Siap suruh rekod video review. Isteri Saharul Ridzwan dedahkan punca dia menangis sampai meraih perhatian warganet

artis

Saharul menghadiahkan isterinya sebuah kereta sebagai tanda penghargaan.SEMPENA ulang tahun keempat perkahwinan, pelakon Saharul Ridzwan membuat kejutan dengan menghadiahkan isterinya Deena Emir sebuah kereta jenis Honda Jazz.

Deena atau nama sebenarnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 32, berkongsi perkara itu di Instagramnya dengan meluahkan perasaan terkejut dan terharu dengan pemberian itu.”Kejutan daripada suami! MasyaAllah. Terkejut betul tadi sebab ulang tahun perkahwinan kami pada 16 September tapi dapat hadiah hari ini.

“Dia suruh siap-siap tadi sebab nak rekod video review. Habis comot muka Deena, maskara meleleh sebab menangis.”Allahuakbar sayang, terima kasih untuk cinta dan usaha, doa saya sentiasa untuk awak” tulisnya.Deena berkongsi perkara itu di IG miliknya pada Selasa.

Sementara itu, Saharul pula menerusi Instagram mengucapkan syukur dikurniakan seorang isteri yang dianggap pembawa rezeki untuk keluarganya.Saharul, 32, turut menasihatkan kaum lelaki agar memperbaiki hubungan suami isteri jika mahu rezeki yang melimpah ruah dan diberkati.

“Jika terasa smpit, usah risau. Perbaiki hubungan dengan isteri dahulu. Periksa mana yang terkurang, gembirakan hatinya, Insya-Allah awak akan lihat rezeki datang dalam bermacam bentuk rupa.”Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri, itu juga yang kita kongsikan dengan isteri,” ujarnya.Saharul dan Deena Emir mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 3, dan Fateema Azzahra yang kini berusia dua bulan.-mstar

Dilabel Suka Menunjuk Sebab Doa Di Laman Sosial. Saharul Ridzwan Bongkar Ada Sesuatu Berlaku Terhadap Doanya Yang Satu Ini

Pelakon Saharul Ridzwan akui dia sering menulis doa yang hendak Allah makbulkan di dalam kapsyen di media sosial seperti Instagram. Saharul berkata dia ada pendapat tersendiri mengapa ‘berdoa’ di media sosial meskipun ada yang menganggap doa itu hanya antara hamba dan Allah. “Selalu jugak saya post doa dan impian-impian saya di Instagram. Nak beli rumah, nak ada anak perempuan, nak selesaikan semua hutang dengan orang. “Dan syukur Alhamdulillah, apa yang saya doa dan impikan datang dan sampai pada waktunya dengan izin Allah. Syukur Alhamdulillah.  “Ada yang cakap, kalau nak doa bukan di media sosial, tapi doa tu antara kita sebagai hamba dengan Allah. 

“Betul. Saya setuju. Tapi lepas banyak kali fikir, ada kebaikkannya jika saya sampaikan doa dan impian di media sosial. Kenapa? “Sebab saya juga percaya bila ada orang yang baca apa yang kita impikan, dan dia jugak mendoakan kita, yang lebih alim dan baik dari kita. “Insya-Allah, menjadi salah satu asbab termakbulnya doa itu. Terima kasih. Terima kasih atas doa anda semua,” katanya.

Saharul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri yang sama, Saharul turut berkongsi satu lagi doanya buat perniagaan yang dibina bersama isterinya Qaabila. “Dan hari ni, hari yang baik, penghulu segala hari, Hari Jumaat yang penuh baraqah, ada impian yang saya ingin kongsikan dan perlukan doa juga dari korang semua.

“ Impian saya adalah untuk QAABILA, brand yang kami bangunkan untuk masa depan isteri dan anak-anak. “ Manalah tahu apa-apa jadi pada saya ke, sekurang-kurangnya ada mata pencarian buat anak anak dan isteri. “Saya harap, dengan izin Allah, tahun hadapan tahun 2021, QAABILA akan lebih kukuh, dan makin berkembang. Kita boleh tolong family kecil kita, family terdekat dan insya-Allah boleh tolong orang lain juga yang pastinya sama macam nak memperbaiki hidup untuk lebih baik,” katanya lagi.

Saharul dan Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra .

Saharul Ridzwan, isteri sambut puteri

Impian aktor berbadan sasa, Saharul Ridzwan menimang cahaya mata perempuan menjadi kenyataan pada jam 4.20 petang tadi. Isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, melahirkan anak kedua secara operasi di sebuah pusat perubatan, di sini. Bayi comel seberat 3.3 kilogram (kg) itu dan ibunya, masing-masing sihat.

Saharul bersyukur isterinya selamat bersalin. Tambah mengujakan, mereka sengaja tidak mahu mengambil tahu jantina anak sehingga bayi berkenaan dilahirkan. “Saya bergegas membawa isteri ke hospital pada jam 9.30 pagi selepas pecah air ketuban. “Doktor menasihatkan isteri di operasi biarpun sebelum ini, Qaabila Deena mahu melahirkan anak secara normal,” katanya kepada BH Online.

Pasangan ini mempunyai anak lelaki, Muhammad Luth Ali yang berusia tiga tahun. Pelakon drama Kasih ini bersyukur doa mendapatkan anak perempuan termakbul. “Gementar lain macam kali ini. Berbeza dengan pengalaman pertama dulu.

“Saya sengaja tidak mengambil tahu jantina anak sehinggalah tiba di bilik operasi. Saat melihat bayi ini di depan mata, saya tahu Allah makbulkan doa. “Saya rasa hendak sujud syukur saat mendapat tahu anak kami perempuan. Rasa hendak tidak sedarkan diri pun ada,” katanya. Saharul berkata, dia dan isteri sudah memilih beberapa nama untuk puteri mereka. Namun, nama yang sesuai belum diputuskan lagi. “Mungkin selepas tujuh hari dilahirkan baru kami pilih nama dan kongsi foto anak,” katanya. Saharul dan Qabila Deena mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.

Saharul Ridzwan akui terima penjelasan TNB

Pelakon Saharul Ridzwan, 31, mengakui sudah menerima penjelasan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung kenaikan bil elektrik seperti dilaporkan Harian Metro sebelum ini. “Selepas berita mengenai bil elektrik yang melambung ini tular, saya dapat maklum balas daripada pihak TNB dan mereka nak berjumpa dengan saya untuk menjelaskan mengenainya,” katanya ketika dihubungi.

Pelakon drama bersiri Kasih itu berkata, dia juga sudah menerima penjelasan daripada operator TNB. “Operator dari TNB juga ada menghubungi saya dan menjelaskan mengenai kiraan bil itu. Saya tak berang kepada operator itu sebab saya tahu, dia pun cuma melakukan kerjanya,” katanya. Bagaimanapun, dia menolak untuk bersua muka dengan pihak TNB.

“Kalau jumpa pun saya masih perlu melunaskan bayaran. Lainlah kalau selepas lawatan mesra dan diberikan penjelasan, saya akan terima potongan dan sebagainya,” katanya. Menurutnya, walaupun ada penjelasan atau lawatan mesra dilakukan pihak pembekal elektrik itu, dia selaku masyarakat masih perlu membayar dan melunaskan bayaran kerana tidak ada pilihan lain. Saharul sebelum ini meluahkan rasa terkejut apabila bil elektrik di kediaman ibu bapanya di Bandar Baru Bangi mencecah sehingga RM1,144.75.

Saharul Ridzwan Beli Rumah Baru, Dapat Seperti Dalam Doa -“Tak Perlu Naik Lif”

Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi berita gembira apabila impiannya untuk memiliki sebuah kediaman yang lebih selesa dan menyenangkan untuk keluarganya tercapai. Menurut Saharul, 31, dia bersyukur apabila doanya selama ini untuk memiliki sebuah rumah yang mempunyai kemudahan parkir yang lebih efisien dimakbulkan tuhan.

“Rasanya dua tahun lepas, saya pernah post di Instagram, saya doa, saya nak duduk rumah yang senangkan kami sekeluarga. “Tak perlu naik lif sebab setiap kali nak angkat barang macam payah. Lagi-lagi bila beli barang dapur. “Jadi, tahun ini Allah makbulkan doa saya, rumah saya sendiri ni parkir betul-betul depan pintu, sama level dengan rumah. Jalan beberapa langkah sahaja sampai dah rumah,” kongsinya menerusi satu entri did Instagram.

Dalam posting tersebut, Saharul turut memuat naik sebuah video yang memaparkan rumah baharunya yang sedang menjalani proses ubah suai dalaman. Katanya, dia berharap jika diberi keizinan rezeki pada masa akan datang dia mahu memiliki rumah atas tanah pula. “Walaupun belum lagi dapat beli rumah landed, tapi Allah makbulkan doa saya. Saya yakin inilah yang terbaik untuk saya pada waktu ini.

“Alhamdulillah. Insya-Allah, bila sampai masa, kita pindah rumah landed pulak ya sayang Deena Emir. Kuasa doa, usaha, sabar dan tawakal,” katanya. Sementara itu, di ruangan komen, isterinya, Deena Emir turut mengucapkan terima kasih buat suaminya itu yang sentiasa menyediakan yang terbaik buat keluarganya.”Mengejutkan betul ingatkan nampak interior dia. Saharul Ridzwan terima kasih sayang, Amin,” tulisnya.

Saksikan drama lakonan Saharul Ridzwan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang. Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19.

Ini Rupanya Keputusan SPM Saharul Ridzwan Yang Ramai Tak Tahu!

Mohd Saharul Ridzwan Hashim atau lebih dikenali umum dengan nama komersialnya, Saharul Ridzwan, 31, merupakan salah seorang finalis Hero Remaja 2012 yang mana pada pertandingan berkenaan, beliau bersaing bersama Fattah Amin, Syafiq Kyle, Ben Amir, Fendy Bakry, Hafreez Adam, Hafidz Roshdi dan Nazrief Nazri, sekaligus diangkat sebagai pemenang tempat ketiga.

Dengan meraih keputusan 3A 5B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Saharul merupakan antara alumni Hero Remaja yang boleh dibanggakan daripada sudut pencapaian akademiknya. Beliau yang merupakan pelakon kelahiran Kuantan, Pahang ini adalah lulusan dalam jurusan kejuruteraan penyelenggaraan pesawat daripada sebuah kolej penerbangan yang terletak di Negeri Sembilan.

Suami kepada Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir ini meningkat sebagai seorang aktor menerusi beberapa siri televisyen seperti Romi Cinta Julia, Hati Perempuan, Kau Aku Kita, Jangan Benci Cintaku, Selafaz Cinta dan banyak lagi. Juga jangan ketinggalan untuk mengetahui keputusan SPM dua lagi bintang Hero Remaja 2012 iaitu Fattah Amin dan Syafiq Kyle menerusi pautan berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *