Sedar tak sedar dah timang anak yang keenam. Zul Yahya kongsi berita gembira selepas timang cahaya mata keenam dan ucapan istimewa buat isteri

artis

Pelakon Zul Yahya sekali lagi menerima berita gembira apabila menimang cahaya mata keenamnya Jumaat lalu. Lalu bintang yang kini bergiat aktif dalam bidang keagamaan itu turut menzahirkan rasa syukur apabila isterinya, Siti Raihan Mohd Rodzi selamat melahirkan anak lelaki mereka.

Pada masa sama, Zul turut berdoa agar permata hati mereka membesar menjadi anak yang soleh dan al-hafiz. Perkara itu dimaklumkan Zul menerusi satu posting di Instagram. Sementara itu menerusi satu hantaran lainnya, Zul turut menitipkan dedikasi istimewa bersempena dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga besarnya.

“MashaAllah, 9 muharram 1442 hari jumaat. Allah swt hadirkan kpd kami seorang lagi permata hati.“Alhamdulillah, ibu dan anak sihat dan dipermudahkan kelahirannya. #Allahmahabaik #amanahAllah #6point,” tulisnya sambil disusuli dengan ucapan tahniah. Foto: Instagram Zul Yahya

‘Cari kerja lainlah yang lebih berkat’ – Zul Yahya

PELAKON Zul Yahya, 47, menyeru pekerja industri filem dan drama kalangan kru produksi dan teknikal belakang tabir untuk mengubah haluan kerjaya yang diceburi mereka selama ini.Menerusi perkongsian video berdurasi tiga minit di Instagram TV (iGTV), Zul berkata, sudah tiba masanya mereka melakukan perubahan dalam kehidupan untuk mencari rezeki lebih berkat di sisi Allah.

“Jom ubah kehidupan kita. Industri ini (hiburan) tak bawa ke mana pun, tak ada keberkatan. Dapat banyak pun (wang) tak pernah cukup. Dalam industri ada banyak kaki ampu, berpuak-puak, pentingkan diri sendiri dan rasuaaaaaah. Begitu juga salah guna kuasa untuk peroleh sesuatu diingini.

“Nasib kru (pekerja belakang tabir) yang kerja susah payah tak ikut tempat, semua ceruk diredah dan makan tak menentu, pihak atasan tak nampak jasa ini. Apa yang mereka nampak adalah keuntungan,” katanya.Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya juga mendkwa penerbit, pengarah, stesen TV dan banyak pihak tak ambil berat soal keberkatan.

Katanya, apa yang ditayangkan pun tak berkat, apatah lagi yang mengusahakan produk terbabit. Justeru, Zul menyeru kepada pekerja terbabit untuk ambil peluang ubah cara hidup dan undur diri.”Kerja dalam industri ini, EPF (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja) pun tak ada. Insurans ada yang boleh bayar, ada tak mampu. Jadi, hadirnya Covid-19 ketika ini, ia sebagai ujian untuk kita buka minda dan ambil peluang itu untuk ubah kehidupan.

“Undur diri, cari rezeki lebih berkat. Biar sedikit, asalkan cukup. Rezeki Allah ini luas dan kena berubah. Lagi pun, industri (hiburan) kita ini gagal,” katanya.Menurut Zul, apa yang dikongsi itu berdasarkan pengalaman pernah dilaluinya mnceburi kerjaya seni selama 20 tahun.

Katanya, melalui pengalaman terbabit membuatkan dia akhirnya nekad mengunndur diri tinggalkan industri seni dan berubah mencari rezeki lebih berkat.Sehingga kini, video perkongsian Zul itu sudah mencatat lebih 6,000 komen dengan lebih 30 komen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan berkenaan.-mymetro

Zul Yahya raih tumpuan

PELAKON Zul Yahya, 46, tidak mengharapkan maklum balas masyarakat apabila membersih dan mengutip sampah di sekitar Taman Meru, Ipoh, yang tular baru-baru ini. Pelakon yang popular menerusi siri drama Pepaya itu meraih tumpuan ramai apabila bertindak membersihkan sampah-sarap di kawasan terbabit sendirian.

Zul ketika dihubungi berkata, dia sememangnya sedar apa yang dibuat sebelum ini tidak memberi kesedaran dan bertindak membuat keputusan sedemikian. “Dari dulu sampailah sekarang perkara ini tiada respon. Cakap 100 kali pun sama juga kerana itu akhlak. Saya bercakap berkenaan akhlak manusia. Saya buatlah apa yang boleh. Ibarat saya nak tandas saya bersih, takkanlah saya nak kena harapkan orang lain yang buat.

“Saya cuci dan tunjukkan saya nak tandas saya bersih macam ini, kemudian saya suruh orang buat. Kalau mereka tak buat juga, bermakna mentaliti mereka memang teruk,” katanya. Zul yang kini bergelar usahawan berkata, tujuannya adalah memupuk kesedaran betapa pentingnya menjaga kebersihan yang menjadi asas hidup.

“Hidup kita sekarang pada zaman gajet, semuanya nak glamour. Apa yang dipandang hanya perkara glamour. Saya nak bangunkan semua orang terutama golongan muda supaya menjaga kebersihan kerana ia adalah asas kualiti hidup. Kalau tak bersih bermakna ia pemalas dan orang malas tiada hala tuju dalam hidup. Ia memang asas utama,” katanya.

Tindakan Zul melakukan kerja pembersihan ini dikesan seorang individu bernama Mohd Hairuddin yang merakam video dan kemudiannya memuat naik di Facebook. “Semalam Zul bagi tahu sampah banyak di kawasan Mcdonalds Meru. Hari ini dia sendiri yang datang sapu sampah penuh satu kereta pacuan empat roda,” tulis Mohd Hairuddin. Hantaran video ini dikongsi sebanyak 560 kali dan menerima 68,000 tontonan dan rata-rata warganet memuji usaha dan tindakan murni pelakon terbabit.

Zul berkata, dia sendiri asalnya orang miskin tetapi sudah diajar menjaga kebersihan sejak kecil. “Rumah buruk juga tapi ibu bapa saya ajar kalau boleh rumah sentiasa bersih dan tempat tidur kena sentiasa kemas.“Ini yang perlu ditekankan dalam masyarakat kita. Saya tak pastilah sama ada orang suka atau tak dengan perbuatan saya. Saya bukannya nak tunjuk yang saya baik dan semua manusia tak sempurna,” katanya.

Menurutnya, dia mahu menyuntik kesedaran di dalam diri sendiri serta masyarakat bahawa pentingnya menjaga kebersihan.“Itu menunjukkan akhlak, pemikiran dan hala tuju kita sekarang. Kalau boleh biarlah seluruh hidup kita bersih dan kita ada sikap untuk bertindak.

“Saya perasan ada yang kata soal kebersihan adalah urusan pekerja majlis perbandaran, tapi bilangan mereka berapa orang sangat? Mereka kena bersihkan kawasan yang besar. Takkanlah nak harapkan dia berikan kebaikan terhadap keburukan kita setiap hari? Untuk apa harapkan orang lain buat sedangkan kita boleh buat sendiri,” katanya.

Menerusi laman Facebook miliknya pula, Zul turut memberi nasihat kepada orang awam supaya menjaga kebersihan bumi ini kerana itu adalah tanggungjawab bersama.“Buang tabiat buruk itu dan jadilah manusia berkualiti. 20 bungkus plastik sampah berjaya dikutip selama lebih dua jam,” tulisnya.-mymetro

Rezeki artis tak berkat? Johan As’ari jawab pandangan Zul Yahya – “Cukup kalau kita kerja kerana Allah, direstui ibu bapa dan tahu ia halal”

SEJAK beberapa hari lalu dunia hiburan seakan menerima tamparan hebat selepas pelakon senior Zul Yahya mengajak penggiat industri agar meninggalkan kerjaya masing-masing. Kata Zul, 47, sudah tiba masanya pekerja industri filem dan drama dalam kalangan kru produksi dan teknikal belakang tabir untuk mencari sumber pendapatan yang lebih diberkati Allah.

Dek kerana itu, maka ramai juga anak-anak seni yang melnting kerana tidak bersetuju dengan mesej yang ingin disampaikan Zul. Bagaimanapun pelakon Johan A’ari dilihat tenang dengan seruan Zul dan menerimanya dengan hati terbuka.

“Sebenarnya apabila saya selami kembali seruan Zul itu, saya dapat rasakan ia bersifat kasih sayang. Dia kasihan dengan jerih perih pekerja belakang tabir yang mengalami kesukaran dalam tempoh pandemik Covid-19 ini. “Jadi rasanya tidak perlu kita menyalahkan mana-mana bidang pekerjaan, yang penting kerja yang dilakukan itu halal,” kata Johan kepada mStar.

Perkongsian Zul Yahya di Instgram menerima pelbagai respons. Johan berkongsi pandangannya menerusi rancangan mStar Live+ di Facabook pada Rabu. Ujar pelakon filem Juvaana ini lagi, soal keberkatan itu sebenarnya bergantung kepada niat seseorang itu.

“Tak wajar untuk kita pukul rata semua pekerja industri hiburan. Isu keberkatan ni lebih baik kita tepuk dada dan tanya hati.”Keberkatan itu pasti dirasai apabila kita gembira dengan hasil kerja sendiri dan yang penting jangan pernah ada prasangka terhadap sesiapa,” tambah Johan.

Ulasan Johan sebagai pelakon generasi muda itu boleh ditonton kembali di Facebook mStar. Selain isu mengenai kenyataan Zul Yahya, pelakon Siti Elizad juga muncul dalam rancangan tersebut bercerita mengenai tips untuk cepat khatam al-Quran.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *