Sambut harijadi 15 kali. Warganet mula mempersoalkan tindakan Ruhainies menyambut ulang tahunnya banyak kali dan ini komen padu dari warganet

artis

Selepas sebulan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28, pelakon Ruhainies akhirnya mengatakan sambutan yang diraikannya semalam buat kali ke-15 merupakan yang terakhir untuk tahun ini. Menerusi di Instagram, Ruhainies berkata dia enggan lagi membazir selepas 15 kali memotong kek dan meraikan hari kelahirannya bersama orang-orang tersayang dan juga sahabat-handai yang sangat menghargainya.

Tampil ringkas dengan memakai T-shirt dan jeans sahaja, Ruhainies berkata dia tidak mengetahui tentang kejutan hari jadinya itu. Ruhainies turut meluahkan rasa syukur di atas segala rezeki yang diberikan. Bagaimanapun di ruangan komen, ada yang mempersoalkan tindakan Ruhainies menyambut ulang tahunnya sebanyak 15 kali dalam sebulan. Tidak kurang juga ada yang mengatakan tindakan pelakon itu seolah mahu menunjuk-nunjuk. Malah, ada yang tinggalkan komen gurauan dimana mereka mengatakan Ruhainies sambut hari jadi sebulan seperti bulan puasa.

Dikatakan Ada Sesuatu Yang Terjadi Dalam Hubungan Ruhainies Dan Mr E. Ruhainies Terus Bersuara Bila Warganet Persoalkan Tentang Status Hubungan Mereka

Biarpun tidak mendedahkan wajah kekasihnya namun kisah percintaan antara pelakon popular, Ruhainies bersama seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Mr. E sememangnya sering mendapat perhatian umum. Ada sahaja gelagat sweet pasangan ini yang meraih tumpuan peminat dan pengikut Ruhainies dilaman sosial Instagram peribadinya.

Baru-baru ini pula, Ruhanies ada berkongsikan satu rakaman video dirinya kepada peminat dan pengikut dimana menerusi ruangan Instagram miliknya ini sudah mempunyai 1.4 juta followers dan rakaman video tersebut mendapat ribuan tontonan disamping kecantikan pelakon ini juga mendapat pujian.

Walau bagaimanapun, satu komen mengenai hubungan Ruhainies dengan kekasih itu mendapat perhatian olehnya dan turut tinggalkan beberapa respon. Menerusi ruangan komen di perkongsian Ruhanies itu, mungkin kerana jarang dilihat memuat naik moment bersama membuatkan persoalan mengenai hubungan mereka menjadi tanda tanya warganet.

Namun begitu, ujarnya juga tidak mahu orang ramai bosan dengan kisah-kisah Ruhainies dan kekasih berdua dan beberapa balasan komen daripada selebriti ini turut mendapat perhatian. “Dia dah break ke dengan Elffjohan tu?”

Warganet yang merasakan pelik apatah lagi dikatakan tidak lagi follow pelakon tersebut, namun ini pula balas Ruhanies. “Just pelik je. Tengok dia pon dah xfollow u…” “Dia private, so you tak boleh tau dia follow ke tak…”-Ruhainies.umber:himpunan cerita lawak

Bukan Kemain Hadiah Harijadi Ruhainies. Kekasih Kepada Ruhainies Buktikan Cintanya Sampai Sanggup Beli Hadiah Yang Berharga Puluhan Ribu

“Saya mengharapkan yang terbaik untuk dia.” Itu harapan kekasih kepada pelakon Ruhainies yang hanya mahu dikenali sebagai Mr.E bersempena dengan ulang tahun kelahiran bintang itu yang ke-28. Mendoakan kesejahteraan serta dilingkari kebahagiaan di dalam hidup, usahawan tersebut juga mendoakan Ruhainies berjaya dalam kerjaya seninya.

“Ini kali ketiga kami meraikan sambutan hari jadi bersama. Alhamdulillah, setakat ini hubungan kami baik-baik sahaja. “Semoga dipermudahkan untuk ke fasa seterusnya, insyaAllah,” katanya kepada MH pada majlis sambutan hari jadi Ruhainies yang diadakan di Hotel W, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Bertemakan hijau dan putih, turut sama meraikan hari istimewa Ruhainies termasuk rakan terdekat serta peminat artis berkenaan. Ditanya apakah pemberian yang diberikannya buat Ruhainies, Mr.E memberitahu dia ada mamberikan sebuah hadiah beg tangan mewah edisi terhad. “Sebenarnya, saya memang tahu akan kegemarannya. Ruhainies sukakan beg tangan dan ini merupakan hadiah beg yang keenam buatnya.

“Sebelum ini pun, saya ada hadiahkannya beberapa aksesori lain seperti jam tangan. “Harganya tidak perlulah saya kongsikan… Cuma ya, harga beg tersebut dalam puluhan ribu. Hadiah istimewa untuk yang tersayang, mendapa tidak? “Lagi pun saya memang suka berikan hadiah berupa edisi terhad yang tidak mudah didapati di mana-mana untuk Ruhainies.

“Dia seorang yang cukup istimewa di mata dan ia bukti cinta sejati saya terhadapnya,” jelasnya lagi. Mengakui sudah bersedia untuk bergelar suami kepada pelakon Jejak Karmila itu, Mr.E sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama Ruhanies, selepas kakaknya Risteena selamat mendirikan rumah tangga.

“Saya sudah bersedia menjadi suaminya sampai bila-bila. Hal tersebut juga sudah kami berbincang secara serius. “InsyaAllah jika tiada aral melintang, kami akan mendirikan rumah tangga selepas kakaknya berkahwin, sebagaimana permintaan ibu bapa Ruhainies. “Kalau bukan tahun ini, kami mungkin akan mendirikan rumah tangga tahun hadapan. Apapun, kami akan kongsikan berita gembira itu kepada semua nanti. Doa-doakan ya,” akhirinya.-mh

Saya cuma nak kakak bahagia – Ruhainies

KUALA LUMPUR: “Kakak sangat perahsia dalam hal berkaitan urusan peribadi. Bukan hanya dengan orang luar, tetapi kami sebagai ahli keluarga juga tidak banyak tahu mengenai jejaka yang bertakhta di hatinya”. Demikian ulas pelakon, Ruhainies ketika ditanya mengenai kakaknya, Risteen Munim yang masih merahsiakan identiti kekasih baharunya selepas hubungan cinta selama tujuh tahun dengan pelakon dan ahli perniagaan, Ikhwan Khairuddin, berakhir.

Meskipun ramai mengandaikan jejaka itu ialah pelakon, Isa Khan, Risteena memilih untuk mengunci mulut dan hanya akan berkongsi mengenai kisah percintaannya apabila tiba masanya kelak. “Risteena lebih tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Siapa juga jejaka yang menjadi pilihannya, saya tetap akan mendoakan kebahagiaan Risteena.

“Sebagai adik, saya menyokong apa sahaja keputusannya kerana mahu lihat dia gembira dengan insan yang disayangi. Dia berhak mencari kebahagiaannya,” kata Ruhainies.Ditemui pada majlis perasmian butik kecantikan dan hiasan dalaman, My Beaute Village di Puchong, semalam, Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 27, berkata keluarganya kini memberi lampu hijau untuk dia melunaskan perancangan masa depannya.

Ruhainies berkata, sebelum ini, ibunya mahu dia terlebih dahulu memberi laluan kepada kakaknya untuk mendirikan rumah tangga, namun kini berubah fikiran dan tidak menghalang jika dia sudah bersedia menjadi isteri.“Memang kalau boleh saya tidak mahu langkah bendul, malah mama juga pernah meletakkan syarat supaya menanti segala urusan peribadi kakak selesai. Tetapi, kini mama sudah memberi lampu hijau jika ditakdirkan jodoh saya datang dahulu.

“Cuma, saya dan kekasih tidak mahu terburu-buru dalam soal perkahwinan. Biarlah kami kejar cita-cita dahulu sebelum memikirkan perancangan berumah tangga,” kata Ruhainies yang sudah tahun menjalin cinta dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Mr E.Ruhainies ketika ini sibuk dengan penggambaran filem Seandainya Kau Ada terbitan Zeel Production, bergandingan dengan Fendy Bakry. Ia turut dibintangi Mira Filzah dan Aidit Noh.-bh

Kekasih Ruhainies beli anggur RM148, 20 biji

PELAKON popular, Ruhainies sekali lagi tular di laman sosial selepas memuat naik video anggur yang dibeli dengan harga RM148 untuk 600 gram mengandungi 20 biji. Ruhainies, 27, atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, tindakannya itu bukan untuk menunjuk tetapi hanya mahu mengusik kekasihnya yang membeli anggur itu.

“Semalam saya minta dia belikan anggur. Tidak menjangka pula dia beli anggur dengan harga sebegitu.“Kalau saya beli sendiri dapat yang RM10 atau RM20 pun sudah okey. Asal saja dapat makan buah yang disukai.“Dia sebenarnya jenis suka bagi orang puas hati. Katanya, saya layak dapat yang terbaik. Macam sebelum ini pun, dia belanja RM1,000 untuk durian,” katanya kepada Harian Metro.

Namun, apa dikesalkan Ruhainies apabila perkara itu menjadi topik perbincangan warganet di laman Twitter hingga mengkritiknya.“Komen mereka itu tak padan dengan rupa. Bukan main lagi mereka seronok mengkritik mengatakan saya riak. Sedangkan saya kongsi perkara lawak.

“Perkara remeh pun mereka nak jadikan isu. Macam saya ini buat kesalahan berat. Cuba sesekali memandang perkara sebegitu sebagai bahan hiburan.“Mereka tak bosan dan tak penat setiap hari nak ‘stalk’ Instagram orang? Apa pun, saya tetap berterima kasih kepada mereka kerana memberi perhatian pada saya. Perkara buruk yang mereka cakap mengenai saya, pahalanya jatuh pada saya,” katanya.

Sebelum ini, Ruhainies pernah meraih perhatian apabila memuat naik gambar makan Nasi Kandar dalam kereta Ferrari.Malah, kenyataannya membelanjakan RM2,000 sebulan untuk penjagaan diri turut tular.-mymetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *