Tular video tindakan seorang jemaah berbuat sesuatu di luar jangkaan atas sebab sejadah. Azar Azmi ulas lebih lanjut bila isu ini menjadi bualan orang ramai

artis

Azar Azmi kesal dengan tindakan yang tidak elok seorang lelaki dalam masjid. PELAKON Azar Azmi meluahkan rasa kesal terhadap video tular memperlihatkan seorang lelaki membuat sesuatu kepada seorang jemaah masjid selepas sejadah yang dibawanya terkena bahagian belakang badan lelaki berkenaan.

“Kalau setakat terkena sejadah kau nak buat hal macam ni. Allahu… tak kisah la apa level kau, tinggi mana pun darjat kau kalau kau tak reti nak hormat orang tua, kau yang patut kena kaki.”Belum lagi berasak berpusu-pusu dekat Makkah kena tolak tarik dengan berjuta manusia dekat sana. Tak tahu pula la macam mana dia punya beraksi agaknya.

Tangkapan skrin video yang tular memperlihatkan seorang lelaki membuat sesuatu terhadap seorang jemaah masjid.“Tuhan bagi otak untuk berfikir… tuhan bagi tangan untuk membantu… tuhan bagi kaki untuk memudahkan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Azar turut menasihati orang ramai agar sentiasa menghormati orang yang lebih tua walau apa pangkat atau darjat yang dimiliki. Menerusi video yang tular malam Jumaat memperlihatkan seorang lelaki menmpar dan menndang individu terbabit yang juga jemaah lain pada bahagian muka.

Jemaah yang berusia 62 tahun dilihat sedang berjalan di belakang lelaki tersebut sambil membawa sejadah yang terkena bahagian belakang badannya sebelum lelaki itu bertindak dengan membuat sesuatu terhadap individu tersebut.Kejadian tersebut berlaku pada 24 Ogos lalu di Masjid Felda Palong 7 Jempol, Negeri Sembilan.-mstar

Gara Gara Muat Naik Foto Dengan Azar Akhirnya Terjawab Sudah Tentang Hubungan Fizo Omar Dan Azar Azmi. Rupanya Dalam Diam Ini Hubungan Mereka.

PELAKON Fizo Omar, 35, akui dia masih belum ada pengganti calon isteri baru dan tak terfikir ke arah perkahwinan, tetapi tidak menolak jodoh. Pun begitu, baru-baru ini kecoh Fizo dikaitkan dengan pelakon Azar Azmi yang pernah berlakon dengannya dalam drama Maaf Tak Indah memandangkan wanita berkenaan pun sudah putus tunang.

Fizo yang dihubungi dan ditanya sekiranya sudah bersedia untuk kembali berumah tangga, memaklumkan dia tidak menolak andai kata ada jodoh lagi buatnya. “Namun, buat masa sekarang, belum ada pengganti dan saya pun tak terfikir ke arah itu (berkahwin). Tapi, saya sentiasa bersedia dan bila-bila masa saja, kalau jodoh sudah sampai, saya tidak menolak.

“Usia saya pun dah masuk 35 tahun. Jadi, kalau ada jodoh, saya nak percepatkan dan jika boleh, biarlah orang itu memahami kerja dan sentiasa menyokong saya,” katanya kepada Harian Metro. Sehubungan itu, Fizo juga tidak menolak gosip yang mengaitkannya dengan Azar.

“Ramai yang kaitkan kami dan mengusik. Apa yang boleh saya kata, kami memang berkawan rapat dan dia adalah kawan yang baik. Saya pernah gagal dalam perkahwinan dan dia pun pernah putus tunang. “Jadi, kami tak pernah berbincang mengenai hubungan cinta buat masa sekarang. Jika ada jodoh, saya terima. Kadang-kadang, tak perlu bercinta bagai nak rak pun, tapi kalau jodohnya kuat, menjadi juga” katanya.

Terbaru Fizo Omar berkongsi Foto bersama Azar Azmi tarik perhatian ramai

Sumber : Instagram Fizo Omar

Sedih Dah Dua Tahun Dah Tak Dapat Raya Sekali Dengan Ank. Mengejutkan Tiba Tiba Zarina Bagi Komen Win Lepas Fizo Luahkan Macam Tu.

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar melahirkan kesyukuran apabila dapat menyambut hari raya Aidilfitri bersama anaknya, Wan Maryam selepas dua tahun tidak dapat beraya bersama. Jelasnya, walaupun umat Islam menyambut Aidilfitri dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun inilah raya paling bermakna buat dirinya.

“When daughters have engaged dads, they benefit from that relationship for a lifetime. “Syukur Alhamdulillah dapat beraya dgn cinta hati sayang daddy. dah dua kali raya tak dapat bersama dgn anak tersayang. “Walaupun beraya di musim PKP, ini lah raya yg paling bermakna buat saya.Maryam anak yg baik dan memahami dan anak yg solehah yg bakal membawa ibubapanya ke syurga.

“Semoga Allah makbulkan segala doa saya dan tiada apa pun dapat memisahkan hubungan dan ikatan antara seorang anak dan bapanya,” kongsinya. Warganet nyata sayu dengan perkongsian pelakon Maaf Tak Indah itu.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan berpisah pada Julai tahun lalu. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia tiga tahun. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

sumber: MH

Dikatakan Semakin Rapat Dengan Azar Azmi. Akhirnya Fizo Omar Tampil Buka Mulut Bongkarkan Sesuatu Tentang Hubungannya Dengan Azar Azmi.

Peminat sudah pun maklum bahawa Fizo Omar dan juga Azar Azmi pernah gagal dalam hubungan dengan pasangan masing-masing sebelum ini. Dan dari situ lah mereka mula belajar untuk lebih berhati-hati dengan hubungan di masa depan. Sejak akhir-akhir ini peminat mula menghidu ada sesuatu antara Fizo dan juga Azar. Lihat sahaja adengan mereka yang semakin mesra dan kerap tampil bersama di media sosial.

TAK TOLAK KALAU JODOH, SEDANG BERKAWAN RAPAT

Menjawab segala desas-desus ini, Fizo Omar tidak menolak ura-ura tersebut dan mengakui sedang berkawan rapat dengan aktres cantik berkenaan. Buat masa sekarang Fizo dan Azar tidak pernah lagi berbincang soal cinta. Jika ada cinta maka ada lah.

Tambah Fizo, kalau jodoh tu kuat tidak perlu pun untuk bercinta dan berkasih sayang bagai nak rak. Jika ditakdirkan bersama, Fizo juga tidak menolak untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua dalam hidupnya. Dengan keadaan sekarang, dia masih lagi menemui pengganti hati.

“Namun buat masa sekarang belum ada pengganti dan saya pun tak fikir kea rah itu (berkahwin). Tapi saya sentiasa bersedia dan bila-bila masa saja, kalau jodoh dah sampai, saya tidak menolak.” Jelas Fizo. Di usia yang sudah memasuki 35 tahun, kalau boleh Fizo pun tidak mahu lama hidup bujang. Dan pasangan perlu lah dari mereka yang sentiasa menyokong dan memahami kerjaya.

Tahun ini merupakan pengalaman baru buat Fizo kerana menyambut bulan Ramadhan tanpa isteri setelah berpisah dengan Mawar Karim pada Julai tahun lalu. Tetapi nasib baik ada ibu yang tinggal bersama dan menemani.

“Sebelum berkahwin pun ibu saya memang tinggal bersama. Jadi, tak banyak perbezaan. Cuma sebelum ini ada isteri tapi sekarang dah tiada. Namun Ramadhan saya okey saja.” Tambah Fizo lagi. Keseluruhannya, sama-sama lah kita nantikan penghujung kisah antara Fizo dan Azar ini. Jika ada sesuatu antara mereka, semoga kekal hingga ke jinjang pelamin. Rasanya tak salah dah kalu masing-masing bujang dan belajar dari kesilapan lalu.

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : Meecks.com

Dikatakan Punca Azar Azmi Putus Tunang. Akhirnya Fizo Omar Tampil Buka Mulut Mula Bersuara Pertahankan Diri Sendiri. Rupanya Ini Yang Terjadi Selama Ini.

KUALA LUMPUR: Belumpun setahun bergelar duda, pelakon, Fizo Omar dikaitkan menjalinkan hubungan istimewa dengan Azar Azmi apabila kelihatan sering bersama. Spekulasi hubungan Fizo dan Azar mula diperkatakan apabila dipertemukan menerusi drama Maaf Tak Indah, selain kerap bersama menghasilkan video yang dimuat naik dalam laman YouTube, sejak akhir-akhir ini.

Fizo berkata, dia mengenali Azar ketika menjalani penggambaran drama Maaf Tak Indah. Sebelum ini, mereka tidak pernah bertentang mata. “Jujurnya, saya tak tahu Azar bertunang mahupun putus tunang. “Kalau nak cakap saya menjadi punca ikatan pertunangan Azar dan bekas tunang terlerai, tidak adil. Setahu saya, Azar putus tunang sebelum kami digandingkan dalam drama Maaf Tak Indah.

“Jadi, tidak mungkin saya menjadi orang ketiga dalam perpisahan mereka. Kali pertama saya bertemu Azar ketika penggambaran drama, kami rapat pun ketika berlakon bersama,” katanya kepada BH Online. Fizo atau nama sebenar, Wan Hafizol Wan Omar berkata, dia dan Azar langsung tidak berhubung selepas selesai penggambaran drama Maaf Tak Indah.

“Kami tak sempat pun bertukar nombor telefon. Bagaimanapun, kami bertemu semula selepas diperlukan membuat ulasan makanan untuk laman sosial. Dari situ, kami mula dilihat rapat. “Saya juga mengundang Azar muncul dalam saluran YouTube saya. Secara kebetulan, Azar baru hendak melancarkan salurannya sendiri. Jadi, tidak salah rasanya kami buat penggambaran bersama,” katanya.

Pelakon drama Bukan Cinta Aku dan Adellea Sofea itu berkata, dia selesa berkawan dengan Azar. “Azar berperangai masuk air. Sesiapapun selesa berkawan dengannya. Bagaimanapun, setakat ini, masih jauh untuk mentafsirkan hubungan kami.

“Apa yang boleh dikatakan, kami bukan bercinta, tetapi hanya berkawan. Lagipun, saya belum terfikir melangkah ke alam perkahwinan lagi kerana banyak kerja yang perlu diberikan keutamaan. “Pada usia sekarang, perasaan mahu bercinta tidak sama seperti zaman muda dahulu,” katanya.

Jejaka kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu berkata, dia tak pernah serik mahu berkahwin lagi. “Keinginan berkahwin memang ada. Saya berkahwin bukan kerana mencari wanita menjaga makan minum, tetapi saya inginkan keberkatan hidup.

“Saya percaya kunci kejayaan perniagaan datangnya daripada isteri yang sentiasa menjadi tulang belakang suami. Saya percaya pada jodoh, tetapi ia tidak semestinya perlu bercinta beriya-iya. “Ada kala, bercinta bagai nak rak, tetapi perhubungan tidak menjadi. Jadi, saya enggan terburu-buru mencari pasangan hidup,” katanya.

Fizo berkata, dia tak letak sebarang syarat untuk cari pasangan. “Bagi saya, asalkan kami serasi, itu cukup memadai. Mengenai anak Wan Maryam, tentunya saya ingin berkongsi hidup dengan wanita yang menerima anak saya dengan baik,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *