Tak sabar nak jumpa. Lama menyepi mengejutkan bila tiba tiba Zahirah Macwilson dedahkan berita gembira. Rupa rupanya dalam diam dah 6 bulan mengandung ank sulung.

artis

Pelakon cantik,  Zahirah Macwilson mengesahkan dia sedang hamil anak sulung hasil perkahwinannya dengan Aiman Hakim Ridza. Zahirah mengumumkan berita gembira itu menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Menerusi posting tersebut Zahirah memuat naik gambar keadaan bayi menerusi imbasan ultrasound. “6 bulan membesar anak kecil kami. “Ibu dan ayah tak sabar nak jumpa kamu,” katanya. Di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Zahirah dan suami serta tidak sabar mahu menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Selain peminat, rakan artis juga tidak ketinggalan memberi kata-kata positif dan antara yang kelihatan termasuklah Eyra Hazali, Lisa Surihani, Elfira Loy, Aeril Zafrel dan ramai lagi. Anda boleh lihat posting penuh Zahirah di bawah.

Zahirah MacWilson & Aiman bersatu malam Jumaat

PERSOALAN yang berlegar-legar dalam kalangan ramai pihak akhirnya terjawab apabila pasangan pelakon, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza bakal menamatkan zaman bujang mereka dalam majlis pernikahan secara tertutup di Petaling Jaya, malam ini.

Biarpun memuatnaik foto pra-perkahwinan lengkap dengan tanda pagar gabungan nama mereka serta tarikh 20 Februari, pasangan terbabit sebelum ini bertindak mengunci mulut apabila merahsiakan pemilihan tarikh cantik ini sebagai hari penyatuan mereka kerana mahu menjadikannya sebagai kejutan buat semua pihak.

Zahirah, 25, dan Aiman, 31, mula berkenalan sejak empat tahun lalu dan mula rapat pada November 2018. Percintaan yang mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak ini akhirnya dimeterai dengan ikatan pertunangan pada Jun tahun lalu di Australia.

Mereka sudah bersiap sedia dan cukup mengenali hati budi masing-masing sebelum melangkah ke alam perkahwinan Zahirah sebelum ini mengakui perkahwinan ini adalah satu fasa baru dalam hidupnya. “Ia adalah satu detik yang besar buat kehidupan saya,” katanya yang bersyukur hasratnya untuk berkahwin pada usia sekarang direstui kedua ibubapanya.

Manakala bagi Aiman pula, kehadiran Zahirah dalam hidupnya umpama satu anugerah besar yang sentiasa dinantikannya. “Ketika bertemu dengan dia, saya sudah mula rasa sesuatu yang berbeza. Terdetik dalam hati saya, ‘dia adalah orangnya’,” katanya mengakui Zahirah adalah wanita yang bakal melengkapi kehidupannya. Walaupun bergelar isteri selepas ini, ia tidak menghalang Zahirah meneruskan cita-citanya dalam bidang seni.

Zainol tetap pantau Zahirah

PELAKON Zainol Johari Macwilson tetap akan memantau perkembangan anaknya, Zahirah Macwilson biarpun pelakon itu sudah bergelar isteri kepada Aiman Hakim Ridza Abdoh. Zahirah, 25, atau nama sebenarnya Nur Zahirah Macwilson selamat bergelar isteri kepada Aiman, 31, dalam satu majlis berlangsung di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara, pada Khamis lalu.

“Sebagai bapa, saya akan terus pantau Zahirah. Bukan dia saja, tapi Aiman juga kerana dia menantu saya. “Kedua-duanya pasangan muda, jadi mereka perlukan lebih bimbingan untuk melayari kehidupan berumahtangga yang dikira masih baru.

“Justeru, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu memperbaiki apa yang kurang,” katanya. Zainol, 62, memberitahu, dia juga banyak mengajar dan memberikan nasihat berguna kepada Zahirah untuk melayari kehidupan berumah tangga.

“Faham sajalah kedua-duanya anak seni, jadi kenalah sentiasa sabar dan tabah dengan dugaan. “Apa yang pasti sikap cemburu akan ada tapi kenalah buang jauh-jauh. Paling penting sikap saling memahami kena ada pada mereka. “Saya juga harap dengan perkahwinan ini, mereka dapat buka buku baru dalam hidup. Biarlah mereka tutup buku lama serta kontroversi sebelum ini,” katanya.

Menurut Zainol, dia bersyukur kerana dapat menjadi wali untuk perkahwinan anaknya. “Syukur saya dilanjutkan usia untuk lihat anak sulung berkahwin. Memang agak keberatan untuk melepaskan dia tapi sudah jodoh Zahirah dengan Aiman. “Saya pun lihat Aiman baik orangnya dan percaya dia dapat membahagiakan Zahirah. “Saya minta semua pihak doakan rumah tangga mereka kekal bahagia hingga ke jannah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *