Sebak sangat rasa bila warganet buat macam ni. Akui masih dapat sokongan peminat. Rupa rupanya ini yang jadi pada Wan Maimunah.

artis

Pelakon senior, Wan Maimunah tidak dapat menahan sebak apabila dirinya masih mempunyai penyokong daripada peminat yang tidak henti menyokong karier seni lakonannya. Kongsi Wan Maimunah yang membahasakan dirinya sebagai ibu, dia berasa sangat terharu dengan sokongan yang sentiasa diberikan kepada dirinya.

“SubhanaAllah kalau ibu jangka, ibu tak rasa terharu macam ni. Akan tetapi memang sejak akhir-akhir kebelakangan ini ibu rasa Allah SWT dah beri pentunjuk kepada ibu. “Ibu selalu berdoa pada Allah minta jangan ada timbul perasaan riak dalam diri ini. Apa pun Ibu tetap bersyukur pada Allah sebab dia lah sebaik-baik perancang dan Maha Mengetahui.

“Bila Ibu masuk tadi Ibu rasa sebak sangat bila lihat masih ramai yang menyokong ibu sehingga ke hari ini,” katanya jujur. Pada masa sama, Wan Maimunah turut mengakui turut terkesan apabila melakonkan watak Mak Wan menerusi filem terkini lakonannya, Frontliners. “Insya-Allah apa naskhah yang diamanahkan, ibu cuba berikan yang terbaik dan ada yang memberi kesan kepada penonton, alhamdulillah.

“Filem ini akan menjadi kenangan untuk anak cucu akan datang sebab kalau dahulu para hero kita berjuang menentang pihak komunis kita boleh nampak. “Tapi sekarang frontliners berjuang dengan msuh yang tak nampak, dia lebih ‘jahat’ berbanding komunis.

“Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya ibu melihat pengorbanan frontliners pada negara. Terima kasih buat semua,” katanya. Terdahulu, Frontliners yang diinspirasikan daripada kisah sebenar mengenai barisan hadapan yang menangai wabak Covid -19 ini akan ditayangkan Oktober depan di saluran Astro First Eksklusif (480).

Selain Wan Maimunah, turut sama terlibat termasuk Azhan Rani, Beto Kushairi, Emma Maembong dan ramai lagi. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Kucing online media

Sumber : MH

Dapat sumbangan dari orang ustaz. Mengalir air mata pelakon Wan Maimunah bila dapat sumbangan tersebut.

Artis veteran kita Wan Maimunah binti Wan Abdul Aziz  adalah salah seorang pelakon yang sangat berbakat. Berikan sahaja apa watak kepadanya dan pastinya watak itu akan di bawa dengan baik. Generasi pada tahun 90an pasti mengenali pelakon berbakat ini. Dari air mata dan juga watak antagonis sememangnya akan dijayakan dengan baik.

Beliau ialah pemenang Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk 5 tahun berturut-turut pada edisi 1992 – 1996/1997. Wan Maimunah mula menceburi bidang lakonan secara serius pada tahun 1972, dan merupakan pelakon serba boleh yang mampu membawakan apa sahaja watak yang ditawarkan padanya. Beliau juga lebih terkenal dengan watak air mata yang paling melekat di mata peminatnya.

Sama seperti rakyat Malaysia khususnya, semua akan terkesan dengan pandemik wabak Covid-19 ini. Tidak terkecuali dengan pelakon veteran ini. Tular satu video dimana seorang Ustaz memberikan sumbangan kepada Wan Maimunah.

Wan Maimunah juga mengucapkan satu ucapan kepada Ustaz ` setiap yang baik, baik juga balasannya`. Beliau juga ada menyatakan Tengku Khaleeda ada cuba mencarinya. Wan Maimunah memberitahu subuh tadi Tengku Khaleeda berjaya menghubunginya setelas puas mencari nombor yang boleh dihubungi. Semoga kehidupan artis veteran kita ini lebih baik dan juga diberi kesihatan yang baik. Sama-sama juga kita doakan wabak pandemik Covid-19 ini segera hilang dari bumi Malaysia. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *