Tiada tanda menunjukkan kekurangan kes. KKM dedahkan sesuatu yang akan berlaku dan kemungkinan peningkatan kes COVID19 berlaku

berita

Walaupun kes Covid-19 dalam negara tak seteruk seperti beberapa bulan lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih bertungkus-lumus dan sudah pun membuat persediaan untuk empat bulan akan datang bagi menghadapi kemungkinan peningkatan jangkitan virus ini.

Menurut FMT, TS Dr Noor Hisham mengatakan walaupun kadar jangkitan dalam negara masih di bawah kawalan, negara-negara lain seperti India, Korea, Jepun, Sepanyol dan Perancis menunjukkan peningkatan kes semasa cuaca sejuk. Jadi, ia perlu diambil kira. Kami bimbang akan ada peningkatan kes semasa tempoh ini (musim sejuk), jadi kami perlu buat persiapan.”

Bukan tu je, mutasi baru virus Covid-19 ini juga ditemui lebih senang berjangkit. Sebab tu, Dr Noor Hisham mengingatkan agar rakyat tetap terus berwaspada dan sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan.Sumber: BERNAMA

Tambah lagi, sehingga sekarang masih tak ada lagi bukti yang vaksin untuk penularan ini dah ada jadi KKM perlu sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Orang ramai perlu ikut SOP sementara kami perlu membuat persediaan dari segi makmal, klinik dan hospital sekiranya ada peningkatan kes, kami boleh kawal keadaan.”

Katanya lagi, walaupun Malaysia mampu mengawal pandemik melalui pengesanan awal kluster, kerjasama dari orang ramai tetap diperlukan. Kami masih perlukan kerjasama yang kuat dari orang ramai untuk mematahkn rantaian jangkitan Covid-19.”-lobakmerah

Hasil Ujian Pengasingan Dan Kultur Terhadap 3 Kes Kluster. Dr Noor Hisham Dedahkan Virus Mutasi D614G Dikesan Dalam Negara Dan Lebih Mengejutkan Ia Mudah Berjangkit

KUALA LUMPUR – Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengesan mutasi jenis D614G hasil ujian pengasingan dan kultur terhadap tiga kes daripada Kluster pesakit bawah siasatan (PUI) Sivagangga dan juga satu kes daripada Kluster Ulu Tiram.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini bermakna masyarakat perlu berwaspada dan lebih berhati-hati kerana virus Covid-19 dengan mutasi D614G ini telah terbukti dikesan di Malaysia. Menurutnya, ia didapati 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak sekiranya disebar oleh individu super spreader. “Setakat ini kedua-dua kluster ini didapati agak terkawal hasil tindakan kawalan kesihatan awam yang pantas.

“Ujian awal ini dan beberapa ujian susulan sedang dijalankan bagi menguji beberapa kes yang lain, termasuk bagi kes indeks bagi kedua-dua kluster ini,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook beliau, Ahad. Mengulas lanjut, katanya mutasi D614G ini ditemui saintis pada Julai 2020 dan berkemungkinan akan menyebabkan kajian vaksin sedia ada tidak merangkumi atau tidak berkesan terhadap mutasi ini.

Oleh itu, Dr Noor Hisham menyeru agar semua kekal mengaplikasikan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam iaitu berdisiplin dalam mengamalkan sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu penjarakkan fizikal, pengamalan kebersihan kendiri dan memakai pelitup muka.

“Situasi terkini Covid-19 didapati masih terkawal dan Kementerian Kesihatan serta agensi lain masih berusaha membendung penularan Covid-19. “Kerjasama masyarakat amat diperlukan agar dapat kita sama-sama memutuskan penularan jangkitan Covid-19 daripada segala jenis mutasi sekali pun,” jelasnya.- Bernama

Ekoran Kluster Sivagangga Aktif Di 3 Negeri. Dr Noor Hisham Bongkarkan Punca Utama Kluster Ini Dinamakan Sebagai Kluster Sivagangga Dan Harap Semua Ambil Ambil Perhatian

Masyarakat perlu mengambil serius dengan saranan Kementerian Kesihatan dan kerajaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 yang berlaku di negara kita. Menerusi satu status daripada laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai untuk tidak menund1ng jari kepada mana-mana pihak bagi kes-kes kluster terbabit , namun jadikan kes ini sebagai satu teladan kepada semua.

Kluster PUI Sivagangga paling mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Kes indeks kluster ini telah ingkar arahan HSO dan menyebarkan jangkitan kepada pekerja-pekerjanya di kedai makan di Napoh, Kedah, serta kepada pelanggan dan seterusnya merebak ahli keluarga dan saudara mara terdekat. Setakat 9 Ogos, 45 positif dari kluster ini dan telah menjangkau generasi ketiga melibatkan tiga negeri, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Penerangan mengenai Sivagangga

Sivagangga juga dieja Sivagangei atau Sivagangi adalah satu daripada 9 daerah di negeri selatan India, Tamil Nadu. Kluster ini dinamakan Sivagangga kerana kes indeks mempunyai sejarah perjalanan ke daerah itu. PUI pula digunakan untuk individu yang baru pulang dari luar negara. Sivagangga dilaporkan daerah paling rendah kes COVID19 di Tamil Nadu.

Kluster ini adalah contoh teladan terbaik akibat yang berlaku jika kita ingkar atau tidak mengikuti arahan kerajaan. Akibat kluster ini, 4 mukim di Kubang Pasu dan dua kampung di Perlis dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) dan beberapa sekolah terpaksa ditutup.

Namun, ini bukan lagi masa menud1ng jari dan menyalahkan mana-mana pihak. Perkara yang telah berlaku dijadikan panduan untuk kita mematuhi setiap arahan kerajaan khasnya nasihat kesihatan oleh KKM. Jika kita alpa dan bersikap tidak kisah, kesannya bukan sahaja pada diri sendiri dan keluarga malah masyarakat sekeliling serta negara.

Langkah-langkah pencegahan mesti dilakukan setiap masa kerana amalan kesihatan awam ini paling berkesan mengelak jangkitan sebelum vaksin dihasilkan. Pakai pelitup muka sebaik keluar rumah untuk membiasakan diri dengan budaya norma baharu untuk melindungi diri.

Sumber: KKM

Khuatir Kluster Sivagangga Makin Meningkat Saban Hari. Pengarah JAIS Mengarahkan Penduduk Untuk Tidak Melakukan Sesuatu Ini Demi Keselamatan Orang Ramai

SHAH ALAM: Penduduk yang tinggal di sekitar Surau Al-Jannah, Seksyen 23, di sini bimbang susulan salah seorang jemaah surau itu mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 Kluster Sivagangga di Jitra, Kedah. Seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Mohamad, 40, berkata beliau dan penduduk lain terkejut dengan laporan berkenaan kontak rapat yang disiarkan di akhbar dan media sosial sejak semalam.

“Kami tidak sangka kontak rapat dengan kluster berkenaan adalah jemaah surau ini dan kali terakhir saya ke surau dua minggu lalu untuk menunaikan solat Jumaat. “Siapa yang tidak risau dengan wabak COVID-19 apatah lagi ia cepat merebak. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya akan memastikan anak-anak mengurangkan aktiviti di luar,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Halimah, 50, berkata, tiada lagi arahan dikeluarkan kepada penduduk untuk melakukan saringan kesihatan. “Apa yang saya dan penduduk lain harapkan jemaah yang dikatakan mempunyai kontak rapat itu adalah negatif COVID-19.

“Kalau sebaliknya, besar kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran akan dilaksanakan di kawasan ini ,” katanya.Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan arahan supaya Surau Al-Jannah ditutup mulai semalam, susulan seorang jemaah di situ positif COVID-19, yang dipercayai dijangkiti daripada Kluster Sivagangga. Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad turut menasihatkan penduduk Shah Alam tidak pan1k susulan tersebarnya notis penutupan sementara surau berkenaan.-bh

Surau Di Seksyen 23 Shah Alam Terus Tutup Serta Merta. JAIS Dedahkan Ada Jemaah Covid19 Kluster Sivagangga

Kes Kluster PUI Sivagangga ternyata membawa bahana bukan saja di negeri Kedah, namun kini katanya sudah merebak ke Shah Alam, Selangor pula.Melalui perkongsian Facebook Media Selangor, surat rasmi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah dikeluarkan terhadap Surau Al-Jannah Seksyen 23, Shah Alam yang meminta surau tersebut ditutup serta merta berikutan ahli jemaah surau yang mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID 19. 

Kontak rapat itu katanya mempunyai kaitan dengan Kluster Sivagangga yang sedang merebak pantas di beberapa mukim di Kedah. Turut diarahkan tutup juga adalah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang beroperasi di surau tersebut.Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad berkata, hanya 3 petugas jawatankuasa dibenarkan untuk memimpin solat fardhu di solat berkenaan.

Dia juga menambah jawatankuasa surau juga perlu memastikan individu berkenaan menjalankan saringan COVID-19 dan melaporkan keputusan itu kepada JAIS, lapor Astro AWANI.“Kita juga mengarahkan jawatankuasa surau untuk sentiasa memantau rapat perkara ini dan mengingatkan para jemaah dan ahli kariah untuk meningkatkan langkah-langkah pencegahan,” katanya lagi. Aduhai… inilah mimpi buruk yang ditakuti ramai ni! Semoga kita semua dijauhkan daripada wabak ini. -lobamerah

Tular Pula Mesej Pekerja Restoran Nasi Kandar Subaidah. Ini Penjelasan Dari Polis Berhubungkait Dengan Kes Tersebut

KEPALA BATAS – Polis mengesahkan mesej yang tular melalui aplikasi Whatsapp bahawa seorang pekerja Restoran Nasi Kandar Subaidah di Jalan Chain Ferry, Butterworth positif wabak koronavirus (Covid-19) adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mesej beserta klip audio dan gambar restoran itu didapati disebarkan sehingga menimbulkan kebimbangan di kalangan pelanggan. Menurutnya, kewujudan mesej tersebut disedari pengarah restoran nasi kandar tersebut pada jam 4 petang, semalam.

“Pengarah restoran tersebut menerima mesej di dalam bahasa Tamil itu daripada kawannya menerusi Whatsapp mendkwa salah seorang pekerjanya dijangkiti Covid-19. Mesej itu memaparkan gambar salah satu cawangan premis iaitu di Jalan Chain Ferry

“Akibat daripada itu, semua pelanggan telah tinggalkan premis tersebut selain meminta orang ramai tidak mengunjungi restoran berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Noorzainy berkata, hasil siasatan mendapati, kandungan mesej tersebut tidak benar.

“Hasil rakaman percakapan pengarah berusia 32 tahun itu, dia mengesahkan semua kandungan mesej itu tidak benar. Dia juga mendkwa menerima mesej itu daripada salah seorang rakan yang bertanya kepadanya tentang kesahihan mesej tersebut.

“Sementara itu, rakan pengarah itu juga mengakui menerima mesej itu dari rakannya yang lain. Bagaimanapun, usaha untuk mengesan sumber yang menyebarkan mesej palsu itu belum berjaya,” katanya.Beliau berkata, pengarah tersebut mendkwa, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang pelanggan telah mengambil gambar dalam restoran tersebut pada jam 7.50 pagi, semalam.

“Bagaimanapun, kualiti rakaman CCTV itu kabur dan tidak jelas yang menampakkan perbuatan lelaki tersebut. Semakan pada buku pengesanan kontak juga tidak berhasil kerana dia gagal dihubungi.”Kita sedang berusaha mengesan individu tersebut yang dikatakan merakam dan menyebarkan mesej yang tidak sahih ini,” katanya.-sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *