan tidak mahu meneruskan perkahwinan dalam keadaan terpaksa. Keith juga menyifatkan sesuatu ikatan perhubungan perlu dihentikan jika sudah tiada persefahaman bagi mengelakkan perkara buruk daripada berlaku.

“Kami berpisah secara baik. Perkahwinan tidak boleh dipaksa. Daripada kita paksa-paksa atau tangguh-tangguhkan, tak tahu apa akan jadi di masa akan datang. “Jika dipaksa dan tiada persefahaman, takut perkara lebih buruk akan terjadi nanti. Sekarang, situasi yang kami hadapi jadi lebih baik,” jelasnya. Keith dan Kim berkahwin pada November 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Skylar Raymond Foo, 3.

Keith Foo buang tatu

PELAKON Keith Foo memilih untuk menjalani proses membuang tatu di badannya kerana inginkan tubuh yang lebih ‘bersih’. Keith, 36, berkata, dia sudah lama berfikir untuk melakukan proses itu tetapi baru sekarang dia bertemu dengan teknologi perubatan yang tidak tinggalkan kesan parut.

“Saya sudah merancang untuk membuang tatu di badan saya sejak beberapa tahun lalu, cuma sekarang baru saya jumpa satu klinik yang menggunakan teknologi terkini untuk membuang tatu tanpa tinggalkan kesan parut.

“Pada usia sekarang, saya lebih selesa untuk membuang tatu di badan dan memiliki yang lebih bersih,” katanya yang memiliki tatu di bahagian lengan dan belakang badan. Menurut Keith, ia turut memudahkan kerja-kerja lakonannya di masa depan terutama jika ada tawaran memerlukan dia membawa watak lelaki Melayu.

Keith berkata, dia tahu solekan boleh digunakan untuk menyembunyikan tatu tapi ia akan mengambil masa yang lama dan dia tidak mahu menyusahkan orang lain yang terpaksa menunggu. Menurut Keith yang menjalani proses membuang tatu dua hari lalu, dia perlu melalui tujuh sesi dan setiap sesi hanya boleh dibuat sebulan sekali.

“Jadi, selepas ini saya ada lagi enam sesi untuk proses membuang tatu. Bahagian lengan tak ambil masa terlalu lama untuk dibuang. Namun, bahagian belakang badan akan mengambil masa agak lama kerana saiznya yang lebih besar dan berwarna.” katanya.

Hal rumah tangga urusan peribadi – Keith Foo

PELAKON, Keith Foo, 36, enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai hubungan rumah tangganya dengan isteri, Kim Raymond yang dikatakan goyah. Keith ketika dihubungi berkata, isu itu terlalu peribadi untuk dikongsikan dengan masyarakat.

“Apa yang boleh saya katakan, hal rumah tangga adalah sesuatu bersifat peribadi. Buat masa sekarang, hubungan kami baik saja. “Kami sibuk dengan hal masing-masing, namun tetap memberikan fokus 100 peratus kepada anak,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya lagi sama ada timbul isu yang menggoncang keharmonian rumah tangganya, bintang drama Dia Isteri Luar Biasa itu berkata, setiap hubungan tentunya akan ada masalah. “Biasalah, kalau dalam apa juga hubungan pun tidak kiralah perkahwinan atau percintaan, ada naik dan turunnya.

“Setiap masalah yang timbul dalam sesuatu hubungan ini juga tentunya akan ada penyelesaiannya,” katanya. Diminta mengulas mengenai komen warganet yang rata-rata membuat spekulasi kononnya dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan isteri, Keith memilih untuk membiarkan saja tindakan mereka.

“Biarkan saja kepada mereka untuk bercakap apa pun. Kadang-kadang, warganet ini bertindak seperti mereka tahu semuanya yang berlaku. “Selagi komen dan spekulasi mereka tidak merugikan saya, saya okey. Sekurang-kurangnya, mereka ada sesuatu yang diperdebatkan,” katanya. Keith dan Kim berkahwin pada 30 November 2015 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Skylar Raymond Foo pada 30 Mei 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *