Sedih dengan kemelut tentang keluarga Abam. Mengejutkan bila tiba tiba Achey tampil komen sesuatu tentang isu Ali dan balu Abam. Sampai macam ni sekali komen Achey.

artis

Nampaknya kemelut dan persengkataan tentang keluarga Abam masih lagi belum berpenghujung, berikutan dengan kes saman menyaman antara Ali Puteh dan Nor Hidayah ini, anggota kumpulan Bocey, Achey akui begitu sedih persengketaan mereka yang berlarutan sampai ke mahkamah.

Namun begitu, Achey menjelaskan kepada mStar Online bahawa dirinya tidak memihak kepada sesiapa malah isu itu boleh diselesaikan dengan cara yang baik. ”  Siapa la saya dan Fad untuk mencampuri urusan mereka yang mereka rasa lebih baik teruskan dengan cara begitu (failkan saman). Tapi pada kami, perkara itu boleh diselesaikan dengan cara senyap-senyap”

Tambahnya lagi, ia boleh diselesaikan secara berdamai agar tidak memberikan kesan kepada orang lain. Sebagai seorang sahabat baik dengan Abam, Achey begitu mengharap agar persengketaan antara mereka berakhir dengan baik kerana bimbang memberi kesan kepada anak Abam,, Syed Uthman Hamzah AL-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey.

“Anak itu akan membesar. Kita tak ank nanti dia ada sifat menyalahkan semua pihak. Kita nak dia membesar mengenali semua keluarganya dengan baik.” Rabu lepas, Ali bertindak memfailkan saman kepada kakak iparnya dan Datuk Aliff Syukri selepas mendapatkan nasihat daripada penguamnya berikutan balu kepada Abam itu terlebih dahulu ada filkan saman terhadap dia dan keluarga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Kucing Media Online

Sumber : LM

Lepas Ali Puteh Bersuara Pasal Saman Akhirnya Balu Abam Tampil Muatnaik Status Ini. Mengejutkan Sampai Macam Tu Sekali Dia Update Status Di Ig.

Sejak dua hari lalu warganet dikejutkan dengan berita pelawak dan pelakon Ali Puteh yang berbalas sam4n dengan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali. Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, mengakui mengeluarkan sam4n terhadap balu Hidayah yang juga balu Abam Bocey.

Menurut Ali, saman balas itu sebagai tindakan susulan kerana sebelum ini Hidayah terlebih dahulu memfailkan sam4n terhadapnya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.Ali antara lain mendakwa Hidayah mengaku memindahkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank milik Abam ke akaun anak mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey kerana bimbang direbut Ali.

Sejak semalam juga pelbagai pendedahan dibuat oleh Ali tentang apa yang berlaku antaranya dengan Hidayah.Sementara itu, Hidayah turut bersuara namun memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai isu saman yang dikeluarkan adik iparnya itu.

” Buat masa sekarang ini, saya nak diamkan diri dulu. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar,” katanya. Menurut Hidayah, setiap apa yang dilakukannya hanya semata-mata untuk anak, Hamzah. Saya hanyalah ibu tunggal yang mencari rezeki dengan titik peluh sendiri menjual cempedak goreng untuk menyara anak,” katanya lagi.

Hidayah muatnaik status terbaru

Sejak itu juga tidak banyak yang keluar dari pihak Hidayah. Kebanyakan kenyataan dan pendedahan semua dibuat dari pihak Ali. Sementara itu menerusi satu entri di Instagram, Hidayah dilihat berkongsi (repost) gambar anaknya di Insta Story berserta kapsyen yang menarik perhatian ramai.

Bagaimanapun entri tersebut dipercayai dimuatnaik oleh ahli keluarga terdekat, dikenali dengan nama Untie Thira. ”Dak hensem potong rambut dah.. dah besar nanti Hamzah jaga ibu baik-baik tau.. Jangan bagi orang tindas ibu. Jangan bagi orang tindas Hamzah juga. Anak lelaki kena kuat okey! Ibu awak struggle buat apa jer untuk awak, asalkan awak terbela. Untie Thira mampu doakan dari jauh jer. Nanti kita jumpa okey..Love you sampai ke bintang”, tulis MrsThira

Dalam pada itu, majoriti berasa sedih melihat perkembangan isu melibatkan Ali Puteh dan Hidayah ini kerana rata-rata mahukan perbal4han ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Tidak terkecuali rakan artis yang rapat dengan mereka iaitu Achey. Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkata, dia dan rakan seperjuangannya, Fad Bocey sudah menyarankan kepada kedua-dua belah pihak supaya membincangkan konflik itu secara tertutup.

” Sedih apabila perkara ini berlaku. Saya dan Fad ada menghubungi kedua-dua belah pihak dan menyarankan agar perbincangan diadakan secara musyawarah. Kita ada hukum Islam yang boleh diikuti dan dengan itu, semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Namun, nampaknya saranan kami tidak diterima,” katanya.

Sumber : http://transformasi.pw/

Akhirnya Terbongkar Lagi. Rupanya Balu Abam Yg Saman Ali Puteh Dulu. Mengejutkan Dia Siap Saman Ibu Abam. Rupanya Ini Punca Dia Saman Ibu Abam.

“BERKAT kesabaran saya, akhirnya, dia mengaku.” Itu penjelasan pelawak, Ali Puteh ketika dihubungi dan diminta mengulas mengenai saman yang difailkan terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali yang juga balu kepada pelawak Abam Bocey.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, berkata, dia menerima maklum balas daripada Hidayah semalam, yang juga hari terakhir untuk kakak iparnya itu menjawab saman yang difailkan selepas Aidiladha lalu.

“Semalam adalah hari terakhir untuk pihak Hidayah memberikan maklum balas. Sebelum ini, mungkin ramai yang tak tahu dia pernah memfailkan saman terhadap saya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

“Saman yang dibuat oleh Hidayah itu antaranya menuduh saya mengambil harta abang saya dan harta anak yatim. Jadi, selepas berdiam diri selama beberapa bulan, dah tiba masanya untuk saya pula mengatur langkah demi membersihkan nama keluarga,” katanya kepada Harian Metro. Diminta berkongsi lebih lanjut mengenai saman yang difailkan Hidayah sebelum ini, Ali berkata, dia ada menerima beberapa surat saman bermula sejak 16 hari selepas Abam pergi menghadap illahi.

‘TEMPAT PERSEMADIAN MASIH MERAH, SURAT SAMAN SAMPAI PADA HARI TAHLIL.

“Arwah abang saya pergi menghadap illahi pada 10 Februari dan pada 26 Februari pula, saya menerima surat saman pertama.Pada ketika itu, kami mengadakan majlis tahlil untuk Abam.Saya nak bersuara, tapi mak melarang. Katanya, abang baru saja pergi menghadap illahi. Jadi, saya akur dengan permintaan mak saya.

“Selepas dua ke tiga bulan kemudian, bertalu-talu surat saman daripadanya sampai ke rumah dan pada ketika itu, terdetik dalam hati saya yang dia memang benar-benar nak ke mahkamah.Jadi, saya pun berbincang dengan peguam saya,” katanya.

Menurut Ali, antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya. “Ada satu tuduhannya mengatakan bahawa saya mengambil wang abang saya dari dalam rumah dan mengambil jam-jam tangan.Itu adalah tuduhan yang tak berasas dan bersifat fitnah,” katanya.

Berkongsi mengenai pengakuan yang dibuat oleh Hidayah menerusi peguamnya, dia mengaku mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank Abam dan mengambil empat jam tangan milik Abam. “Sebelum ini, dia pernah keluarkan kenyataan kononnya dia dihalau dari rumah sehelai sepinggang dan keluarga kami merebut semua wang milik abang saya.

“Jadi, bila saya nak uruskan urusan faraid, pihak bank memaklumkan mengenai wang RM10,000 yang dikeluarkan.Di situ, saya dah ada satu bukti dan akhirnya, dia sendiri yang mengaku mengambil wang itu untuk dipindahkan ke akaun anaknya dan juga mengambil jam tangan berjenama milik Abam,” katanya.

Tambah Ali, tidak menjadi masalah sekiranya Hidayah mengaku dari awal mengenai pengeluaran wang yang dibuatnya. “Dalam faraid itu, memang sah-sah ada bahagian untuk dia dan anak. Buat apa, saya nak ambil sedangkan bukan ada hak saya pun.Lagi satu, kalau dia maklumkan yang dia ada buat pengeluaran, semuanya boleh disusun semula mengikut bahagian masing-masing.

“Bayangkan, abang saya pergi menghadap illahi dan ditanam selepas Maghrib dan pada tengah hari keesokan harinya, RM10,000 dah dipindah keluar dari akaun sedangkan kami sekeluarga masih berada di rumah. Alasannya, takut kami rebut wang yang ada dalam akaun itu. Saya ada duit sendiri dan tak mahu pun wang abang saya,” katanya.

Menutup perbualan, Ali tidak berniat untuk membuka aib, sebaliknya membersihkan namanya dan keluarga selepas dikritik masyarakat. “Dia berniaga cempedak goreng, dia beritahu media. Saya pasang batu kat tempat persemadian abang saya pun, dijadikan isu. Bila dia mengaku, kenapa tak dihebahkan pula kan? Saya nak bersihkan nama saya dan keluarga kerana isu-isu macam inilah nama kami sekeluarga terpalit kontroversi,” katanya.

IBU ABAM BOCEY JUGA DISAMAN.

Terdahulu, sebutan kes saman difailkan Ali terhadap Hidayah berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.Saman itu dikeluarkan Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya, Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung, Sharifah Norwahidah (plaintif ketiga).

Sementara itu, Hidayah ketika dihubungi menjelaskan dia sibuk berniaga. “Alhamdulillah, saya sihat. Cuma sibuk sikit berniaga. Mengenai perkara itu, buat masa sekarang ini, saya nak diamkan diri dulu. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar,” katanya. Abam dan Hidayah diijabkalbulkan pada 8 Disember 2017 dan dikurniakan cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun dua bulan.

Sumber : HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *