Ada pusat tahfiz miliknya di Langkawi. Aaron Aziz dedahkan pusat tahfiznya dirobohkan sehingga meraih perhatian warganet dengan ekoran satu perkongsian ini

artis

Ramai tidak tahu bahawa pelakon Datuk Aaron Aziz mempunyai sebuah pusat tahfiz di Pulau Langkawi. Baru-baru ini, Aaron berkongsikan gambar menunjukkan satu bangunan yang telah dipechkan dinding. Menerusi perkongsian itu, Aaron meluahkan rasa kecewa apabila pusat tahfiz miliknya itu dirobohkn. Enggan mengulas lanjut sebab mengapa ianya dirobohkn, Aaron berkata ia berada di luar kawalannya.

Sedih melihat keadaan tersebut, Aaron berdoa dan berharap agar segala urusan di sana dipermudahkan dan asrama untuk anak-anak tahfiz itu perlu dibina semula. Diruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat bertanyakan hal tersebut. Malah, ramai yang mendoakan agar semuanya baik-baik sahaja terutama untuk anak-anak tahfiz yang menjadi mangsa dengan apa yang berlaku.

Tidak kurang juga peminat turut memberikan kata-kata semangat kepada Aaron Aziz agar terus tabah di atas ujian tersebut kerana jalan untuk menuju kebaikan banyak halangan dan yakinlah bahawa ada hikmah disebalik semua kejadian.-rotikaya

Isu Yang Melibatkan Aliff Aziz Berbalah Mulut Di Singapura. Aaron Aziz Mula Masuk Campur Bila Tindakan Warganet Ini Yang Buat Dia Bertindak Untuk Menegur

Aliff Aziz membuat pengakuan bersalah atas dua kes di Mahkamah Negara Singapura pada Jumaat. KECEWA dengan sikap warganet yang sering menyebarkan a1b seseorang di laman sosial, pelakon Datuk Aaron Aziz meminta orang ramai agar tidak mempersndakan masa silam seseorang.

Aaron, 44, membuat teguran itu selepas melihat pelbagai posting di laman Facebook yang melemparkan kata-kata buruk terhadap seorang selebriti yang berhadapan proses mahkamah.”Saya nak nasihat sikit… saya nampak di Facebook banyak orang kongsi tentang hukumn seorang artis yang masuk mahkamah dan mungkin akan dijatuhkn hukumn bulan September ni. Semua orang ketawakan.

“Kalau benda tu dalam Facebook, biarkan saja. Kalau orang lain dapat tahu, biar mereka tahu sendiri. Aliff berbalah mulut dengan beberapa individu di sebuah restoran di Singapura.”Jangan nak mempersendakn orang yang dah bertaubat… yang dah kena hukumn dunia. Ia tak kelakar. Semua orang buat salah… itu saja saya nak cakap,” ujarnya.

Teguran tanpa merujuk secara khusus kepada mana-mana individu itu dipercayai berkaitan kepada proses mahkamah yang dilalui penyanyi dan pelakon kontroversi, Aliff Aziz.Ia susulan pada Jumaat lalu Aliff mengaku bersalh di Mahkamah Negara Singapura atas dua kes mengambil barang tanpa izin dan berkelakuan tidak senon0h di tempat awam.

Manakala, satu lagi kes diambil dalam pertimbangan.Aaron menasihati warganet agar tidak menyebarkan kisah silam seseorang yang sudah bertaubat.Menurut kertas yang dibacakan, tuduhn pertama adalah bagi mengambil wang sebanyak S$300 (RM915) dan 1 juta rupiah (RM285) milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia.

Kes kedua adalah bagi kelakuan tidak senon0h dengan menjerit dan menunjukkan isyarat menggunakan tangan semasa berada di tempat awam.Hakim Victor Yeo menetapkan, bagi kes kedua ini, Aliff boleh dikenakan dnda tidak melebihi S$2,000 (RM6,101) atau tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Kes ketiga yang diambil dalam pertimbangan adalah mengambil sekotak rokk Marlb0ro dan pemetik api.Aliff akan kembali dihadapkan ke mahkamah pada 14 September depan bagi keputusan kes.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!-mstar

Aaron Aziz Imbau Satu Video Tapi Tular Satu Benda Ini Raih Perhatian. Tak Sangka Ini Sikap Sebenar Dia

Pelakon Datuk Aaron Aziz dan isterinya, Datin Diyana Halik baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-17. Istimewanya kali ini, Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 44, mengimbas kembali kenangan mereka dengan memuat naik video akad nikah menerusi akaun Instagramnya. “17 tahun dahulu. Sebelum danish anaqi aaron sebelum dwi ariana aaron sebelum dahlia arissa aaron.

“Cepat betul masa berlalu. Semoga Allah berkati rumahtangga kami diyana halik. Happy Anniversary Dar,” coretnya. Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan ucapan ulang tahun kepada pasangan sweet ini. “Amboi tok kadi punya hayun tangan suruh sambut lafaz, bergetar,” usik farain zinodin. “Dia punya hayun tangan bila lepas sah aarondwiaziz. Anyway, happy anniversary,” komen ayang ibrahim.

“Lain macam dia punya shakehand bang… Risau pulak nengoknya, Happy anniversary both of you,” tulis seorang warganet. Tidak kurang juga ada yang mengucapkan rasa gembira dan bersyukur kerana perkahwinan Aaron dan Diana semakin utuh. “Tak sangka dah 17 tahun dah bergelar suami isteri. Harap kekal hingga ke Jannah,” ucap ahmadnazhan2002. Aaron mendirikan rumah tangga dengan Datin Diyana Halik pada Ogos 2003. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Danish Anaqi, 16, Dwi Ariana, 14 dan Dahlia Arissa, 10.

Aaron Aziz berlakon filem Hong Kong

Beliau tampil dalam filem Undercover, sebuah filem aksi Hong Kong yang diarahkan oleh Philip Lui dan Frankie Tam. Filem yang sudah ditayangkan sejak semalam ini turut menampilkan barisan pelakon popular yang berpengalaman Hong Kong seperti Philip Ng, Andy Onimal, Van Ness WuKitty Jiang, Feng Wen Juan, Aka Chio, Chi Shuai, Jia, Lam Suet, Susan Shaw dan pelakon Malaysia iaitu Aaron sendiri.

Bercerita mengenai penglibatannya dalam filem ini, Aaron berkata, selain barisan pelakon yang mantap, dia juga ingin mencuba kelainan dalam kerjaya lakonannya. “Semuanya berjalan dengan lancar sepanjang penggambaran dan layanan yang diberikan kepada semua pelakon juga adalah sama rata. “Cuma memandangkan penggambaran banyak dilakukan di pelabuhan dan banyak kontena, keadaan agak panas, sedikit kurang selesa dan ia memberikan cabaran buat saya,” ujarnya.

Tambah Aaron, sepanjang penggambaran kebajikannya turut dijaga dengan baik. Malah, dia turut disediakan dengan makanan halal oleh pihak produksi. Aaron berkata, dapat beraksi dengan filem luar seperti Hong Kong merupakan satu peluang yang tidak harus dilepaskan sama sekali. “Walaupun terdapat perbezaan terutama dari segi bahasa namun mereka masih memberi peluang kepada pelakon Melayu seperti saya untuk berlakon dengan mereka.

“Itu adalah salah satu sebab juga saya bersetuju berlakon untuk filem ini dah mahu membuktikan yang pelakon-pelakon kita juga boleh menembusi pasaran antarabangsa,” ujarnya. Filem ini berkisar mengenai seorang polis yang menyamr terpaksa bekerjasama dengan sekumpulan pasukan khas yang menentang barang terlarng. Antara lain yang menarik mengenai filem ini adalah penglibatan Gordon Chan sebagai penerbit filem.

Gordon Chan kini dikenali sebagai penerbit ketua generasi baru filem Hong Kong kerana mempunyai gaya filem yang pelbagai dan tersendiri. Manakala gabungan Philip Lui dan Frankie Tam pula sememangnya diketahui sebagai antara senior dalam bidang perfileman di Hong Kong. Philip Lui berjaya membuka pasaran filem China dengan tajuk Chasing the Dragon. Frankie Tam pula telah dicalonkan sebagai penulis skrip terbaik di Anugerah Filem Hong Kong 2011.

Bercerita lanjut mengenai pembikinan filem ini, Philip Ng yang memikul peranan sebagai watak utama dan juga pengarah aksi memberitahu perancangan untuk penggambaran filem ini sudah pun dilakukan agak lama. Philip Ng yang mahir dengan seni mempertahankan diri sejak usia 7 tahun menggunakan pengalamannya untuk menghasilkan pengalaman visual yang luar biasa buat penonton. “Undercover merupakan filem pertama saya sebagai penerbit, pelakon dan pengarah aksi. Malah, tidak dinafikan ia merupakan satu perjalanan yang sukar.

“Bagaimanapun, ia sangat memberi kepuasan terhadap saya kerana diberi kebebasan dalam koreografi yang belum pernah saya dapat sebelum ini,” ujarnya dalam satu kenyataan media. Tambahnya, semua yang terlibat telah memberi sepenuh hati mereka dalam menjayakan projek ini termasuk dirinya bersama Andy Onimal dan Van Ness Wu yang telah berbincang perkara ini setelah sekian lama.

“Kami juga sangat berbangga kerana akhirnya dapat bergabung untuk menghasilkan projek penerbitan filem ini dengan barisan pelakon yang hebat,” ujarnya. Undercover mengisahkan pengintip Wu terlibat dalam perdagangan barang terlarng dengan gengnya. Semasa transaksi, anggota pasukan khas masuk campur operasi tersebut.

Nasihat anak supaya jangan menunjuk nunjuk

Meskipun memberi kelonggaran kepada anak-anak untuk menggunakan media sosial, pelakon Aaron Aziz mengaku sentiasa memantau aktiviti tiga anaknya. Kata Aaron ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi baju raya 2019 bersama Duta Jakel baru-baru, dia sentiasa mengingatkan anak-anak agar tidak membalas komen yang berbaur negatif.

“ Saya selalu berpesan kepada mereka agar tidak membalas segala komen yang buat mereka berasa berang. Dua cara sahaja yang saya pesan ketika berdepan dengan warganet yang suka berkata perkara negatif, abaikan komen tersebut. “ Bukan apa, saya tidak mahu disebabkan perbalahan kecil di media sosial, isu jadi besar pula. Lebih baik jangan layan daripada membalas komen sebegitu,” katanya kepada XTRA.

Ketiga-tiga anaknya, Danish Anaqi, 15, Dwi Ariana, 13 dan Dahlia Arissa, 9, memiliki akaun instagram sendiri. Dalam masa sama, pelakon filem Operasi X ini turut berpesan kepada isteri, Diyana Halik agar sentiasa berhati-hati sebelum memuatnaik sebarang gambar di Instagram.

“ Isteri suka muatnaik gambar tetapi setiap kali saya nampak ada gambar bag tangan berjenama di dalam gambar, saya akan berpesan seeloknya tidak berkongsi kerana bimbang dilabel suka menunjuk nunjuk. “ Orang bersifat iri hati sentiasa wujud di sekeliling tanpa kita sedar. Jadi lebih baik saya dan keluarga elak sebelum dikata suka menunjuk nunjuk di laman sosial,” katanya yang lebih selesa tidak berkongsi hal peribadi termasuk aktiviti amal dilakukannya.-ctto

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *