Terkejut ank dan suami buat macam ni. Dalam diam Fizi buat kejutan ke set penggambaran Shakilla. Sampai macam ni sekali jadi Shakilla.

artis

Pelakon Shakilla Khoriri terkejut dengan kehadiran suaminya, Fizi Ali dan anaknya, Ameena Sofia ke set penggambarannya di Melaka. Pun begitu, kedatangan mereka benar-benar bermakna buatnya selepas 2 minggu tidak berjumpa kerana tuntutan kerja.

“Pada suatu petang yang panas lagi terik pada hari Jumaat datang lah seorang bapak bersama anaknya buat kejutan apa entah dekat aku. “Aku paling pantang orang datang set aku walau sekadar nak tengok atau apa. tak suka dari dulu sampai sekarang.

“Tapi kali ni aku tak mampu nak kata apa sebab aku rasa kedatangan kali ni betul-betul bermakna buat aku. Tersangat! Rasa jantung nak pecah,” katanya. Shakilla berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut, Shakilla memuat naik rakaman video saat pertama kali berjumpa dengan anaknya yang datang ke set penggambaran.

Shakilla akui rasa tidak sihat badan sebelum ini adalah kerana rindu kepada anaknya. “Hilang rasa demam hilang sakit badan hilang semuanya. Sumpah! “Aku tak sangka aku demam rindu,” katanya lagi. Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia yang berusia setahun.

Terpaksa minta keluarga mertua jaga ank. Isteri pula di Melaka. Rupa rupanya ini yang terjadi pada Fizi Ali sampai kena tahan di wad.

PENYAMPAI radio Suria FM iaitu Fizi Ali ditahan wad Hospital Pakar KPJ Damansara, Petaling Jaya akibat mengalami demam panas sejak Selasa. Fizi, 31, berkata dia terpaksa meminta keluarga mentua menjaga anaknya, Ameena Sofia memandangkan isterinya kini berada di Melaka bagi menjalani penggambaran drama.

“Saya mula demam panas sejak semalam dan suhu badan 38 darjah celcius. Sementara saya ditahan wad, saya minta tolong keluarga mentua jaga Ameena. “Nasib baik keluarga mentua boleh tolong jagakan Ameena sebab saya risau kalau demam berjangkit dengan dia.

“Kesian juga dekat Ameena… ibu jauh, bapa dia pula kena tahan wad dan yang tak tahu bila boleh dibenarkan pulang,” kata Fizi ketika dihubungi mStar. Sebelum ini, isteri kepada Fizi iaitu Shakilla Khoriri meluahkan rasa sedih kerana terpaksa berjauhan dengan anaknya selama 15 hari.

Menurut Shakilla yang juga seorang pelakon, suaminya bertanggungjawab menjaga anak mereka sepanjang tempoh dia tiada. Dalam pada itu, Fizi memberitahu dia tidak mempunyai masalah menjaga anak perempuannya sepanjang ketiadaan Shakilla. “Sebenarnya jaga Ameena sangat senang sebab dia tak banyak kerenah dan tak ada masalah apa-apa pun sepanjang empat hari dah saya jaga.

“Tapi bila dia merindui ibunya itu yang payah. Setiap kali buat video call, mesti Ameena nak ambil telefon dan nak pergi dekat ibu dia. “Cuma, sekarang ini tak fasal-fasal saya masuk hospital saja. Nasib baik Ameena ok saja di rumah datuk dan neneknya,” ujarnya. Fizi mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia yang kini berusia setahun.

Isteri hampir ‘meryan’ dikritik warganet – Fizi Ali

PENYAMPAI radio Suria FM, Muhd Hafizudin Alimudin, 30, atau Fizi Ali mendedahkan isterinya, Shakila Khoriri hampir mengalami masalah ‘meryan’ akibat kritikan segelintir warganet di laman sosial. Fizi ditemui pada Suria Belanja Makan di Restoran Rebung Datuk Chef Ismail hari ini berkata, isterinya ada masalah menghasilkan susu badan sejak dikurniakan anak perempuan, Ameena Sofia pada 14 Mac lalu.

“Ada segelintir warganet menyalahkan isteri kerana sering menggunakan media sosial menyebabkan dia tidak dapat menghasilkan susu badan. “Selain itu ada juga seolah menyalahkan gaya hidup sebagai selebriti dan artis menyebabkan dia jadi begitu,” kata Fizi geram.

Dia menasihati isteri supaya tidak melayan dan memadam komen negatif yang ditinggalkan warganet seperti itu. Pun begitu, pasangan itu tetap berterima kasih kepada sebahagian besar warganet yang memberi pelbagai petua dan nasihat mengenai situasi dihadapi mereka.

Katanya, ada yang memberi petua tradisional dan moden bagi merawat masalah dihadapi Shakila. “Kami dah cuba macam-macam tapi belum membuahkan hasil. Saya hanya mampu menenangkan isteri supaya tidak bersedih kerana tidak mampu menyusu badan anak sepenuhnya. “Saya kata, walaupun tidak dapat menyusu sepenuhnya, sekurang-kurangnya Ameena dapat juga merasai susu badan ibunya pada peringkat awal,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *