Sering kali dikaitkan dengan Raja Afiq. Atiq Azman dedahkan punca dia tukar nama dia kepada satu nama ini dan harap semua maklum dengan nama pentasnya

artis

Raja Atiq tukar nama pentas kerana tidak mahu peminat keliru dengan Raja Afiq. GARA-GARA pernah berlaku kekeliruan, pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Nur, Raja Atiq membuat keputusan untuk menukar nama komersialnya kepada Atiq Azman.

Menurut Atiq, terdapat kekeliruan namanya dengan nama pelakon Raja Afiq sehingga pernah berlaku kesilapan pada poster yang dipromosi sebuah stesen radio dua tahun lalu.”Masih ramai lagi orang panggil saya Raja Atiq… tak tahu kenapa. Sebab saya tukar stage name dari Raja Atiq kepada Atiq Azman sebab ramai orang keliru antara Raja Atiq dan Raja Afiq.”Lebih kurang dua tahun lepas saya pergi ke sebuah stesen radio ni, dan mereka ada letakkan gambar saya di sebuah poster tapi nama saya mereka letak Raja Afiq, bukan Raja Atiq,” katanya kepada mStar.

Sampai ada orang ingat kami adik-beradik.

Tambahnya, ada juga yang menyangka dia dan pelakon Sayangku Kapten Mukhriz itu mempunyai talian darh. Bagaimanapun, dia terbuka jika masih ada peminat yang mahu memanggilnya dengan nama Raja Atiq.”Itu yang buat orang keliru. Bukan tak sedap letak nama Raja Atiq, tapi ramai orang keliru. Sampai ada orang ingat kami adik-beradik.

“Tapi saya sebenarnya tak kisah orang nak panggil saya Raja Atiq atau Atiq Azman,” jelasnya. Atiq mahu cuba pegang watak hero dalam sesebuah drama. Dalam pada itu, Atiq sempat berkongsi hasratnya untuk membawakan watak utama dalam sesebuah drama namun sedar belum mampu dan diberi kepercayaan.

Atiq berkata dia juga ingin memperbaiki kemahirannya serta bakatnya dalam bidang lakonan dan tidak menerima sebarang tawaran secara melulu. “Kalau ikutkan, saya memang teringin nak bawa watak hero dalam mana-mana drama, tapi buat masa sekarang saya terima saja apa-apa tawaran yang saya dapat. Saya pun tak boleh demand.

“Tapi saya kalau boleh nak perbaiki balik cara lakonan saya… saya takkan terus terima mana-mana tawaran yang datang sebab takut nanti bila mula penggambaran, saya akan menyusahkan semua kru produksi. “Jadi, untuk mengelakkan benda tu terjadi, saya akan cakap yang saya belum bersedia,” ujarnya.-mstar

Atiq Azman rela tidak berlakon demi pertahan prinsip

ALOR SETAR: Pelakon, Atiq Azman, mengakui rela hilang tawaran berlakon apabila berpegang teguh dengan prinsip untuk tidak melakonkan babak bersentuhan. Atiq atau nama sebenarnya, Raja Muhammad Atiqullah Shah berkata, walaupun mungkin akan ada yang memandang sinis prinsipnya itu, dia enggan menjadi hip0krit semata-mata kerana mahu menjaga perasaan orang lain.

“Saya tetap mempertahankan prinsip ini, walaupun mengetahui ia akan membuatkan saya hilang banyak tawaran. “Tidak mengapa kerana saya percaya rezeki ada di mana-mana. Kalau bukan dalam bidang seni, mungkin rezeki itu datang dalam bentuk lain asalkan saya tidak jemu berusaha,” katanya.

Sebagai bekas pelajar sekolah tahfiz, finalis Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke- 32 itu berkata, dia perlu menjaga tingkah laku supaya nama dan tempat dia menerima pendidikan tidak terher3t dalam kontrovrsi.

“Saya perlu menjaga nama baik tempat saya belajar. Kalau boleh, saya tidak mahu terbabit dalam sebarang kontrovrsi yang boleh menjejaskan reputasi dan maruah ibu serta bapa saya,” katanya ketika ditemui pada acara siri jelajah kedua ABPBH 32 yang berlangsung di Aman Central, di sini, semalam.

Kali pertama menjadi finalis dan menyertai acara promosi ABPBH, pelakon berusia 19 tahun itu mengakui, seronok kerana ia bukan sahaja merapatkan juraang antara artis dan peminat, tetapi juga mengeratkan silaturahim sesama selebriti.

“Walaupun berada dalam satu industri, tidak semua kita kenal kerana cabang seni kami tidak sama. Justeru, peluang menyertai siri jelajah promosi ABPBH tidak harus dilepaskan kerana menerusi acara seperti ini, kita dapat berkenalan dengan finalis lain, di samping beramah mesra dengan peminat,” katanya. Menerusi kategori itu, Atiq berdepan saingan daripada Afieq Shazwan, Adam Lee, Iswan Ismail dan Ryan Deedat.-bh

Takut ALLAH tak maafkan saya: Atiq Azman

PELAKON meningkat naik menerusi drama rantaiian popular, Nur, Atiq Azman, 19, mengakui kesalahan ketika dalam membaca ayat suci al-Quran menerusi episod pertama edisi kedua drama berkenaan, Selasa lalu. Menurut Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah atau Atiq Azman, berterima kasih kepada mereka yang tampil menegur kesalahannya.

Meskipun mengharap akan kesalahannya dimaafkan oleh masyarakat, namun apa yang ditakutinya adalah ALLAH kerana sedar pembacaan ayat suci tidak boleh diambil ringan. “Minta maaf atas segala kesalahan yang saya lakukan. Terima kasih siapa yang menegur. Ya ayat al-Quran kita tidak boleh saja-saja baca takut lari maksud.

“Atiq terlalu yakin dengan bacaan sampaikan salah Atiq baca. Minta maaf kerana tidak sengaja saya terbaca begitu. tterima kasih sekali lagi atas teguran semua dan Atiq tak takut jika orang lain tahu perkara ini sebab akan Atiq jadikan satu pengajaran.

“Tapi Atiq takuut ALLAH tidak memaafkan Atiq sekiranya berdiam diri dan tidak memberi satu tindakan yang Atiq salah baca, itu yang Atiq takut,” luahnya. Dengan pengakuan itu, selaku pengarah drama bersiri Nur Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali Budak Ijat, akan tampil untuk membuat rakaman semula bagi membetulkan babak berkenaan selain berasa kagum dengan keberanian Atiq.-sinarharian

Atiq tidak mahu dilabel pemegang watak alim

Tidak mahu hanya dikenali sebagai pemegang watak orang alim, Raja Atiq mahu mencabar dirinya membawa perwatakan berbeza. Watak Amirul yang dilakonkan Atiq dalam Drama Nur 2 memaparkan lelaki alim sebelum ini menjadi perbualan hangat di media sosial.

“Tidak, saya bukan hanya memilih watak islamik. Saya juga ingin mendalami watak lain,” kata pemilik nama penuh Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 19 ketika ditemui di Himpunan Artis Sayang al-Quran di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Atiq yang sedang menjalani penggambaran drama Cinta Itu Fairy Tale, dia kini memegang watak yang berlainan menerusi drama terbarunya itu. “Saya memegang watak sebagai jurukamera dan penceritaannya berlainan dari drama Nur yang berunsur keagamaan.

“Drama ini lebih santai dan tidak menampakkan Atiq sebagai watak seorang lelaki alim,” katanya. Cinta itu Fairy Tale sebuah drama arahan Tam Suhaimi bakal diterbitkan tidak lama lagi menggandingkan lakonan Atiq dan Eyka Farhana.

Mengulas lakonannya dalam drama Nur 2, Atiq menjelaskan terdapat segelintir pihak tidak berpuas hati apabila babaknya bersama Suraya lakonan Eyra Hazali didapati terlalu pendek. “Ramai yang tidak puas hati sebenarnya sebab kata mereka episod akhir itu terlalu cepat.

“Ada juga yang hendak (watak lakonannya) Amirul dan Suraya (lakonan Eyra Hazali) berkahwin,” katanya. Nur 2 adalah sebuah drama yang mendapat sambutan hngat dengan berjaya meraih 10 juta tontonan sejak mula ditayangkan April lalu.

Drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu menampilkan barisan pelakon antaranya Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Noorkhiriah dan Azhan Rani. Mengulas lanjut, pelakon yang namanya kian meningkat itu berkata ia terjadi kerana rata-rata warganet tidak tahu bahawa episod selebihnya boleh didapati dalam laman web iflix. “Mereka yang nak tengok babak selanjutnya boleh ke laman iflix. “Situ semua ada, babak ayah haji, Amirul dan Suraya semua ada,” katanya.-malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *