Lama menyepi dari membintangi drama. Dazrin Kamarudin dedahkan sesuatu tentang isteri dia yang mengubah dia dari segi satu sikap ini

artis

PELAKON Dazrin Kamarudin mengakui isterinya iaitu Nur Fazulin Razali merupakan insan yang bertanggungjawab mengubah dirinya menjadi seseorang yang lebih baik dari segi penampilan mahupun personalitinya. Menurut Dazrin, 32, sejak mendirikan rumah tangga hidupnya telah banyak berubah ke arah yang lebih positif dan boleh dicontohi.

“Dialah yang mengubah imej saya, dialah yang mengubah diri Dazrin Kamarudin untuk jadi seorang individu yang lain sikit, yang mungkin lebih efisien, on time, lebih profesional, kemas imejnya dengan sisi yang berbeza.“Dengan adanya orang rumah dan adanya anak, sekarang ni diri saya berubah 360 darjah.

Dazrin dan Fazulin berkahwin pada 6 Mei 2017.“Kalau sesiapa yang mengenali Dazrin yang dulu mungkin nampak sedikit sebanyak perbezaannya dengan Dazrin yang sekarang.“Itulah penangannya lepas dah membina keluarga. Alhamdulillah kita berubah demi kebaikan,” katanya kepada mStar.

Dazrin ditemui ketika sidang media pelancaran Pusat Penghabisan Stok Al Aqsa Carpets di Shah Alam, Selangor pada Sabtu.Pelakon drama My Darling, Inspektor Daniel ini turut dilantik sebagai Pengarah Urusan Inovasi syarikat tersebut. Macam mana saya nak tengok diri saya sendiri di TV dengan badan macam ni.

Dalam pada itu, Dazrin berkata isterinya turut membantunya memulakan diet untuk menurunkan berat badannya yang naik mendadak sejak bergelar suami.“Dulu masa lepas kahwin berat saya naik mendadak sehingga 90 kilogram. Saya mula diet dan bersenam untuk turunkan berat badan pun penangan dari isteri saya.

“Dia cakap macam mana saya nak tengok diri saya sendiri di TV dengan badan macam ni.“Dari situ saya terfikir, sebagai seorang pelakon saya perlu jaga badan dan berdisiplin. Jadi saya mula berdiet dengan tidak mengambil gula, nasi dan mula aktif ke gim,” ujarnya.Dazrin bersama isterinya, Fazulin dan anak mereka.

Dazrin dan Nur Fazulin Razali mendirikan rumah tangga pada 6 Mei 2017 di Hotel Avillion Legacy, Melaka.Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Dasuki yang kini berusia dua tahun.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press. Sumber: Mstar

Dazrin kurus bukan sebab ambil benda tak elok

PETALING JAYA: Pelakon Dazrin Kamarudin, menafikan dia terbabit dengan pengambilan bahan tidak dibenarkan apabila susukk tubuhnya semakin susut. Dazrin, 31, berkata, dia tidak sanggup mengambil jalan pintas yang merosakkan tubuh, sebaliknya berat badannya susut perlahan-lahan kerana mengamalkan pemakanan sihat, selain bersenam.

“Saya tidak ambil bahan yang boleh merosakkan badan, sebaliknya mula menitikberatkan soal penjagaan pemakanan apabila berat badan pernah mencecah 89 kilogram (kg).“Berat badan saya susut secara berperingkat. Alhamdulillah, selepas mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam, berat saya turun 19 kg,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media filem Mahathir: The Journey, di sini, semalam.

Tambah Dazrin, dia perlu menurunkan berat badan kerana perubahan fizikal yang semakin berisi membuatkannya sukar mendapat tawaran watak utama. Sementara itu, mengulas pembabitannya dalam Mahathir: The Journey arahan Profesor Dr Hatta Azad Khan, Dazrin bakal membawa watak Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Semestinya saya gembira dan teruja apabila diberi peluang terbabit dalam naskhah ini. Gementar pun ada kerana ia sebuah filem biografi mengenai pemimpin negara. “Tidak mudah sebenarnya membawa watak tokoh muda terkenal, tambahan pula Syed Saddiq sangat popular dalam kalangan anak muda. Apapun, saya akan lakukan yang terbaik,” ujarnya.

Mahathir: The Journey menampilkan kisah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas melepaskan jawatan itu pada 2003 sehingga dilantik semula pada 2018. Diterbitkan Reliance Media Group Sdn Bhd, filem yang menelan bajet RM6 juta itu akan memulakan penggambaran bulan depan.

Pelakon lain yang terbabit, termasuk Azhar Amir sebagai Tun Dr Mahathir; Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah); Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim); Dian P Ramlee (Datuk Seri Dr Wan Azizah), Lisdawati (Nurul Izzah), Ning Baizura (Datin Paduka Marina Mahathir), Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Harminder Singh (Gobind Singh Deo).

Kritik Rambut Blond Macam Orang Tua, Dazrin Kamarudin Dedahkan Individu Itu DM Dia Untuk Minta Maaf Dan Ini Yang Dazrin Tawarkan

Pelakon Dazrin Kamarudin akui sudah memaafkan individu yang mengutuk dirinya kelihatan seperti orang tua selepas menukarkan warna rambut kepada peranng sebelum ini.Menurut Dazrin, dia telah menerima kiriman mesej diakaun Instagram (DM) seorang individu yang meluahkan rasa kesal dengan sikap negatif itu.

“Assalamualaikum abang Dazrin, saya ingin meminta maaf kepada abang kerana saya pernah mengata abang cakap abang macam orang tua dengan rambut blond hari itu dengan kawan.“Sekali lagi saya memohon maaf kepada abang dari hujung rambut hingga hujung kaki atas perbuatan saya.

“Nanti kat padang Mahsyar susah untuk berjumpa dengan abang minta maaf jadi saya ingin meminta maaf lagi sekali sebab dah mengata abang.“Saya menyesal sangat-sangat dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Astghfirullahhalazim…” tulis.Dalam pada itu, Dazrin memuji tindakan individu tersebut kerana berani berlaku jujur dengan memohon maaf selepas menyesali perbuatannya. “Abang bersemangat tengok game Malaysia vs Indonesia dik. Siapa pun adik abang dah maafkan.

NAK BELANJA MAKAN

“Dunia ni memerlukan orang-orang sebegini bukan asyik nak ‘membawang’ dan menabur ‘ftnah’. Kalau adik baca ni DM abang balik boleh abang belanja makan sekali dengan abang. Tak ada hal dik. Abang hanya insan kerdil yang tidak sempurna,” tulisnya.

Dalam perkembangan terbaru, Dazrin terlibat dengan filem ‘Mahathir, The Journey’ yang menampilkan kisah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003 sehingga dilantik semula pada 2018.

‘Mahathir, The Journey’ yang menelan bajet sebanyak RM6 juta akan memulakan penggambaran pada bulan Disember hadapan.Selain Dazrin, barisan pelakon filem terbabit ialah Azhar Amir (Tun Dr Mahathir Mohamad), Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah), Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee (Datuk Seri Wan Azizah), Lisdawati (Nurul Izzah), Ning Baizura (Datin Paduka Marina Mahathir), Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir), Harminder Singh (Gobind Singh Deo) dan ramai lagi.Ia akan menjalani penggambaran di Putrajaya, Kedah, Kelantan dan Hiroshima, Jepun.

Pernah dikaitkan dengan Amyra.

Lima bulan beberapa tahun yang lepas,mereka memutuskan pertunangan dengan pelakon Dazrin Kamarudin, kehidupan Amyra Rosli kini semakin tenang. Tiada kesalan mahupun ralat di hati, bahkan dia bersyukur kerana mampu meneruskan hidup dengan ceria berkat sokongan tidak putus-putus keluarga serta peminat.

Ketika ditemui di majlis sidang media serta minum petang bersama Top 5 dan hos bersama Anugerah Meletop Era 2015 di Hotel Double Tree by Hilton, Rabu lalu, Amyra menolak apabila diajak berbicara mengenai cinta lamanya.

Pintanya dengan sopan, usah diungkit lagi kerana ia sudah berlalu, malah sejak memutuskan pertunangan, dia dan Dazrin membawa haluan hidup masing-masing dan tidak pernah berhubung.”Hubungan kami sudah berakhir, jadi rasanya tak perlu dipanjang-panjangkan lagi cerita ini. Ketika keputusan di buat, pihak di sana pun tidak menyuarakan hasrat mahu menyambung kembali ikatan pertunangan, jauh sekali memujuk.

“Adalah kami bercakap selepas itu, tetapi tiada kaitan ke arah memulihkan semula ikatan pertunangan. Sejak itu tiada lagi komunikasi antara kami dan saya pun tidak ambil tahu apa berlaku kepadanya, begitu juga sebaliknya. Masing-masing ada haluan hidup sendiri,” katanya.

Mengulas dkwaan Dazrin sehingga hari ini tidak mengetahui punca perpisahan itu, Amyra menegaskan, mereka berdua tahu sebabnya.”Saya tak tahu mengapa dia cakap begitu. Tak mengapalah, macam saya cakap tadi, benda dah lepas tak perlu diungkit lagi.

“Saya pun gembira dengan kehidupan sekarang. Dikelilingi keluarga yang ceria dan saling menyayangi boleh buat saya tersenyum dan rasa bersemangat.”Harap selepas ini tidak ada lagi yang bertanya mengenai perkara ini. Saya sudah tutup buku lama dan buka buku baru,” katanya.

Mengenai gosip hubungannya dengan Amar Baharin yang hangat diperkatakan baru-baru ini, Amyra pantas menafikan perkara itu.Tegasnya yang kini rancak menjalani penggambaran drama Bidadari Cinta untuk slot Lestari TV3, mereka mungkin dikaitkan kerana bergandingan dalam drama Suamiku Encik Sotong.

“Saya tidak menolak mungkin gosip ini timbul kerana penonton suka gandingan kami dalam Suamiku Encik Sotong.”Untuk pengetahuan semua, hubungan kami tidak lebih daripada rakan artis. Kalaupun nampak kami bersama, itu atas urusan kerja.

“Lagipun kami bernaung di bawah pengurusan sama. Kini mama saya menguruskan kerjaya dan jadual kami. Ke mana-mana mesti ada mama bersama, cuma apabila peminat mahu ambil gambar, takkan mama pun nak masuk sekali.

“Mama hanya tunggu di tepi. Mungkin kerana gambar itu, orang makin bercakap,” katanya.Kata Amyra, sebelum ini pun Amar pernah dikaitkan menjadi punca dia dan Dazrin putus tunang. Malah, apabila gosip itu tidak ‘menjadi’, dia dikaitkan pula dengan Shahz Jaszle.

“Saya dan Amar selalu berlakon sama. Ketika saya putus tunang, kami menjayakan drama Kristal Maya. Tak pasal-pasal pula dia terheret sama, sedangkan kami tak pernah berhubung di luar waktu kerja.”Apabila gosip itu terhenti begitu saja, saya dikaitkan pula dengan Shahz Jaszle. Itu lagi tak masuk akal kerana sepanjang mengenalinya, dia ada teman wanita.

“Namun, tak pula saya dikaitkan dengan Shaarnaz Ahmad sebab orang tahu dia ada teman wanita,” katanya.Amyra juga akui belum bersedia menerima kehadiran insan baru dalam hatinya, sebaliknya memilih fokus pada karier yang semakin berkembang.-ctto

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *