Dimasukkan ke hospital baru baru ini. Lia Natalia dedahkan dia pergi ke hospital selepas disahkan mengalami sakit ini dan dia mohon maaf dengan silapnya

artis

Pelakon Lia Natalia, 28, mendedahkan dia telah dimasukkan ke Hospital Pakar Damansara (KPJ) pada 29 Ogos lalu. Ketika dihubungi Gempak, Lia memberitahu dia telah mengalami demam panas serta tekanan darh dan gula berada di tahap rendah daripada normal.

“Saya mengalami demam dan migrain. Kemudian apabila periksa tekanan darh, ia berada di tahap rendah sama juga gula,” katanya.Tambah Lia yang popular menerusi drama Bukan Gadis Biasa itu akui antara faktor dirinya sakit disebabkan tidak mendapat rehat yang secukupnya.

“Mungkin sebab saya tak rehat selepas Perintah Kawalan Pergerakan (MCO). Saya sibuk dengan penggambaran sampai la sekarang. Dan akhirnya saya ‘tumbng’,” katanya lagi.Walaubagaimanapun, pemilik nama Alia Afiqah Abden menyatakan keadaan dirinya kini sudah makin pulih.

“Alhamdulillah hari ini (Isnin) makin baik berbanding semalam (Ahad). Terima kasih sangat yang tak putus mendoakan untuk saya. Jangan risau okey,” katanya menerusi Instagram Stories. Sebelum ini, Lia ada memuat naik foto terbaring di katil berserta dengan kapsyen memohon maaf kerana terpaksa menangguh beberapa tugasan kerja.

“Tewaas juga akhirnya. Saya minta maaf majlis yang saya sepatutnya hadir tak dapat pergi dan review yang saya kena buat.“Saya dah sihat saya akan buat semuanya dan balas,” tulisnya.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MstarkiniSumber:gempak

Lia Natalia risau diekori individu misteri

PELAKON, Lia Natalia terpaksa membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara bagi melindungi keselamatan diri selepas mendkwa diekori individu tidak dikenali di kawasan tempat tinggalnya, Sabtu lalu.Lia, 28, atau nama sebenarnya Alia Afiqah Abden berkata, kejadian itu pertama kali berlaku sepanjang dua tahun tinggal di kawasan berkenaan.

“Sejak kebelakangan ini saya perasan macam ada orang tahu saya tinggal di mana. Ditambah apabila sudah dua kali ‘parcel’ atau barang kiriman saya hilang di pondok pengawal. Satu barang yang dibeli sendiri dan satu lagi barang untuk buat ulasan (review).

“Setiap kali pulang rumah, seperti ada yang mengekori. Malah, pembantu peribadi (PA) yang tinggal bersama pun ada memaklumkan ada cubaan membuka pintu rumah saya secara perlahan-lahan selain ada orang selalu lalu-lalang depan rumah.”Sebelum ini saya tinggal seorang diri dan baru saja ada PA. Tapi, ia tetap merisaukan saya sebab kadang pulang lewat malam dari lokasi penggambaran,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Lia yang popular menerusi drama Bukan Gadis Biasa berkata, polis sedang menjalankan siasatan susulun laporan yang dibuat. “Sebelum buat laporan polis, saya juga sudah membuat laporan kepada pihak pengurusan tempat tinggal dan pengawal keselamatan.”Mereka sudah melihat kamera litar tertutup (CCTV) dan sekarang siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.-mymetro

Percintaan tiga tahun Lia Natalia dan kekasih pernah dignggu orang ketiga

Bagi Lia, sudah menjadi lumrah apabila hubungan cinta pasangan kekasih diganggu orang ketiga. PELAKON Lia Natalia mengakui hubungan cintanya yang terjalin sepanjang tiga tahun dengan jejaka yang dikenali sebagai Azizi pernah diganggu orang ketiga.

Lia atau nama sebenarnya Alia Afiqah Abden, 27, berkata dia bagaimanapun menganggap perkara itu sudah menjadi lumrah dalam setiap hubungan pasangan kekasih. Menurut Lia, perkara yang penting dalam sesebuah hubungan itu adalah perlu saling mempercayai satu sama lain.

Lia dan kekasih saling mempercayai satu sama lain. “Benda tu adalah perkara biasa dan memang ada yang kacaau saya dan dia. Tapi bagi saya, semua tu terletak pada diri sendiri. “Sama ada kita nak melayan atau tidak. Alhamdulillah, saya dan dia saling mempercayai. Itu sahaja yang penting.

“Walaupun pasangan yang sudah berkahwin pun boleh berpisah . Jadi, apa-apa pun paling penting kena saling percaya satu sama lain,” kata Lia kepada mStar. Dalam pada itu, pelakon drama Isteri Bukan Untuk Disewa ini memberitahu dia sudah meletakkan sasaran untuk berkahwin sebelum usianya 30 tahun.

Lia sasaran kahwin sebelum usianya mencecah 30 tahun. Kata Lia, dia akan tidak akan merahsiakan soal perkahwinannya dan akan berkongsi berita baik itu jika semuanya sudah ditetapkan. “Kami ada membuat perancangan ke arah itu, Insya-Allah tapi tak tahu lagi. Saya memang dah letak sasaran untuk kahwin sebelum usia 30 tahun. “Sebenarnya bukan saya tak nak bercerita tapi biarlah tunggu semua dah ditetapkan. Tapi memang saya janji akan kongsi berita gembira itu,” ujarnya.-bh

Lia Natalia elak ‘buat perangai’ demi keluarga

KUALA LUMPUR: Teringatkan keluarga, aktres Lia Natalia tidak sampai hati mencipta kontroversi dan menyebarkannya melalui media sosial sebagai taktik ‘melariskan’ diri dalam dunia seni. Mengaku pernah disaran individu tertentu untuk ‘mementaskan’ drama melalui laman sosial, Lia yang membintangi filem Pinjamkan Hatiku bersama teraju utama, Shaheizy Sam dan Ayda Jebat, tidak sanggup membiarkan keluarga terkena ‘tmpias’ gara-gara ‘kontroversi’ tercetus.

“Ada yang suruh saya cipta kontroversi. Kalau hendak diikutkan, boleh sahaja. Pelbagai medium media sosial boleh saya guna. Buat perangai sikit, terus jadi tular tetapi saya tak mahu. “Saya fikirkan keluarga, tak mahulah nanti mereka pula terkena tempias. Biarlah populariti itu hadir dengan sendiri kerana bakat dimiliki.

“Jadi, kiranya, kalau orang tanya, siapa Lia? Lia mana? Orang yang menjawab akan sebut ‘Ala, Lia pelakon filem Pinjamkan Hatiku itu,” katanya kepada BH Plus. Tujuh tahun terbabit dalam dunia lakonan, Lia mengakui popularitinya tidak setanding pelakon baharu yang pantas meraih perhatian umum.

Namun, Lia atau nama penuhnya, Alia Afiqah Abden, 25, bersyukur penerbit tidak pernah terlepas pandang hingga tawaran lakonan tidak pernah puutus. “Diakui populariti saya tidak setanding artis sekarang. Entah kenapa, mungkin tiada kontroversi agaknya, saya tidak pasti.

“Biarlah. Saya suka dengan keadaan sekarang. Asalkan tawaran kerja yang diterima sentiasa ada, itu sudah cukup menggembirakan saya. Jadi, kiranya penerbit tidak terlepas pandang bakat saya,” katanya. Namun, Lia tidak tergesa-gesa berada di puncak memandangkan usianya baharu mencecah 25 tahun dan perjalanan karier seni masih jauh.

Mengimbas detik permulaan menyertai dunia seni, Lia menyertai acara peragaan dan menjadi model untuk butik pengantin. Lia juga pernah menyertai musim kedua program Pilih Kasih selain mencuba nasib dalam pertandingan Dewi Remaja pada 2010. Setahun kemudian, Lia menyertai program Pencarian Gadis M2.Karier seni lakonannya bermula melalui telefilem Pautan Kasih Rabbeca dan Azura pada 2012, kedua-duanya diarah Aziz M Osman.

Cuba bidang nyanyian

Berkongsi pengalaman ketika mula bergelar pelakon, Lia memberitahu, dia bersama Cristina Suzanne kerap menghantar profil di syarikat produksi tempatan.”Macam-macam pengalaman dilalui dan masih ingat, saya dan Cristina gigih menghantar profil ke hampir semua syarikat produksi.

“Alhamdulillah, sekarang syarikat produksi mula menghubungi dan memberi tawaran kerja… Itu sudah cukup bagus,” katanya.Enggan membataskan keupayaan dalam sesuatu bidang saja, Lia bercadang mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian dengan menampilkan single baharu.

Menariknya, Lia mencuba genre muzik dangdut kerana minat yang mendalam terhadap irama itu.”Memandangkan tidak ramai yang menyambung generasi dangdut, saya akan cuba berbuat demikian. Setakat ini, projek penghasilan single masih dalam perancangan. Doakan ia sukses,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Lia turut berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan memasarkan produk langsing badan dan mencerahkan kulit iaitu Asikkkslymm.Lia mengaku menggunakan sendiri produk itu dan mendapati ia berkesan. “Dulu berat saya lebih 90 kilogram (kg). Sekarang, saya mencapai berat ideal iaitu 56 kg. Saya fikir, apa salahnya jika produk ini dikongsi pada orang yang mengalami masalah yang sama dengan saya,” katanya.

INFO.Nama sebenar Lia Natalia adalah Alia Afiqah Abden.Pernah menyertai acara peragaan dan menjadi model untuk butik pengantin. Menyertai musim kedua program Pilih Kasih Musim pada 2010. Mencuba nasib dalam pertandingan Dewi Remaja pada 2010 dan Pencarian Gadis M2 pada 2011.Karier lakonan bermula melalui telefilem Pautan Kasih Rebbeca dan Azura pada 2012.-bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *