Tak kesah walaupun ada orang yang kritik. Sanggup habis sampai 15k semata mata untuk beli pakaian untuk watak dalam drama.

artis

Aktor Nazim Othman akui menghabiskan wang hampir RM15,000 semata-mata untuk membeli pakaian bagi watak Zahred dalam drama Pengantin Satu Malam. Menurut Nazim, 36, bukan dia sahaja menyediakan ‘wardrobe’ sendiri tetapi kesemua pelakon Malaysia namun itu bukanlah satu rungutan.

“Saya belanjakan hampir RM15,000 untuk beli baju-baju Zahred. Ya pelakon Malaysia memang kena sediakan baju-baju sendiri. “Ini bukan sejenis rungutan, ini adalah hakikat. Saya okey ja. “Walaupun ada yang kritik dengan kata-kata sinis kat saya sebagai pelakon, saya biarkan saja sebab saya tau komitmen yang saya bagi atas tanggungjawab yang digalas,” tulisnya.

Nazim memberitahu perkara itu selepas mendapat pujian daripada kalangan peminat mengenai penampilannya dalam drama tersebut. Dalam pada itu, pemilik nama Nazim mendedahkan idea penampilan datang dari dirinya sendiri selepas membaca skrip.

Tambah pemilik nama Nushrul Alif Othman, dia turut mementingkan gaya ketika berada di hadapan kamera termasuk cara berjalan. “Saya buat sendiri style dan look untuk watak Zahred lepas baca skrip dan syukurlah pengarah pun setuju dengan idea saya.

“Zahred ni sebenarnya mat bunga, romantik dan ‘happy go lucky’, jadi di peringkat awal cerita, saya pakaikan dia baju-baju warna terang. “Selepas dia kecewa, mood ke laut setelah dikhianti teman wanita dan papanya, Zahred jadi murung, tercampak dalam gaung.

“Sejak tu saya gelapkan baju-baju dia juga, seiring dengan perubahan perangai dia yang bertukar kaku, nampak macam takda perasaan dan serius sentiasa. “Gaya dan pemilihan warna baju dan cara hidup Zahred juga akan bertukar mengikut plot selepas dia kenal Zulaikha.

“Sebagai pelakon, saya ambik berat soal karakter lakonan saya termasuk cara berjalan, bercakap, renungan dan lain-lain,” tulisnya lagi. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Kucing Media Online

Sumber : gempak

‘Bukan saja-saja jadi wanita’ – Nazim Othman

“SAYA bukan suka-suka bersolek seperti wanita. Orang mengenali saya sebagai pelakon. Jadi, sebagai pelakon, saya terbuka untuk apa saja watak selagi tak jatuh syirik,” kata pelakon popular, Nazim Othman mengenai gambar dan video yang dimuat naik di Instagram memaparkan dirinya menjadi wanita.

Nazim, 35, atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman berkata, itu adalah uji bakat bagi sebuah projek yang memaparkan kisah kehidupan seorang mak nyah. Menurut Nazim, dia tidak mahu menjadi pelakon stereotaip dengan melakonkan watak sama.

“Video dan gambar itu diambil ketika saya menghadiri satu sesi uji bakat untuk sebuah projek drama untuk tayangan iflix. Cerita itu bakal mengetengahkan tema ‘paper doll’. Masih terlalu awal untuk saya memberi butiran lanjut tapi saya sangat teruja untuk sesuatu yang baru.

“Ia bukan watak wanita, tetapi mak nyah yang hidup dengan dua identiti berbeza apabila berada di Kuala Lumpur dan di kampung. “Saya tak mahu dikenali sebagai pelakon stereotaip yang cuma mampu membawa sesetengah watak saja,” katanya kepada Harian Metro.

Video yang dimuat naik sejak kelmarin itu mencecah lebih 300,000 tontonan, mendapat lebih 31,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen. Menurut Nazim, dia masih menunggu keputusan daripada pihak produksi sama ada dia berjaya diterima melakonkan watak itu atau tidak.

“Saya memang berharap dan berdoa supaya ia menjadi rezeki saya untuk menambah warna dalam portfolio saya sebagai seorang pelakon. “Sekurang-kurangnya saya sudah menunjukkan inisiatif awal kepada pihak terbabit. Saya tak ambil mudah apabila mendapat sesuatu tawaran lakonan. Saya komited dengan kerjaya saya,” katanya.

Nazim dah terbuka hati nak kahwin lagi…

SELEPAS dua tahun menduda, pelakon Nazim Othman mengakui hatinya kini kembali terbuka untuk mendirikan rumah tangga selepas kecundang pada perkahwinan terdahulu. Nazim atau nama sebenar Nushrul Alif Othman, 36, berkata dia berharap akan bertemu jodoh tepat selain menerima segala kekhilafannya yang lalu.

“Di usia sekarang ini, tiada apa yang terbaik boleh diminta selain dibawa dekat kepada ‘zaujah’ saya. Selepas dua tahun solo, akhirnya saya kembali membuka hati untuk berkahwin. “Beberapa perkara dalam hidup perlu diteladani dalam cara yang sangat sukar dan saya ambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kekhilafan serta menerima teladan daripadanya. Saya bukan muda lagi, masa untuk berhenti bersukaria.

“Saya sudah 36 tahun dan masa semakin suntuk.  Selagi sihat walafiat dan berkemampuan, semoga dimakbulkanNya,” katanya. Pelakon drama Bukan Gadis Biasa di TV3 ini juga memikirkan apakah lambatnya dia bertemu jodoh terbaik disebabkan banyak berbuat silap pada masa lalu.

“Sudah dua tahun bujang. Sampai kadang-kadang tertanya pada Allah, apakah terlalu besar kesilapan laluku sampai susah jodoh nak sampai? Selain minta ampun dengan Dia, mungkin ada juga kesilapan saya sesama manusia.

“Jadi saya dengan rasa rendah diri, nak mohon maaf kepada semua orang yang pernah terasa hati dengan saya sebelum ini sama ada secara sengaja atau tak disengajakan. Saya harap permohonan maaf terbuka ini diterima,” katanya. Nazim turut berharap perkongsian berkenaan tidak menyentuh sensitiviti sesiapa dan terbuka menyerlahkan sisi rapuhnya.

“Saya mohon maaf jika ada yang tidak berkenaan dengan perkongsian ini. Kebanyakan orang terlalu takut untuk menunjukkan sisi rapuh kepada orang lain mungkin sebab mereka melihatnya satu kelemahan. “Dari sudut kontranya,

pendapat saya menjadi rapuh sehingga ke satu tahap yang kita sedia terima adalah satu kekuatan. Tolong doakan saya. Terima kasih,” katanya. Nazim pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Bella Dally pada 10 September 2016 namun berpisah pada 2 Mei 2018. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *